October 19, 2006

Balik Kampung

"Syia, hang balik kampung mana raya ni? " Tanya kawan Syia.
"Aku balik kampung depan sekolah tu lah" Jawab Syia.
Sejak ada taman perumahan kat kampung ni, ramai orang luar yang datang tinggal sini. Ataupun ada yang anak kampung yang belajar atau bekerja di luar daerah, seterusnya kawin dengan orang negeri lain. Kemudian balik tinggal sini. Jadi ada diantara kawan-kawan anak-anak aku yang akan balik beraya di kampung lain. Ada yang akan ke Perak, Selangor, Perlis dan sebagainya. Anak-anak aku tak akan merasa balik kampung sebab kami memang dah tinggal kat kampung kelahiran aku. Hubby pun dari Penang jugak, tapi sejak kematian mak mentua kami dah tak beraya di rumah mak mentua macam masa anak-anak masih kecil. Adik beradik hubby akan datang bertandang ke rumah kami selepas mak mentua meninggal.
Aku pulak sejak mak tinggal dengan aku ni, rumah aku dah jadi center tempat berkumpul di hari raya. Jadinya kami jadi host kepada kedua-dua belah keluarga. Kami tak balik kampung tapi, rumah kami yang jadi tempat keluarga berkampung. Alhamdulillah.

Nasib baik jugak aku kawin dengan orang senegeri saja, tak payah nak kelahi berebut nak giliran balik kampung setiap tahun kan hehehe. Masa masuk UiTM dulu tu ada lah sorang abang senior dari Sarawak nak tackle aku, nasib tak ada jodoh, kalau tidak, "kamek, balik kampung naik belon" :-). Jadinya tak merasa kami ni semua kemeriahan/kekecohan nak balik kampung tu.
Tapi yang teruk tu, rumah aku nak kena kemas dah sediakan untuk menyambut tetamu pada hari raya dari pagi hingga ke malam. Abang Lang dari Shah Alam dan keluarga sememangnya akan bermalam di rumah aku, kakak M walau dia tinggal di KK sekarang ni, tapi dia ada rumah di Butterworth, jadi dia datang bertandang sajalah. Abang Ngah dari Taiping, Adik bongsu dari SP akan balik hari saja. Kalau tak, berkhemah lah semua kat hall tu atau mana-mana tempat yang dapat letak kepala untuk tidur.
Nampaknya weekend ni aku kena buat kerahan tenaga lah ni. Nak ajak semua anak-anak kemas dan bersihkan rumah. Jangan haraplah aku nak boleh jadi mandur, arah sana arah sini. Silap-silap aku yang nanti jadi ketua bibik semua kerja kena buat hehehe.
Kepada sesiapa yang akan balik beraya di kampung atau di bandar
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
IKUT SEGALA PERATURAN
BERSABAR DAN BERHEMAH SEMASA MEMANDU
DIDOAKAN SEMUA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI MASING-MASING DENGAN SELAMAT
Kepada yang di perantauan tu, jangan bersedih. InsyaAllah, anda semua dalam ingatan dan doa kami.

Sekali lagi

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1427h

Jika ada tersalah bahasa,
Terkasar kata, tersilap bicara

Ku susun jari sepuluh
Ku mohon ampun dari semua
Dari hati yang tulus ikhlas
Maafkan dosa seadanya

23 comments:

Sya said...

KAK N

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN..

riuh rendah le gamaknya nrumah Kak N nantikan?

KLMari said...

Aunty N,

Wah...sounds so meriah one aaa...Mesti seronok kan berkumpul ramai-ramai macam tu. Mesti malam tak tidur sebab dok sembang sampai ke pagi. Apa pun, saya nak wish Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Saya memang hari hari mai blog Aunty baca..cuma rasanya tak pernah tinggal komen. So semoga bergembira di hari raya dengan keluarga dan sanak sedara yer...

AuntyN said...

Sya : Selamat Hari Raya untuk Sya dan anak2. Maaf zahir bathin.

klmari : Terimakasih kerana sudi baca. Meriah tu memang meriah tapi PENATTTTT yang teramat Penat!!!. Selamat Hari Raya, maaflah kalau ada apa2 yg tersalah tulis tergores hari tu ye?

Anonymous said...

Hallo AN,
Bila baca coretan awak tu..terkenang zaman silam saya..rindu jugak saya pada zaman yang telah tinggal kenangan tu..those situation might change in the oncoming years and you might missed it like I'm now..so enjoy it when you still have the opportunity..
Selamat berhari Raya dan selamat berkampung beramai-ramai..Lucky you..!

Anonymous said...

