February 13, 2006

Cinta Anak-Anak Remaja

Terbaca entry MakAndeh, teruja pulak aku nak cerita perihal cinta cintun anak-anak aku ni. Sorry MakAndeh, cilok idea you ni. Maybe it's better so that we can share ideas.

Semua orang tahu, aku ada anak-anak dara yang sedang meningkat remaja. Tahun ni Kak Long 19 tahun, Angah 17, Ayin 14 (sama abang anak MA), Syia pulak 12 tahun (sama kakak anak MA). Masa ini lah kan emosi remaja akan mula berputik. Diorang ni dah mula dok mencuba kosmetik sikit-sikit. Kalau ke supermarket sure nak kena beli cleanser, toner, losyen muka, scrub dan mask aku pun kekadang tu jadi mangsa diorang jugak. Bayangkan 4 anak dara yang aku nak kena maintain tu. Dah conscious dengan penampilan diri diorang. Jerawat naik kat muka dah mula dok risau, baju-baju pun nak ikut fesyen dan berjenama. Sabar je lah jadi ibu anak-anak remaja ni. Kalau nak keluar, kena bagi notis setengah hari paling minima untuk diorang ni bersiap. Bukan siap apa, baju nak gosok, jeans nak kena gosok, tudung nak kena cari yang matching, kena gosok, lepas tu nak pakai tudung tu nak tarik sana, nak pin sini. Tu tak campur dengan nak bedak muka lagi. Walau macam mana pun anak2 aku ni masih lah simple tak over sangat dalam gaya bergaya ni. Sebab hubby memang particular pasal penampilan diri. T-shirt pun kena iron, jangan dok kedut sana, sini kang naya kena kata, tak payah ikut. Sometimes, siap kena tanya baba, baju ni OK ke? Kalau tak sure kena tukar.

Oleh kerana kami duduk kampung, so far yang aku tengok tak de pulak lah hero-hero kampung yang dok mengurat anak-anak aku. Jangan kena mengorat oleh samseng kampung sudahlah. Aku tak rela tu. Syia tu belum baligh lagi, jadi masih kut tak ada feeling macam tu. Ayin pun kadang-kadang ada jugak berjalan berkumpulan dengan kawan2 masa cuti, pergi rumah cikgu atau kawan-kawan. Dalam kumpulan tu ada jugak budak-budak lelaki tapi tak lah nampak ada yang nak lebih dari kawan. Masih belum mature agaknya hero-hero kampung ni agaknya. Terbantut sikit kut diorang ni tentang emosi macam tu. Tak pe lah it's better that way. Tak risau aku.

Antara yang lebih sikit sosiable antara anak-anak aku ni Angah lah. Kan dia tu main hoki, jadi dia ada peluang lebih sedikit dari adik-beradik dia untuk terexpose dengan pergaulan antara lelaki perempuan ni. Dia jugaklah yang banyak contribute kepada bill telefon kami yang tinggi pada setiap bulan. Sekarang dah kurang sikit dah sebab ada handfon sendiri dan kena top-up sendiri. Dia jugalah yang selalu menerima panggilan dari budak-budak lelaki pada masa-masa yang tak berapa sesuai terutama lewat malam. Pernah sekali baba terserempak dengan Angah dalam bilik tengah malam dok bertelefon. Bila di tanya siapa pemanggil dia jawab kawan. Lelaki ke perempuan? Lelaki. Habis kena lecture dengan baba dan di biokot oleh baba selama seminggu tu. Lepas tu aku secara perlahan cakap dengan dia dan warning dia sikit. Dia tahu baba tak suka sebab masih nak sekolah, tahun ni SPM, nak kena concentrate untuk study dulu. Selalu jugak aku yang terima panggilan dari budak lelaki untuk dia, Nasib lah sesiapa yang bercakap dengan angah tu sure kena CSI dengan aku sampai letak telefon. Tambah-tambah yang bila di tanya siapa ni? Jawabnya kawan, kawan ni tak de nama ke? Ada. Sapa nama? Dia balik tanya kita siapa. Nak kena sekeh budak tu agaknya. Sebabnya kadang-kadang diorang ingat aku ni kakak Angah, tak percaya diorang bila aku kata aku ni mak dia, hehehe. Selagi tak beritahu aku, nama dan nak cakap apa dengan Angah, sure tak lepas nya telefon tu dari aku. Jadi baik letak saja lah. Karang kalau nasib baik telefeon lagi Ayin atau Syia yang angkat.

Kak Long ni tahun ni 19 tahun. Tapi bila di tanya ada boyfriend ke atau ada orang nak mengorat ke, dia main cakap, mana ada. So far, aku jugak yakin dia tak ada sapa-sapa yang berkenan di hati. Entahlah kut-kut ada yang dok ushar tu. Sebab dia rupa paras ada jugaklah kata orang tu kan. Hidung penyet macam orang Melayu, kulit cerah jugak tu. Senyum pun sweet jugak tu. Dia selalu beritahu kalau nak kemana-mana dengan kawan-kawan. Belum pernah aku dengar dia mintak permission untuk dating sorang-sorang. Kut dia tak beritahu aku entahlah. Tapi buat masa sekarang aku masih boleh percayakan dia. Cool saja aku tengok dia pasal relatioship dengan boys ni. Nak kata dia tak berkawan dengan boys tak pulak. Dalam YM list dia tu ramai jugak lelaki. Classmates dia, "abang-abang" lah macam-macam. Tapi mungkin belum ada yang terlekat di hati kut.

