October 16, 2006

Berbuka Di Dengkil

Masa aku letak kad raya kat bawah tu, aku ingat nak buat trick orang malas saja tu. Dah letak ucapan semua tak payah dah update blog sampai lepas raya. Tiba-tiba kemaruk pulak nak update. Tak pe lah kan? :-) Boleh jugak bermaafan cepat-cepat walau ada seminggu lagi sebelum hari raya.

Sejak mak tinggal dengan kami, pergerakan kami sekeluarga terbatas sedikit. Jadi, kalau nak berbuka kat luar tu amatlah susah. Sebab, kalau kami nak bawak mak sekali, nak kena fikirkan apa yang yang dia boleh makan, jugak nak kena cari kedai yang boleh park kereta yang dekat dengan tempat duduk dan berbagai.

Since Kak Long dah habis periksa, kami dah janji nak jemput dia dan 2 orang anak sedara aku (Anak Kakak M) balik dari kampus. Jadi aku pun tanya adik S, boleh ka aku tumpangkan mak 1 malam di rumah dia. Hajat aku nak bawak semua anak-anak aku. Bolehlah kami berbuka di luar sekali. Tak payah lah nak fikir anak2 nak berbuka dan bersahur macamana. Mak pulak kurang sihat, pagi jumaat aku dah bawak dia ke klinik ambik ubat. Nak bawak mak sekali kesian nanti letih saja dia dalam perjalanan, lagipun nanti tak muat kereta semasa balik tu. Jadi hari sabtu lepas aku hantar mak ke rumah S, kami sekeluarga pun bertolah ke Cyberjaya. Kami berlima semasa pergi dan pulang nanti menjadi lapan dalam MPV yang berkapsiti 7 orang sahaja tu. Kenalah bawak satu kerusi kecik untuk salah sorang dari anak-anak aku tu.

Kami bertolak pukul 12.30 tengahari dan sampai lebih kurang pukul 5.30 petang. Jalan tak jem, hujan lebat selepas R& R Tapah tu. Tapi tak lah sepanjang jalan, sekejap hujan, sekejap berhenti. Tapi memang kami dok plan sampai just enough time untuk berbuka. Kalau terlalu awal sampai, tak tahu pulak nak melepak kat mana, mestinya weekend tu kedai-kedai di lembah Kelang penuh sesak dengan orang bershopping. jalan-jalan pun pasti jem, salah timing kang kena berbuka dalam kereta pulak.

Dah ambik kak long dan anak-anak sedara, perempuan semua nya ni, jadi hubby sorang sajalah kumbang diantara bunga-bunga yang sedang berkembang (tolak aku, sebab aku ni bunga yang dah hampir layu......wakakakaka), mula lah dok tanya-tanya nak berbuka kat mana. Last-last Kak Long cakap ke Dengkil, kat satu restoran tomyam yang katanya sedap. Dia dah pernah pergi 2 kali dah. Femes dengan budak-budak campus dia tu. OK lah, kami pun menuju ke sana, sampai awal jugak lah dan sempat mengorder makanan yang berjenis-jenis. Bila makanan dah sampai, fuhh sabar je lah menunggu masuk waktu, dengan aroma yang menusuk lubang hidung orang-orang yang lapar tu. Kami agak awal, jadi senang nak order makanan, sebab pelanggan masih belum ramai. Hampir berbuka makin ramai pelanggan yang datang, sahlah restoran tu sedap masakan dia.

