February 27, 2006

Air Mata Ibu

Air mata Ibu, membasahi pipi penuh kedutan usia
Dari mata yang sayu menahan sebak di dada
Tanpa berhenti ibu bercerita
Punca apakah ibu merasa duka dan hiba

Aku tahu aku bukan puncanya
Lara dihati bukan kerana aku durjana
Bukan juga kerna terkilan layanan tak sempurna
Atau makan dan pakai serba tak kena

Kalau dulu, airmatamu selalu terjurai
Mengenang kasih ayah yang berbelah bagi
Kasih yang engkau beri sepenuh hati
Tapi hanya setengah kau terima kembali

Namun bila ayah sudah tiada
Kau panjatkan doa tanpa alpa
Agar doamu menjadi penyeri bagi yang tiada
Di alam barzah terbujur kaku mengharap pada semua didunia

Airmata ibu berlinang lagi
Mengenang kehidupan yang tak pernah sepi
Dari dugaan dan cubaan Illahi
Walau bukan dari kehendak sendiri

Ibu menangis mengenang luka
Anak menantu punya angkara
Walau berkeluarga sudah lah lama
Masih tidak merasa bahagia

Wahai ibu, ku tahu hati mu mulia
Mahu melihat kami semua gembira
Tapi kalau takdirNya sudah tertera
Bagaimana mampu kita melawan kehendakNya

Mungkin itu yang terbaik buat mereka
Bukan lah salah ibu membela
Bukan juga kita dari golongan yang hina
Bagai mengemis kasih yang sudah tiada

Wahai ibu, luluh hatiku melihat airmatamu
Ku tahu kau inginkan kami berbahagia selalu
Tiada dayamu menahan segala yang sudah tentu
Hanya menunggu belah dari yang retak seribu

Wahai Ibu, walau ku tahu hiba dan sebak dalam dada
Namum ku harap engkau mengerti segala
Sedaya upaya akan ku cuba
Untuk kau tidak merasa hiba

Kadang kala aku terkasar
Kerana aku juga punya perasaan yang membakar
Ingin ku marahi mereka yang celupar
Yang membuat hati mu menjadi gusar

Ibu, aku tahu engkau kini menghitung hari
Menghabis usia sehingga di panggil pergi
Aku tak pasti hingga bila hadirmu di sisi
Ketiadaanmu pasti aku rindui

Wahai ibu ampunkan aku
Jika tiada daya upayaku
Menyekat airmatamu
Mengalir jatuh membasahi pipimu.

Aku doakan kesejahteraanmu
Biar di dunia engkau tenang menharungi sisa usiamu
Beribadah untuk menjadi bekalmu
Bila nanti kau pergi menemui Tuhan mu

21 comments:

MA said...

Hibanya baca luahan ini.

Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak dengan penuh kasih sayang.

Tapi bolehkan anak yang 10 menjaga ibu yang satu ?

My Dad selalu mengingati kami adik beradik :

"Setitis air mata ibu yang tumpah kerana hatinya dilukai akan bergegar tiang Arasy "

I am glad, my Mak was loved by us and especially much more by Dad.

Dan Allah lebih menyayangi dia lebih dari kami semua.

Take care, Kak N. You are doing good with your Mak.

*hugs*

Anonymous said...

seronoknya aubtyN masih ada mak lagi.saya ni sampai sekarang, kadang2 tanpa sengaja pi call rumah nak cakap dgn mak. dulu tiap2 hari terbiasa call mak.
anak2 yg masih mempunyai mak,hargai mrk selagi dia masih ada

Ordinary Superhero said...

"Mungkin itu yang terbaik buat mereka
Bukan lah salah ibu membela
Bukan juga kita dari golongan yang hina
Bagai mengemis kasih yang sudah tiada"

Mmmm, terpaku sebentar. Berdoa lah semoga Tuhan memberi yang terbaik buat AuntyN, Ibu dan Mereka.

Anonymous said...

satu hari saya call emak kat rumah setelah no. di dail 7 - 8 x ringg... baru ada orang angkat ..tapi orang yg menggangkat tel. itu tak bersuara yg kedengaraan hanyalah eemmm...eeeaaaa...oouuuuss....baru saya sedar bahawa emak saya telah menghidap stroke....saya kaku /sedih .....emak tak boleh bersuara seperti selalu ....emak sakit setelah 1 tahun abah pergi....emak...emak.....( sedih ni).......

ibuVouge said...

Aunty N
thanks atas petua tu
sedihnya baca...cuti sekolah ni nak balikkelantan, so it mean next cuti sekolah baru boleh jumpa mak..
nt saya balik ps, ada rezki kite jumpa ye??

