August 22, 2006

Hujung Minggu Di Shah Alam

Kami sekeluarga baru balik dari Shah Alam. Sabtu pagi kami bertolak ke Shah Alam. Anak sulong abang Lang, Nora melangsungkan perkahwinan pada Ahad 20 August, sehari sebelum Siti Nurhaliza bernikah dengan Datuk K. Nora kawin pun dengan orang Kuala Lipis jugak. Tapi katanya rumah mentua dia kat kampung, rumah Siti kat bandar. Tak kisahlah kan asalkan bahagia kedua-dua mempelai ini kan.
Sepatutnya aku sekeluarga bersama adik S akan convoy ke Shah Alam. Tapi bila S sampai ke rumah aku pukul 8 pagi seperti yang kami janjikan tu, aku masih di dapur, baru je habis masak sarapan pagi. Masih berkain batik dengan T-shirt lagi, dok kemas dapur. Baju-baju belum masuk beg lagi. Budak2 dah siap dah, hubby biasalah kat luar, tengok pokok-pokok dia yang nak kena tinggal 2 hari tak bersiram. Kena jugak siram banyak-banyak kalau tak hujan nanti habis kering pokok-pokok semua. Mesti hubby sedih. Dah tu aku nak jugak kena bagi makan kucing-kucing dan ayam. Nanti kami tak ada harap2 pandai kucing2 tu mencari makan kat mana2 tu. Jangan pulak ada yang mati kelaparan, berdosa pulak aku kalau ada yang mati.
Pukul sepuluh baru kami keluar dari rumah. S dah pergi dulu dah sebab dia nak join dengan Abang Ngah dari Taiping sebab nak ke kampus UIA di Gombak nak ambik anak perempuan dia di sana. Abang Ngah nak singgah di rumah adik ipar dia kat situ. Kakak ipar aku, isteri Abang Long ikut kami sebab Abang Long dah bertolak dari hari Jumaat pagi lagi. Abang Long yang menjadi katerer untuk kenduri tu. Special lah tu, sebab masakan orang Penang lagi tu hehehe.
Sampai di Shah Alam kami tinggalkan Kakak ipar dengan mak aku di rumah Abang Lang. Kami ke Cyberjaya pergi ambik Kak Long anak aku tu. Lepas tu check-in kat Concorde Shah Alam. Teruk jugak aku mencari hotel seminggu sebelum itu. Mula tu ingat nak cari booking kat the Zon on the Park tu sebab aku dan S boleh share apartment 2 bilik tu. Cuma jauh sikitlah dari Shah Alam. Bila aku call untuk booking dan aku tanya ada kosong ke dari 19 ke 21 Ogos, terkedu jugaklah reservation personnel tu. Dah penuh kata dia sebab perkahwinan Siti tu. PNB Darby Park pun sama, penuh jugak. Habis agaknya sekampung orang Kulim dan Kuala Lipis booking sana agaknya kan. Tapi Concorde pun OK jugak dapat aku weekend rate + 2 breakfast untuk setiap bilik. Not bad at all. Anak2 dah gian nak bermandi kat swimming pool. Dah lama sangat dah tak masuk swimming pool. Last sekali diorang jumpa pool masa kat Trengganu bulan November tahun lepas. Masa kami pergi rombongan kenduri kawin si Mamat anak Abang Long tu. Sempatlah si Syia dengan Angah mandi kolam 2- 3 kali weekend baru ni. Hari isnin sebelum check out tu anak2 S, Jie dan Wan pun join diorang dalam kolam. Wan ni badan besar, umur sama dengan Kak Long, teruk dia buli adik dia dan Syia suruh ajar dia floating dalam kolam tu. Bayangkan 2 budak perempuan 12 dan 15 tahun memegang seorang remaja lelaki 100kg dalam pool!!!. Kelakar tengok gelagat diorang tu, Bila diorang lepaskan saja tenggelamlah si Wan ni, hehehe
Akad nikah dijalankan pada petang Sabtu, aku tak sempat nak pergi sebab masa tu kami pergi ambik Kak Long. Lepas dah check-in tu hubby tidor, penat drive. Aku melayan anak-anak, swimming dan kemudian pergi Plaza Masalam sekejap untuk beli barangan keperluan Kak Long. Malam, lepas maghrib baru kami pergi rumah Abang Lang, tolong apa-apa yang patut.
Esoknya, awal pagi lepas hubby dah ke rumah Abang Lang. Dia tinggalkan aku dengan anak-anak di hotel. Jadi sempat Syia mandi kolam dalam setengah jam selepas kami breakfast. Jadi lah. Yang tak ke kolam aku suruh siap untuk ke rumah Abang Long. Dalam pukul 10.30 pagi hubby datang ambik kami. Kak Lang mintak tolong budak-budak (sepupu sepapat semua) tolong bagikan hadiah2, bunga telur dan gula2 kepada tetamu. Hubby asyik di bahagian dapur saja. Nasib jugaklah ramai yang membantu mengemas meja dan menjaga hidangan daripada "pupus". Memang tak putus2 orangdatang dari pukul 12 sampai pukul 5 petang. ramai jugak lah sedara yang dah lama tak jumpa tu kami jumpa balik. Itu kebaikan kenduri kendara ni, yang jauh dirapatkan semula.
