October 02, 2006

Curiga

Sabtu 8.15 pagi.
Anak-anak sudah ku hantar ke sekolah masing-masing. Ada kelas gantian sebab nak cuti raya awal. Adik S dah sampai untuk jemput mak bawak pergi mengurut. Jadi sunyi sepi rumah kami tinggal kami berdua saja tu.
Aku : "Sunyi sepi dah rumah kita ni, tinggai kita dua orang saja ni."
Hubby : " Tu lah. Esok-esok bila kita dah tua jadi macam ni lah. Sunyi sajalah, kalau tak kawin lain"
Aku : " Aiiit, kawin lain? Sapa nak kawin lain"
Teringin lah tu kut!
Hubby : " Mana tau kut You kawin lain"
Aku : "Macam mana pulak I nak kawin lain. YOU tak tau lah"
Hubby diam, senyum saja. Dia menyakatlah tu.
..............................................
Sabtu 9.00 pagi.
Kami dah siap sedia nak pergi pasar.
Aku : " Kalau tak posa boleh pekena teh tarik no?"
Hubby : " Dengan nasik lemak ka, roti canai ka no?"
Hubby : " Ni dah tak dak orang, best kalau ro........ ni"
Aku : "HAHAHAHA, posa lah bang oii"
Apa kena orang tua ni, kopi 5 dalam 1 tu dah lama tak minum ni, hehehe.
............................................
Sabtu 4.00 petang.
Hubby dah siap nak pergi Ipoh dengan abang D sepupu dia. Dah cakap dengan aku dari petang Jumaat lagi dah. Mula kata nak pakai baju Melayu dengan sampin (katanya majlis formal). Tapi dia tak pakai terus, dia pakai baju batik. Baju Melayu dia bawak sekali. Tak pulak tanya,
N, mana butang baju melayu aku daaaa.. ala P Ramlee tu hehe.
Dah dia pergi aku OK sajalah, masak ala kadar aja makan untuk berbuka.
..........................................
Sabtu 8.30 malam

Aku online kejap. Ada orang tegur kat YM,
Orang tu : "AN, ni online sambil pakai telekung lah ni? " Ikon gelak guling-guling.
Aku : "Haah lerr" Ikon senyum lebar.
Dah lama tak buat kerja macam tu, online sambil pakai telekung tu.
..........................................
Sabtu 12 tengah malam
Aku dah mula sangsi, hubby tak balik lagi. Aku dah siap solat terawikh, dah siap jahit 3 cadar katil bujang dah, tengah jahit sarung bantal pertama.
Aku : "Mana pulak dia ni awat lambat ni"
Nak tidor tak boleh sebab aku teringat dia naik kereta aku, kunci rumah dia tak bawak. Kang aku tertido mati jenuh dia nak ketuk pintu.
Dalam fikiran dah mula datang macam-macam.
"Isyyy, tak kan dia tadi bagi hint kat aku pasai kawin lain."
"Tak kan lah kut, kalau nak buat hal, sure dari dulu dah buat kan?"

Nak tenangkan perasaan lah tu.
.....................................

Ahad 1.00 pagi
Aku telefon handfon hubby. Dah tak tahan dah ni.
Aku : " Bang, kat mana ni? Awat lambat?" Terus tanya dalam fon.
Hubby : " Dah nak sampai dah, baru hantaq abang D kat rumah dia"
Aku : " OK, OK" Letak fon.
Tak lama hubby sampai balik, Alhamdulillah selamat. Dia cerita jumpa dengan sepupu dia kat Ipoh tu, terus pergi rumah diorang. Siap diorang si Y (sepupu hubby) dan isteri dia kirim salam kat aku.
Aku tido pun tak berapa nyenyak, macam-macam mimpi yang tak berapa elok malam tu. Bangun sahur pun bengong saja sebab tak cukup tidor.
.....................................
Ahad 10.30 pagi.
Abang D datang dengan anak dia, sebab hubby janji nak bagi mercun dan bunga api. Katanya, anak abang D dok pester, suruh beli mercun upah dia puasa tahun ni. Hubby suruh datang ambik kat rumah sebab tahun lepas anak sedara hubby ada bagi kat kami, anak-anak kami tak main pun. Dah besar-besar semuanya.
Abang D : "N, sorrylah semalam Z terlambat balik"
Aku : "Tak apa abang, cuma dia tak bawak kunci rumah saja tu"
Sambung lagi sambil senyum-senyum.
Abang D : "Terimakasih lah sebab bagi Z temankan abang D semalam, jadi saksi abang D goncang tangan"
Aiit, apa abang D ni, goncang tangan sapa pulak ni.
Abang D : " Goncang tangan Pak Long" Hehehe, dia gelak.
Pak Long tu bapak sedara diorang yang turun dari KL, diorang pergi berbuka bersama dia lah malam tu.
Aku : " Ya, lah, risau jugak semalam, dah bawak baju Melayu lagi tu" Konon nak buat lawak aku ni.
Abang D cerita semua peristiwa malam tu, yang konsisten dengan cerita hubby.
Kena buang jauh-jauh sajalah, perasaan curiga aku ni kan.....Tak baik puasa-puasa ni kan? :-)

