February 07, 2006

Adakah Aku Berhak Untuk Mengeluh?

Bila aku fikirkan kehidupan aku, sekali sekala timbul perasaan untuk mengeluh. Mungkin kerana aku PMS agaknya, atau aku terlalu letih, atau kerana terlalu bosan. Tapi.......berhak kah aku ni untuk mengeluh? Payah sangatkah hidup aku sampai aku nak mengeluh tu? Bila aku tinjau sana sini, aku nak listkan apa yang aku ada supaya aku sendiri dapat muhasabah diri aku.

1. Aku ni ada suami. Macam mana payah pun, dia ada nak support aku. Selama 20 tahun ni kami memang saling membantu.

2. Suami aku orang nya baik, dia bukan pernah inaya aku pun. Sekali sekala cubit-cubit sikit2 tu ada lah. Tapi hidup suami isteri ni bak kata P Ramlee "sedangkan lidah lagi tergigit". Tak bertokak langsung tu tak ummmppp lah kan? Payah jugak tu.

3. Mak aku tu unsur Jannah, dia duduk dengan aku. Kan ke Syurga di bawah tapak kaki ibu. Itu dah direct saham Jannah untuk aku tu. Alhamdulillah. Itupun kalau aku bela dia dengan betul lah kan. InsyaAllah.

4. Aku ni duduk kat Malaysia, nak payah apa lah sangat. Semua mewah kat sini. Makan senang, hidup pun selamat. Hujan dengan panas saja. Takk payah nak sejuk-sejuk dengan salji tebal atau angin puting beliung, atau kemarau berpanjangan.

5. Aku tinggal kat kampung lagi, jauh dari hiruk pikuk kotaraya. Masih murah segala serba serbi. Kalau susah nak cari makan pun masih boleh bela ayam, tanam sayur belakang rumah. Kadang-kadang tu ulam-ulam pun tak payah tanam tumbuh sendiri saja tu.

6. Kemudahah kat kawasan kampung pun bukannya lekeh sangat pun. Streamyx pun ada, mesjid dekat, klinik dekat, sekolah pun dekat.

7. Anak-anak aku pun semuanya sihat dan normal. Senang saja nak bela. Tak banyak kerenah pun.

8. Aku pun buat masa sekarang sihat je ni, biasalah sakit pening sikit-sikit, Yang kronik-kronik tu tak ada tanda pun. InsyaAllah berkekalan macam tu.

9. Kerja aku pun OK. Kalau nak banding dengan orang yang tak ada kerja tu, 1000 kali eloknya. Jadi nak komplen pasai apa? Tiap-tiap bulan dapat gaji. Tiap-tiap bulan jugaklah kena bayar hutang pun. Tapi sapa yang tak ada hutang sekarang ni kan? Adalah kut, dua tiga orang tu kan....

10. Rumah aku pun selesa. Ada bumbung atas kepala, ada dinding pelindung dari angin dan hujan, ada lantai untuk aku duduk dan tidur.

Kalau nak sambung mesti banyak lagi.

Subhanallah, banyak sungguh pemberiah Allah untuk aku. Aku ini yang tak cukup mengucap syukur.

Memang tak patut sangatlah aku ni nak mengeluh kan? Tapi aku ni manusia yang punya kelemahan, yang selalu diburu oleh rasa tidak cukup. Sebab itulah aku selalu terasa untuk mengeluh.

32 comments:

Anonymous said...

kadang2 kita mengeluh bukan sebab apa, sebab nak lepaskan tensen atau beban yang kita tanggung...lagipun, dok simpan keluh tu buat apa? bukan buleh jadi emas pun...

mengeluh sajalah...

AuntieYan said...

N, kita memang manusia biasa ada perasaan, ada rasa. Yang kita selalu dok mengeluh sebab kita dok tengok/nampak apa yang orang ADA, kita Tidak ADA. Cam AY, dok nampak kereta besar orang, dok nampak pangkat tinggi orang, dok nampak anak orang pandai-pandai, dok nampak keluarga orang bahgia...so on...so on...bla..bla..bla...

Tuuuuu yang dok mengeluh.

