Aku ni, kalau nak compare dengan hubby, boleh dikatakan aku kedekut dia pemurah. Kalau ada tamu yang datang ke rumah, kalau hubby ada dia akan berusaha membeli kuih muih. Banyak pulak tu, berjenis-jenis sampai kadang-kadang aku mengeluh benda tak habis. Kalau pesan suruh beli kuih untuk mak pun kena cakap beli sikit sudah, nanti tak habis dan mak pot pet pot pet apasal beli banyak, paksa anak cucu semua makan. Kalau yang diorang suka OK lah budak-budak tu makan kalau tak sure ke tanah lah jadinya. Aku kalau tamu datang tak beritahu terlebih dahulu, apa yang ada aku jamu. Memang makanan selalu ada kat rumah. Mee, bihun koayteaw selalu tersedia. Kalau terdesak sangat air bujang je lah jawabnya.
Dulu masa aku duduk denganMIL pun setiap tahun ada orang bukan Muslim yang datang minta derma dari MIL untuk buat rumah ibadah diorang. Ada sekali aku cakap dengan depa secara sopan yang kami tak boleh derma ke arah itu, kalau untuk old folk home atau rumah anak yatim boleh lah. MIL aku tegur (melalui hubby aku) pasal benda tu. Lepas tu aku dah tak tanya dah kalau diorang datang minta derma, aku biar je MIL nak bagi ke tak. Termalu jugak aku sebab masuk campur dengan urusan dia. Agaknya dia termalu dengan kekedekutan menantu dia tu.
Walau aku kedekut, tak lah sampai anak-anak aku tak cukup makan, tak cukup pakai. Berpada-pada jugak lah. Cuma mereka tak melebih saja, hingga orang boleh kata kami menunjuk-nunjuk. Tak lah aku biasakan diorang untuk membazir, kalau boleh tak perlu sesuatu barang tu jangan harap aku nak belikan untuk diorang.
Cuma satu benda yang aku rasa aku tak kedekut ialah ilmu. Dulu masa kat USM, ada sorang kawan aku ni (tak lah berapa rapat sangat) siapa pun tak nak berpartner dengan dia semasa kelas lab. Aku ni jenis tak kisah. Jadi aku tak kisahlah kalau dia jadi partner aku. Yang orang tak suka dengan dia tu sebab dia tu kemut ilmu dia. Kalau orang mintak tunjuk ajar, atau nota dia, dia tak nak bagi. Sama lah masa lab pun dia bukan nak share information dengan aku pun. Aku peduli apa, kau tak bagi aku pun tak kasi jugak, Itu prinsip aku. Tapi kalau ada yang tanya elok-elok dan willing to share, aku ajar/share dengan orang tu sebaik mungkin. Dia ni, so happen, jadi kakak ipar biras aku, dan katanya kaya raya sekarang. Itulah kan agaknya sebab kedekut dia boleh jadi kaya cepat kut tu hehehe.
Pada mula aku kerja kat sini pun ramai jugak expat engineers di sini. Lepas setahun dua, tinggal dua orang saja. Ada sorang tu, dia memang gaya tu nak duduk lebih lama di sini, tapi lokek dengan ilmu dia. Aku memang dah dari awal sound dia dah, tujuan dia kat sini adalah untuk ajar anak buah aku teknologi dari sana. Kalau tak nak ajar, no point I would be keeping him here. Walaupun kena sound dengan "pedasnya" dari boss aku pasal dia pergi mengadu kat boss pasal aku, aku tetap cakap kata dia tak transfer knowledge kat orang aku, so kalau dah tak ada kerja sila lah berangkat pulang. Diorang tu nak duduk sini nak enjoy expat status, duit banyak sebab semuanya ditanggung oleh company. Bila balik sana orang dah tak pandang dah depa tu, jadi nak naik kepala lah tu. Unfortunately, tersalah langkah tu.
Pada aku dari boros baik kedekut sikit. Tapi janganlah sampai nak enjoy food pun tak boleh. Macam my hubby pernah cerita kawan ofis dia ada yang sanggup makan mee segera hari-hari masa lunch sebab nak himpun duit. Ada jugak kawan atas kawan dia yang lepas kematian wife baru nak sedar yang diorang asyik dok himpun reta sampai tak enjoy. Bila wife dah tak ada rasa menyesal tak enjoy sama-sama. Ada jugak yang kalau nak makan asyik dok pernaya kawan saja yang asyik kena belanja dia. Lama-lama semua kawan akan jauhkan diri dari dia. Kat ofis aku ni pun ada jugak yang kedekut. Masa break kalau kami nampak dia datang kantin sure kami kutuk dia habis, sebab dia kalau ke kantin tu cuma nak minum air kosong saja. Kalau kami nampak dia beli kuih atau beli minum sure kami kata, banjir lah hari tu, hujan lebat turun sebab ketidakbiasan dia tu hehehe
Yang sebaiknya ialah berpada-pada dalam semua hal. Kalau terlalu kedekut atau terlalu boros tu memang tak elok. Agama pun tak suka kita macam tu kan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Kedekutan? LOL. Didn't know there's a noun form for this adjective.
Ya, kalau nak jadi kaya kena lah kedekut dan berkira sangat2. Bacalah mana2 buku on how to become millionaire. :)
Tak kaya pun tak pe lah kalau gitu.
bergen : since when you jadi pakar bahasa ni? LOL. It was just something I coined up. :-)
OS : Biar cukup makan no dari kita jadi kedekut kan?
Betul AN, kalau kedekut memang cepat kaya.... Maklang and Cik Abang ni, Alhamdulillah tak gheti lak nak kedekut!!!
Betul tu kak N...setuju dengan berpada-pada dlm semua hal...kedekut sgt pun tak elok...boros sgt lagilah tak elok...
Lady ni...sebenarnya boros...tu sebablah dpt hubby yang boleh tahan kedekutnya...tu yang kehidupan jadi 'balance'...hehhehe
AN when you mentioned about the expats kat the company you work at, rasanya samalah dengan staff malaysian embassy di mana berada.
maklang : Bagus lah camtu :-)
Lady : Kan Allah bagi kita berpasang-pasang tu untuk melengkapkan satu sama lain.
Narfy : 10 weeks more? WOW!! that's fast. Looking forward to it. psst (kedekut tu ? Tactic je tu hehehe)
Kak Mutiara : Is that so? Isssyyy manusia serupa no, apa bangsa pun? Awat lagu tu?
Meminjam kata-kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem "Tiga Abdul" :
"Ini undang-undang sangat bagus. Ini dinamakan 'economy'"
Hehehehehe :)
p/s: Tersimpui lidah cek baca 'kekedekutan' tu. DBP sure tak approve entry ke kamus dewan! :)
N;Kak Yan kedekut masa duit tak dak....tengah duit ada...rasa nak belanja semua orang.....tu le gamaknya tak boleh nak jadi kaya...:-)
CD : Economy no? Hehehe
Kak Yan : Masa tak dak duit makin lah kedekut hehehe
org yg minum ayag kosong kat kantin tu maybe dia ada masalah lain kot, tak baik auntyn kata kat dia kedekut
BTW, membazir tu berdosa, kedekut pun dosa jugak, betoi dak?
ahni : memang di kedekut, dia beli kereta pun cash tau!!. Kami memang dah tau dai tu kedekut hehehe
betui. boros berdosa, terlalu kedekut pun berdosa.
Post a Comment