December 29, 2006

Seloka Akhir Bicara

Seloka ni aku gubah dan hantar melalui email kepada semua warga kilang (yang ada email add). Ini hanya untuk mengimbau kenangan semasa aku menjadi salah seorang pekerja di syarikat ini. Aku masukkan kat blog ni buat kenangan aku.


Salam diberi mula bicara
Untuk semua para pembaca
Izinkan saya menggubah seloka
Mengibau kenangan buat seketika

Bukan niat untuk mengata
Hanya untuk bergurau senda
Jika ada mungkin terasa
Maaf juga yang saya pinta

To All my non-Malay friends
Don't fret if you don't understand
The verses are just my reminescence
Of the times in this company I have spent

Saya diinterview mula sekali
Setengah hari tak habis lagi
Bermula dengan IMY, kemudian MRAZ, Fulvio dan Luigi
Entah apa yang nak di amati

Dapat kerja tersangatlah suka
Mula duduknya di QA sana
Ofis asalnya Mr PKC yang punya
Mak Oi, banyaknya "sampah" berbagai rupa

Sakit badan PS dan saya
Membuang sampah nak bagi lega
Customer nak visit kami mulakan kerja
Sergio & Luigi gelengkan kepala

Mulanya factory tidak keruan
Berjalan kebelakang banyak yang merintang
Bila diubah disusun di buang
Baru elok mata memandang

Mulanya kerja tidak berhenti
Malam siang menabur budi
Penat lelah tidak dipeduli
Akhir bulan OT menanti

Ke UK sudah ke Itali pun juga
Mencari peluang menambah kerja
Mula setuju nak bagi kat kita
Akhirnya kata outsource semuanya

Kini kita semua dah tahu
Company baru pulak memegang teraju
Habis semua gusar dan buntu
Terpaksa berpisah walau tak mahu

Sembilan tahun kita bersama
Mencari rezeki menabur jasa
Terimakasih saya pada semua
Support diberi bandinganya tiada

Hanya disini seloka saya
Buat kenangan kawan-kawan semua
Bukan niat untuk mengata
Hanya buat kenangan semata

Jika ada terkasar bahasa
Semasa kita berkhidmat bersama
Ampun dan maaf saya pinta
Supaya terhapus segala dosa

*************

Kepada semua para pembaca
Selamat Menyambut Aldil-Adha
2007 bakal menjelma
Semoga rezeki bertambah sempurna

December 27, 2006

Hujung Minggu Dengan Kak Long

Kak Long tak dapat balik raya haji ni. Dia dah dekat nak exam dah. Semester ni memang pendek saja, tak ada semester break pun. Cuti sekolah pun dah nak habis, tak bawak anak-anak jalan mana-mana pun. Mana nak bawak pun, baru berapa minggu saja Angah baru habis SPM tu. Jadi aku cadangkan pada hubby, ajak dia turun jumpa Kak Long sambil santai-santai berhujung minggu bersama keluarga.
Jadinya, hari Sabtu pagi sebelum bertolak aku hantarkan mak ke rumah adik S. Mak kata tak nak ikut sebab dia tak daya nak mengikut. Hubby, malam Sabtu tu ada pulak dinner, pukul 3 pagi baru dia balik. Aku dah siap masak breakfast, dengan sapu belakang rumah dia masih atas katil. Pukul 10 pagi dia kata nak service kereta dulu, jadi aku pun hantarkan mak ke rumah adik aku sementara menunggu hubby balik. Pukul 1.00 petang baru kami bertolak. Tak singgah mana-mana pun, cuma berhenti sekejap untuk ke bilik air itu saja. Pukul 6.00 petang kami check-in kat resort.
Lepas solat asar kat resort kami keluar mengambil Kak Long dan terus pergi dinner. Makan tomyam yang sedap kat Dengkil tu dengan nasi bertambah-tambah, jadinya balik tu terus je lah tidur. Anak-anak jumpa dengan berempat tu entah pukul berapa diorang tidur aku pun tak tau, Liat je nak bangun subuh bila dikejutkan tu sebab kata diorang baru je tidur.
Lepas breakfast, tak ada apa plan, hubby kata jom pergi tengok wayang sajalah. kami pergi Midvalley. Ya ampun, orang ramai teramat. Nak parking pun susah, terpaksa round entah berapa kali mencari parking spot. Lepas tu masa nak ambik tiket wayang pun sama, beratur entah berapa batu. Kak Long dengan Angah lah yang jadi mangsa beratur tu. kami tengok cerita budak2 saja lah. Cerita suka duka budak kampung 5 sekawan.Simple sangat cerita dia tapi kelakar.

