Dulu-dulu, mak selalu beritahu aku yang guru ugama dia pernah berpesan jangan minum air yang ada semut. Kalau terminum sekali dengan semut, kita akan menjadi pelupa selama seminggu. Aku tak tahu kesahihan petua itu, dan tak pulak aku rasa ada scientific explaination tentang teori itu. Jadi aku cuma dengar dan, memanglah kita tak akan minum air yang bersemut dengan sengaja.
Entahlah, agak nya sejak umur dah meningkat ni makin banyak sel-sel otak yang dah tak berfungsi. Makin banyak benda yang aku lupa. Aku selalunya rasa aku ni memori aku kuat, ingatan aku detail, sampai kalau nak cerita balik sure kena tapis supaya tak detail dan remeh temeh sangat. Entah2 bukan pasal aku pelupa sebab dah tua, tapi sebab banyak kena fikir sekarang ni. Banyak masalah agaknya ni. Masalah kerja, masalah rumah tangga, masalah anak-anak yang makin membesar dan lain-lain. Tapi aku masih bersyukur sebab, masih ada orang lain yang lebih berat masalah mereka di dunia ni. Masalah aku InsyaAllah akan dapat aku selesaikan dengan tenang.
Hari Isnin, on the way nak balik dari kerja, aku pergi car wash, nak basuh kereta dan vakum sekali. Malas nak basuh sendiri, lagipun basuh dan vakum tu RM8, sekali sekala aku akan gunakan servis tu jugak. Hari-hari hubby hantar anak-anak ke sekolah, berpasir kereta aku habis dari kasut diorang tu. Masa workers dok vakum kereta aku kelaurkan wallet dari handbag, aku terperasan handfon tak ada kat dalam handbag. Aku tengok kat dalam kereta kut-kut aku tinggalkan kat dalam kereta. Tapi tak ada jugak. Jadi, aku terfikir entah-entah aku tertinggal kat office. Adoiiii. Jadi lepas kereta dah siap di cuci aku balik ke office semula. Nasib baik dekat saja office dengan tempat cuci kereta tu.
Dah sampai ke ofis semula, masuk dalam pejabat cari handfon, tak nampak pulak, Kat meja tak ada, kat side pedestal tak ada, mana pulak aku letak handfon tu aku tak ingat. Kemudian aku call the handfon no, dari direct line ofis aku, tak dengar bunyi pun. Jadi sah lah tak ada dalam ofis aku tu. Aku syak aku tertinggal kat surau. Sebab sebelum aku balik, sebelum ke car wash, aku ke surau solat asar. Memanglah handfon aku ada kat surau. Alhamdulillah tak ada sapa ambik, mungkin kerana aku yang last sekali masuk surau petang tu.
Hari selasa, aku nak travel outstation, jadi aku stop isikan minyak kat petrol station. Since nak isi penuh dan senang nak claim aku pakai credit card pay at the pump saja. Bila dah habis pump minyak aku dok tunggu resit keluar tak keluar-keluar pun. Jadi aku masuk ke dalam mintak resit. Lepas tu, terus masuk ke dalam kereta suruh PS jalan. Nasib baik ada sorang mamat yang nak isi minyak kat pump sebelah notice aku punya tangki minyak tak ditutup. Dia tolong tutupkan untuk aku. Laaa, apa lah aku ni. Aku terlupa lah tu masa aku letak balik pump minyak tu, langsung tak ingat nak tutup fuel tank tu. Alhamdulillah dia tu ternampak dan tolong tutupkan.
Check in kat hotel dengan PS, kami sajalah tanya sama ada diorang serve welcoming drink, dari reception. Kata the guy at the reception tu, ada, tapi dia sibuk. Kami suruh hantar ke bilik saja lah, terus kami naik dan masuk dalam bilik. Masa kat bilik dok relaks-relaks, door bell bunyi, PS bukak pintu, diorang hantar drinks. The guy cakap kami tak keluarkan kunci dari slot kunci di pintu. Aku yang cucuk kat pintu tadi tu. Lupa lagi. Nasiblah dah jadi habit aku, bila masuk saja aku terus letakkan key lock kat pintu. Nasib lah dia apa-apa kejadian yang tidak diingini di takdirkan kepada kami. Isyyy lupa lagi, teringat someone pesan stay safe in the city.
