October 31, 2006

Makan-Makan Raya

"Jari-jari ku sakit semua
Kerna bekerja pagi dan petang"

Macam tu lah aku masa raya tu. Bukan setakat jari je yang sakit, seluruh badan aku sakit semuanya. Iye lah kan, macam adik ipar aku kata, kami ni terpilih menjadi "ibu rumah" untuk keluarga. Jadinya semua akan bertumpu ke rumah aku.

Aku start prepare makanan untuk raya dari hari Ahad malam Isnin dah. Mula sekali buat rendang daging. Isnin tu aku masak rendang ayam, nasi impit, kuah kacang dan gulai daging. Pada pagi raya aku masak kuah lodeh untuk lontong, koay teow goreng, nasi minyak.

Dari lepas sembahyang raya, rumah aku dah ada pengunjung. Mula tu Shah dengan anak dia, lepas tu S datang sorang saja, anak-anak dia pergi rumah datuk-nenek diorang. S duduk kat rumah aku sepanjang hari, lepas tu keluarga kakak aku (yang balik dari KK tu). Habih semua dari bro-in-law sampai anak-anak kakak M (7 orang) termasuk menantu sekali datang. Bro-in-law tu macam tak percaya saja semua lauk pauk tu aku yang masak sendiri, siap dok tanya, masak sendiri atau order dari restoran mana2. (Cis!!! penat aku masak tu hehehe)

Lepas tu tak putus2 lah aku kena layan tetamu tu. Sampai naik longgar kaki tangan dah tu. Bila petang, hujan dah mula turun, kami yang memang dah bercadang nak buat BBQ tu, menjadi berbelah bagi nak buat ke tidak. Shah, entah berapa kali dok tanya nak teruskan ke tidak, sebab dia nak beli koayteow nak masak char koay teow macam tahun lepas. In the end kami decide nak teruskan jugak. Kalau hujan lebat jugak, BBQ dari dalam rumah sajalah.
Bila malam makin lah ramai bila Abang Ngah & famili bersama keluarga adik ipar dia sampai. Semua adik beradik dengan keluarga masing-masing ada, jadi ramailah jugak malam tu. Since hujan pun dah renyai2 dah, kami tukar acara kepada BBQ pulak, tak lama tu aku tengok, rumah aku dah penuh asap, dan panjang kemain queue diorang menunggu charkoayteow. Hehehe. Bila pintu dan tingkap semua aku buka baru clear asap dari dalam rumah.
Esoknya, aku goreng nasik untuk breakfast. Abang Lang and famili tidur kat rumah aku, jadi kenalah siapkan breakfast untuk semua. Ingat dah boleh rehat sikit, tiba-tiba cousin hubby pulak call nak datang. Isyy, apa pulak nak dijamu ni? Kata hubby, goreng koayteow. Koayteow lagi? Sabar je lah.
Petang kami pegi rumah S, dia buat laksa, jadi aku tak payah masak makan tengahari. Cuma menu malam lah pulak. Naik muak dah nak makan nasi. Aku suggest lah nak buat fish and chips pulak tu, siap booking si Naaim anak abang lang untuk buat coselaw lagi. Anak-anak aku suka sangat bila dengar Naaim nak buat coselaw tu. Sedap. Jenuh jugaklah aku menggoreng fish & chip tu, siap dengan Ayamas hotdog berkeju lagi. Selera sungguh anak-anak teruna abang lang makan.
Raya ketiga, hubby kata sat dia pergi cari tulang buat sup. Dengan tulang tu dia bawak balik sekali mee basah dan koayteow. Kak Long sampai kata "koayteow" lagi hehehe. Muka pun dah jadi muka koayteow dah tu. Petang tu kakak-kakak hubby yang dari KL datang beraya. Kami ingatkan diorang tak balik kampung sebab tak beritahu pun nak balik. Jadi rezeki diorang lah sup tu, bersama adik beradik aku yang lain.


Raya ke-empat aku dan hubby dah mula kerja. Itupun aku datang ofis half day lepas make sure aku prepare makanan untuk abang lang yang akan bertolak balik hari tu jugak. Walau dah start kerja dan weekend menjelang, rumah aku masih jugak tak renti-renti ada yang bertandang. Anak-anak sedara mak datang menjenguk mak, kalau ada rezeki diorang elok lah sikit jamuan nya, kalau tak tu makan biskut raya sajalah dengan minum air. Nak buat macam mana kadang-kadang masa diorang datang aku tak ada kat rumah (pergi shopping untuk replenish stock aku). Aku tak sempat pun nak berkunjung ke mana-mana masa raya pun. Sampai hari ni masih belum lagi habis pinggan mangkuk, periuk belanga yang aku keluarkan tu disimpan sepenuhnya.

