Kerna bekerja pagi dan petang"
Macam tu lah aku masa raya tu. Bukan setakat jari je yang sakit, seluruh badan aku sakit semuanya. Iye lah kan, macam adik ipar aku kata, kami ni terpilih menjadi "ibu rumah" untuk keluarga. Jadinya semua akan bertumpu ke rumah aku.
Aku start prepare makanan untuk raya dari hari Ahad malam Isnin dah. Mula sekali buat rendang daging. Isnin tu aku masak rendang ayam, nasi impit, kuah kacang dan gulai daging. Pada pagi raya aku masak kuah lodeh untuk lontong, koay teow goreng, nasi minyak.
Dari lepas sembahyang raya, rumah aku dah ada pengunjung. Mula tu Shah dengan anak dia, lepas tu S datang sorang saja, anak-anak dia pergi rumah datuk-nenek diorang. S duduk kat rumah aku sepanjang hari, lepas tu keluarga kakak aku (yang balik dari KK tu). Habih semua dari bro-in-law sampai anak-anak kakak M (7 orang) termasuk menantu sekali datang. Bro-in-law tu macam tak percaya saja semua lauk pauk tu aku yang masak sendiri, siap dok tanya, masak sendiri atau order dari restoran mana2. (Cis!!! penat aku masak tu hehehe)
Lepas tu tak putus2 lah aku kena layan tetamu tu. Sampai naik longgar kaki tangan dah tu. Bila petang, hujan dah mula turun, kami yang memang dah bercadang nak buat BBQ tu, menjadi berbelah bagi nak buat ke tidak. Shah, entah berapa kali dok tanya nak teruskan ke tidak, sebab dia nak beli koayteow nak masak char koay teow macam tahun lepas. In the end kami decide nak teruskan jugak. Kalau hujan lebat jugak, BBQ dari dalam rumah sajalah.
Raya ke-empat aku dan hubby dah mula kerja. Itupun aku datang ofis half day lepas make sure aku prepare makanan untuk abang lang yang akan bertolak balik hari tu jugak. Walau dah start kerja dan weekend menjelang, rumah aku masih jugak tak renti-renti ada yang bertandang. Anak-anak sedara mak datang menjenguk mak, kalau ada rezeki diorang elok lah sikit jamuan nya, kalau tak tu makan biskut raya sajalah dengan minum air. Nak buat macam mana kadang-kadang masa diorang datang aku tak ada kat rumah (pergi shopping untuk replenish stock aku). Aku tak sempat pun nak berkunjung ke mana-mana masa raya pun. Sampai hari ni masih belum lagi habis pinggan mangkuk, periuk belanga yang aku keluarkan tu disimpan sepenuhnya.
Letih tu memanglah letih, tapi bila teringat nak merungut tu, aku terfikir jugaklah, keadaan ni akan berlarutan selagi ada mak aku kat rumah akau. Aku kena enjoy sepenuhnya. Nanti suatu hari bila mak dah tak ada, seri rumah aku mungkin akan pudar, dan jadinya nanti bila anak-anak pun dah mula berkeluarga sendiri takutnya nanti kami berdua saja yang akan tinggal beraya bersama-sama. Biarlah kemeriahan yang kami lalui ini jadi kenangan untuk kami sampai bila-bila.
23 comments:
Memang penat melayan tetamu. Tapi ada rahmat disebalik wajah ceria tetamu datang dan senyum bila pulang. InsyaAllah.
Hallo AN,
Koay teow kerang satu aa..Seronok ada tamu ramai ni kan..saya terima tetamu pertama di rumah sebaik saja buka pintu kereta (balik dari mesjid)"assalamualaikum..! kami datang nak raya.." ahh..banzai..tora..tora..tora..!Nasib baik serangan tu berhenti kejap waktu tengah hari..boleh berehat sikit..!Layan lah ibu anda sebaik mungkin..Iklan yang sebut " jangan lupa pakai lampin tau..!"..terasa juga di hati kan..
Whoa AN..
Dok baca char koay teow beberapa kali, rasa terliorq pulak. Lama tak pekena CKT nih..
Adeh !!
Ada kemushkilan sikit nii. AN punya CKT nii style camana ? Kerin' kar basah kar ? Kar style Hailam.
Nanti boleh oda satu. Taugeh lebey, kuchai xtra. Kerang takmo he he he. Chewah..
