Hari Ahad lalu kami sekeluarga menghantar Kak Long balik ke kampus. Mula tu, ingatkan kami 3 beranak saja yang nak pergi tu. Tapi maktok pun nak ikut nak tengok kat mana Kak Long belajar, jadinya, semua sekali lah yang pergi menghantar Kak Long tu. Letih jugaklah sebab kami travel pada hari ahad pagi dari Penang, sampai sana dah tengahari, unload barang-barang Kak Long, pergi Shah Alam hantar maktok kat rumah abang lang, then ke MidValley, lepas tu hantar Kak Long balik hostel semula baru kami berangkat balik ke Penang. Jadinya sampai balik ke rumah dah tengah malam. Kira macam round Klang Valley lah hari tu :-).
Masa kat dalam kereta tu hubby dua tiga kali tersasul cakap. Mula sekali masa dia bagi anak-anak bungkusan coklat.
Hubby : "Nah, kalau nak bukak, makan lah".
Aku yang terperasan apa dia kata, dok gelak-gelak dan terus ejek dia,
Aku : "Nak bukak, makan lah?" heheheh "Bukan Nak makan bukak lah ke?" hahaha.
Hubby pun senyum dan dia repeat sekali lagi ayat yang salah tu sesaja nak mengusik.
Bila dah tinggalkan barang-barang Kak Long kat hostel, Kak Long sms sepupu dia (Aiza, anak kakak aku) suruh turun jumpa dengan maktok. Aiza sama hostel dengan Kak Long tapi lain wing. Aiza baru tahun ni pindah ke hastel di cyberjaya. Lepas dah sembang-sembang dalam kereta sebab hujan dan jugak sebab maktok nak turun naik kereta tu susah, kami berangkat ke Shah Alam. Maktok akan tinggal di sana buat seketika. Dia rasa nak duduk dengan abang lang pulak, kata nya nanti bila adik bongsu aku ke KL dia akan ikut balik.
Dalam perjalanan ke Shah Alam, hubby tanya Kak Long.
Hubby : "Kak Long, Aiza duduk seorang 3 bilik jugak, macam Kak Long ka?"
Aku : 'Hah? 3 bilik sorang?"
Aku : "3 orang sebilik.'
Anak-anak dok gelakkan baba diorang.
Hubby : "hahaha, amboi baba tersasul semua gelak no?"
Aku pun cerita kat hubby, ketersasulan Syia tempoh hari.
Bila aku tunjuk pada Syia gambar tu, aku tanya dia apa spelling yang betul.
Aku : Syia, how to spell BALL?
Syia : Dengan pantas menjawab "Be, A, OL, OL"
Aku : "HAHAHA, Be, a, ol, ol? Apa huruf "ol ol" tu? "
Syia : "HAHAHA, silap, silap BALL."
Hahaha.
Apa-apa pun, aku rasa Lekor BALL tu satu product yang innovative. Hubby jumpa dan beli masa ekspo pertanian baru ni. Senang je nak makan sebab dia dah masak dah, cuma panaskan saja 2,3 minit dalam minyak. Kalau ada orang yang duduk kat overseas yang teringin nak makan keropok lekor ni pun boleh dihantar pada diorang ni. Cuma rasanya tak lah sesedap keropok lekor original dari Ganu tu kan..Diorang tak suruh pun aku promote ni,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
nak pesan buleh ka aunty? heheh..
N - kalau dengan kerenah anak2 dalam kereta memang selalu tersasul cakap. My husband was driving while the kids (masa kecik dulu) were making lots of noise. Dia bagi warning, if you don't behave, i'll give the ppolice to you...er, u to the police, er...the police to you..
Instead of being scared, budak2 terguling2 ketawa!
Kak N...kadang-kadang kalau tgh marah tersasul cakap...bukan anak2 jadi takut...diorang ketawakan lagi ade...heheh....
sebab penattu kot?
lekor ball tu memang sentiasa ada dalam stok angah, adik ipar kerja kat Maju Ikan sdn Bhd. Syarikat yang buat produk tu.
anon : Awat tak bubuh nama? Tanya kat angah tu. AN baru jumpa je.
Kak Teh : hahaha.
lady : itulah, terbalik jadinya.
easylady : entahlah, malam tu yg AN tahu cukup tidor hehehe
Angah : tu ada anon nak pesan, camna ekk nak dapatkan?
Tersasul didalam kumpulan kecil..o.k lah tu..he he he..Pengacara yang selalu 'tersasul' kat TV dengan perkataan 'mereka-mereka ' dan 'orang -orang' pun buat muka selamba jer..
ITu prove one very fundamental thing. Man cannot multitask. Especially tengah driving. Hah Laa dok ingat nak exit kat mana, lepas exit turn left ker, turn right...
Mebbe, hati perut UncleZ tengah bercakap tuu.... Keh keh keeh..
Midvalley during weekend!!, tak jam kaaaa?
En Ari : sama-sama keluarga je tak jadi hal tu.
Tj : mungkin lah perut dah berbunyi, tapi dalam kereta tu dok mengunyah aje lah hehe
Midvalley jam? rasanya tak weekend pun jam jugak. Dah terpaksa pergi sbb nak check Kak Longg punya laptop tu, so we went, jam or otherwise.
haiyaa..kita pon slalu tersasul mcm tuh .. malu betul .. lidah kot salah hehe
he he he mak dengan abah memanjang tersasul sebut nama anak...pandang anak lain sebut nama anak-anak lain, lawak sungguh kadang-kadang tu....
Yang Arif, saya percaya, anakguam saya cakap betul. Sebenarnya dia cakap "Nah, kalau nak, bukak makan lah". Pihak defendan yang salah letak koma.
Sekian, Yang Arif.
Peguam Defendan.
faizah : terbelit lidah hehehe.
alinlai : AN selalu kalau nak panggill sorang anak, habis 4 nama semua keluar tu :-)
OS : Tuan Peguam, masa cakap mana kat mana nak letak koma?
Patut le dia tanya Joe makan keropok leko tak??...rupanya berjumpa dengan kopok leko instant ni.
N, memang agensi di bawah Kem Pertanian (tempat KY keja tuh)ada macam-macam produk makanan, cuma, mungkin susah sikit nak dapat...cuma ada kat certain outlet saja.Kalau ada pemeran atau expo pertanian, jangan lepas peluang...pergilah, sure jumpa.:-)
Kak Yan : org bandaraya sopan santun tak makan keropok lekor, hehe.
Itu pun jumpa kat expo lah tu. Tak lah berapa sedap mcm originall tapi OK jugaklah.
Post a Comment