Letih tu memanglah letih, tapi bila teringat nak merungut tu, aku terfikir jugaklah, keadaan ni akan berlarutan selagi ada mak aku kat rumah akau. Aku kena enjoy sepenuhnya. Nanti suatu hari bila mak dah tak ada, seri rumah aku mungkin akan pudar, dan jadinya nanti bila anak-anak pun dah mula berkeluarga sendiri takutnya nanti kami berdua saja yang akan tinggal beraya bersama-sama. Biarlah kemeriahan yang kami lalui ini jadi kenangan untuk kami sampai bila-bila.

October 19, 2006

Balik Kampung

"Syia, hang balik kampung mana raya ni? " Tanya kawan Syia.
"Aku balik kampung depan sekolah tu lah" Jawab Syia.
Sejak ada taman perumahan kat kampung ni, ramai orang luar yang datang tinggal sini. Ataupun ada yang anak kampung yang belajar atau bekerja di luar daerah, seterusnya kawin dengan orang negeri lain. Kemudian balik tinggal sini. Jadi ada diantara kawan-kawan anak-anak aku yang akan balik beraya di kampung lain. Ada yang akan ke Perak, Selangor, Perlis dan sebagainya. Anak-anak aku tak akan merasa balik kampung sebab kami memang dah tinggal kat kampung kelahiran aku. Hubby pun dari Penang jugak, tapi sejak kematian mak mentua kami dah tak beraya di rumah mak mentua macam masa anak-anak masih kecil. Adik beradik hubby akan datang bertandang ke rumah kami selepas mak mentua meninggal.
Aku pulak sejak mak tinggal dengan aku ni, rumah aku dah jadi center tempat berkumpul di hari raya. Jadinya kami jadi host kepada kedua-dua belah keluarga. Kami tak balik kampung tapi, rumah kami yang jadi tempat keluarga berkampung. Alhamdulillah.

Nasib baik jugak aku kawin dengan orang senegeri saja, tak payah nak kelahi berebut nak giliran balik kampung setiap tahun kan hehehe. Masa masuk UiTM dulu tu ada lah sorang abang senior dari Sarawak nak tackle aku, nasib tak ada jodoh, kalau tidak, "kamek, balik kampung naik belon" :-). Jadinya tak merasa kami ni semua kemeriahan/kekecohan nak balik kampung tu.
Tapi yang teruk tu, rumah aku nak kena kemas dah sediakan untuk menyambut tetamu pada hari raya dari pagi hingga ke malam. Abang Lang dari Shah Alam dan keluarga sememangnya akan bermalam di rumah aku, kakak M walau dia tinggal di KK sekarang ni, tapi dia ada rumah di Butterworth, jadi dia datang bertandang sajalah. Abang Ngah dari Taiping, Adik bongsu dari SP akan balik hari saja. Kalau tak, berkhemah lah semua kat hall tu atau mana-mana tempat yang dapat letak kepala untuk tidur.
Nampaknya weekend ni aku kena buat kerahan tenaga lah ni. Nak ajak semua anak-anak kemas dan bersihkan rumah. Jangan haraplah aku nak boleh jadi mandur, arah sana arah sini. Silap-silap aku yang nanti jadi ketua bibik semua kerja kena buat hehehe.
Kepada sesiapa yang akan balik beraya di kampung atau di bandar
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
IKUT SEGALA PERATURAN
BERSABAR DAN BERHEMAH SEMASA MEMANDU
DIDOAKAN SEMUA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI MASING-MASING DENGAN SELAMAT
Kepada yang di perantauan tu, jangan bersedih. InsyaAllah, anda semua dalam ingatan dan doa kami.

Sekali lagi

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1427h

Jika ada tersalah bahasa,
Terkasar kata, tersilap bicara

Ku susun jari sepuluh
Ku mohon ampun dari semua
Dari hati yang tulus ikhlas
Maafkan dosa seadanya

October 16, 2006

Berbuka Di Dengkil

Masa aku letak kad raya kat bawah tu, aku ingat nak buat trick orang malas saja tu. Dah letak ucapan semua tak payah dah update blog sampai lepas raya. Tiba-tiba kemaruk pulak nak update. Tak pe lah kan? :-) Boleh jugak bermaafan cepat-cepat walau ada seminggu lagi sebelum hari raya.

