August 02, 2006

Spek Angah

Ini aku nak tiru entry Kak Yan ni hehehe. Kak Yan cerita pasal spek Amir anak dia, aku nak cerita perihal spek Angah pulak.
Aku mula merasa rabun, kelabu semua persekitaran aku masa aku dekat nak duduki peperiksaan MCE. Zaman aku MCE sekarang ni SPM lah. Di sebabkan aku bersekolah asrama penuh dan tak lama lagi dah nak habis belajar aku malas nak susahkan mak ayah suruh hantar duit nak buat spek. Aku bertahan sajalah sampai habis periksa dan cuti. Kalau ada kawan-kawan yang lalu dan senyum kat aku masa tu diorang ingat aku sombong sebab senyuman diorang tak berbalas. Aku cuma akan dapat nampak warna baju dan tubuh badan diorang. Raut muka blur, jadi tak tahu senyum ke tidak. Nasib baik masa kat dalam dewan peperiksaan tu aku duduk di bahagian depan. Kalau tak tu, sure dah tak nampak apa yang tertulis kat papan hijau atau jam penunjuk masa tu.
Aku tahu punca kerabunan aku disebabkan aku selalu baca buku cerita (Mill & Boon) lepas lights off, pakai cahaya lampu corridor. Aku tidur di bahagian atas katil double decker kat dorm tepi tingkap jadi senang aku nak baca buku cerita bila lights off tu. Tapi power spek aku tak lah tinggi sangat. Adik beradik aku dari abang Lang ke bawah semua pakai spek. Yang paling tinggi power spek tu S dan H. Tebal betul spek diorang. Sampai kena pakai spek masa mandi (entah betul ke tidak ni hehe) nanti tak nampak sabun kat mana. Aku masih boleh agak siapa yang tegur aku dari seberang jalan tanpa spek.
Angah ni hujung tahun ni nak ambik SPM. Dia ni selalu sangat mengadu sakit kepala. Kalau aku bawak pergi jumpa doktor, doktor selalu cakap dia kurang minum air, tekanan darah sedikit rendah. Pernah sekali aku bawak check mata dia kat kedai mata suatu masa dulu tu, tapi masa tu still OK. Baru-baru ni dia ada komplen tak berapa nampak tulisan kat papan hijau masa cikgu tulis kat depan. Dia kena salin dari kawan sebelah dia. Tulisan nampak kembang kata dia. Dah tu masa dia ke Summit Supermarket untuk seminar PBSM hari tu dia pun ada singgah kedai spek check mata dia. Memang sah dah dia rabun jauh. Aku rasa mata dia ni rosak sebab dok sms dalam gelap masa nak tidor tu. Budak-budak sekarang mana pernah lekang dengan handfon. BerSMS saja kerja diorang sepanjang masa.
Semasa mak buat operation mata tu, Angah tak ke sekolah, dia mengadu sakit kepala teruk sangat. Jadi dah dia ada kat rumah aku nak ke klinik mata, aku ajak dia sekali. Ambik ubat untuk pening2 tu, MC untuk ponteng sekolah dan kemudian buat spek. Jadi masa semua aktiviti dengan angah tu mak kena tinggal dalam kereta sekejap (Mak sibuk melayan panggilan telefon dari adik beradik aku masa tu, dok cerita pengalaman operation dia, lepas sorang, sorang call.). Aku pun make sure aku park kereta betul-betul berdepan dengan kedai.
Masuk je kedai spek, first thing aku tanya ada student rate ke? Salesgirl tu kata ada. Lega akau dengar hehehe. Jadi bila dah siap pilih frame, kata salesgirl tu seratus lebih harga dia. Tu baru frame, tak masuk lens lagi tu. Tak pa lah, tengok dulu macam mana. Frame pun tak boleh yang fragile sangat sebab dia ni lasak, nak main hoki lagi. Kena cari yang tak mudah patah tu. Dah siap test power dah, salesgirl tu kata kat aku RM260 boleh ka? Tanya dia kat aku. Laaaaa, isyyyyy, kalau tak boleh macam mana ekk? Nampak sangat muka aku ni macam cheapskate agaknya sampai kena tanya boleh ke tidak tu. Jadinya aku jawablah, "Kena boleh lah macam mana pun, tak kan tak boleh pulak" Sambil tu sempat jugak aku tanya lagi "Kurang sikit boleh tak?" Test power jugak aku ni kut kut boleh bargain turun sikit lagi, dapat kurang sikit. Hehehe. Salesgirl tu tengok kat tauke dia (pompuan jugak, muda lagi) She said RM250 lah. See, kalau tak tanya, sure tak dapat kan?. Ni kurang dah RM10 tu, boleh buat beli udang sekilo kat pasar dah.
Lepas 2 hari spek siap, aku pergi ambik. Nasib baik lerr hubby pun kata spek tu OK. Kalau tak rugi duit aku buat spek tu untuk Angah. Seronok agaknya Angah salesgirl tu kata muka dia sesuai pakai spek jadi pakai bentuk apa pun nampak lawa. Dah tu kawan-kawan pun dok puji pulak tu siap balik dok cerita kat aku kawan-kawan puji spek dia. Sabar je lah dengan anak dara aku sorang ni yang makan pujian tu hehehe. Harap-harap boleh bertahan lah spek tu lama sikit, jangan setiap tahun nak kena tukar pulak, parah tu.