17 comments:

Anonymous said...

hi auntyn,

semalam baru je pi kursus neuro linguistic program, salah satu bab dia ajar camne nak baca body language dan contoh yg dia bagi camne nak tahu hubby menipu atay tak...hehe...tergelak saya bila baca entry ni

alah aunty, hubby tu saje menyakat, kan ke usik2 membawa bahagia

btw, nak email dd, bila kelapangan nanti saya email aunty

AuntyN said...

noha chomel : Hehehe. Memanglah tak ada apa pun, AN pun tahu dia tu menyakat tu. email AN: makcik_n@yahoo.com.my

coklat~vanilla said...

slm auntyN..seriau gak ropanya noo..
xpa, selagi aunty dok mengancam, mesti uncle x cr lain punyaa:D

slm ramadhan

AuntyN said...

cempakabiru : Kalau mengancam macamm mana pun, kalau dia nak buat sure buat jugak kan? hehe.

Laaa, mana pi lama tak nampak.

javard : Ye lah, kan pak cik to ensem...ahak....

We are all OK. U take care OK.

Kak Teh said...

ish buat apalah nak curiga bulan2 posa ni..buat hilang markah saja.

AuntyN said...

Kak Teh : hehehe, biasalah tu. Bila fikiran kosong tu macam-macam benda masuk kepala. Tak ada apa-apa pun.

mak aji said...

Ini cemburu tandanya sayanglah ni. InsyaAllah, cik abang saja nak menyakat saja tu....

AuntyN said...

mak aji : hehe, memang tahu dia manyakat, tapi bila lambat balik tu, macam-macamlah yang difikiran tu hehe.

Queen Of The House said...

Ish buat apa lah nak layan perasaan bulan2 puasa ni ..... tak kan nak pi kawin lain bulan posa kot!! Lagi pun setan semua kena rantai..... relaxlah Kak N!

AuntyN said...

QOTH : Setan kena rantai, nafsu tu tak. Tak ada lah, memang relax ni pun. :-)

MA said...

Uncle Z test the water kot?

Don't sangka clear water no boya, eh?

Anonymous said...

Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak dari kami sekeluarga.
mami, bila nak belanja mee udang? Kami sekeluarga dah berada kat kedah ni :)

Anonymous said...

Selamat meyambut Ramadhan al - Mubarak. First time baca blog aunty N.

Anonymous said...

Aunty N, bila nak tambah resipi baru dalam dapur?

ety said...

AN, ME pun ada kat Ipoh sabtu tu....tido kat Casuarina ...bukak posa kat umah MB ngan Pak Lah (Pak Lah lepak kat Casuarina gak!...)...he...tak la...ME bukak posa kat Bota sebab family anjur Morei kat surau sana...oh..Pak Long yek?...

Ordinary Superhero said...

Godaan bulan pose tu.

AuntyN said...

MA : Nak test the water? Sat, sat nak pi giling cili padi banyak2 hehehe.

mar : Ada kat Kedah tang mana? Lepaih raya boleh ka? email lah, OK?

anon1 : Selamat menyambut Ramadhan jugak. Terimakasih kerana sudi baca blog AN ni :-) Welcome.

anon2 : Sorry lama tak update blog resipi. Nanti AN update ye.

ety : Ye ke berbuka dengan Pak Lah, tak de chance AN ni nak berbuka dengan Pak Lah, some more rumah MB lagi.

OSH ; Haah, COBAAAAANNNNN !!! :-)