Mai kita tengok pulak apa yang orang Tak Dak , kita ada.....:-)
aku ada Hero, orang tak dak...
aku ada anak, ada orang tak dak anak,....
aku ada gaji(walau cukup-cukup makan)...ada orang, tarak gajii ooo...tapi kilija jugak....
sifat ku sempurna, ada orang tak cukup jari.....
N...sama-sama kita sujud syukur pada Allah...banyakkkknyaaaaa nikmat diberiNYa pada kita.Amin.

P/s: Ceh!...blog sendiri tak up-date...mai buat blog kat sini pulak!!!!!Ampunnn N!

Anonymous said...

AN,

TUe la sebab tiap hari we are asked to bersyukur and count our blessings. Alhamdulillah hidup kirakan senang walaupun bukan jutawan ehhehehe

Anyway, even if kita berhadapan dgn hard times, kita still harus bersyukur as it shows that Allah nak test kita and see if kita dapat menghadapi segala yg Dia berikan (whether it be good or bad).

So its Alhamdulillah.

AMZA

Anonymous said...

pernah terbaca dalam buku...
kalu bab dunia compare dengan orang yang lebih daif dari kita
kalu bab akhirat compare dengan alim ulamak

abdullahjones said...

"bela mak" ishh..macam tak betul bunyinya. macam "bela ayam". macam.

Count Byron said...

AN- memang indah bahasa hati. AN telah mengeluh dan pada masa sama mencari2 keridhaan Allah. What a balance attitude you have AN! May you attain Jannah through Mak yang you bela dan belai.. I do not find anything wrong with that term, bela or belai

Bergen said...

You've got it made, ma'am.

AuntyN said...

oren : *sigh* *sigh*

kakyan : nanti kita hugs-hugs ye ? :-)

AMZA : you should know how I feel.

pawaka : betul tu kena tengok yang lebih daif dari kita. Baru terhenti keluhan kita tu.

En AbdullahJones : Terimakasih kerana teguran. Kat utara ni "bela" tu menjaga lah. Cakapp orang orang kampung lah ni. Harap jangan samakan dengan bela ayam tu ya.

Count : Terimakasih.

onde2 : InsyaAllah.

AuntyN said...

Bergen : Not really sure what you mean by that sir, but I take it positively.

MA said...

Mengeluh untuk melepaskan resah di hati - bukan mengeluh tidak bersyukur...kan, kan,kan.

Kita memandang orang yang "lebih" dari kita sebagai pembakar semangat untuk menjadi yang lebih baik.

Kita memandang orang yang "kurang" dari kita sebagai ingatan bersyukur betapa Allah itu Maha Penyayang dengan limpah kurniaNya.

Cuma yang "kekurangan" iman itu sahaja yang akan berhasad dengki in the former dan merungut-rungut in the latter situations.

Life is all about balances. Its up to us to decide on the measurements.

kasutVINCCI said...

aunty,
kadang2 hidup kita happy, kadang2 tu sebaliknya. Itulah kehidupan. Apa salahnya sekali sekala kita mengeluh. Bukan bermaksud tak bersyukur,tapi meluahkan yg terpendam. Mungkin kita lebih tenang. Insyaallah.

Jo Kontan said...

AN:

Ya! Kamu berhak untuk mengeluh.

Keluhan in this case is a noun. Just like Pressure Relief Device in a Transformer. Once the pressure built up, it need this device to stabilise the pressure inside to the atmosphere.

:-))

Pnut said...

insaf jap baca ni..kdg-kdg kita mengeluh tanpa sedar...

saya pun macam tu...

AuntyN said...

MA : Nicely said. Thanks.

kasutvincci : Terimakasih kerana sudi drop by, InsyaAllah keluhan ini bukan kerana tidak bersyukur.

TJ : Betul tu, nanti meletup susah kan :-).

p-nut : Harap2 insaf tu lama sikit :-)

Anonymous said...

Kak N, bagi orang Mukmin, macam mana senang atau susah hidupnya kat dunia ni, masih takda apa-apa dibandingkan dengan kesenangan di Akhirat nanti...nabi saw bagitau: Adduniya Sijnul Mukminin, wa Jannatul Kafirin....(dunia ni penjara bagi orang Mukmin, dan Syurga bagi orang kafir)...so, bila dikenang2kan kembali tempat yang nak dituju, segala keluh kesah bisa terungkai, InsyaAllah.

Anonymous said...

