June 02, 2006

48

Photobucket - Video and Image Hosting

Mula tu aku cadang nak cuti hari ni. Nak kena bawak Kak Long ambil mykad, bawak Syia buat mykad dan bawak mak pergi check mata. Tapi datang pulak e-mail kata ada conference call pukul 10.00 pagi. Tak jadi lah aku cuti. Sebabnya conf call tu penting dan urusan peribadi aku boleh tangguh. Isnin sajalah aku cuti tu. Badan aku pun dah dua hari terasa lenguh-lenguh, nak demam ke, aku pun tak tahu. Atau pun sebab aku all out buat gardening (tarik pokok menjalar, potong pokok yang mana nampak dah mencabang sana sini tu) Aku pun bersihkan longkang sekeliling rumah, sapu laman lagi. Berpeluh aku hari tu. Entah lah, tengok lah dua tiga hari lagi kalau demam, pergi doktor ambik ubat je lah. Biasalah, badan dah semakin matang ni kan hehehe.

Hari ni tak ada apa-apa yang aku nak ceritakan, jadi aku bubuh gambar bunga-bunga kesukaan aku sajalah. Tahun lepas aku dapat a bouquet of red roses dari orang yang sangat jauh. Dah jadi bunga kering dah pun, masih ada dalam almari. Tahun ni, aku bubuh gambar saja. Pada setengah orang bunga rose dah boring sebab terlalu commercialise (sp?) sangat dah. Tapi aku suka sangat warna-warna, bentuk, dan baunya. Hubby memang tak akan belikan aku jambangan bunga untuk apa-apa occasion pun, tapi ada dua tiga pokok bunga ros "kampung", kat rumah ni. Bunga nya lebat sangat sampai aku tak larat nak kutip buat potpourry dah.

Photobucket - Video and Image Hosting

Cuma climate kat rumah aku je yang tak sesuai dengan jenis bunga rose (long stalk roses?) seperti di atas tu. Kalau aku duduk kat tempat sejuk macam Cameron Highlands tu agaknya mesti rumah aku dikelilingi dengan pokok2 rose yang berbagai warna tu kan. Wangi bau bunga malam-malam tu kan? (jangan wangi lain sudah lah :-)) Nyaman dan damai sekali. Nak tanam kat kampung aku ni, nak kena buat greenhouse lah pulak no? Mana lah nak mampu nak maintain. Kalau ada greenhouse aku tanam untuk commercial jugaklah kan, Sambil menyelam minum air kata orang kan :-). Kalau aku tanam sure setiap tahun kawan-kawan menyambut birthday diorang aku hantar je lah bunga-bunga dari taman aku tu.

Photobucket - Video and Image Hosting

Jadinya, hanya kuntuman rose dari cyberspace sahaja yang aku boleh bagi buat masa sekarang ni kan. Have a great weekend everyone, weekend ni aku berpeluang makan free untuk menambahkan berat badan hehehe... Banyak wedding, orang kawin, semua sedara. tak pergi tak boleh, jadi kena lah jugak bertandang

Photobucket - Video and Image Hosting

--------------------------------------------

Bismillahirrahman-ni-rahim

Ya Allah, Ya Tuhanku
Aku panjatkan kesyukuran kepadaMu
Kerana memberi nikmat usia sehingga kini
Dalam kesejahteraan ,dalam keimanan
Dalam kebahagian, dalam keceriaan.

Suka duka, perit jerih hanyalah dugaan
Membasuh dosa dan noda dari hamba yang alpa.

Sesungguhnya Tuhanku, hambaMu ini amat kerdil
Penuh dengan dosa dan kealpaan

Leka aku dengan keindahan duniaMu
Hampir aku lupa dengan janji AkhiratMu

Syukurku dan ibadahku amat sedikit
Bak titisan hujan di lautan yang luas
Sebagai balasan nikmat dan rahmat kurniaanMu
Mungkin aku tidak layak menjejak kakiku di syurgaMu
Sesungguhnya aku tidak akan dapat menahan
Kesakitan siksaan nerakaMu

Ya Allah, Alhamdulillah syukur aku padaMu
Atas rezeki, nikmat dan rahmatMu
Aku pohon keredhaanMu
Untuk hasanah di dunia yang fana
Untuk hasanah dia Akhirat yang kekal
Aku pohon kesudahan yang terbaik
Bila tiba masanya nanti......

Amiiinnnnn

39 comments:

Nazrah Leopolis said...

haapy birthday to you kak N, may you always be blessed with beautiful experiences.

MA said...

Happy 48th birthday....maintain vogue selalu.

AuntyN said...

Nazrah : Thank you muahhhh.

AuntyN said...

MA : Thank you, maintain tetap maintain tu. Hope to see you celebrate this age too.

muaaahhhh.

Ordinary Superhero said...

Tumpang wish you happy birthday, semoga AuntyN sekeluarga sentiasa dirahmatiNya.

Have a good weekend to you too.

Kak Teh said...

Selamat ulangtahun N - muda lagi !!

Anonymous said...

Salams AuntyN!

Happy birthday & many happy returns!

Kak Teh - happy birthday to Hafiz! ;)

Regards
CK

Anonymous said...

