December 27, 2006

Hujung Minggu Dengan Kak Long

Kak Long tak dapat balik raya haji ni. Dia dah dekat nak exam dah. Semester ni memang pendek saja, tak ada semester break pun. Cuti sekolah pun dah nak habis, tak bawak anak-anak jalan mana-mana pun. Mana nak bawak pun, baru berapa minggu saja Angah baru habis SPM tu. Jadi aku cadangkan pada hubby, ajak dia turun jumpa Kak Long sambil santai-santai berhujung minggu bersama keluarga.
Jadinya, hari Sabtu pagi sebelum bertolak aku hantarkan mak ke rumah adik S. Mak kata tak nak ikut sebab dia tak daya nak mengikut. Hubby, malam Sabtu tu ada pulak dinner, pukul 3 pagi baru dia balik. Aku dah siap masak breakfast, dengan sapu belakang rumah dia masih atas katil. Pukul 10 pagi dia kata nak service kereta dulu, jadi aku pun hantarkan mak ke rumah adik aku sementara menunggu hubby balik. Pukul 1.00 petang baru kami bertolak. Tak singgah mana-mana pun, cuma berhenti sekejap untuk ke bilik air itu saja. Pukul 6.00 petang kami check-in kat resort.
Lepas solat asar kat resort kami keluar mengambil Kak Long dan terus pergi dinner. Makan tomyam yang sedap kat Dengkil tu dengan nasi bertambah-tambah, jadinya balik tu terus je lah tidur. Anak-anak jumpa dengan berempat tu entah pukul berapa diorang tidur aku pun tak tau, Liat je nak bangun subuh bila dikejutkan tu sebab kata diorang baru je tidur.
Lepas breakfast, tak ada apa plan, hubby kata jom pergi tengok wayang sajalah. kami pergi Midvalley. Ya ampun, orang ramai teramat. Nak parking pun susah, terpaksa round entah berapa kali mencari parking spot. Lepas tu masa nak ambik tiket wayang pun sama, beratur entah berapa batu. Kak Long dengan Angah lah yang jadi mangsa beratur tu. kami tengok cerita budak2 saja lah. Cerita suka duka budak kampung 5 sekawan.Simple sangat cerita dia tapi kelakar.

Lepas movie, tak ada dah nak shopping-mopping dah sebab aku pun bukan ada apa-apa yag nak dibeli kat situ. Aku nak beli baju sekolah Ayin dengan Syia. Hehehe, memangg aku belum lagi belikan peralatan sekolah untuk diorang. Memang kami selalu beli last minute pun, setiap tahun gitu tu yang dok relax saja tu. Anyway, nak cuba jugaklah tengok-tengok kut-kut kat Mydin USJ tu ada pakaian sekolah tengah sales ka kan, manalah tahu kut-kut murah. Jadinya kami pun bertolak ke Mydin. Pun ramai orang. Makan dulu kat Food Court dan cubalah nak beli baju sekolah. Aku dapat kain sehelai, dok panggil sales girls yang dok tercegat berdiri depan counter tu, macam tak layan saja dia tu. Bila ada another girl datangaku tanya nak saiz kain tu, katanya dah habis, baju kurungg pun sama, habis dah, tak ada saiz yang sesuai dengan Ayin atau Syia. In the end tak beli. Aku pulak tak semena-mena sakit perut kat Mydin tu. Dua kali dah berulang ke toilet, jadi lagi tak selesa nak shopping, langsung ajak hubby balik saja.
Sampai hotel aku solat dan terus je tidur sampai pagi. Terjaga kejap tengah malam, tapi budak-budak tu masih dok bersembang, main games kat laptop Kak Long, tengok TV. Aku sambung tidor balik lepas makan roti sikit. Lapar lah sebab tadi tu habis semua dah keluar dari perut. Heran jugak apa pasal aku saja yang sakit perut sedangkan semua yang aku makan sama seperti yang hubby dan anak-anak makan. Agaknya sisa bakteria dari farewell lunch tu belum habis kut.
Esoknya, lepas breakfast, anak-anak masuk pool. Mula tu tak ada orang, tak lama lepas tu makin ramai lah pulak. Dah tak best dah diorang nak swimming (berendam je lebih tu) sebab crowded sangat dah pool tu. kang terlanggar kepala ke, bontot orang ke masa dok tengah kuak lentang tu, leceh tu. Dalam sejam je lah diorang tu main-main dalam pool tu. Kami checkout, terus je hantar Kak Long. On the way balik tu hubby mestilah tak lepaskan peluang singgah kat tempat favorite dia i.e Sungai Buloh. Kata hubby nak tengok-tengok saja. Anak-anak kata "Ya lah tu baba!" Sambil gelak-gelak. Akhirnya disumbat jugaklah dengan pokok-pokok yang dibeli tu. Pink Ixora 4 pokok RM10, + Red Ixora 3 pokok RM10 + 1 pokok mata kucing + Pokok entah apa (macam lalang daun lebar je tu hehehe) 3 plastin RM10. Jadi diorang duduk bagai dalam taman lah dalam perjalan pulang tu.
R&R sepanjang jalan sesak teramat sesak. Nasib baik kami awal-awal dah solat masa kat Cyberjaya tu. Jadi kami terus saja perjalanan, berhenti cuma untuk ke toilet, tak ada nak minum-minum dah. Sampai rumah sempat solat maghrib lagi. Oleh kerana kat rumah tak ada makanan kami berhenti beli makanan kat pasar malam on the way sajalah. Lepas aku makan aku terus saja pergi ambik mak aku dari rumah S.
Sampai saja aku kat rumah S, aku ni tak keluarkan kunci kereta dari ignition. Aku ingta tak payah nak kunci kereta tu sebab sekejap je. Elok saja aku tutup pintu kereta, terus autolock kereta tu terkunci dari dalam. Dah sudah!!!. Last-last, kenalah ajak anak S tolong bawak aku balik rumah aku ambik spare key. Nasib baik aku ingat kat mana aku simpan spare key aku tu. Macam-macam jadinya pulak ni. Tak pe lah lepas ni aku beringat lah tak biarkan kunci kat ignition lagi.
Walaupun tak ada benda sangat yang kami buat masa cuti tu, cuma kami happy spending some quality time the whole complete family. Kena dok cari ruang-ruang macam ni sebab makin lama makin berkurang ahli keluarga kami yang bersama dirumah. tahun depan ni entah tak tahu pulak macam mana nak jadi tu. kalau angah masuk IPTA yang dekat-dekat dengan rumah atau dengan Kak Long senang lah sikit. Kalau dibuatnya dia di Sabah atau Sarawak, jenuhlah nak plan family holiday macam ni. Tengoklah macam mana result dia nanti tu.

