Satu acara yang dia suka sangat ialah bersolat sujud sajadah. Solat ni nak buat sendiri pun boleh cuma kena lah tahu surah yang ada ayat As-Sajjadah tu. Actually solat ini, ialah solat subuh di pagi Jumaat, solat subuh macam solat biasa, cuma surah yang dibaca selepas surah Al-Fatihah ialah surah As-Sajjasdah. Bila sampai kepada ayat yang mengsunatkan kita sujud, kita turun sujud dulu sambil baca doa dalam sujud tu. Aku pun dah lupa doanya. Lepas tu bangun semula sambung habiskan ayat kemudain baru ruku' dan sambung solat sehingga akhir solat subuh tu. Kalau buat secara berjemaah tu senang lah sebab kita ikut je bila masa nak sujud dan seterusnya.
Ada dua rumah yang mak selalu akan ajak aku pergi solat ni. Rumah tok guru Man Nahu dan rumah Pak Long Man. Tok Guru Man Nahu tu dia mengajar kitab, adalah hari-harinya yang mak akan tumpang aku semasa aku nak ke ofis untuk pergi mengaji. Pasal apa orang panggil dia Man Nahu aku tak pasti, nak kata nahu bahasa melayu atau bahasa arab pun aku tak boleh cerita. Anak dia ada sorang yang dulunya sama satu kelas dengan aku masa aku sekolah rendah. Nama dia tu Kasim. Kira-kira rumah Tok Guru ni first choice lah kalau nak solat tu. Rumah Pak Long Man tu hanya kalau Tok Guru sakit atau tak ada rumah dan selepas dia meninggal dunia.
Yang paling aku tak boleh lupa masa aku bawak mak pi solat tu, ialah pada satu pagi yang lembab. Malam sebelumnya hujan lebat. Pagi tu masih renyai-renyai hujan. Jadinya tanah memang basah dan berlumpur. Pagi tu, kereta aku ada kat bengkel sebab entah apa sebab, jadi aku drive pick-up truck Daihatsu untuk pergi solat dengan mak. Nak seribu daya kan, aku punya prinsip ialah, aku nak buat ibadah, apa nak malu. Jadi Pick-up truck, pun pick-up truck lah. Lagipun masa tu subuh, selasai solat tu, keaddan sekeliling masih samar-samar, sapa nak nampak aku bawak pick-up pun.
Masa pergi, tak ada masalah, senang saja aku jalan atas papan tu. Masa nak keluar tu, mungkin papan pun dah tak elok kedudukannya, tayar pick-up dah "terpeleot" hehehe, tergelincir lah tu dari papan tu. Maka masuk paritlah tayar tu, makin di tekan minyak makin dalam jadinya tayat tu masuk ke dalam lumpur. Habis tu nak buat macam mana, nak suruh mak drive, sementara aku cuba lepaskan tayar tu dari lumpur, mak mana tahu drive. Jadi aku terpaksa ajar mak macam mana nak buat. dia letak kan papan kat bawah roda dah aku akan undurkan truck tu. Nasib lah mak masa tu kuat lagi, boleh lah dia ikut arahan aku tu. Tapinya berlumpur jugak kami anak beranak terutamanya mak lepas aku dah berjaya lepaskan tayar dari lumpur tanah merah tu.