Lepas movie, tak ada dah nak shopping-mopping dah sebab aku pun bukan ada apa-apa yag nak dibeli kat situ. Aku nak beli baju sekolah Ayin dengan Syia. Hehehe, memangg aku belum lagi belikan peralatan sekolah untuk diorang. Memang kami selalu beli last minute pun, setiap tahun gitu tu yang dok relax saja tu. Anyway, nak cuba jugaklah tengok-tengok kut-kut kat Mydin USJ tu ada pakaian sekolah tengah sales ka kan, manalah tahu kut-kut murah. Jadinya kami pun bertolak ke Mydin. Pun ramai orang. Makan dulu kat Food Court dan cubalah nak beli baju sekolah. Aku dapat kain sehelai, dok panggil sales girls yang dok tercegat berdiri depan counter tu, macam tak layan saja dia tu. Bila ada another girl datangaku tanya nak saiz kain tu, katanya dah habis, baju kurungg pun sama, habis dah, tak ada saiz yang sesuai dengan Ayin atau Syia. In the end tak beli. Aku pulak tak semena-mena sakit perut kat Mydin tu. Dua kali dah berulang ke toilet, jadi lagi tak selesa nak shopping, langsung ajak hubby balik saja.
Sampai hotel aku solat dan terus je tidur sampai pagi. Terjaga kejap tengah malam, tapi budak-budak tu masih dok bersembang, main games kat laptop Kak Long, tengok TV. Aku sambung tidor balik lepas makan roti sikit. Lapar lah sebab tadi tu habis semua dah keluar dari perut. Heran jugak apa pasal aku saja yang sakit perut sedangkan semua yang aku makan sama seperti yang hubby dan anak-anak makan. Agaknya sisa bakteria dari farewell lunch tu belum habis kut.
Esoknya, lepas breakfast, anak-anak masuk pool. Mula tu tak ada orang, tak lama lepas tu makin ramai lah pulak. Dah tak best dah diorang nak swimming (berendam je lebih tu) sebab crowded sangat dah pool tu. kang terlanggar kepala ke, bontot orang ke masa dok tengah kuak lentang tu, leceh tu. Dalam sejam je lah diorang tu main-main dalam pool tu. Kami checkout, terus je hantar Kak Long. On the way balik tu hubby mestilah tak lepaskan peluang singgah kat tempat favorite dia i.e Sungai Buloh. Kata hubby nak tengok-tengok saja. Anak-anak kata "Ya lah tu baba!" Sambil gelak-gelak. Akhirnya disumbat jugaklah dengan pokok-pokok yang dibeli tu. Pink Ixora 4 pokok RM10, + Red Ixora 3 pokok RM10 + 1 pokok mata kucing + Pokok entah apa (macam lalang daun lebar je tu hehehe) 3 plastin RM10. Jadi diorang duduk bagai dalam taman lah dalam perjalan pulang tu.
R&R sepanjang jalan sesak teramat sesak. Nasib baik kami awal-awal dah solat masa kat Cyberjaya tu. Jadi kami terus saja perjalanan, berhenti cuma untuk ke toilet, tak ada nak minum-minum dah. Sampai rumah sempat solat maghrib lagi. Oleh kerana kat rumah tak ada makanan kami berhenti beli makanan kat pasar malam on the way sajalah. Lepas aku makan aku terus saja pergi ambik mak aku dari rumah S.
Sampai saja aku kat rumah S, aku ni tak keluarkan kunci kereta dari ignition. Aku ingta tak payah nak kunci kereta tu sebab sekejap je. Elok saja aku tutup pintu kereta, terus autolock kereta tu terkunci dari dalam. Dah sudah!!!. Last-last, kenalah ajak anak S tolong bawak aku balik rumah aku ambik spare key. Nasib baik aku ingat kat mana aku simpan spare key aku tu. Macam-macam jadinya pulak ni. Tak pe lah lepas ni aku beringat lah tak biarkan kunci kat ignition lagi.
Walaupun tak ada benda sangat yang kami buat masa cuti tu, cuma kami happy spending some quality time the whole complete family. Kena dok cari ruang-ruang macam ni sebab makin lama makin berkurang ahli keluarga kami yang bersama dirumah. tahun depan ni entah tak tahu pulak macam mana nak jadi tu. kalau angah masuk IPTA yang dekat-dekat dengan rumah atau dengan Kak Long senang lah sikit. Kalau dibuatnya dia di Sabah atau Sarawak, jenuhlah nak plan family holiday macam ni. Tengoklah macam mana result dia nanti tu.

