June 09, 2006

Makcik di Pasar Malam

Sehari dua ni aku tengok internet connection aku ni terkemput-kemput, punya lah slow. To borrow MakAndeh's term macam siput khinzir saja tu. Nak bukak browser pun lama nak kena tunggu baru nak keluar. Entah pasal apa pun aku tak tau.

Minggu ni pun ramai pulak yang datang training kat kilang. Walaupun aku tak involve secara direct tapi kena jugak pi tunjuk muka hari pertama tu, lepas tu tegur sikit-sikit bila jumpa, tanya semua OK ka? Kita jadi host kena jadi a hospitable host lah kan... Ada jugak lah se hari dua yang kena pi duduk makan dengan depa kut-kut depa ada apa-apa masalah. Benda tu dah jadi rutin dah, dah tak kisah dah actually.

Apa nak cite ekk? Banyak dalam kepala, serabut sangat kut, jadi tak tahu yang mana satu nak keluarkan dulu. Kena lepaskan kekusutan dan keserabutan sikit kut, baru nampak clear sikit. Tapi macam mana nak leraikan kekusutan dalam otak? Mana boleh nak guna, conditioner macam hair conditioner tu, atau pelembut pakaian tu kan? Agaknya macam orang selalu kata, "prioritise". Dahulukan yang paling terdesak dulu kemudian aturkan yang lain-lain mengikut kepentingan dan dateline. *Aku tengah imagine, aku kotakkan hal-hal dalam kepala aku, macam sorting letters kat dalam pigeon hole tu :-)*. Cuma yang susah ni macam mana nak judge yang mana satu yang paling mendesak sebab nampak sama saja penting dan mendesak tu.

Anyway...........let's get on with the story.

Aku selalu jugak singgah kat pasar malam dalam perjalanan aku balik dari pejabat. Minggu lepas masa aku singgah tu, aku nampak seorang tua dalam linkungan pertengah 60an umur dia. Jalannya bongkok, macam hampir nak ruku' bongkoknya tu. Bongkok sabut ka orang kata macam tu? Susah sangat aku tengok dia berjalan tu. Rasanya aku belum pernah lagi terserempak dengan makcik ni. Pertama kali bagi aku, tapi gayanya macam dia seorang yang regular ke pasar malam tu. Kesian aku tengok dia terkedek-kedek berjalan sepanjang pasar malam tu dengan kedua-dua belah tangan memegang plastik berisi barang-barang. Jadi aku offer nak tolong bawakkan sedikit barang dia semasa aku berjalan menuju gerai ikan di hujung pasar malam tu. Mula tu dia menolak tapi aku bertegas nak tolong jugak, jadi dia pun benarkan.

Sebenarnya aku kesian tengok makcik bongkok ni sebab dia mengingatkan aku pada mak aku. Macam mana kalau dia ni mak aku, sanggupkah aku biarkan mak aku macam tu? Walaupun pada realitinya mak aku memanglah sudah tak ke pasar malam sejak beberapa lama dah, tak larat dia nak berjalan jauh-jauh. Kalau dia keluar rumah pun dia hanya pergi rumah saudara-saudara yang kami bawak dia ziarahi saja. Namun hati aku memang tersentuh melihat makcik yang bongkok tu. Agaknya dia tak punya anak-anak yang boleh membela dia, beri makan dan minum sehingga dia tak perlu keluar membeli makanan sendirian.

Apa yang aneh pada makcik bongkok itu ialah, sepanjang jalan, dia akan berhenti di gerai-gerai sambil menegur peniaga-peniaga di situ. "Tok balik dulu na" Kata dia sambil mengetuk meja tempat barang-barang jualan dipamerkan. Bila sampai di gerai makanan, dia akan meminta makanan yang di jual dari peniaga. Jadi sepanjang pasar malam tu, dia minta, nasi ayam, ayam goreng, putu mayam, air milo ais, satay 2-3 cucuk, gulai ikan bawal dan nasi tomato. Mula tu aku ingat dia ni mungkin tak berapa betul, tapi cara cakap tu tak menampakkan dia seorang yang kurang siuman. Memang dia waras. Aku pun ada jugak tanya salah seorang peniaga tu samada dia selalu ka macam tu, katanya memang dia macam tu, dia minta apa saja yang dia rasa nak mintak. Aku tanya jugak makcik ni, habis ka semua ni dimakan nanti. Jawabnya "makan yang basi dulu" Mula tu aku tak faham jadi aku kata, makan yang elok lah jangan makan yang sudah basi. Tapi kemudian aku faham apa maksud dia. Maksudnya, dia akan makan makanan yang boleh cepat basi, yang boleh di simpan akan disimpan dulu. Bila aku imaging macam tu, tersentuh jugak hati aku tu.

Reaksi peniaga-peniaga, aku tengok ada yang ikhlas dan ada yang tak berapa ikhlas. Bila diorang nampak aku tolong makcik tu diorang tengok aku pun semacam saja, nak menuduh pun tak baik jugaklah kan tapi aku rasa ada yang tak suka, mungkin sebab dia selalu meminta-minta kut. Aku pun hanya sekadar menolong dia bawakkan barang dia dalam 1/2 km saja. Aku pun tak ambik tahu jugak rumah dia kat mana, atau bagaimana keadaan rumah dia. Tapi pakaian dia tak lah koyak rabak atau kotor. Nampak dia tak lah terlalu daif.

Macam mana pun, dalam aku kesian tengok dia terbongkok-bongkok berjalan dengan barang yang banyak, tetapi lepas tengok gelagat dia yang nampak macam tamak tu, kurang dah sikit perasaan belas kasihan aku tu. Kalau dia berpada-pada dalam meminta-minta tu, aku mungkin sudah hulurkan seringgit dua pada dia.