Rabu pagi, aku dan PS berjalan kaki dari hotel te tempat kerja. Memang kami macam tu, suka berjalan kaki dari drive. Tak berapa jauh, dan lebih senang berjalan kaki. Kami ambik barang yang nak bawak ke ofis dari kereta terus je jalan. Half way, aku dok tercari-cari barang. PS tanya cari apa? Aku cakap name tag aku. Kat name tag ada kunci elektronik nak masuk ofis, jadi kalau tak ada tu nak pergi toilet pun susah nanti. Tak kan nak pinjam kat orang pulak tu. Tak kan nak tahan satu hari tak nak kencing ke b*rak ke kan. Kan susah tu. PS kata tadi nampak kat side pocket dalam kereta. So aku letak laptop kat atas jalan tu, suruh PS tunggu sekejap kat situ, sebab aku nak pergi ambik tag tu. Nasib baik belum sampai ofis. Tak kuasa aku nak balik ke hotel ambik name tag tu.
Khamis dah sampai balik rumah awal, aku start masak lepas solat Asar. Mula tu aku cadang nak call hubby nak cakap tak payah beli food sebab aku dah balik dan dok masak dah. Terlupa nak call sampai dah dekat maghrib. Bila call dia, hubby kata dia dah beli char koay teau. Lauk aku dan nasi jadinya hanya di makan oleh mak yang baru balik dari rumah abang lang. Tapi tak apa sebab hari ni anak-anak balik sekolah awal boleh makan. Kesian dah 2, 3 hari kena makan fast food sebab aku tak ada kat rumah.
Pagi Jumaat ni, hubby dah dok "berleter" tengok jam aku kat atas meja. Kata dia aku ni asyik sepahkan jam dengan spek merata-rata. Aku ni jawab balik (baik-baik je tu jawab tu hehehe) yang dia pun sama je, kekadang cari spek atau kunci kereta tak jumpa jugak. Diam je dia tu. Lagipun aku ada beritahu dia spek aku kat mana. Tak sangka pulak aku nak tertinggal jugak barang lagi. Sampai kat ofis, habit aku ialah lepas switch on PC, aku akan keluarkan handfon dari handbag dan simpan handbag dalam almari kat belakang seat aku. Tengok- tengok handfon pulak dah tertinggal kat rumah. Handfon aku tadi tu ada atas katil, sebab aku selalu pasang alarm untuk kejutkan aku dari tidor setiap pagi menggunakan alarm dari handfon.
Aku ingat dulu-dulu kalau aku stress sangat dengan kerja aku akan senang lupa. Beberapa kali dulu tu aku asyik tertinggal kunci kereta dalam kereta aku. Masa dulu tu mana ada remote key, jadi bila dah keluar tu tekan je key to lock the car. Bila dok cari car key tak jumpa baru nampak dok dangling kat ignition tu. Sampai kena belajar macam mana nak buka pintu kereta guna steel ruler atau dawai hehehe.
Apa-apa pun lepas ni agaknya aku akan lebih berhati-hati InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
26 comments:
Masa I di Taman Negara, dah keluar chalet nak gi boating & camping - penuh sarat segala tok nenek yang nak di bawak - tiba-tiba tengah jalan kecoh bila teringat:
" Alamak ! Sunglasses Mama lupa nak bawak. Tunggu kejap Mama nak lari balik ke chalet "
Semua terhenti kat tengah jalan, exasperated. Then my son Abang said :
" Ma. Oh Mama. Tu yang kat kepala tu apa ? Aisehmen, Mama ni... "
I dok raba-raba atas kepala - ha'ah ekk....dah nyanyok rupanya aku ni ;-)
Terus pakai sunglasses sambil jalan control cun.
Hehehe
you're not the only one! yesterday when I was in Bangsar, I frantically searched for my handphone and went back to the ticket counter where I bought tix previously looking for the phone! sampai sana, the guy said, Kak, you're holding the phone at yr ears! Memang pun! Was dialling N all the while and terforgot! hehe! Bila masa lah agaknya terminum semut ni pulak!
Take care Aunty!
ish kak N..tak kan nak jadi macam pakcik si Cyberdad tuh..heheh
Ginkgo Biloba time, although I really have no idea whether this stuff can really improve memory. Stay healthy, Kak N.
MA : Spek pasal kena pakai sebab rabun kalau tak sure dah jadi macam u tu.:-)
dena : I think it happened to me too. Take care of yourself too.
nora : rasanya belum sampai tahap itu lagi tuuu...
bergen : Heard about Gingko baloba tu. Nanti nak tanya2.
Hei, u call me kak N!!! (instead of ma'am) WOW!!!!.
N, betul kata Bergen, Ginkgo Biloba is a good remedy.