December 22, 2006

Farewell Lunch

Semalam kami ada farewell lunch. The ambient was good, the menu was great. It was held in a ballroom of the local golf club. The buffet lunch of salads, chicken soup, pasta, fish, beef, satay and arrays of local fruits and cakes, aice kacanag and you name it. In addition of 1 grilled lamb.

Kami nak bagi something special sikit for the farewell ni memandangkan minggu depan dah minggu terakhir kami menjadi warga kilang ni. Seronok jugaklah, maknn sedap, tempat pun OK dan kami panggil lah dua tiga orang ke depan untuk memberi sepatah dua kata. Ada yang start dengan " I am not a politician" tapi bagi speech sampai 20 minit. Dah 2 kali tepuk pun masih tak faham "hint" dari kami tu hehehe. Ye lah kan bukan senang nak dapat microfon ye tak?

Ramai yang dok reflect masa dulu-dulu especially yang dah lama kerja kat sini. Se"tua" kilang ni pun ada. Maksudnya, mereka mula bekerja dari hari pertama kilang dibuka. Yang sebak pun ramai jugak. Diorang dok ingat balik kenangna lama dan dok kenang dah tak lama lagi semua tu akan hanya tinggal kenangan. Sebabkan dah lama bersama dah macam keluarga sendiri rasanya.

Masa lunch tu aku makan serba sikit. Dari soup sampai Ais kacang dan akhir sekali kopi. Lamb dan satay pun aku jamah jugak ( A real big mistake). Dah balik rumah nampak macam biasalah tak ada apa-apa kesan.

Tapi bila awal pagi menjelma, aku dah terbangun dari tidur kerana terasa perut memulas. 2 kali ke toilet habis isi perut keluar semua dah. Bangun nak solat subuh sekali lagi ke toilet, masa nak mandi nak siap ke ofis pun sekali lagi buang isi perut. Sampai saja kat ofis, letak saja handbag dah kena ke bilik air lagi. Nak dikira tu sebelum lunch aku adalah berulang alik 6 kali ke toilet. Aku tanya jugaklah ada kah orang lain yang macam aku. Dengar kata, Account department ramai yang MC, Finance manager tu dari semalam lagi dah food poisoning habis, dah muntah-muntah dan cirit birit dah. Assistant dia pun sama.

Nasib baik jugaklah aku tak lah teruk sangat macam Finance Manager. Dia dah balik half day dah sebab terus demam dah tu. Aku rasa lamb tu yang punya angkara. Nasib baik aku tak makan banyak, aku rasa sikit saja dalam 1 inci persegi gitu. Rasanya tak lah sesedap manapun sebab tak juicy, kering saja this time. Kami pernah buat buffet dinner dan lunch kat situ dengan grilled lamb jugak sebelum ni. Tapi this is the worst lah so far. Dah komplen dah kat diorang pasal kami kena food poisoning tu, cuma apa tindakan yang akan di ambil tu tak taulah. Tak kan dia nak refund kat company harga sekor lamb tu agaknya. Aku pun tak tahu. Entah-entah diorang just buat don't know saja sebab lepas ni kami dah tak pergi makan lagi kat sana as a company. Actually their daily buffet menu tu are quite alright, maybe the best in the area pun. Cuma kami tak berapa lucky lah hari tu agaknya.