Lebih kurang pukul 4.30 petang, nampak pun dak kurang orang dah, hubby pun dah ingatkan aku yang aku nak kena bawak Kak Long pergi sessi fotografi dia. Kak Long punya assignment kedua tu yang pakai 3 model belum siap lagi. Untuk assignment ini Kak Long kena cari 3 model dan ambik gambar diorang berbackdropkan sebuah bangunan yang di terkenal. Jadi kalau kat Shah Alam tu apa lagi kalau bukan Mesjid Sultan Salahuddin (the Blue Mosque) tu kan? Hari tu masa balik ke Penang dah ambik dah. Aku bawak diorang pergi Fort Cornwallis tapi kena reject dengan lecturer atas bermacam alasan, kenalah buat semula. Nasib baiklah kami ditakdirkan berada di Shah Alam minggu itu jadi senanglah kerja sikit. Alhamdulillah ada adik beradik sepupu sepapat yang sanggup jadi model bidan terjun.
Aku bawaklah anak-anak dan anak-anak sedara aku ke kawasan Mesjid tu. Aku ni pun banyak lah peranan pada hari tu. Akulah drebar, dah tu tukang suggest tempat yang sesuai, bidan terjun make-up artist, kemudian tukang suggest cara2 nak posing lagi, last sekali aku jugaklah financial controller tu. Penat mak tauuu......Kak Log dengan gaya photographernya sampai terlepok atas jalan mengambil gambar. Diorang yang jadi model apa lagi berposing sakan. Nasib baiklah ada pulak anak-anak sedara yang ada model criteria hehe, kalau tak sure jenuh nak hire model-model untuk assignment tu kan hehehe. Tak sanggup aku nak bayar lah kalau macam tu. Model tak professional ni aku belanja makan saja kat The Little Italain Kitchen kat Plaza Masalam tu. Model2 "standby" (Ayin, Syia dan Farah) pun dapat makan jugak. Yang standby sebab diorang jadi model masa Kak Long dok cari angle yang sesuai dan tempat yang sesuai untuk ambik shot terbaik. Masa diorang berposing aku dok tengah make-upkan model-model sebenar tu. Angah, Jie (anak adik S) dan FN anak abang long yang jadi model hari tu. Boleh jugaklah pakai servis bidan terjun aku untuk keadaan yang terdesak tu.
Dah selesai bergambar tu, kami balik semual ke rumah Abang Lang. Dekat maghrib kami sekeluarga balik ke hotel, mula tu ingat nak pergi semula ke rumah Abang Lang selepas Isyak. Tapi bila dah letak kepala atas bantal, dah resap dah tak ingat dunia dah. Aku terbangun pun bila S telefon tanya tak nak pergi ke rumah Abang Lang, aku kata tak nak lah esok sajalah. Hubby dah penat dah menolong sehari suntuk tu, biarlah dia tidor. Anak-anak pun aku ingat aku dah bagi makan tak lapar dah. Esoknya diorang cakap diorang suruh kawan Angah yang ada kat UiTM beli dan hantarkan Maggi kat diorang malam tu. Diorang tak sampai hati nak kejutkan kami malam tu. Malas pun sama diorang nak ke Plaza Masalam untuk cari makan.
Lepas kami check-out dari Concorde tengahari tu, kami ke rumah Abang Lang ambik FN yang nak ikut aku balik ke Penang. Abang Long dah balik dengan kawan dia, mak FN (kakak ipar aku)akan tinggal seminggu di rumah Mamat dan isteri. Mak aku tak nak balik lagi, dia nak balik dengan adik bongsu aku kemudiannya. Jadi aku sekeluarga denagn S saja yang balik ke Penang hari tu. Tak sempat pun tengok siaran langsung perkahwinan Siti Nurhaliza. S ikut kami ke Putrajaya (singgah Alamanda, window shopping, apa pun tak beli sebab poket memang kering kontang), lepas tu ke Cyberjaya menghantar Kak Long. Katanya dia tak pernah pergi jadi ikut ajalah. Lepas dah makan kat foodcourt kami pun bertolak balik. Sampai rumah dah 10 lebih. Angkat saja beg masuk dan simpan apa yang patut aku terus saja tidur. Sakit badan dah mula terasa. Hubby sempat jugak siram pokok2 dia sekeliling rumah. Tapi pagi tadi aku tengok ada jugaklah yang nampaknya kering. Oleh kerana aku pun sibuk menguruskan bahagian dalam rumah aku lupa nak cakap kat hubby suruh masukkan air ke dalam plastik dan tebukkan lubang kecil pada plastik. Plastik air tu letakkan kat dalam pasu atau di atas tanah. Tak lah kering pokok tu jadinya. Dulu pernah sekali kami buat macam tu. Kesian aku tengok pokok yang kering tu. Nasib jugaklah ayam dan kucing2 aku tak mati cuma kelaparan saja lah. Susah amat sekarang ni nak tinggalkan rumah, sehari dua. Keselamatan harat benda pun nak jugak diambil kira. Dulu ada bibik senang, sebab bibik jarang nak ikut kami ke mana-mana. Adalah orang siram pokok dan sebagainya.
Biarlah penat, at least anak2 enjoy jugak, jadi macam holiday keluarga pulak tu.

13 comments:

Anonymous said...

Jeng...Jeng...Jeng

Model yang sepatutnya yang "Pakai
Kain Batek dan T-shirt" tu.

Dato K kan terpikat Siti masa ternampak pakai gitu.


Saja usik..

AuntieYan said...

N...KY pi makan kenduri di Kuala Lipis..(Ahad lepas)anak penakan Cik Din kawin.Ingat ni pi jugak tengok rumah Cik CT...tapi dek kepenatan tak jadi....Tahun depan N akan dapat beberapa orang cuculah gayanya nih...."Granny N"....:-)

AuntyN said...

Anon : Hahaha, betul tu. Takut kang lecturer Kak Long yang terpikat pulak tu. :-)

Kak Yan : Bulan depan dah jadi Grandma N ni. Si Mamat yang kawin last year ru bini dia dah sarat dah tu. Tapi kalau dari sebelah hubby dah ada 4 dah cucu penakan. Kakak2 hubby dah ada 4 orang cucu dah. Susah dah nak perasan muda ni hehehe. Kenduri kat Kuala Lipis tu next week.

aNIe said...

Kak N...wah!! Pegi Plaza Massalam ye...bila plak tu...kalau tau...tentu kita boleh bertemu...sebab lady dah 2-3 kesana sejak cuti ni...hehhee...kalau tak boleh le jugak jadi model tak bertauliah...hahahaha...'model pencen'

AuntyN said...

Lady: Last weekend 20hb. hari tu. Hehehe, nanti kita kumpul semua "model pencen" ambik gambar OK. :-)

MA said...

Kak N & Kak Lady :

Model pencen hanya sesuai ambil gambar utk iklan minyak masak, sabun basuh, rempah sup, perencah nasi goreng, beras.....

:-)

Mama Rock said...

ohh...auntyn kena lah jugak pasal fully booked kat the zon tu...mamarock pun tak boleh nak book for our consultants yang datang for long stay sebab 21 and 25 tu memang fully book...masa buat reservation tu tak terfikir pasal wedding tu..hehehe
terus letakkna diaorang kat crown regency (jln p.ramlee) - service apt jugak..jadi le

Jo Kontan said...

laaa tu laa dier,.

Khabor nak bertolak suboh spe'iee.

Abis-abis pukol 10 baru jalan.

Tapikan tuuu kira bgus jugak tuu. Takderlaa sampai masuk zohor baru nak bergerak..

:-)

AuntyN said...

MA : HAHAHAHA

Kalau iklan minyak masak/sabun basuh dan lain2 pun tak pe. Asal glemer kan Lady kan...

:-)

Mamarock : Actually I dah ingat masa hubby suruh try sana tu, saja je nak try kut kut ada kosong.

Tj : Biasalah camtu, tambah2 ada anak dara ramai ni. Bila suruh sorang mandi dia cakap yang sorang belum lagi keluar bilik air tu habis mak dia sure last sekali yang nak kena beratur tu.

UglyButAdorable said...

ler..kat shah alam..awaiikk tak habaq??? boleh jumper2.. takper la lain kali..

penuh ngan wedding rasernyer bulan aug nie..

Anonymous said...

terbalik lah kita AN, kami ke utara weekend hari tu,AN mai sini...selisih tengah jalan apa?

;-)

AuntyN said...

adorable : macam mana nak habaq? Cek pun tak habaq duduk tang mana :-)

onde2 : Dah sah dah seliseh tengah jalan. Hehehe. Kat Tapah kut. :-)

aNIe said...

wakaka!!...Andeh...memang betul tu...takpelah...asalkan glamer mcm kata kak N...hehhee