Anonymous said...

Tak terkata2 bila baca ini. Terima kasih AuntyN...saya nak pinjam kata2 ni, nak letak dlm journal saya one of these days...boleh dak? Sebagai peringatan....

aNIe said...

Kak N...

Indahnya bahasa menyusun kata,
Membaca madah sebaknya dada,
Ibu yang kini di mamah usia,
Tak pernah jemu memohon doa.

Doa dipohon pada yang Kuasa,
Agar anak & cucu semuanya bahgia,
Biar 'perginya' nanti penuh rela,
Kerana doa termakbul sudah....

Kak N...itulah dia naluri seorang ibu....dia ingin melihat semua anak2nya bahagia...tapi apakan daya kita...bagai kata kak N...semuanya telah ditakdirkan...

Moga jasa & kesabaran kak N menjaga ibu tercinta akan menjadi teladan pada anak2 kak N....dan moga Allah memberi yang tebaik buat kak N...Amin...

Kopi Suam said...

Ibu kau lah ratu hatiku.

Aunty N selagi hayat dikandung badan selagi itulah kita harus berbakti kepada orang tua kita.

Terharu sungguh dengan coretan puisi ini

AuntyN said...

MA : Thanks and take care to you too. hugs back.


onde2 : amin. InsyaAllah...

fidah : Alfatihah untuk arwah ibumu.


OS : Thanks for the doa.


anon : so sorry to hear your story *hugs*


IV : Kalau ada jodoh kita jumpa email me OK.


mar : Goo ahead. be my guest. :-)

lady : Terimakasih atas kata2 dan doa.


kopisuam : betul tu. Alhamdulillah.

Anonymous said...

auntyn,
macamanapun memang tak kan terbalas jasa ibu.
tapi ada berita sedih jugak, dengar kata tgh malam nie minyak naik lagi tiga kupang.

anggerik merah said...

Sedihnya baca ni...

Mutiara said...

Hugs Norm...tak pernah ku lupai pengorbanan ibuku.

Anonymous said...

salammmm,
aduhai puan,

TEMU HULU HILIR MENYUSUL,
ADAT HIDUP TEMUKAN MATI,
JANGAN PUAN BERSEDIH SUGUL,
ADAT WIRA HARUS TAHAN UJI.......

wassalam...

Sya said...

Kak N.. beruntung mendapat peluang melihat kedutan di wajah Ibu

AuntyN said...

eddie : Naik lagi harga minyak kan.. *sigh*

deme : Thanks for the kind words

anggerik : jangan sedih no. *sambil pass tisu*

Kak M : hugs back.

saloh : salam. WIRA pun kadang2 terusik jugak hatinya.

Sya : Betul tu, Kak N masih beruntung.

Anonymous said...

syurga seorang isteri pada suaminya, tapi syurga seorang lelaki di telapak kaki ibunya.

My kids panggil my mom "Mak" jugak tau :) Abah dok komplen pasai cucu dia panggil dia atuk, kiranya dia sorang saja la yang dah tua.

Count Byron said...

AN -
Hiba hati tidak terkira
mendengar ibu hatinya luka
Anak mana yang tak sayang orang tua
AN memang lembut hati, lebih2 penyayang terhadap ibunya

My best wishes to you and family and salam Count kepada Ibu; Ibu buat Count, yang belum Count temui.

Anonymous said...

hibanya dan tersentuh membaca..

except now it's not my ibu who needs the extra special attention. nenda tercinta sedang menghadapi saat2 akhirnya dengan penuh kesukaran..

terusik hati yg sekadar mampu melihat. moga Allah ringankan kesakitannya..

AuntyN said...

CD : I am getting jannah both ways, Alhamdulillah.

nana count : terimakasih. InsyaAllah sampaikan salam.

fatihah : I know about your grandma. Dapat voice mail or offline msg tak?

Anonymous said...

aunty, out of topic ok? kat blog resepi takde pun resepi char kuey teow? ble bagi tak???

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Telephony data fax modem post operation transexual pictures Karup model loans aston martin T-shirt review latina Online nexium buy burns sisters lesbian Inguinal hernia impotence Toyota racing development south africa http://www.celebrex-dangerous.info/Girls-in-waterbed-1st-for-beds.html free outlook express spam blockers Drug nexium Breakers hotel hawaii discount http://www.buy-nexium.info/Nexium-maalox-interaction.html What is presciption topamax used for nexium children harmful effects Peugeot 306 compressor olgas kitchen