Setakat yang aku ingat aku tak pernah mimpi yang ngeri-ngeri. Cuma ada sekali masa aku form 4, kami di suruh buat English essay pasal mimpi ngeri. Masa tu aku punya essay jadi macam the best gitu, sebab very vivid description aku tentang mimpi aku tu. Aku tulis yang aku mimpi ayah aku bunuh emak aku. English teacher masa tu (dah tak ingat nama dia, Indian, tall and slim lady), dia belum kawin masa tu, suka sangat essay tu sampai dia suruh aku baca kat semua kawan-kawan. Dia tanya jugak apa pasal aku tulis macam tu, aku tak tahu nak cakap apa. Cuma aku rasa aku emosional sebab masa tu memang aku ada masalah keluarga. Mak dan ayah asyik bercakaran saja. Jadi mungkin, apa yang aku lalui tu sedikit sebanyak menghantui aku sehingga aku macam nak luahkan perasaan takut aku dalam essay tu.
Sekarang ni sudah setahun lebih arwah ayah pulang ke Rahmatullah. Mak aku memang selalu ingat kat dia. Mak memang sentiasa membaca ayat-ayat Quran hadiahkan untuk ayah, ibu dan ayah dia (datuk dan nenek aku) serta, ibu dan bapa mertua dia jugak (ibu dan ayah kepada ayah aku. Boleh dikatakan setiap masa ayat Quran tak pernah lekang dari bibir mak aku ni.
Yang aku pelik ni, mak asyik (selalu sangat) bermimpi-mimpi benda-benda yang ngeri-ngeri. Selalu sangat dia mengigau. Mak pulak kalau dia mimpi apa pun, dia mesti ingat dengan begitu detail sekali. Dia akan cerita kat kami apa yang dia mimpi sampai mengigau tu. Ada lah, orang dogol kejar dia, atau sorang yang berpakaian serba putih ke, yang muka semua hitam lah, macam-macam. Ada jugak dua tiga kali dia mimpikan arwah ayah atau, datuk dan nenek aku. Datuk dan nenek yang dia mimpi ni bukan mak atau ayah dia, tetapi sebelah ayah aku (mertua dia). Aku selalu ingat benda ni semua mainan syaitan, tapi pada seorang yang tak pernah lekang dengan ayat-ayat Quran, yang menghafal surah2 bagaimana benda ni boleh terjadi?.
Semalam, masa aku tengah masak tu mak dok cerita. Dia nampak macam trauma masa cerita kat aku. Aku tak tahu nak cakap macam mana dengan dia. Dia cerita, dia syik mimpikan ayah. Ayah datang dekat dia, sondol (her own words) hidung kat mak, macam nak bagi mak "bau" ayah. Kemudian mak terjaga. Bila terjaga mak baca balik ayat2, lepas terlelap sekejap, macam nampak ayah ada kat hujung kepala. Setiap kali terlelap, macam mimpi tu bersambung balik. Ayah bawakk dia naik kereta kemudian tinggalkan dia entah kat mana. Bila dia tanya kat ayah nak bawak ke mana, ayah langsung tak jawab. Bila terjaga, mimpi hilang. Bila terlelap mula mimpi balik. Mak kata, dia dah tak tahu nak buat apa, walaupun dia ingat pada ayah, dia tak nak lah mimpi-mimpi sampai menjadi mimpi ngeri. Mungkin kah kerana dia terasa bersalah? Atau dia terlalu sangat ingatkan ayah? Tapi takkan tak boleh ingat, mesti ingat sebab lebih 40 tahun hidup bersama dengan kenangan yang lebih banyak pahit dari manis nya. Bukan mak berdendam dengan ayah. Aku tahu dia sayangkan ayah, sampai sekarang tak pernah lekang mendoakan arwah ayah. Tak pernah lupa nak bersedekah untuk ayah. Aku pun jadi musykil pasal benda ni.
Dah lah tu aku pun tak tahu macam mana nak cakap kat mak. Nak kata jangan ingat sangat mimpi tu, dia hanya mainan tidur, tak patut sangat. Sebab, walau pun aku yakin mimpi tu mainan syaitan, aku takut dan kesiankan mak yang asyik digoda oleh syaitan, sehingga susah nak lelapkan mata. Takut termimpi yang bukan-bukan.
Aku cuma boleh dengar apa yang mak ceritakan, walau dalam hati aku bimbang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
Dreams. We understand little about it.
onde : memang memusykilkan.
bergen : True, I hope you will always have beautiful dreams, not nightmares.
Dari permerhatian den (chewah) den bahagikan mimpi kepada 4 kategori:
1. Alamat dari Allah
2. Sesuatu yg kita sangat2 fikirkan semasa jaga (consious & un-consious mind)
3. Mainan syaitan (nak bagi oversleapt..etc)
4. Mimpi yg takde maksud apa2...ataupun mimpi Takde Maknayer..
Sekian & wassalam.
Kesian your Mak.
I guess banyak perasaan terpendam from those years that are finally coming out subconsciously in a dream form.
Betul, kita cuma boleh mendengar dan memberi sokongan supaya dia kuat semangat.
You're a good daughter, Kak N.