Best no Raya..
boleh tak AN kasi resepi nak masak chaw kueh teow yg sedap itewww...nak try buat! Teringin nak mkn chaw kueh teow penang.nyumm² terlior teman
wow!!! Ramainya tetamu...baca menu pun dah penat...apa lagi org yang memasak...isk rugi plak tak pi mengendeng sama kalau tidak boleh pekena char keowteow tu...segan nak tanya direction pi rumah auntyN ke ke ke...
ishish..kami yang tukang baca pun tumpang penat sekali..
insyaAllah, rezeki Aunty sekeluarga akan bertambah sebab rajin jamu sedara mara..
Betul kata auntyN, sementara ramai menziarah lah kita kena appreciate. Terpikir jugak, isk kalau orang2 tua dah takde, ramai lagi ke yang bertandang?or masing2 buat hal sendiri je..
Sorry pada yang tinggal komen tu. AN outstaion semalam. Hari ni petang baru free. Nanti AN jawab satu persatu later OK?. Terimakasih kerana sudi mengunjungi blog AN ni. :-)
kak N, samalah kita melayan tetamu dari pagi sampai ke malam, mak cm tinggal di rumah nenek...wpun nenek dah takde rumah nenek masih lagi menjadi persinggahan utama adik-beradik, cucu-cicit semua. mak cm buat nasi dagang utk raya sbb nak ajar semua anak-anak perempuannya...lucunya lepas selesai buat kami semua cakap tak rasanya kami tak buat kut nasi dagang utk raya sbb agak renyah la nak kukus dan masak 3,4 jenis gulainya...he..he. Tapi raya tahun ni best selepas 3 tahun raya di rantauan.
hai auntyn..huh naik semput baca entry raya kali nie..tapi best pulak rasa..mcm saya ada kat sana pulak..SELAMT HARI RAYA ..
AN,
Ingatkan u nak cerita pasal makan-2 kat kilang sana nun ehhehe
Wonder what's the annoucment is ???
AMZA
Selamat hari raya Auntyn!
amboiii AN. meriahnyaaaa raya..
OSH : InsyaAllah, AN ni dimurahkan rezeki Aminnn...
En Ari : Koayteow kerang? Nanti lepas retire ni saya buka gerai, u can be my customer :-)
Tj : Mai turun, kita pi pekena CKT kat Seberang Jaya tu hehehe. AN belanja!
kiahronggeng : sorrylah itu my brother's proprietary recipi. AN mintak pun dia tak bagi tu. Trade secret lah hehehe.
alinlai : Isyy awat tak mintak? Tak dak rezeki lah tu.Tahun depan usaha lagi OK?
arena : Takut pulak lepas ni senyap sunyi rumah kami time raya tu. Mesti kami mati kutu ingat balik time masa sibuk2 tu :-)
cm : Ajar An buat nasi dagang boleh? Teringin nak try tu.
happyirfa : Baca pun dah semput? Boleh imagaine AN yang semput hari tu no? Setahun sekali je :-)
AMZA : Our raya gathering was so nice, ffod so delicious and of course the announcement. You'll be fine so don't worry OK.
liza : Selamat hari Raya to you too.
delinn : Memang meriah. :-)
MR yang baca ni pun terasa macam sakit pinggang!!!lenguh!!!Meriah betul tu AuntyN!!
MR : Bukan setakat sakit pinggan tu, seluruh badan sakit tu hehehe, siap kena message kalau tak, takleh tido lagi tu.
Cek.. raya sakan noo. I love your writeup. The atmosphere comes alive with jari2 sakit sema.. lembu dan kambing yang meragut rumput tu dah di jadikan rendang.. AN, bila kaki tangan dah naik loinggar jangan lupa banyakan berehat.. that's what our body needs.
Ada lagi ke rendang cek tu?
meriahnya rumah aunty! seronok kan bila dah reramai ni :)
setiap org yg dtg tuh membawa 1000 kebaikan so aunty darab2 ler sendiri yerr...semoga murah rezeki aunty........
Nana count : Thanks for the compliment. Tulisan org kampung saja lah ni. Rendang? Dah habis, tapi kalau nak boleh buat fresh one for you and countess. Tapi camna nak hantar?
mamarock : memang seronok.
anon : Aminnnn. InsyaAllah termakbul doa tu :-)
auntyn... how are you? first of all I'd like to say Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & bathin to you and family.
and, second... I miss having Raya feast at my hometown :)
AuntyN:
waaa... raya sakan ropanya deme...
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin untuk AuntyN & family.
Lambat sampai rumah AuntyN ni tapi still Syawal lagi, kan ? ;-)
Post a Comment