Not bad jugak rega makanan kat situ. Makanan pun sedap, puas hatilah kiranya kami makan malam tu. Dah kenyang tu kami pun bertolak balik, singgah di R&R untuk solat dan minum-minum sikit. Lepas tu sambung semula perjalan, singgah sekejap kat Bukit gantang sebab nature's call dan kemudian terus ke Penang.
Sampai kat Seberang Jaya, dah dekat pukul 1.00 pagi. Kami cakap dengan anak-anak kena berenti makan sahur terus. Nanti sahur tak nak bangun dah, nasi dan lauk kat rumah pun tak dimasak, dah penat so tak nak bangun bersahur macam selalu dah. Jadinya kami berenti bersahur di Key's charkoeytiau. Yang lain semua makan charkoeytiau melainkan aku dan Wawa (salah seorang anak sedara aku tu). Kata dia kenyang lagi, suruh minum pun tak nak dia tu. Adik dia saja yang makan. Aku makan nasi goreng, yang tak berapa sedap.
Sampai rumah, lepas menghantar anak sedara aku tu dah pukul 2.00 pagi. Aku tidur terus, tak sedar tidur sampai pagi. Bangun pagi pun badan terasa keras macam kayu ye. Nasiblah hari ahad, cuti lagi. Tapi kannn...... memang dah plan nak bershopping pulak. Shopping raya lah, sebab dah suntuk dah, baju raya budak-budak tu belum lagi dibeli. Dok tunggu Kak Long balik nak pergi sekali semua. Letihnya tak payah cakaplah.

16 comments:

Anonymous said...

selamat bershopping,

dan selamat hari raya utk AuntyN sekeluarga..

Anonymous said...

La..bukan bunga yang dah nak layu..salah tu..sebonar eei..bunga yang telah /dah kembang..kejadian bunga kembang tu dia berhenti kat situ jer..kejadian bunga layu tu..kejadian lain..tak kira..!He..he..he..

Anonymous said...

La..bukan bunga yang dah nak layu..salah tu..sebonar eei..bunga yang telah /dah kembang..kejadian bunga kembang tu dia berhenti kat situ jer..kejadian bunga layu tu..kejadian lain..tak kira..!He..he..he..

AuntyN said...

Oren : terimakasih

En Ari : HAHAHAHA

Alinlai said...

Shopping kat belah mana tu, tanjung ka seberang :)

AuntyN said...

alinlai : seberang saja.

anggerik merah said...

AuntyN,

selamat hari raya maaf zahir bathin

Anonymous said...

AuntyN, restoren kat Dengkil yg Aunty p tu nama Malee Klasik ke?

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Arena said...

Aunty N
Selamat bershopping, dan selamat beribadah di hari2 akhir ramadhan ni.. sedih pulak ramadhan dah nak habis..

Anonymous said...

Selamat Hari Raya AN..balik raya nanti nak pi makan mee udang lah..he..he

AuntyN said...

Anggerik : Same to you. :-)

softhib : Betul nama restoran tu. Selamat Hari Raya to you too.

Arena : Haah, Sedih Ramadhan dah sampai penghujung. Tahun depan belum tentu. :-(

anon : Sapa ni? Tak nak belanja AN makan mee udang ka? :-)

Bergen said...

We are going to Penang for hari raya. Horay!

Ewok said...

i dulu selalu makan kat satu restoran kat dengkil sebab sedap sgt.. tah tah the same one that u went.

selamat hari raya AN, maaf zahir batin

Count Byron said...

Wow AN... memang riuh trip tu.. i can sense happiness all round. Nice of you to paint this picture so we can be happy along with you, though penat. Charkueitiow tu kan best.. knapa tak makan plak.
AN, di sini Count & Countess ingin mengucapkan selamat berhari raya untuk cek dan keluarga, dan salam kat Mak sekali noo. Kata Atok Count kirim salam. Count doakan kesejahteraan dan kesihatan bagi Mak.

Fara said...

Salam Aunty N,

Selamat Hari raya Maaf Zahir dan batin untuk Aunty sekeluarga ... Semoga sihat dan berbahagia di hari raya dan hari2 lain ...

Maafkan segala kesalahan yang mungkin tak tersedar sepanjang kita berborak2 ye? :-)

Maaf Zahir batin ...

AuntyN said...

Bergen : Hooray too!!!. Berhati2 di jalan raya.

ewok : high probability sama tu> Selamat Hari Raya to you too.

Nana Count : Memenag lah riuh dengan usik mengusik sepanjang jalan tu, Selamat Hari Raya untuk Count and Countess. Maaf Zahir bathin dari saya. Thanks for the salam to my mak.

tgazfa : Sama-samalh kita bermaafan ye, AN pun mesti ada yang terkasa bahasa ni :-)