June 27, 2006

Ragam...Bermacam Ragam

Kat rumah aku memang tak sunyi dengan gelak ketawa. Macam-macam ragam anak-anak yang boleh buat kami tersenyum bila diingati kembali.

Aku : Kak Long, nanti sidai baju OK.

Kak Long : OK mama.

Kemudian,

Kak Long : Mama dah tengok baju yang Kak Long sidai?

Aku : Awat?

Kak Long : Kak Long buat kedai baju hehehe

Dia pakai hanger ampai sebaris macam kat pasar malam. Ada tanjak jadi peniaga kat pasar malam agaknya ni. :-)

--------------------------------------------------

Aku : Ayin, mama dengan baba nak pi kenduri arwah.

Ayin : OK mama.

Aku : Mama tak masak nasi tau, lauk saja.

Ayin : Mama !!, kami dah besaq la.

Dah besar dah anak aku ni, dah boleh diharap dah, dah ada naluri nak jadi suri rumah tu hehehe.

-----------------------------------------------------

Angah : Mama masak apa tu?

Aku : Macaroni and cheese, nak bagi semua orang gemuk

Angah : Itu lah mama ni, gemuk kami semua dah.


Angah yang cuba maintain tak nak naik berat badan, nak jadi model iklan agaknya ni hehe.

-----------------------------------------------------

Syia : Mama, why kawan-kawan Syia yang badan kecik-kecik pun dah mai? Awat Syia dak lagi?

Aku : Because you are not mature yet!, Still a baby.

Ayin : Kah, kah, kah (gelak menyakat)

Syia : (Merengek) Apalah mama ni, mana pulak baby..............

Later, lepas aku sudah solat zohor, masih atas sejadah. Syia datang bersembang lagi.

Aku : Tak apa kalau tak mai lagi, mama dulu pun form one baru period, Angah pun dulu form one jugak. Kak Long dengan Ayin saja masa Std 6.

Syia : Ya ka? (Looking relieved)

Aku : Nanti semua orang datang period, baba pun sekali (menyakat Syia)

Syia : Apalah mama ni (sambil gelak-gelak). Baba mana mai period.

Aku : Tu baba macammana (testing her)

Syia : Baba masa 15 tahun, depa orang lelaki syok la, depa mimpi yang syok-syok.

Aku : Hahahaha.

Aku : Budak lelaki tak seganka bila ustaz cakap macam tu.

Syia : Dak ma, depa seronok.

Bila cakap dengan hubby dia gelak lagi kuat.

Syia : Mama, hari tu Cikgu J dok cakap, "Kalau kamu berani tunjukkan keberanian kamu"

Syia sambung lagi.

Syia : Kawan Syia kata "Kalau malu tunjukkan kem*l*an kamu"

Aku : Hahahaha, budak lelaki ke pompuan cakap macam tu?

Syia : Pompuan ma.

Aku : Laaaaaa, budak pompuan la dah tak malu dah la ni hehehe

Syia masih anak yang manja, dapat peluang masih nak tidor dengan aku, atau nak tidor atas riba aku dan kakak-kakak dia.
-------------------------------------------------

Aku : Syia tolong ambik ayaq mama tu.

Tak sempat syia nak hulurkan, hubby yang lalu sebelah meja mengambil gelas dan hulurkan air pada aku.

Aku : (Coba nak romantik konon :-) ) Thanks Lingggg.

Hubby : Ling? Ling? (macam tak percaya) UWEEKKK, UWEKKKKK (Buat gaya nak muntah)

Hubby :Eeeee, geli (buat gaya geli geleman)

Ayin yang sedang buat kerja sekolah

Ayin : Kah, kah, kah ........

Amboi dia gelak kat mak dia no? hehehe

Syia : Apa dia? (Blurr)

Aku : Hahahaha

Dah gelak-gelak dengan anak-anak hilang lah sikit tension kami. Alhamdullilah.

18 comments:

AuntyN said...

pb : Waalaikumussalam. Tak per, lama-lama tu nanti dia pun join sekaki. kalau tak dgn percakapan dgn gaya.

Anonymous said...

wah wah wah...lomantiknyee....

~alinlai~

Kak Teh said...

N - bila dok ramai-ramai macam ni seronok, kan? macam-macam perangai ada!

AuntyN said...

alinlai : syekali, syekala hehehe

Kak teh : Betui tu, bila depa dah keluaq rumah esok melopong lah kita ni semua.
I am ALL 100 % behind you in your revenge against BTB OK? hehehe

Anonymous said...

N,

enjoy n cherish the happy moments, because it will not come again, other happy moments will come of course. As our children gets older, perhaps one by one will leave us, and at that time what we have is just the happy memories. Go enjoy each second that you have now.

AuntyN said...

anon : (would appreciate a name please tks) I am doing just that. Enjoying the moments with the girls. Dread the day when they would go out of the house.

KakNi said...

itulah hikmah dia ada anak, anugerah Allah kan AuntyN

Ari said...

Seronok kan..ada anak..untuk di sayangi..tanpa sebab dan alasan..!

Anonymous said...

bila anak dah ramai macam kita orang, ynag ni nak bercakap yang tu nak bercakap.. yang sini menjerit yang situ menjerit.. disini menangis disitu menangis.. tension dibuatnya. Tapi kena ingatkan diri selalu cherish the moments!

AuntyN said...

ahni : Alhamdulillah, anugerah dan amanah Allah.

En ari : Benar sekali, untuk disayang tanpa alasan.

easylady : Once upon a time it was like that for me too. Rasa macam nak cekik2, boleh hilang sabar. Tapi bila dah besar sikit dah OK dah, best sangat. Hang in there.

Queen Of The House said...

Thanks for sharing these stories AuntyN. Left me smiling when reading this. Your household tentu riuh-rendah dgn gelak-ketawa anak-anak (and parents depa) :)

AuntyN said...

QOTH : You are welcome :-). Bila semua ada memang riuh, bila sorang tak ada sunyi tu menusuk kalbu :-(

Anonymous said...

AN, anak ME sorang jer..masa dia kecik2, kelakar sungguh, riuh gak lah kami 3 beranak bergurau, macam anak 5!..tapi kesian kat anak sebab tunggal...Apak pendiam tapi kelakar!
Neway, anak2 sedara always around menambah meriah suasana.
AN, penuhi masa itu semasa mereka bersama kita...
Mak Ety

tee said...

*wuz ere*

:)

AuntyN said...

nef : Little house in a kampung would be more appropriate. Kena tukar kereta kuda dengan kereta lembu :-) Melissa Gilbert main Laura Ingalls kan?

ME : Gelagat anak2 memang menghiburkan.

tee : apa khabar? :-)

UglyButAdorable said...

aaa..serunutnyer kan AN. my mom pun slalu cakap dulu when all of were still at home..kecoh..la nie dah besaq..sunyi sepi..

uDA said...

meriahnyaaaa rumah aunty :-D

AuntyN said...

adorable : Mungkin tak lama lagi sunyi sepi jadinya rumah AN pun. :-(


uda : Rumah uda lagi riuh tu dengab 2 beradik tu kan ? :-)