Ada yang tanya macam mana aku tangani emosi staff dalam keadaan macam ni. Entahlah, aku pun tak tahu nak gambarkan dengan terperinci. Aku rasa tak ada formula yang spesifik yang aku lakukan Cuma aku rasa communication and a little bit of respect towards all employees go a long way.
Masa mula kami terima berita ni, kami tak tahu kemana hala tuju. Adakah kami akan berakhir seperti sekarang? Atau adakah kilang ini akan ditutup sepenuhnya? Adakah operasinya akan dilanjutkan? Kami tak dapat jawapan itu hanya selepas 1 tahun corporate office mengumumkan business take over. Walaupun di corporate office, memang clear yang dah terjadi take over business tu, tapi kat sini (Malaysia) business equity dia lain sikit. Ada local shareholders yang involved. Remeh sikit nak integrate antara syarikat-syarikat kat sini tu. Terpaksa diorang buat program-program sampingan untuk memahami cara kami bekerja supaya satu formulasi yang terbaik yang tidak menjejaskan business dengan pelanggan di sini. Sepanjang tahun tu kami ambil sikap "business as usual" sehingga kami diberitahu secara spesifik.
Agak lama jugak kami dalam "kegelapan", ketidaktentuan tu. Lebih kurang 1 tahun. Banyak khabar-khabar angin yang bertiup, banyak spekulasi yang dibuat. Setiap hari ada saja yang kami dengar. Kami dibahagian management pun tak diberitahu dengan terperinci perkembangan program integrasi tu pada mulanya. Tapi atas daya inisiatif sendiri, kami (Aku dan 2 org lagi management staff kat kilang ni) mengambil keputusan untuk buat briefing dari masa ke semasa. Kami himpunkan semua pekerja, dan kami terangkan apa yang kami tahu. Kalau perkara yang kami tak tahu kami mengaku setulus ikhlas kami belum lagi diberitahu. Dan kami beri assurance, apa jua keputusan yang dibuat syarikat akan meninbangkan yang terbaik untuk semua.
Apabila kami mula diberitahu langkah-langkah yang akan diambil untuk integrasi syarikat, kami sekali lagi buat briefing. Setiap langkah, kami adakan briefing, buat sessi soal jawab. Kalau ada masalah juga, kami sentiasa sedia mendengar apa yang mereka ingin katakan. Pintu pejabat aku sejak dari awal aku masuk ofis ni pun sentiasa terbuka. Dari operator ke first line manager sentiasa boleh datang berbincang dengan aku kalau ada masalah.
Memanglah dalam semua hal pun ada yang tak puas hati. Setiap line manager memang bertanggung jawab atas kebajikan "anak-buah" mereka. Sedaya upaya kami bertiga mencuba untuk meleraikan setiap kusutan sebaik mungkin. So far nampaknya tak adalah yang tak redha dengan retrenchment exercise ni. Oleh kerana ada sedikit pampasan yang mereka terima mereka tidaklah terasa terlalu tertekan. Cuma masa yang lama diambil untuk membuat keputusan tu yang membuatkan mereka merasa gelisah. Nak cari kerja lain, tak tahu bila nak kena berenti. Nak berenti saja, sayang pulak nanti kalau ada pampasan yang di beri. Itulah keluhan yang kami selalu dengar. Nak merasa marah pun tak betullah jugak sebab, bukan diorang saja yang menghadapi situasi macam tu, kami pun akan diberhentikan jugak. Jadi sama-sama kami merasa empatetik/simpatetik terhadap satu sama lain.
Buat masa yang terdekat ni, aku rasa ramai yang akan mencari kerja lain. Ada jugak yang aku dengar nak buka warung jual nasi lemak dan kuih-mueh. Yang dah berumur sikit tu memanglah susah sikit nak cari kerja lain, tapi InsyaAllah kalau usaha lebih sikit, mungkin kalau ada tanah sendiri kat kampung boleh jugak usahakan sedikit sebanyak untuk menampung hidup.
Apa-apa pun, sepanjang kami menangani situasi ini, kami tak lah berdepan dengan situasi dimana staff menjadi emosional yang melampau. Cuma nanti aku akan sedih sangat bila nak peluk-peluk (yang pompuan je lah :-) ) pada hari terakhir nanti. Setiap kali ada VSS, kami akan terasa kehilangan kawan-kawan. Doa sajalah, Allah luaskan pintu rezeki kami selepas ni. InsyaAllah.
15 comments:
masa depan semua tak tahu tapi rezeki allah swt ada di mana-mana.kalau manusia dapat berpegang pada keyakinan ini alhamdulillah selamat dunia akhirat.tapi sebagai manusia biasa perasaan gusar tu tetap ada.bagi diri saya sendiri pun.tapi sebagai nasihat sesama hamba allah swt.banyakkanlah berdoa,terus berusaha,bersabar.insyaallah allah swt bersama hamba-hambanya yang sentiasa beriman.
aisa : memang itu yang patut jadi pegangan kita. Usaha, doa dan tawakal. Terimakasih.
salam AN,lama iv tak komen tapi iv selalu baca,cuma bila dtg tu dua tiga entry kena cover.;D
iv admire cara AN selesaikan masalah..
moga AN tabah ya
auntyn, memang sedih nak berpisah. but i salute you in handling the issues, esp communicating to the staff, bravo!
It's gonna be a rough ride for most of 'em.
iv : terimakasih kerana masih sudi membaca. Tabah ni, memang tabah hehe. InsyaAllah, semua akan lebih tabah.
mama rock : I beleive in openess. Kena treat semua orang tak kira pangkat, umur, credential, bangsa. Kalau kita respect diorang, kita yang senang.
bergen : It sure will be tough. Most of them have not worked eslewhere before, and being a full time housewife nowadays is no longer the best option.
amboi lama sungguh tak mai mencelah di sini..eh. Kak N..mai sat email..nak email..
nora : email? makcik_n@yahoo.com.my
mana pi lama tak nampak?
AN I think you are doing a good job pandai berbincang dan bagi semangat to you colleagues.You can be a mediator for the company.Its true kalau kita dah biasa bekerja mmg susah to be a house manager - most of all now we need that extra income.
Kak Elle : Thanks. Mediator? Something new to me. Will look it up lah nanti tu.
lama tak jenguk AN ni, sth big happened kat sini..it's going to be tough untuk most of the employees tu..so AN nak buat apa lepas ni?
apa2 pun, best of luck and doa banyak2..take care!
AuntyN,
Insyallah aunty.. ade la tuh rezeki aunty lelepas ni.. saya doakan.take care ya..
onde : lepas ni? Duduk rumah dulu lah tu.
Arena : terimakasih, berkat doa semua rezeki AN akan makin murah. You take care too.
betul tu AN, being a full housewife is no longer the best option. saya sendiri aftr VSS dah lebih 3 tahun tak kerja. hajat hati nak rehat kejap, tapi "ter"rehat lama, nak cari kerja balik dah liat pulak, nak dok kat rumah dah boring giler... camne hehehe?. nasihat saya utk sapa2 yg dpt VSS ni, kalau boleh/mampu nak rehat 2-3 bulan je jgn lama2. nak cari kerja bukan senang, lainlah kalau memang dah bercita2 nak jadi surirumah sampai bila ataupun nak berniaga ke.
An dah start dok umah ka?jgn kata nak dok umah 2 3 bulan, dua hari cuti pun rasa dah tak terurus..
takpe insyaALLAH ada la rezeki AN tu..
Post a Comment