Aku rasa semua ibu bapa akan sampai ke satu tahap yang merasa bimbang dengan pergaulan anak-anak remaja. Tambahan pulak anak-anak aku tak punya abang atau adik lelaki. Mereka cuma ada baba, dan cousin-cousin lelaki dalam kehidupan diorang. Cuma anak-anak sedara hubby yang memang close dengan diorang tu saja yang mungkin dapat menjadi sebagai abang bagi diorang tu. They look up to these cousins like their own brothers. Buat masa ni aku tunggu dan lihat sajalah perkembangan anak-anak aku tu. Aku tak lah berapa sedih ke takut ke sangat anak aku terutamanya Kak Long tu tak berboyfriend buat masa ni. Belum sampai tahap nak "lelong" lagi macam Anedra buat tu kan hehehe. Takut pulak tersalah "lelong" dapat laki orang, kan ke haru tu hehehe.

Tapi aku rasa, mungkin tak lama lagi aku juga akan berdepan dengan persoalan cinta yang akan timbul dalam diri anak-anak dara aku tu. Cuma aku harap diorang akan berterus terang dengan aku bila tiba masanya. Supaya aku dapat menolong mereka dalam menangani masalah (kalau adalah) dengan lebih tenang dan rasional. InsyaAllah.

33 comments:

NONIE AZIZ said...

hehehehe...agaknya macamnilah keadaan mak MR n Kakak2 masa remaja dulu...kdg sampai perfume mak pun kitaorg bantai...cleanser & toner tu perkara biasa...ngehngehngeh...sampai sekarang mak akan promote kat kitaorg kalau barang dia beli tu bagus...

Ordinary Superhero said...

Waah ni kena ambik note nih, sebab I pun ada 3 orang anak dara.:)

Bergen said...

(Saya hadir, AuntyN)

AuntyN said...

MR : That's how it is with anak2 dara tu.

OS : Yes, you shoudl hehehe

Bergen : Oh yes, dah tanda dah kehadiran u tu :-)

Anonymous said...

also kena take note, cm ada 3 anak dara kat rumah...so far tak suka lelaki sbb asyik kena usik dgn student lelaki bila student lelaki datang melepak kat rumah.

AuntyN said...

cm : Anak2 pompuan jugak ke? Bila nak tambah lelaki?

onde2 : Apa diorang kata? Sindrom anak ke dua?

MA said...

AN : Ni nak tunggu besok ni, nak tahu apa cerita kisah dia bagi hadiah sepit rambut kat MM. Dapat respond ke, kena reject ke :-)

Serba salah dibuatnya, nak dihalang sangat tak boleh, nak lepaskan sangat pun tak boleh. Kena buat style pegang sabun la.. Gently but firmly supaya tidak terlepas dari genggaman.

AuntyN said...

Ma : Just wait and see. Either way, just re-assure abang it's a good feeling. If he gets rejected, it may not necessarily MM doesn't like him. So he must not feel dejected.If she accepts it, they are still to young to be "in-love" you know?

All the best to Abang for tomorrow :-)

demonsinme said...

assalamualaikum mummy...eh! silap, Aunty N.

Nama saya Demonsinme (so takyah la CSIkan saya yek =)). But seriously, its bound to happen one day that your lovely girls would come cross a stud that would sweep thier feet off. Its human nature (even in the bygone eras it happen just that the settings were different). But the question here what sgould a parent do? Stop them? Then the tales of chenta terlarang would once again suface.

This bujang terlajak think la kan, would it not be better if there would be an environment where all of the kids can treat us not just as their parents but also a their best of friends, so that they woild always and always seek the opinion of their parents in this matter just like they would do with best friends.

Its just a thought by a bujang terlajak...

AuntyN said...

demonsinme : Nama pun dah takut ni.
Mesti kena CSI lah hehehe.

Anyway, what u said is true. So far in our home environment, tak de lah nak takut2kan anak2 tu. My anak2 tu so far can talk to me lah. Entah lah kalau pasal bf tu diorang nak sembunyi.

U ni bujang yang dah terlajak sampai mana dah ni? :-)

Anonymous said...

aunty N, second child memang ada sedikit ganas kot..macam kakak saya yg tomboy dan telah brainwash saya supaya jadi tomboy zaman remaja..kira hensem jugaklah saya masa tu..cuma takde misai je..whiskers ada gak sikit..tu yg ada 2-3 budak pompuan ikut saya kat bandar..th hee hee..
la ni saya dah takde whiskers dah.

*senyum malu2*
nef

Anonymous said...

i surely will try to remember this entry 10 years from now.. at least..

tak taulah dugaan zaman akan datang macamana hebat..