Happy birthday AuntyN!! .. mak saa pon gila ros sekarang, dia jelous sama jiran sebelah, bunga ros jiran kembang mekar!. . heheh

AuntyN said...

OS : terimakasih

AuntyN said...

Kak Teh : Terimakasih. Kak Teh kata muda lagi terasa macam anak dara pulak, hehehehe

p/s Happy Birthday to Hafiz as well.

AuntyN said...

ck : My birthday mate!!. Happy Birthday and Many Happy returns to you too.

:-)

AuntyN said...

faizah : terimakasih. Ros itu menawan hehe :-)

Mama Rock said...

happy birthday auntyn, moga panjang umur murah rezeki selalu :)

AuntyN said...

mama rock : terimakasih :-)

Unknown said...

Laaa... muda lagi baru sweet 48...
Kalau letak alamat kat blog, boleh kawan-kawan hantar bunga... he..he


Selamat Harijadi. Moga panjang umur dalam Iman dan diberi rezeki berkat dan melimpah...

AuntyN said...

jiwarasa : Terimakasih lah untuk doa dan ingatan nak hantar bunga tu (ye ke tu? hehehe)

Anonymous said...

Hei..birthday kita harinya satu berbeza tapi tahunnya 7.Happy birthday to you.Actuallynya hampir saya terlupa birthday saya sehingga baca entri ni..

AuntyN said...

easylady : Thank you. Your's is tomorrow or yesterday? Anyway Happy Birthday to you too and Many Happy Returns of the day.

Anonymous said...

kita punya besok siap istiharkan cuti lagi menyambut birthday kita he..he..

AuntyN said...

easylady : Ye lah dah dinobat jadi kerabat seri paduka gitu ye hehehe

UglyButAdorable said...

happy birthday auntyn..may Allah bless you with great life ahead..insya allah..

p/s: byk byk rose jgn bau bunga tuberose dah..seriauu!!

AuntyN said...

adorable : Thank you.
Tuberose ? eeeiiiii, kita suka yang wangi2 je :-)

Anonymous said...

48!!!! Alhamdulillah Allah berkati hidup AN

AuntyN said...

Tenah : Thank you :-) InsyaAllah hidup you pun penuh keberkatan.

JoeBangla said...

Happy Birthday AN :-) Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu :-)

aNIe said...

Kak N...Happy Belated Birthday...moga kak N dipanjangkan usia...dimurahkan rezeki & yang penting moga dikurniakan kesihatan yang baik agar dpt menjalankan amal ibadah dgn lebih sempurna di usia emas ini...Amin...tu yang penting ye kak N...

AuntyN said...

Joe : Thank you :-)

Lady : Terimakasih dan InsyaAllah :-)

Nong said...

Dear N, Happy Birthday. Hope all your birthday wishes come true.

Glad days filled with friendliness,
bright days filled with cheer,
warm days filled with happiness,
to last throughout the year!

Alinlai said...

Hepi belated B'day :) insyaAllah murah rezeki sentiasa aminnnn

Bergen said...

Happy Birtday, Ma'am! Lookin' pretty you are.

Jo Kontan said...

Happy Belated Birthday !! AN. Nii memang terlambat Bot nak wish ke nii ?

Anyway, Orang2 besday awal2 bulan June nii comey belaker ?

:-)

AuntyN said...

Nong : thank you so much for the wishes and doa :-)

alinlai " thanks and amiinnn :-)

bergen : Glad to see you here, thanks :-)

TJ : iye lah tu comei2, *kita tahu dia nak mengayat maam tu * :-) Terimakasih anyway.

Honeytar said...

AuntyN: Happy Belated Birthday! Saya selalu aje tertinggal keretapi. :) Sumuga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin!

AuntyN said...

Thanks Honeytar. Tak apa lah next year insyaAllah ada lagi hehehe

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! »

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Orange county scholarships high school theatre students Area rugs kas visions Tooth whitening saint louis http://www.plastic-surgeon-arlington-virginia.info/lasik-surgery-illinois.html http://www.london-uk-buy-generic-viagra.info

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read Stallion mountain golf home page Kitchen aid hand blenders Hot bonds grundy rain jackets Provincial life assurance how to repair hotpoint clothes dryer Accredited distance learning regionally Adventure fishing guide in ontario toronto bad credit personal loan literotica buy ultram Ron forex http://www.businessschools0.info Kalee projectors malpractice and negligence law enforcement funny adult video shirt

zai said...

:)kak~ kalau saya singgah penang~
boleh kah saya menumpang lalu?
banyakkah bunga ros kampung~ wangi tak? nak bleyh ke? mana tau ada rezeki saya g penang~huhu :P
rajen email la saya yea :)
linaeous@yahoo.com

Rough Rosa said...

AuntyN,

Firstly happy berday untuk yg tahun ini!

kalau Aunty N nak tahu tips tanam bunga ros.. ros kampung, ros bandar... jemput la ke blog saya yg memuatkan tips percuma penanaman ros di Malaysia. Tak perlu green house kak...hehe untuk enjoy roses bermacam warna dan rupa.

Terima kasih.