14 comments:

Coconut Ice said...

ntah brapa spek I dah ganti sbb terpatah , terduduk, ilang, skru ilang, bent out of shape sejak i pakai spek dari taun 10-11.

skrang pakai contacts..senang je...tapi nak buat spek gak..utk pakai waktu malam (atau malas) :P

AuntieYan said...

N...tu nak kena remind si Angah, jangan lasak sangat, rega spek sekarang bukan murah.Spek sekarang memang lawa-lawa macam rega dia jugak.
Baru ni En.Amir bagi tahu KY bila dia pakai spek, kenkawan dia kata
"Haziqqqq..." memang bila dia pakai spek nampak macam Haziq (budak AF4 @ Si Gigil)

AuntyN said...

Coco : Contact lenses kalau dia nak pakai beli sendiri lah.

Kak Yan : Itu yg dok takut tu. Lasak budak tu tu. Haziiiqqqq, cewah ada gaya boleh masuk AF4 si Amir tu ye ? :-)

Alinlai said...

orang pakai spek ni nampak macam orang cerdik pandai kan :) [chek tak pakai spek Alhamdulillah mata terang lagi] tapi kalau budak2 kecik kena pakai spek kesian plak tengok :(

Anonymous said...

siaple nanti tukar spek tiap tahun. My eldest pakai spek from std 1.Agaknya sebab memanjang tengok tv dan dia suka baca buku.

AuntyN said...

Alinlai : Orang tak pakai spek lebih best. Nak tukar kaler mata ke, nak tukar gaya dgn bermacam sunglasses yang vogue tu amat senang sekali. :-)

easylady : Isyyy jangan mintak2 lah, ni dok risau dah ni sbb si Angah tu lasak. :-)

Ordinary Superhero said...

Alaaaaaa, Aunty N. Kenapa I masih tak leh baca ni?. Takkan your new renovation tak support Firefox?

Ari said...

Remind me of my Rodenstock days..with Hoya lens..frames called Nut..Toffy..Young Looks..sekarang say cuma pakai safety spek dan bila membaca tulisan yang halus..Rayban pun dah tak pakai..driving series..Aviator..Diamond Hard (my last from Bausch and Lomb).Should welcome your Angah into the wonder of Spectacle world..!

UglyButAdorable said...

AN..talk about mandi dgn spek..me anak sedara oso do that laa. and i always ask him why?? cakapnyer senang.. never understood..

AuntyN said...

OSH : Kesian nye, tapi AN tak tahu lah apasal OSH tak boleh baca. Nanti kita tanya kawan2 in the next entry OK. So far yang kata tak boleh baca dah boleh dah. Almaklumlah Engineer ni kurang sikit kemahiran IT dia tu :-)

En Ari : Fuyooo, mengebat sakan dulu2 tu no hehe

Adorable : Senang apa ekk? Terang segala daki2 kat badan kut hehehe

Anonymous said...

buleh pakai lagi ka petua makan carrot nak bagi terang mata AN? :)

RM10 tak dapat dah udang sekilo. kat sini RM14!

JoeBangla said...

dalam sesetahun dua sure angah akan pakai contacts. sure tak lama lagi mata dia kaler kelabu, kaler biru, kaler biru bijik kundang :-)

AuntyN said...

CD : Kat sini masih boleh dapat udang sekilo RM10 not bad jugak size dia.

Joe : Boleh pesan dari NYC tak? Contact berkaler2 tu hehehe.

Anonymous said...

hi kak N, dah lawa rumah baru kak N ni...cm dah lama tak visit kak N sbb sibuk dgn aktiviti nak balik Malaysia...now dah settle down bolehle selalu visit.