Sejak mak tinggal dengan kami, pergerakan kami sekeluarga terbatas sedikit. Jadi, kalau nak berbuka kat luar tu amatlah susah. Sebab, kalau kami nak bawak mak sekali, nak kena fikirkan apa yang yang dia boleh makan, jugak nak kena cari kedai yang boleh park kereta yang dekat dengan tempat duduk dan berbagai.

Since Kak Long dah habis periksa, kami dah janji nak jemput dia dan 2 orang anak sedara aku (Anak Kakak M) balik dari kampus. Jadi aku pun tanya adik S, boleh ka aku tumpangkan mak 1 malam di rumah dia. Hajat aku nak bawak semua anak-anak aku. Bolehlah kami berbuka di luar sekali. Tak payah lah nak fikir anak2 nak berbuka dan bersahur macamana. Mak pulak kurang sihat, pagi jumaat aku dah bawak dia ke klinik ambik ubat. Nak bawak mak sekali kesian nanti letih saja dia dalam perjalanan, lagipun nanti tak muat kereta semasa balik tu. Jadi hari sabtu lepas aku hantar mak ke rumah S, kami sekeluarga pun bertolah ke Cyberjaya. Kami berlima semasa pergi dan pulang nanti menjadi lapan dalam MPV yang berkapsiti 7 orang sahaja tu. Kenalah bawak satu kerusi kecik untuk salah sorang dari anak-anak aku tu.

Kami bertolak pukul 12.30 tengahari dan sampai lebih kurang pukul 5.30 petang. Jalan tak jem, hujan lebat selepas R& R Tapah tu. Tapi tak lah sepanjang jalan, sekejap hujan, sekejap berhenti. Tapi memang kami dok plan sampai just enough time untuk berbuka. Kalau terlalu awal sampai, tak tahu pulak nak melepak kat mana, mestinya weekend tu kedai-kedai di lembah Kelang penuh sesak dengan orang bershopping. jalan-jalan pun pasti jem, salah timing kang kena berbuka dalam kereta pulak.

Dah ambik kak long dan anak-anak sedara, perempuan semua nya ni, jadi hubby sorang sajalah kumbang diantara bunga-bunga yang sedang berkembang (tolak aku, sebab aku ni bunga yang dah hampir layu......wakakakaka), mula lah dok tanya-tanya nak berbuka kat mana. Last-last Kak Long cakap ke Dengkil, kat satu restoran tomyam yang katanya sedap. Dia dah pernah pergi 2 kali dah. Femes dengan budak-budak campus dia tu. OK lah, kami pun menuju ke sana, sampai awal jugak lah dan sempat mengorder makanan yang berjenis-jenis. Bila makanan dah sampai, fuhh sabar je lah menunggu masuk waktu, dengan aroma yang menusuk lubang hidung orang-orang yang lapar tu. Kami agak awal, jadi senang nak order makanan, sebab pelanggan masih belum ramai. Hampir berbuka makin ramai pelanggan yang datang, sahlah restoran tu sedap masakan dia.

Not bad jugak rega makanan kat situ. Makanan pun sedap, puas hatilah kiranya kami makan malam tu. Dah kenyang tu kami pun bertolak balik, singgah di R&R untuk solat dan minum-minum sikit. Lepas tu sambung semula perjalan, singgah sekejap kat Bukit gantang sebab nature's call dan kemudian terus ke Penang.
Sampai kat Seberang Jaya, dah dekat pukul 1.00 pagi. Kami cakap dengan anak-anak kena berenti makan sahur terus. Nanti sahur tak nak bangun dah, nasi dan lauk kat rumah pun tak dimasak, dah penat so tak nak bangun bersahur macam selalu dah. Jadinya kami berenti bersahur di Key's charkoeytiau. Yang lain semua makan charkoeytiau melainkan aku dan Wawa (salah seorang anak sedara aku tu). Kata dia kenyang lagi, suruh minum pun tak nak dia tu. Adik dia saja yang makan. Aku makan nasi goreng, yang tak berapa sedap.
Sampai rumah, lepas menghantar anak sedara aku tu dah pukul 2.00 pagi. Aku tidur terus, tak sedar tidur sampai pagi. Bangun pagi pun badan terasa keras macam kayu ye. Nasiblah hari ahad, cuti lagi. Tapi kannn...... memang dah plan nak bershopping pulak. Shopping raya lah, sebab dah suntuk dah, baju raya budak-budak tu belum lagi dibeli. Dok tunggu Kak Long balik nak pergi sekali semua. Letihnya tak payah cakaplah.