Kami pun hari tu ambik kesempatan ambik group foto jugak untuk buat kenangan terkhir dengan last company yang mungkin aku akan kerja ni. Jumaat depan pastinya kami akan banjir air mata kat kilang ni rasanya.

December 19, 2006

The Stay-Over

Last weekend, Ayin and Syia had a ball of a time.
On saturday, the girls were taken by my youngest brother and his family to enjoy themselves. With them was another niece Jee ( my younger sister's daughter). The program at first was just to see a movie. At first I thought that my brother was going to fetch the girls (Ayin, Syia, Jee and Farah) and take them to the cineplex in Megamall Prai. They were to go and watch the movie by themselves and later my brother would fetch them from the mall and bring them home. It turned out that my brother, his whole family (wife, another 3 year-old daughter and 8 year-old son) plus the 4 girls went to watch the movie together.
They left my house at about 2.00 pm, after the zuhur prayer. At about 5.00pm, Ayin smsed me to say that they are going to the Pesta Pulau Pinang. I haven't been to the Pesta in ages now. Since they are in good hands, I had no worry. At about 10.00 pm, Ayin called to say that they would be late since they are going to do some bowling. I just informed her to confirm that my brother would have to send Jee home, as my sister had gone home after getting tired of waiting for them to come back.
At about midnight, again a call came in to inform me that they would be late as there was another 5 games of bowling which had not been completed. My brother had brought too many games. The bowling alley closed at 2.00 am. They gave up eventually, without completing the games and informed me that they were going to stay overnight at my brother's place in SP. It was school holiday and they were in good hands, I was OK with that. Once in a while I have to let them have some fun without us the parents tagging along.
On sunday afternoon, my brother sent the girls back again and this time Farah decided to stay at my house for a few days. It was obvious that they had fun from the stories they related to me. They were late because they stayed up until 4.00 am chatting. It's a normal behavious for teenage girls like them and I am happy that they are able to connect with each other as cousins.
I remember, after SPM way back in 1976, my friends and I had a similar stay-over at friends' house. We were from resedential school, so we have friends from all over the country. What a group of us in the northern states did was to spend a night or two at each other's place. Ain from Tanjung Malim, Kay from Penang Island, Rod from Alor Star, Chon from Kulim, Azi from SP, MM and Nor from Perlis. My sister S joined us when we went round the northern states.
We all started at my house in BM, then we went to Penang Island to stay at Kay's, then moved to Azi's house in SP. After that we all headed to Alor Star and we end up in Perlis. MM house was very much a kampung house, right next to the padi field, so we enjoyed the evening breeze from the field. We slept there and we walked to Nor's house for breakfast and lunch the following day. At Nor's house we had to bathe from the cold perigi's water (berkemban and all hehe) . We couldn't understand at first her mother's thick dialect when she spoke and had to get MM and Nor to translate.
It was also, the first time we went to Padang Besar and cross over to Thailand side for some shopping. MM's mother acted as a guide, and we were a bit apprehensive because of the security of that area then was not as good as now. There wasn't any shopping complex like the current one in Padang Besar then. It was very much like a "cowboy" town. You had to cross through barb wired fence to get across the borders.
Back then, at every house we stopped we sure did not get enough sleep since we were always chatting until early hours. It was great and that was the only opportunity for a group of us to be together because we never had another chance after that, anymore. After SPM we went our different ways after spending 6 years as sisters in a boarding school. Looking back, I think it was the best time spent with them, and I do miss them all.

December 08, 2006

My Stayhome Program

Sabar aje lah aku ni kan, nak duduk rumah pun kena ada program kann....

For sure I need a program, I just do not want to be wasting my time just doing non-productive work. The days could be very long if I don't fill it up productively.

Let see what I have in mind.