N, sungguh meletihkan la kalau kita lupa ni....
AuntyN, saya pun terminum ayaq bersemut la kot. Dua tiga medang ni dok lupa sokmo...
betul tu AuntyN, I guess your forgetfulness (sp?) tak seteruk my uncle.
tapi on the lighter side, at least sekarang AuntyN ada extra skill: bukak pintu pakai steel ruler! :)
Kak Yan : OK sat gi pi farmasi beli ni hehehe
onde2 : Dia pun sama, rabun dan selalu letak rata2 tu so kami serupa hehehe.
momma tia : Laaa kita pi blog dia tadi thanks.
CD : Your uncle is really hilariouslah. Skill tu dah lupa dah sebab tak guna lama dah. :-)
Kak N : eh pasal skill dgn steel ruler tu kena di-asahkan balik sebab those yang expert mostly dah masuk "dalam" ;-)
Kak N...dah terer tak skill tu..? Terasa macam McGyverlah jugak ye...heheh...tu lah orang tua-tua dah pesan jgn minum air ade semut..kalau sekor 1 minggu...kalau buatnya 4 ekor...mau sebulan luper...heheh...naya...
MA : HAHAHA. kena cari kereta nak praktis lah pulak tu.
Lady : Jangan lupa balik rumah atau tanya hubby u ni sapa OK lah kut hehehe.
ingat auntyN lupa beg duit lagi...rupanya Mak andeh yang terlupa beg suatu masa dulu.
alah takper, kita pun pelupa jugak. asalkan auntyN tak lupa memblog sudah!
Acik An,
Pak keme slalu kate, kalo kite doh mule mule jadi lupe, istighfar + selawat + tasbih bebanyok.
Bukan ape kate pok keme, lupe tu tande tuhan sayang kat kite, die nak kite slalu ingat kan die.
Mungkin aunty N kena kurangkan makanan yang masam-masam.
Juga elakkan makan hati ayam/lembu
dll.
-abu-
la ingatkan depa nak teruih speaking utagha....kami pon baghu nak mai gebang...
Ely : yang tu belum pernah lupa lagi tu hehehe
deme : Thanks, dok buat jugak lah sikit2.
Deme lupa nak email ke? Kata lepas isyak nak email, dok tunggu2 tak mai pun.
Abu : yang masam dah lama kurang dah. Bila umur dah meningkat dah tak suka yang masam dah. Hati ayam dan hati lembu pun kurang dah. Terimakasih atas petua tu.
pnut : nak gebang loghat utagha bila2 pun OK , Toksah ghisau, redah saja lah. :-)
Alllahai Acik N oiiii!
Keme lupe le bebenor sibuk bebenor la ni ha, nanti, nanti keme anto.
kak N kena makan ubat yg ada gingko nut utk menambahkan ingatan..
deme : take your time :-)
Sya : Tu lah dah ramai dok bagi petua pasal gingko tu.
hehehe....MR pun ada masalah lagu ni gak...selalu lupa...sib baik tak pernah lupa kat anak waktu shopping kalau dak lagi haru...Mak MR pun ada suruh makan Gingko tu...tapi tak pernah try lah lagi...
AN : Saya selalu bagi sebab LB@40 untuk mender2 sebegini. Naperla agaknye ??
My late Mom used to say "Engkau tuu dah Nyanyok!"
Whatever it is , enjoy life and living..
MR : Jom kita try. :-)
Tj : Agaknya hari tu sebab kata u dah tua kut, jadi tak sedar diri I ni lagi tua so, dah dibalas "cash" gitu kut :-)
AuntyN,
Last couple of weeks, I pegi Berjaya Mall. Parking kat situ, autopay. So, bila dah bayar parking, I was too excited nak tunggu resit keluar sebab boleh claim dari company. Resit keluar, I pun grabbed the receipt and pegi kat kete. Masa dah start engine kete, tetiba tak jumpa tiket. Habih geledah barang tapi tak jumpa gak. Panik gila le masa tu.. Then terikir nak gi balik kat mesin autopay tu. I saw a couple kat situ and tanya kat diorang whether nampak tiket ke tak.. Nasib ke couple tu tak nak perdajal saya.. Diorang dah letakkan kat atas mesin tu. They took it and gave it to me! Phew!! Lega gila!!!
Moral of the story: Orang muda (sikit!!!) pun nyanyuk gak Aunty!!
angah : Tu bukan nyanyok tapi tak sabar, nak cepat tu hehehe
Keep up the good work Cobra dental insurance plans
Post a Comment