October 13, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1427H


Selamat mempertingkatkan ibadah di akhir Ramadhan 1427

dan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1427

Jika ada salah dan silap
AuntyN mohon keampunan dari hati yang ikhlas

Assalamualaikum.

October 06, 2006

Training

I was away from the office for the last 2 days. I went for a training course with PS. Maybe to some it is not understandable why with the company is about to close down, we were so keen on going for training. Well, I am helping the company to reduce the company money in the HRDF. If not utilised, the company cannot re-claim the money. So what other ways to do but to go for training. (Read : The training can be usedby me if I decide to become a consultant later on ) Of course, training is always associated with lavish meals. There are usually morning and afternoon tea breaks and a lunch. So since I was fasting, the training provider gave me Tesco shopping voucher instead.
I have known the training provider since 1994. On and off we had used them to provide training for the employees, from my first company till now. Some of the trainers/consultants had become my friends over the years. One of them is Christina.
I haven't seen Christina for some time, over the years, we changed, and shamefully I had forgotten how she looks like. So when she met us during the break, she said we (PS and I) look familiar (luckily she forgotten me as well hehehe). I asked whether Christina was still around and she said,
"Is Christina is still around? " Mock surprise tone. " I am Christina"
"sorry, so very sorry" I said, " I didn't recognise you, you look different, did you have a plastic surgery or something. You look so young". Hehehe, Of course lah, need to cover maaa. .
" Ya lah, plastic surgery lorr, that's why I look different now, hahaha" Luckily she is sporting enough.
Later during the class, the trainer Joyce asked me.
Joyce : "N, were you from LT Sdn Bhd, before?"
Me : " Yes, why?"
Joyce : " Christina was asking whether you were from that company and she was telling me that you gave birth 2 days after you finished the course ?"
Joyce was asking for confirmation.
Me : " Yes, that was me"
At lunch, while Joyce and the other participants went to lunch I had a chat with Christina reminescing over old times and friends. Of course the story came out again.
Christina :" I used to tell your story in my other trianing classes. I told them that we had a lady pregnant at full term during one of the training. We finished the course on Friday, she gave birth on Sunday " I should ask for a royalty for this right?
Me : "Yes, Joyce was asking me just now, I said, when you asked me then, when I was due, I said next week."
Christina : "No, no, I still remember your exact words. You said, if I tell you when I am due, you all will be worried".
Me : "If I am not mistaken, you pestered me again and I did tell you all. You and Linda's reaction was " why so fast?""
Me : " My answered was, "What Fast!, I had been carrying the baby for 9 months already" "
Anyway, that baby is 12 years old already. Yes, I was full term pregnant with Syia when I was scheduled for the Lead Assessor's training. It was a 5 days training, with live audit conducted at their client's premise. The training was in Penang Island, I was driving to and from home to the training place. I had to use the ferry and training usually finished at after 8.00 pm. It was interesting and but rather hectic for a pregnant mom in her last trimester. Unknowing to me, they had a little contigency plan on their own during the mock audit, just in case I decided to gave birth during that time :-), although I didn't see an ambulance witing the compound.
I went back to the office on Saturday ( we were working 5 and 1/2 days at that time, Saturday was half day). I wanted to clear my stuff before the maternity leave. On Sunday, Syia was eager to come out into the world. It was the labour day, 1st of May 1994. Although it was a quality training, Syia was borned feet first, against the normalcy of birth. Yes, she was breached, but Alhamdulillah it was a normal delivery, no suction, no forcept, not ceaserian. Perhaps she just refused to conform to normal rules I guessed, hehehe.
Let see if I can get more training before we leave.