1. I plan to do spring cleaning.

There is a room nearest to the kitchen which I have been using it as store/pantry/ironing room need to be organised to make it much more "presentable" If I could have a cupboard or two in that room I could hide some of those things that are lying on the floor or plastic bags. We could also use it as prayer room for visitors when required. I am planning also to sort out hubby's old shirts and pants, my own dresses (baju kurung yang dah tak muat semua tu) the girls old dresses and see if I could give them away to charity. There some very good stuff there in big plastic bags which I bought in Mekah ( the ones with the zip, macam yang orang Bangla bawak balik negara diorang tu). I need to sort those first before giving away. So I need to also take note to find a charitable organisation (orphanage or old folks home) which would accept the donation.

2. I plan to clear the back of my house

Hubby is a collector, hehehe, of old newspapers. I had been nagging him for years to get rid of them by selling them off to the "old newspaper"man, without avail. So I am now scheaming *evil laugh* to get rid of all the old newspapers. I think it would fill a van if I were to get rid of them all. He can't say anything after that when he sees that the place were clean and clear right? Anyway, would still be dropping hint to him before that.

There are other old and unwanted things which need to be thrown away as well. With the place being cleared we can than take out some of the things from inside the house which we can store outside. Making more tidy and spacious room for the living.

3. I plan to organise the books at home

We have lots of books. But too few bookshelves. I may have to turn the room next to the master bedroom into a library. If I can organise them properly, then, we may be able to see which of them we have not read and start reading them again. I guess I have to visit furniture shops (IKEA jauh sangat) to get book racks.

4. I plan to regularly do some exercise

Yang ni pun nak cakap ke? This mission will have a special name, "Projek Mencari Waistline yang Hilang", hahahaha. Exercise is important to keep myself fit and alert. As old-age is catching up fast, I have to ensure that I am fit to also take care of my mother who is getting weaker by the day. At the same time some specific exercise to reduce flabs here and there would be very encouraging. Ni kena set target berapa inci nak kurangkan kat pinggang tu, takut aku nak measure pinggang aku la ni, sure terkejut punya lah tu hehehe. Seluar jeans aku yang masa puasa hari tu terlondeh saja rasanya dah mula nampak ketat dah. Isyy ni tak boleh jadi ni!!, Kena diet jugak agaknya ni.

5. I plan to rear ayam kampung

Kan aku ada reban. Ayam pun dah tak banyak, semua dah terlepas keluar dari reban. Nak masukkan balik susah. Aku ingat nak beli anak ayam dan bela. Bila masa hari raya tahun depan boleh buat rendang ayam kampung, tak payah beli ayam dah. Yeyy, sedapnya!!

Who knows if I am successful in a smallscale I can turn that into a big scale farming.

Sudah! Sudah! dah mula nak berangan tu hehe

6. I plan to be veggie self sufficient

Tanah keliling rumah tu dah tak ada yang ada tempat nak buat tempat tanam sayur-sayur atau apa-apa pokok pun. Kalau aku nak tanam, kena beli pasu besar. Tapi rasanya boleh sebab, hubby ada tanam pokok daun curry, selasih dan peria dalam pasu. Sekarang ni ada lah 1,2 pasu yang ada pokok serai, pandan, kunyit. Aku ingat nak tanam cili, tomato, terung, bendi gitu,gitu lah. Jadinya kalau aku nak masak tak payah nak pergi cari sayur kat pasar atau mini mart dekat sini. Petik terus dari belakang rumah. Rasanya nak tanam balik kacang botol/kelisa. Kalau ada lebih boleh bagi adik beradik atau jiran2 aku. Ni aku dah duduk kat rumah senang nak jaga.

Banyak jugak plan aku ni kan. Tu tak termasuk rutin-rutin, berinternet, bertelenovela dan acara masak memasak setiap hari tu. Penuh lah masa aku sehari suntuk agaknya. Habis tu bila pulak masa aku nak menjual nasi lemak depan rumah ekk??