Hallo AN,
Bila baca coretan awak tu..terkenang zaman silam saya..rindu jugak saya pada zaman yang telah tinggal kenangan tu..those situation might change in the oncoming years and you might missed it like I'm now..so enjoy it when you still have the opportunity..
Selamat berhari Raya dan selamat berkampung beramai-ramai..Lucky you..!

Anonymous said...

Salam...Buat Aunty N sekeluarga selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin... :)

mak aji said...

Wah..meriahnya AN beraya. Kita yang membaca ni tumpang seronok ajelah!

AuntyN said...

En Ari : How true!!. I know what you mean.It was like that with hubby's family, nowadays, the sibling pun dah berpecah belah.

Taugeh20 : lama tak nampak ni. Selamat hari raya.

makaji : Meriah sangat dan penat sangat nanti tu hehehe.

Ordinary Superhero said...

Seronoknya kalau rumah kita jadi tempat adik beradik berkumpul masa raya. Alhamdulillah.

Salam Aidilfitri untuk Aunty n sekeluarga.

Anonymous said...

mami,
Saya pon nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya, maaf dipinta jika pernah terkasaq bahasa.
Kami pon beraya di sini, mmg rumah dekat sangat dengan kampong. Cuma later in the day on raya kedua akan bertolak ke singapore pulak...

Anonymous said...

tahun nih kami balik kampung awai :), sejak dari bulan 7 ari tu..keskeskes..

salam aidilfitri untuk Aunty N sekeluarga..selamat mengemas umah, tapi biaq la anak2 yg buat kerja lebih skit..kut tak kang, patah plak pinggang Aunty dok buat keja..

1na said...

Assalamualaiku AuntyN,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf zahir dan batin andai kata terkasar bahasa, terguris di hati semasa berbicara (komen ler) :)

saya balik penang on 2nd day of raya. Turn slim river this year hehehehe

1na sekeluarga

AuntyN said...

OSH : Salam Aidilfitri to you and family too. Tak balik kampung ke? Berhati-hati dijalan raya ye. InsyaAllah selamat tahun ni.

mar : Mana ada kasaq bahasa pun. Tak dak aih. Tang mana kampung tu? Bila nak balik UK?

oren : Amboi, dia seronok habih no duduk kampung halaman la ni :-). Tak pa buat kerja, tak patah pinggan kut, kalau sakit2 badan suruh depa tolong urut lah nanti tu. Nak suruh budak2 buat kerja ni riuh mulut dari tangan tu hehehe.

1na : Ni lagi sorang orang Penang. Tak dak apa nak maaf-maaf, semua komen elok-elok saja tu.

DeLinn said...

Salam AN

Selamat Hari Raya. Mintak maaf bebanyak ye kalau saya ada terbuat salah silap terkasar bahasa ngan AN.

:)

Anonymous said...

mami,
Kat kedah ni lah. 1st day raya pi aloq staq to my mom and dad's place, the next day around petang2 sikit, pulang ke singapore pulak nak tengok keluarga belah sana. Tak beraya lah in singapore this yr sbb nenek my husband meninggal couple of days ago mami ...

atenah said...

alamak lepas baca ni teringat la pulak bila beraya kat kg. InsyaAllah tahun depan kalau ada rezeki. sedih teringat Mak yg tak kuat beraya macam mana tahun ni dia

makan ketupat ingatla kat kami noo

Anonymous said...

Salam kerinduaan bulan ramadhan
Sambut Syawal tanda kejayaan
Tangan dihulur pohon kemaafan
Moga selamat dlm perjalanan.

Doa saya segala kebahagiaan & keberkatan Syawal milik AN sekeluarga. Maaf Zahir Batin.

Anonymous said...

Selamat hari raya untuk AuntyN sefamily..wah bestkan kalau semuanya berkumpul macam kat rumah AuntyN..Badan jerlah letih tapi mesti seronokkan??

Alinlai said...

selamat beraya....macam mana rumah lepas raya? ke ke ke...tak pe banyak rezeki masuk sebab ramai tetamu pi rumah :)

Arena said...

Meriah tu aunty, cuma letih ler basuh gelas tak habis2 kan...seb baik ramai anak dara.. Anyways, nak ucapkan selamat beraya jugak untuk aunty..

AuntyN said...

delinn : Same to you :-)

mar : innnalillah... Alfatihah untuk arwah.

tenah : InsyaAllah tahun depan raya kat kg.

mamarisya : letih tu tak terkata, tapi seronok.

alinlai : rumah macam tungkang pecah hehehe

arena : Selamat hari raya to you and ed too.

Mama Rock said...

auntyn, selamat hari raya. meriah sungguh bila dah reramai ni ya :)

AuntyN said...

mamarock : Selamat hari raya jugak tu. :-)