October 02, 2006

Curiga

Sabtu 8.15 pagi.
Anak-anak sudah ku hantar ke sekolah masing-masing. Ada kelas gantian sebab nak cuti raya awal. Adik S dah sampai untuk jemput mak bawak pergi mengurut. Jadi sunyi sepi rumah kami tinggal kami berdua saja tu.
Aku : "Sunyi sepi dah rumah kita ni, tinggai kita dua orang saja ni."
Hubby : " Tu lah. Esok-esok bila kita dah tua jadi macam ni lah. Sunyi sajalah, kalau tak kawin lain"
Aku : " Aiiit, kawin lain? Sapa nak kawin lain"
Teringin lah tu kut!
Hubby : " Mana tau kut You kawin lain"
Aku : "Macam mana pulak I nak kawin lain. YOU tak tau lah"
Hubby diam, senyum saja. Dia menyakatlah tu.
..............................................
Sabtu 9.00 pagi.
Kami dah siap sedia nak pergi pasar.
Aku : " Kalau tak posa boleh pekena teh tarik no?"
Hubby : " Dengan nasik lemak ka, roti canai ka no?"
Hubby : " Ni dah tak dak orang, best kalau ro........ ni"
Aku : "HAHAHAHA, posa lah bang oii"
Apa kena orang tua ni, kopi 5 dalam 1 tu dah lama tak minum ni, hehehe.
............................................
Sabtu 4.00 petang.
Hubby dah siap nak pergi Ipoh dengan abang D sepupu dia. Dah cakap dengan aku dari petang Jumaat lagi dah. Mula kata nak pakai baju Melayu dengan sampin (katanya majlis formal). Tapi dia tak pakai terus, dia pakai baju batik. Baju Melayu dia bawak sekali. Tak pulak tanya,
N, mana butang baju melayu aku daaaa.. ala P Ramlee tu hehe.
Dah dia pergi aku OK sajalah, masak ala kadar aja makan untuk berbuka.
..........................................
Sabtu 8.30 malam

Aku online kejap. Ada orang tegur kat YM,
Orang tu : "AN, ni online sambil pakai telekung lah ni? " Ikon gelak guling-guling.
Aku : "Haah lerr" Ikon senyum lebar.
Dah lama tak buat kerja macam tu, online sambil pakai telekung tu.
..........................................
Sabtu 12 tengah malam
Aku dah mula sangsi, hubby tak balik lagi. Aku dah siap solat terawikh, dah siap jahit 3 cadar katil bujang dah, tengah jahit sarung bantal pertama.
Aku : "Mana pulak dia ni awat lambat ni"
Nak tidor tak boleh sebab aku teringat dia naik kereta aku, kunci rumah dia tak bawak. Kang aku tertido mati jenuh dia nak ketuk pintu.
Dalam fikiran dah mula datang macam-macam.
"Isyyy, tak kan dia tadi bagi hint kat aku pasai kawin lain."
"Tak kan lah kut, kalau nak buat hal, sure dari dulu dah buat kan?"

Nak tenangkan perasaan lah tu.
.....................................

Ahad 1.00 pagi
Aku telefon handfon hubby. Dah tak tahan dah ni.
Aku : " Bang, kat mana ni? Awat lambat?" Terus tanya dalam fon.
Hubby : " Dah nak sampai dah, baru hantaq abang D kat rumah dia"
Aku : " OK, OK" Letak fon.
Tak lama hubby sampai balik, Alhamdulillah selamat. Dia cerita jumpa dengan sepupu dia kat Ipoh tu, terus pergi rumah diorang. Siap diorang si Y (sepupu hubby) dan isteri dia kirim salam kat aku.
Aku tido pun tak berapa nyenyak, macam-macam mimpi yang tak berapa elok malam tu. Bangun sahur pun bengong saja sebab tak cukup tidor.
.....................................
Ahad 10.30 pagi.
Abang D datang dengan anak dia, sebab hubby janji nak bagi mercun dan bunga api. Katanya, anak abang D dok pester, suruh beli mercun upah dia puasa tahun ni. Hubby suruh datang ambik kat rumah sebab tahun lepas anak sedara hubby ada bagi kat kami, anak-anak kami tak main pun. Dah besar-besar semuanya.
Abang D : "N, sorrylah semalam Z terlambat balik"
Aku : "Tak apa abang, cuma dia tak bawak kunci rumah saja tu"
Sambung lagi sambil senyum-senyum.
Abang D : "Terimakasih lah sebab bagi Z temankan abang D semalam, jadi saksi abang D goncang tangan"
Aiit, apa abang D ni, goncang tangan sapa pulak ni.
Abang D : " Goncang tangan Pak Long" Hehehe, dia gelak.
Pak Long tu bapak sedara diorang yang turun dari KL, diorang pergi berbuka bersama dia lah malam tu.
Aku : " Ya, lah, risau jugak semalam, dah bawak baju Melayu lagi tu" Konon nak buat lawak aku ni.
Abang D cerita semua peristiwa malam tu, yang konsisten dengan cerita hubby.
Kena buang jauh-jauh sajalah, perasaan curiga aku ni kan.....Tak baik puasa-puasa ni kan? :-)