December 04, 2006

Komunikasi

Ada yang tanya macam mana aku tangani emosi staff dalam keadaan macam ni. Entahlah, aku pun tak tahu nak gambarkan dengan terperinci. Aku rasa tak ada formula yang spesifik yang aku lakukan Cuma aku rasa communication and a little bit of respect towards all employees go a long way.
Masa mula kami terima berita ni, kami tak tahu kemana hala tuju. Adakah kami akan berakhir seperti sekarang? Atau adakah kilang ini akan ditutup sepenuhnya? Adakah operasinya akan dilanjutkan? Kami tak dapat jawapan itu hanya selepas 1 tahun corporate office mengumumkan business take over. Walaupun di corporate office, memang clear yang dah terjadi take over business tu, tapi kat sini (Malaysia) business equity dia lain sikit. Ada local shareholders yang involved. Remeh sikit nak integrate antara syarikat-syarikat kat sini tu. Terpaksa diorang buat program-program sampingan untuk memahami cara kami bekerja supaya satu formulasi yang terbaik yang tidak menjejaskan business dengan pelanggan di sini. Sepanjang tahun tu kami ambil sikap "business as usual" sehingga kami diberitahu secara spesifik.
Agak lama jugak kami dalam "kegelapan", ketidaktentuan tu. Lebih kurang 1 tahun. Banyak khabar-khabar angin yang bertiup, banyak spekulasi yang dibuat. Setiap hari ada saja yang kami dengar. Kami dibahagian management pun tak diberitahu dengan terperinci perkembangan program integrasi tu pada mulanya. Tapi atas daya inisiatif sendiri, kami (Aku dan 2 org lagi management staff kat kilang ni) mengambil keputusan untuk buat briefing dari masa ke semasa. Kami himpunkan semua pekerja, dan kami terangkan apa yang kami tahu. Kalau perkara yang kami tak tahu kami mengaku setulus ikhlas kami belum lagi diberitahu. Dan kami beri assurance, apa jua keputusan yang dibuat syarikat akan meninbangkan yang terbaik untuk semua.
Apabila kami mula diberitahu langkah-langkah yang akan diambil untuk integrasi syarikat, kami sekali lagi buat briefing. Setiap langkah, kami adakan briefing, buat sessi soal jawab. Kalau ada masalah juga, kami sentiasa sedia mendengar apa yang mereka ingin katakan. Pintu pejabat aku sejak dari awal aku masuk ofis ni pun sentiasa terbuka. Dari operator ke first line manager sentiasa boleh datang berbincang dengan aku kalau ada masalah.
Memanglah dalam semua hal pun ada yang tak puas hati. Setiap line manager memang bertanggung jawab atas kebajikan "anak-buah" mereka. Sedaya upaya kami bertiga mencuba untuk meleraikan setiap kusutan sebaik mungkin. So far nampaknya tak adalah yang tak redha dengan retrenchment exercise ni. Oleh kerana ada sedikit pampasan yang mereka terima mereka tidaklah terasa terlalu tertekan. Cuma masa yang lama diambil untuk membuat keputusan tu yang membuatkan mereka merasa gelisah. Nak cari kerja lain, tak tahu bila nak kena berenti. Nak berenti saja, sayang pulak nanti kalau ada pampasan yang di beri. Itulah keluhan yang kami selalu dengar. Nak merasa marah pun tak betullah jugak sebab, bukan diorang saja yang menghadapi situasi macam tu, kami pun akan diberhentikan jugak. Jadi sama-sama kami merasa empatetik/simpatetik terhadap satu sama lain.
Buat masa yang terdekat ni, aku rasa ramai yang akan mencari kerja lain. Ada jugak yang aku dengar nak buka warung jual nasi lemak dan kuih-mueh. Yang dah berumur sikit tu memanglah susah sikit nak cari kerja lain, tapi InsyaAllah kalau usaha lebih sikit, mungkin kalau ada tanah sendiri kat kampung boleh jugak usahakan sedikit sebanyak untuk menampung hidup.
Apa-apa pun, sepanjang kami menangani situasi ini, kami tak lah berdepan dengan situasi dimana staff menjadi emosional yang melampau. Cuma nanti aku akan sedih sangat bila nak peluk-peluk (yang pompuan je lah :-) ) pada hari terakhir nanti. Setiap kali ada VSS, kami akan terasa kehilangan kawan-kawan. Doa sajalah, Allah luaskan pintu rezeki kami selepas ni. InsyaAllah.