8 comments:

tokasid said...

Kesian kak AN kena foodpoisoning lagi sekali.

Tapi tu lah risiko bila kita makan-makan kat luar. Kadang2 tu pedaih sangat, kadang2 masam sangat. Kadang2 banyak lada.

Perut kita ni kak AN makin lama makin koman. Dah banyak erosion kat stomach mucosa. Dah tu kdg2 makan tak tahuan masa kena gastrik. Bila asid banyak mulalah perut meragam.

Anyway alhamdulillah U n ur family enjoyed the trip and dapat lepaih rindu dendam kat anak.

Semoga dia sukses dalam exam dia,ameen.

AuntyN said...

tokasid : Ameeen. Thanks for the doa tu.

Jo Kontan said...

Laa Midvalley and Mydin USJ.

Itu adalah 2 tempat larangan bershopping semasa cutii. Kerana Umat Manusia banyak amat. Parking toksah laa nak cerita. Berpusing-pusing nak carik. Next time come to Cineleisure laa kat the Curve tuu. Sungai Buloh pun dekat, parking pun mudah.

Boleh Mai singgah rumah chek.

Sungai Buloh tang mana ? Kalau UZ pergi yang kat Hospital SB, tuu yang baru betul punya. Pokok pun banyak.

Anonymous said...

Pokok Longan tu..kalau kena benih yang bagus dengan penjagaan yang bagus..dalam dua tahun boleh berbuah dah..Saya ada melawat kebun encik Syarif kat Sekinchan kalau tak silap saya ..ada beberapa puloh pokok..atas empat ekar tanah jer..sangat lumayan. Benih yang baik tu mahal sikit ..lebih kurang RM35.00 satu.

AuntyN said...

Tj : kita mana nak tahu tu semua, hehe. Tapi sekarang dah tahu dah.
Hari ajak gak UZ pergi the CURVE dia pulak tak confident jalan mana nak ikut.

SG Buloh dekat Hospital tu lah tempat "fevret" UZ tu.

En Ari : Dulu longan tu dah ada sepokok, dah berbuah dah. Lepas tu kami pergi holiday 2,3 hari tak tersiram, (lupa pulak nak letak air kat perdu dia tu) kering pokok tu. Yg baru beli tu nak ganti lah tu.

Anonymous said...

Happy days ahead, ma'am.

AuntyN said...

Anon : Same to you. Is that you Bergen? :-)

Nazrah Leopolis said...

eid saieed kak N, may u have a blessed 2007 ahead