AuntyN said...

Nef : LOL, laaa nasib tak pakai misai tiruan tu ekk..

CD : InsyaAllah kalau asuhan elok,dugaan macam mana pun akan jadi elok jugak tu.

Anonymous said...

AuntyN

Best !.

5-6 tawon nii sampai le masa kitaorang...

When it is time to cross the bridge, we'll cross the bridge.

KakNi said...

AuntyN, anak dara saya kecik lagi baru 6 tahun, abang diapun baru 9 tahun. Saya cuma harap depa tak berahsia dengan saya bila depa besag nanti. InsyaAllah saya cuba handle depa dengan baik (open minded). Persoalannya- adakah depa akan berahsia atau habak kat saya dan bagaimana nak buat supaya depa x berahsia dengan saya dan lebih senang bercerita/minta opinion dsb.

Anonymous said...

lor..mesti suara AN merdu semacam.. tu yg bebudaktu jadi kurang sikit on the phone.. Itupun boleh jadi pengajaran untuk dikasi tau kat anak-anak..kena hormat bila berbicara on the phone.

demonsinme said...

terlajak 88 batu setengah hehehehe...

takut arrrrr kena CSI.

AuntyN said...

Tj : All the best to you. :-)

Ni : Kalau kita open dengan depa InsyaAllah depa tak terasa takut nak open dengan kita jugak.

easylady : suara awet muda ni, hehehe. Anak2 memang diajar bersopan masa bercakap di telefon atau di luar.

deme: Hah? 88 batu setengah ? hahaha.

aNIe said...

Hai Kak N, I'm back..tertarik dgn topik kak N ...sebab lady pun ade anak remaja 2 orang...sorang laki, sorang pompuan, yang pompuan tu, cool aje...boipren pun takde...tak pandai plak nak bermekap...jenuh lady bebelkan dia pakai le sikit bedak ke..lipstik sket ke...hampeh...langsung tak pandai nak melawa...

Tapi yang lelaki plak...bergaya tu tak lah...tapi control macho...mat romeo plak tu...penin kepala ibu dia....

AuntyN said...

Lady : It's good to have you back. Remaja macam tu lah. Sekarang lelaki pun dah suka "mekap-mekap" ni :-). Bukan maksud pakai lipstick ke blusher ke cuma penampilan segak tu kekadang mengalahkan pompuan tu.

Angah said...

someone once said to me that anak nombor dua, selalu lain dari yang lain. well, what do i know.. hahaha..

angah (jugak!!)

AuntyN said...

anakmalaya : Oh ye ka? Angah ni?

Anonymous said...

umur anak-anak AN sama dengan umur anak-anak saya yang 1st,3rd,4th & 5th...saya ada lapan orang anak..hehehe....

Kopi Suam said...

ahha la auntyn, agree dengan anak malaya. Anak kedua selalunya memang lain sikit pesennyer (kata org tua-tua la)

anak kita kecik2 lagi..tak tahu le zaman depa nanti mcm mana..tapi zaman mama dia ni dulu memang minah cintan cintun..pakwe pun keliling pinggang

Anonymous said...

yes kak N..

she do have the 'look'.

CSI? aiyooo. Dead people laa.

Kejam!

AuntyN said...

danial : Alhamdulillah, murah rezeki. Ramaikan umat Muhammaa yang soleh.

kopisuam : adoiiii, pakwe keliling pinggang, teruk lah mak dia macam tu... hehehe

Po : Haah lerr, CSI for dead people Hahahahaha.
Just a matter of expression saja tu. Not to worry I am NOT that kejam.

AuntyN said...

zeta : Selamat datang. Anak lelaki sekarang makin conscious dengan penampilan diri tu.

Ely said...

kita da satu anak dara umur 12 taun dah cukup pening. respect betul ely kat auntyN...4 anak dara. they all seem to be so tertib dan sopan...mcm ibu dia :)

AuntyN said...

Ely : your children look fine to me. Anak2 dara kampung je lah ely anak2 I tu :-)

Anonymous said...

AuntyN,
Nak tanya ni...jgn marah naa..
Riso dah kalau bebudak tu wat haru kat luaq...depan makpak..pijak semut tak mati....sbb cek ade tgk gambaq TUPAH tu...semua muka bebudak tu innocent gilerr...Sure parents depa pon x sangka yg depa sanggup buat lagu tuuu...

Cek lom kawen...tp cek riso laa..

KakCek

AuntyN said...

KakCek : InsyaAllah tak. Tapi dok check jugak lah, dok beringat jugaklah supaya tak jadi lagu tu. Terimakasih pasai tolong ingatkan no...

Anonymous said...

Very nice site! ma keno winning numbers repairing waterbeds Information for effexor xr waterbed pedestal Water beds sales in hot springs ar us waterbed company Car alarm tilt switch garden of life supplements nfl license plate frames aryvedic fragrances lotions perfumes bikini pics of stacy keibler water bed sheet Snap fitness water beds chicago forex capital market llc Vehicle injuries How to correct credit report error chrome license plate frames

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP » » »