August 28, 2006

Pekakas Elektrik

Rasanya rumahtangga sekarang kalau tak lengkap dengan pekakas elektrik, tentu tak sempurna kan? Zaman dulu-dulu cili dan rempah mak-mak kita kena pakai batu giling kalau nak masak. Sekarang cuba suruh anak dara ke surirumah sekarang giling cili pakai batu penggiling, rasanya ramai yang tak sanggup. Dah ada kemudahan sekarang ni, masuk blender tekan suis, habis cerita. Barang-barang elektrik ni sekarang dah jadi satu kemestian. A necessity rather than a luxury. Dulu dulu kalau kita penuhkan rumah dengan pekakas elektrik mungkin jiran-jiran, sedara mara kata kita nak berlagak, tapi sekarang, zaman nak cepat semua ni, zaman orang dok mengejar masa untuk mencari rezeki nak menampung hidup ni, kalau tak ada gadget-gadgets ni semua, tak menjadi lah kerja agaknya. Nak kena makan nasi bungkus lah gamaknya kan hehe.
Kat rumah aku apa kurangnya kan. Masak nasi pakai rice cooker. Kalau tak ada rice cooker, hangit lah nasik tu jadinya. Bila Ayin suruh ajar masak nasik pakai dapur gas semalam pun, gelabah jugak lah aku ni. Air banyak mana nak masukkan, aku tak pernah sukat air pakai jari, bila nak tutup periuk, bila nak kecikkan api kan? Boleh bukan tak boleh, cuma kekok sikit lah. Sebabnya kalau pakai dapur gas tu nak kena tunggu nasi yang dimasak tu, kalau tidak pasti akan hangus. Ayin nak belajar sebab dia nak kena buat praktikal kat sekolah dia untuk PMR katanya. Jadi dia nak belajar kat rumah dulu sebelum buat kat sekolah. Takut dia nanti panik kat sekolah. Katanya nak kena masak nasi, lauk ikan sweet sour, sayur kangkong belacan, sejenis pencuci mulut (agar-agar) dan minuman.
Aku ingat masa mula aku pindah ke rumah sekarang ni, dari rumah mak mentua aku. Kami beli fridge ansuran dari satu kedai koperasi. Kedai tu dibuka oleh sepasang suami isteri. Diorang rekomen kat kami satu model fridge ni katanya bagus, imported dari Jepun lagi, memang berjenama popular jugak. Yang aku dengan hubby ingat sampai sekarang ni, bila kakak tu dok cerita features fridge tu kat kami.
Kakak : " Adik yang ni elok model ni, ada child room"
Aku dengan hubby terpinga-pinga bila kakak tu kata "child room". Mana ada bilik nak letak budak-budak dalam fridge? Heran kami. Tapi dek kerana tak nak appear rude, kami diamkan saja lah, Tak tanya pun apa maksud kakak tu. Dua tiga kali dia dok explain kat kami pasal child room tu. Masa tu kami belum tengok fridge tu lagi. Jadi bila kami tengok fridge tu, baru kami tahu yang "child room" ialah "chill room" compartment untuk letak sayur. Dalam kereta kami bantai gelak dua laki bini. Bila aku terdengar ada satu pagi tu K & K kat radio Era buat segment pasal perkataan orang salah sebut tu aku teringat kisah "Child room" tu. Tapi yang aku paling geram, fridge tu lepas je habis warranty period dia mula dia buat hal. Bila kami hantar repair, katanya motor dah rosak, kalau nak ganti motor tu kena import dari Jepun, dah tu harga dia pun mahal. Not worth to repair lah jadinya. Kena beli fridge baru. Kalau tengok fridge tu memang semua masih elok. Sekarang fridge tu duduk sebelah reban ayam aku kat luar rumah. Serik aku nak beli fridge yang di import ni. Baik beli yang dibuat dari Malaysia, spare part pun senang. Sekarang ni fridge aku dah nak lebih 5 tahun dah aku pakai, masih OK. So far so good, buatan Malaysia tu walaupun brandnya Jepun yang punya.
Washing mesin lagi satu. Masa kat rumah mak mentua, memang aku ada beli 1 washing mesin National. Jadi bila kami pindah, kami tinggalkan washing machine tu kat sana, kami beli baru. Brand dan model yang sama. Dah beberapa tahun pakai, overload punya pasal agaknya, maklumlah anak-anak kecik ramai masa tu, laundry load banyak setiap hari. Washing machine pun buat hal jugaklah. Jadi kami beli baru lah sementara nak hantar repair mesin tu. National brand jugak. Tapi kali ni yang pakai microprocessor, canggih sikit, besar sikit, banyak sikit boleh masuk kain baju. Lepas dah beberapa tahun pakai tersumbat sana, tersumbat sini, tukar microprocessor pun dah pernah. Tapi still boleh jugak lah pakai machine ni. Tapi baru baru ni dia buat hal pulak dah. Kalau sepatutnya mesin basuh ni fully automatic, sekarang dah jadi semi automatic. Bila half way through mesin tu jalan, program dia akan tukar sendiri. Gamaknya nak kena tukar microprocessor sekali lagi agaknya ni.
Tapi sebenarnya aku ada lagi satu mesin basuh. Ya, betul aku ada 3 mesin basuh kat rumah tu. Boleh buka laundry shop no? Hehehe. Yang baru tu kami beli bila kedua-dua mesin yang lama tu rosak. Mana boleh aku hidup tanpa mesin basuh. Berlambak baju nak basuh, nak basuh dengan tangan? Kasar tapak tangan makcik ni oiii, tak kuasa aku!!! Hahaha!!. Bukan macam tu lah, memang tapak tangan dah kasar pun, cuma tak terdaya aku nak basuh kain pakai tangan dah. Terlalu banyak makan masa, banyak kerja lain nak dibuat. Kalau dulu masa ada bibik tu mungkin boleh suruh bibik buat. Sekarang, tak daya dah nak buat semua tu. Kena gotong royong dengan anak-anak lah kalau nak membasuh pakai tangan tu.

Coming back to my newest washing machine. Entah pasal apa aku termakan recomendation tauke kedai suruh ambik H*tach* brand. 10kg load masa tu National brand belum keluar lagi kut. Everything OK, tapi sekarang ni dah setahun lebih tersadai kat rumah aku. Lepas je warranty dia over, dah mula buat hal pulak. Suruh hubby hantar kat kedai tu balik untuk repair, dia tak nak, sebab entah apa pulak tauke tu kata kat dia sampai dia termakan hati. Padahal sebelum tu memang semua washing machine kami beli dari kedai yang sama. Ni bukan kedai kakak "child room" tu. Kedai tu dah lama tutup dah. Agaknya aku ni kena pakai jenama National untuk barangan elektrik aku agaknya. Tukar brand saja mesti tak tahan lama.
Blender kat rumah tak payah cakaplah. Aku baru je beli blender baru 2 bulan lepas. Yang tension tu blender aku selalu buat hal malam raya. Ni dah dekat nak raya ni, tu yang dia buat hal lagi. Dua kali aku kena macam tu, tengah dok syok dok blend ramuan rendang, tiba2 blender rosak. Kena pergi beli baru. Tahun lepas nasib baik ada blender free anak-anak dapat cabutan bertuah. Masuk yang baru aku beli ni rasanya dah 6 ke 7 buah dah aku tukar.
Remote Astro kat rumah tu elok sikit je dari rumah MakAndeh punya. Tu pun dah tak nampak tulisan dah. Main teka saja butang mana-mana nak tekan tu. Tu pun dah kena pakai PVC tape (insulating tape) untuk tak bagi berterabur bateri keluar.
Cuba bayangkan bagaimana hidup kita kalau tak ada perkakas elektrik untuk bantu kita kat rumah. Kalau lektrik terputus 1/2 hari pun kita dah mula gelabah kan? Panas lah, tak boleh tengok TV lah , tak boleh berchatting, berblogging lah dan macam-macam lagi. Makin teruk kita ni kan bergantung kepada gadgets.

19 comments:

Jo Kontan said...

Yeay Potong Riben !!


AN pernah tengok Roomba ker ? Robot vacuum cleaner. Boleh vacuum automatically dan balik ker station for charging.


This should be the next gadget.

IKHWANI said...

JO: ya pernah tengok roomba tu! tai mak aiii rege dierrrr...

rumah kami kalau tak der washing machine memang pengsan time tu lah jugak!!! Memula kawen beli mitsubishi yang kena bertunggu tangga kalau nak masuk air. Bukan auto lah, rege pun 400++ je, lepas dah ada anak empat, mesin lama tak leh nak spin dah..tukar yang fully auto sekarang baru 3 tahun pakai, Alhamdulillah elok lagik tu..brand Toshiba.

Periuk nasi dan blender dah 9 tahun pakai ni, semua hadiah officemate bagi masa kawen dulu dua-dua pun National. Elok lagi tuh cuma blender tu, tutupnya dah pecah-pecah...okaylah tu kan..dah 9 tahun pun!

Tapi, kalau masak simple saya masih lagi suka guna lesung batu..especially nak buat sambal belacan, tak kow kalau blend.

AuntyN said...

TJ : Belum tengok lagi tu. Nak cari robot urut badan dulu ni hehehe.

Onde2 : Sambal belacan memang kena pakai lesung batu. Bila pakai blender tak reti pulak sure cair dibuatnya. :-)

Anonymous said...

Nak cari gadget tolong lipat kain. Bila dia orang nak buat agaknya?

Anonymous said...

mesin basuh mak saya pon dah tua, brand elextrolux..beli masa adik saya umo 9 bulan. sekarang adik tuh dah umor 22tahun. Rosak ada la dalam 2-3 kali .. until now leh guna lg.. gile eh?

AuntyN said...

mak aji : kalau jumpa tolong hebahkan OK. Kalau boleh AN nak yang boleh gosok baju sekali hehe

faizah : mak oi tahan lama sungguh, Ni baru kes, alah membeli menang memakai kut :-)

KakNi said...

auntyN;
mesin basuh kat rumah saya tu beli masa bujang tahun 95, brand national, sampai sekarang boleh guna lagi walaupun rupanya memang dah out, penutup pun tak ada, terpelohong aje

AuntyN try la brand Samsung pulak. Skrg ni barangan Samsung tengah popular, made in malaysia

Mutiara said...

The first stove/cooker we owned was in 1969 kot. brand zanussi. That stove tahan sampai ler jemu. The only thing yg rosak was the oven burner. maklumlah bukan guna sangat oven, only dekat hari raya.Our washing machine was electrolux and front loading. I think it lasted for 20 years. broke down only after flood water masuk rumah. So I guess these brands must have been good.
about the roomba tu, it is not practical if you have many furniture.

AuntyN said...

ahni : Samsung ? nanti nak pi repair dulu washing machine ni, kalau tak boleh repair baru nak beli baru. Yg lama2 ni ada ka orang mau beli timbang kati besi buruk tu hehehe.

Kak Sal : memang barang2 dulu tahan lama sungguh. Sampai naik jemu nak pakai. Tapi la ni isyy, entah lah. Mass production can make things cheaper but quality wise ?

Ari said...

Aku beli barang elektrik tak pernah ikut brand..mana-mana jer lah..janji bagus dan murah..blender ada macam -macam..ada yang dari India..Summeet..power sungguh..!Aku pernah blender 100 biji isi kelapa..untuk buat minyak kelapa dara..aku ingat nak beli pemerah santan pulak lah..!
Semasa di Riau..kat pulau..elektrik power cuma pada waktu malam..siksa nya aku..!Aku cuma dapat mandi dengan selesa..dan enjoy rancangan TV semasa aku transit kat Tanjung Balai..Alangkah siksanya terasa tanpa 'air dalam bosi..api dalam kaco..picit di tepi tengah nyalo..'

Anonymous said...

mami,
Betoi paling tensen kalau blender jahanaam...

Count Byron said...

AN... i miss you and your writings..
Count

Anonymous said...

barang letrik lama yg rosak tu boleh jual...

Teringat zaman dulu2 masa camping masak guna kayu api..nasi sebelah mentah sebelah lagi hangit..

AuntyN said...

En Ari : itulah kan, kita semua dah manja sangat tanpa kemudahan asas tu terasa siksa yang teramat. Dugaan kecik je tu kan?

Mar : Awat tak tension, rendang sebelanga nak buat macam mana no? Nak mampuih kalau pakai lesung batu nak tumbuk bahan2 dia tu. Jenuh lenguh tangan hehehe.

Nana Count : We your writing too!!!!!. Mana pi lama tak nampak?

royce : Boleh jual ka? Nak jual kat mana? AN Ada 2,3 biji motor blender yang dah rosak tu.
Nasi hangit? Isyyy tak pass lagi anak dara sorang ni hehehe

NONIE AZIZ said...

hehehe..MR cuma reti masak nasi guna rice cooker jer..kalau masak kat ataih dapoq haruihlah hangit...

pasai barang letrik ni...Mak MR ada bagi blender (kat rumah mak abah selalu menang kalau main golf)..so mak bagi MR blender sekali ngan boleh buat juice tu...hari tu buat makan2 masak laksa...kong terus..agaknya mesti blender tu terkejut tak pernah dok kerja kuat agaknya nah ko..hehhe..Kat rumah MR ni lani mesin basuh dapat free masa kawin dulu..sekarang macam2 teknik kena guna...kalau dulu bila nak buang ayaq kita pulaih kat DRAIN tu.. la ni kita kena pulaih kat nak masuk kan ayaq barulah ayaq kotor tu keluaq dari mesin...nak spin pulak kena tarik tali ciptaan suami MR baru-baru mesin tu tak boleh nak perah kain...Ya hasil jurutera elekrik yang ada kat rumah...

Dalam hati bilalah boleh tukar mesin basuh auto ni..pasal mesin tu tak rosak2!!

Kak Teh said...

my barang elektrik semua pakat nak rosak sekali. Washing maching gave up during summer, just when we needed to do lots of washing when the sun panas terik. then peti ais pun ikut sama nak merajuk...then oven pulak went on sympathy strike! Tu lah orang kata, they all come in threes. Dah beli freezer baru dok tunggu sales nak beli washing machine baru pulak....oven can wait, bukan pandai buat cake pun!

AuntyN said...

MR : Amboi, senang lah MR sebab ada electrical engineer kat rumah hehehe.

Kak Teh : Oven kena beli, sebab nak buat ayam golek :-)

NANI SHAHABUDIN said...

cemana AN pakai sekejap2 jer rosak. kasar sangat kot AN ni...hahaha. gurau jer
eh..saya pulak kalau masak nasi, prefer masak atas stove. MIL selalu tanya kenapa tak pakai rice cooker. ntah, kalau ada sambal belacan, ulam dan ikan kering, tak syokla makan nasi rice cooker. klu boleh nak masak pakai kayu api eik...

AuntyN said...

stillconfuse aka anne : Banyak tangan Anne sebab tu lah senang rosak. Kala pakai dapur kayu tu mau nasik bau asap :-)