Tak baik sangat lah aku ni kan.

17 comments:

Mutiara said...

N, kalau dah tua2 tu memang banyak pe'el. Maybe dia tak sesusah mana, saja suka buat macam tu. Maybe bukan tak ada anak2 yg boleh tolong, tapi dia yang nak berdikarai, pergi sendiri etc.Org peang kata yg ketegark, buat apa yg dia mau hehe.

UglyButAdorable said...

i think she's just deprived from love of her kids...mungkin dier beli byk because she has to wait for the next pasar malam..she's maybe all alone in this world..sedihnyerr....

AuntyN said...

Entahlah Kak M. Mungkin betui jugak tu. Kalau ketegark tu susah sebab nanti banyak yang meluat.

Adorable : At first my thoughts was like that. Kesian dia mungkin sorang2 saja. Sedih jugak. Tapi kalau dia mintak yang boleh di simpan sampai pasar malam minggu depan pun tak masuk akal jugak, sebab banyak makanan yang akan basi.

aNIe said...

Kak N...misterious jugak makcik ni ye...nak kata daif tak lah...tapi kenapa dia mintak makanan banyak2...

Tapi yang penting Kak N dah menolong dia...kalau yang tak elok tu sikap dia biarlah...sebab lady pun mcm kak N ...kalau nampak orang tua yang nampak macam kesian je...teringat...kalaulah itu mak aku...camaner agaknya....

AuntyN said...

Lady : Tolong sikit je lah. Itu lah ingat kalau dia tu mak kita apa kita rasa kan, kan...

Ordinary Superhero said...

Memang saya kekadang sayu kalau tengok orang2 tua kalau terpaksa bekerja untuk cari sesuap nasi. Tak terbayang kalau lah itu ibu sendiri.

AuntyN said...

OS : For sure it is so sad.

KakNi said...

auntyN ni jarang (or tak pernah) update blog on friday, so macam tak percaya aje bila blogrolling kat blog saya tu tulis 'Updated'

BTW, pasal makcik tu kan... tak tahulah kan dia tu sebenarnya macam mana, susah ke senang ke, yang pentingnya auntyN tolong dia tu kira kerja yang mulia sebab hormatkan umur dia yang dah tua tu (walaupun tak berapa hormat perangai dia tu....)

MA said...

bila I see old ladies like that - all alone fending for herself - I always pointed out to the Brood. Try and imagine that is Mama.

'Nuff said.

Anonymous said...

An sebenarnya berhati mulia.Dulu about 10 yrs ago tempat saya kerja betul-2 depan masjid,one day masa nak balik saya nampak seorang tua macam AN critalah..kita ni kesian tanyalah dia nak ke mana? so dia kata nak gi rumah anak,I pun offerlah nak hantar..sekalitu round punya round dia kata dia tak sure kat mana rumah anak dia.. La dalam hati takkanlah nak bawa org tua ni balik rumah kang kena marah dgn si TJ.PI report kat balai polis,depa pun lepas tangan juga. Hari dah nak masuk maghrib.. Lepastu tak tau nak buat camna pi letak balik kat masjid dekat dgn balai polis tu.Lepastu tengok adalan hamba allah lelaki yg mulia hati gi tolong ambik dia.Dalam hati..alahai kenala dia macam saya tadi.senonoh ke tak senonoh tu..

AuntyN said...

ahni : nak update tu kadang2 tgk ilham datang mendadak tu hehehe.

Citer sikit camna nak buat blogrolling tu boleh ke?

MA : that is the best thing to do to instil keinsafan dalam diri anak2. If anak2 I tgk I tolong tu diorang first thing tanya "Mama kenalke makcik tu?" Then I will cerita why we need to help.

easylady : AT least dah usaha untuk tolong dia, make the effort gotu kan. Tj marah? Nak kena sekeh lah tu hehehe.

Bergen said...

You have a big heart, AuntyN.

AuntyN said...

Bergen : Thank you, you too have a big heart. Who would think of "entertaining" older ladies in an old folk home with home cooked meal?

Anonymous said...

AN : Keh keh keeeeh.

Aiyoooo dah nak kena sekeh 2 kali dah ..

Kat sini kena sekeh.

Kat sana kena bilang tak romantik...

:-(..

AuntyN said...

Tj : heheh, gurau aje lah, jangan ambik hati OK. Tak tersampai tangan AN nak menyekeh sapa2 pun. :-)

Ari said...

Sorry lah lambat sampai..di tempat saya pun ada makcik yang bongkok macam tu..dia jual tempe di pasar tani..sebenarnya makcik bongkok yang di tempat saya ni quite well off..selalu saya nampak dia membuat sesuatu kat pokok -pokok bunga dia..boleh tahan juger bungalow dia..laman dia boleh lah masuk rumah teres satu blok..pernah juger saya pick up seorang makcik yang pelupa..nak hantarkan dia pergi rumah anak dia..tapi masalah nya dia tak tahu di mana rumah anak dia tu..setelah lebih kurang satu jam..berpusing -pusing..saya hantar dia balik..silap rumah lagi..selepas bertanya di kawasan yang saya pick up dia..ada lah jiran nya yang tunjukkan rumah makcik pelupa tu..kesian dia..anak ramai..tinggal seorang diri..pelupa pulak tu..

AuntyN said...

En Ari, MasyaAllah, jual tempe mampu beli bangalow? Itu lah rezeki berkat namanya tu ye. Harap2 AN tak jadi macam makcik pelupa tu, kang asyik dok merayau sorang2, anak2 pun dah malu nak mengaku ibu diorang tu nanti. Nauzubillah.