Mengeluh tu besar hikmahnya, untuk kita berfikir balik dan mensyukuri nikmatNya. Lagipun fitrah manusia tu tak pernah puashati dgn apa yang ada.

Thanks for sharing, buat kita tersedar dan lebih bersyukur.

aNIe said...

Lady pun selalu mengeluh...walaupun kadang hidup ni terlalu banyak nikmat yang diberi Allah..tapi kita manusia...ade kala tersepit ditimpa masalah...maka perlulah kita mengeluh...untuk release tensyen dalaman tu...bukan mengeluh sebab tak mensyukuri ape yang diberi....

Bergen said...

Yes, ma'am. I mean to say you've got everything going good for you and that you are right in being thankful.

Anonymous said...

TQ Kak N, kerana menyedarkan untuk melihat kelebihan diri sebelum mengeluh apa yg kita takde, kalau kite ada semua dah perfect pulak. Ini yg best baca blog Kak N. Pagi tadi cm dok mengeluh bila snow turun lebat, tapi kawan cm plak dok teringin nak pegang snow...itule manusia biasa.

AuntyN said...

uncle : InsyaAllah. Harap2 begitulah.

CD : Kadang2 perasaan tak puas hati yg positive tu bagus kan, kan. Boleh jadikan kita lebih banyak mencuba untuk "perfecting" diri sendiri.

Lady : mengeluh sekedar menilai kekurangan diri. Itu sajalah.

Bergen : If that is the case, thank you. I know I have to SYUKUR more.

cm : I do want too feel snow too. :-)

Anonymous said...

itu tandanya kita in manusia biasa..ada kelemahan..
as long as we know our limits, kan?kan?kan?
am i making sense here?

nefertiti

NONIE AZIZ said...

Tetiba MR pun tersedar pasal MR pun suka mengeluh...Rasa macam tak reti nak bersyukur pulakkan Auntyn..

Anonymous said...

haha..bela cam bela ayam? sokong kak N..kat utara ni kalau kata bela tu ..jaga la..maksud dia..

anedra said...

biasalah..ada hari nak mengeluh..mengeluh lah kan? asalkan kita tak lupa nak bersyukur sama sudahlah. looks like u've got it all balanced there. this day will pass..better days ahead!

meh sini nak peluk sikit!

AuntyN said...

nef : you do make sense girl.

MR : kita insan yang lemah ni kan...

anon : terimakasih.

Dena : Peluk balik erat2 ni. Lama lah sikit OK :-) thanks.

Anonymous said...

kena syukur banyak-banyak. Kekadang kita tak sedar betapa tuhan kasi kita kenikmatan lebih dari org lain..Ada suami penyayang anak-anak yang sempurna, rezeki yang cukup kesihatan yang baik..

Alhamdulillah dan terima kasih AN kerana mengingatkan kita yg mudah terlupa.

AuntyN said...

easylady : sama2 ingat mengingati, tegur menegur OK.

Queen Of The House said...

Ye lah, kita patut bersyukur dengan apa yang ada. Kita ada lebih dari orang yang tak bernasib baik, yang ada kurang dari apa yang kita ada. At the same time, we must look at others who have more than us, not with envy, but with aspirations to better ourselves and improve ourselves. Bersyukur we have ways and means, ada akal fikiran, kita hidup di negara yang selamat dan selesa ... banyak to be thankful for, no?

Sya said...

Kak N.. kita ni manusia, adakalanya memang kita mengeluh tapi asalkan jgn spjg masa mengeluh.

We have to count our blessing, syukur Alhamdullilah.

AuntyN said...

QOTH and Sya : Syukur atas nikmat yang ada ni Alhamdulillah.

demonsinme said...

assalamualaikum aunty,

manusia mengeluh,
manusia mengesah,
sebab dugaan berpuluh-puluh,
sebab hidup punya banayak kisah,
tapi jangan kita buat tak endah,
besarnya tuhan banyaknya indah.

aunty, saya, dan semua orang mengeluh mendesah, sebab itu dah memang fitrah kita sebagai manusia. tak de salahnye kite mengeluh tapi jangan terlampau. kat ujung hari elok lah kite iatighfar dan ucap alhamdulillah.

AuntyN said...

waalaikumussalam deme : Indah sungguh bahasa ni. Terimakasih kerana berkunjung ke sini.