N, Tell ur mom, it's okay to dream tapi jgn fikirkan sangat, selagi kita dekat ngan ALLAH S.W.T, insyallah jadikan itu satu kelebihan yg ALLAH nak beri. ME rindu ngan arwah mak, ayah, kakak, abang nephews...tapi tak dapat pun mimpi, rindu nak nengok muka depa...arwah mak ME memang suka sembang ngan anak2 dan cucu dia...all of us missed her so much....ada banyak benda lagi ME nak tanya dan rujuk dari arwah mak...tak sempat pun sebab asyik tertangguh2..take care of your mom selagi hayat masih ada...
N, memang mimpi ni mainan tidur.Ada mimpi hanya khayalan, ada mimpi yang benar jugak...cuma kita tak tahu yang mana satu.
Satu yang Kak Yan faham mimpi yang benar akan berlaku sekitar 1/3 malam...selepas mid-night...but sebelum masuk waktu subuh. Yang bermimpi pulak dalam keadaan suci yakni ada wuduk....susahkan nak dapat kedaan cam tu....tak ramai dari kita yg. rajin nak beruduk sebelum tidur...cam kita...baru gerak sikit dah kena badan depa tuh...:-)...tak pun terlepas....'angin'...:-)
nbk : Susah nak tafsir.
MA : Memang kesian, sampai tension tu. Anyway, I think perhaps you are right.
ety :InsyaAllah setakat terdaya
Kak Yan : Betul, Allah yang mengetahui segalanya.
kesian...what can we do? Tapi kalau mimpi yang enak dan membawa kenangan lama, bagus jugak. yang tak elok tu memang gangguan syaitan kut.
auntyn, awat chek nak komen tak boleh pulak....
La... adalah pulak.....
mungkin sebab asyik teringatkan arwahnya tak? sebab tu berbalik-balik mimpi.
harap-harapnya semuanya baik-baik aja.
Kak Teh : Problem with my mak is she mimpi yang tragis2 tu, Yg best2 dia tak cerita pulak :-)
Ni : Cek nak komen apa?
CD : Dia memang selalu ingat kat arwah. Cuma I think she is having some guilty conscience which we have no idea of. Ada benda yang dia terkilan dengan arwah yang dia tak dapat lupakan tu.
Kak N.. mungkin dia asyik teringat arwah ayah kak N.. atau dia terlalu rindu pada arwah, or maybe ada unfinished business ngan arwah. Ada tak dia janji apa2 ngan arwah ayah kak N dulu?
mesti berbau bilik tido auntie yan tu .. heheheh
sya : Janji tak ada, yg terkilan mungkin ada lah.
anon : pandai lah AY jaga bilik dia tu
AuntyN, I face the same problem too. Selalu mimpi ngeri. Ada masa pulak tak dpt tido smpai 1/2 bulan.
Masuk keje mesti lambat, sbb rs letih bila bgn the next morning.
Terasa diri ni abnormal sbb asyik mimpi ngeri.
Few weeks back, terbaca artikel pasal mimpi dlm mingguan mesia by Dr Amran Kasimin. Dia ckp sama spt yg NBBK mention.
Secara ringkasnya, jika mimpi tu mimpi buruk ia datang dari syaitan. Sebaiknya jgn diceritakan langsung. Syaitan ni selalu suka mengganggu ahli ibadah berbanding orang yang kurang beribadat. Tetapi seorang abid lebih hebat diganggunya dr seorang alim.
Kesimpulannya, mungkin sbb mak akak kuat beribadat sbb tu selalu diganggu. Apa2 pun, stp yg berlaku tu terjadi hanya dengan kekuasaan Allah. Mungkin ini ujian tuk kita meningkatkan ketakwaan kepadaNya.
Maklang pun rasa agaknya yr mum tu rindu sangat kat arwah yr father...
kesian kat mak aunty N...mudah-mudah beliau dapat lupakan mimpi2 ngeri tersebut
saya dulu selalu jugak mimpi buruk2 untuk dapat petanda. Bila mimpi buruk tentang ibu saudara saya yang jatuh dari gunung, dan diikuti oleh anaknya memang meninggalkan kesan yang mendalam. Beberapa bulan lepas tu makcik saya meninggal. Dan beberapa bulans elepas itu anak dia pula meninggal. jadi saya memang takut kalau saya mimpi yang buruk2 ni...nauzubillah
nadya_my : rasanya dia cerita sbb nak release tension dia. Kalau tak cerita lagilah terbuku di hati perasaan tu.
maklang : pastinya rindu, sbb lama hidup bersama.
Kopisuam : Nauzubillah.
aunty n
camner nak p kulim hi tech dari penang, turun penang bridge amik hiway , exit kat mana?
ada assignment kat kulim hi tech...
noname : email me at makcik_n@yahoo.com.my, nanti i bagi direction. Kalau tulis sini panjang berjela ni.
Aunt Ant :)
ok tq.. will email u
This is very interesting site... South jersey healthcare ppc Gangbangs multiple chicks porn gto gate openers radford fitness center T9500 deluxe vision fitness treadmill P and g kitchens men's fitness model september 2004 botox videos
Post a Comment