February 20, 2006

Menjawab Komen Demonsinme

Aku nak jawab komen demonsinme kat sini. Dia telah memberi aku alasan yang kukuh untuk berblog dalam loghat utara. Last yang aku berceloteh dalam loghat utara tu hampir se tahun dulu. Komen dia buat aku teruja untuk sekali lagi menulis dalam loghat utara. Jadi siapa-siapa yang tak faham, tolong cari translator no. Ramai jugak blogger dari utara dan berasal dari utara, sure depa faham.

Komen demonsinme (deme).

Acik (MUDA) An,

Dah suma pakat pakat dok guna bahsa utagha cek pon joen skali laaa...

Betui tu betui la kami ogahang jantan ni dok ada lagu nun.Tak dinapikan lagi.

Tapi la kan acik (MUDA) an, tak ghasa ka ni cam kes "kuali kata buntot (mintak mahap kalau bunyik kasaq) peghiuk itam"? Sama ja laki ngan oghang pompuan. Betui la oghang laki banyak macam yang acik (MUDA) an sebot. Tapi dalam dok kata kata macam nih, sama gak la oghang jantan sebut pasai oghang pomouan cam tu la jugak.

Yang pentingnya, kita dah tau hat yang kughang kat partnar kita, baik la kita saling tegoq meneogoq dari kita dok berletiaq kat satu sama lain. Takut la pulak nanti hat yang memudha tu tidoq soghang pandang utagha soghang pandang selatan.

Kan ka tak best?

p/s - tapi jangan la pulak kata demonsinme ni maghah. takdak niat ghasa cam tu besaq hama skali pon aih.

Jawapanku.

Deme,

Mola-mola sekali, oghang Penang panggil makcik tu "mami" Uncle tu "mamu" Jadi bukan Acik tapi Mami AN no.

Muda ka dak tu tak tau lah, sebab umoq dah dekat setengah abad, muda lagi lah kut no? :-). Tak payah cek dok nak jek mami lah, mami tau dah pasai apa yang cek nak jek sangat tu :-) Cek kata cek bujang terlajak 88 batu setengah, tapi telajak pi tang mana, utagha? selatan, timoq ka baghat ka? Anak dagha mami dok belajaq lagi, ghendang ikan pun tak gheti lagi, jadi tak payah dok usyar lagi no :-). Nak kena bagi kursus dulu bagi dia pandai, baghu nak lepaih. Sat ni depa kata mami tak pandai bela anak pulak.

Betui la cek kata, oghang laki pun sama dengan oghang pompuan. Bukan lah mami kata kami pompuan ni perfect, bukan nak kata kami tak buat salah. Dak aih, sama sajalah oghang jantan ka, oghang pompuan no. Tapi kan, cek oi, kadang-kadang mami ni dok ghadang jugak la, bila mamu dok suka tangguh gheja. Kalau dia bagi panggei oghang buat tak pa jugak ni, ayaq dok meleleh, tu sayang, membaziaq pulak tu. Sat ni bil mai, dia jugak kena bayaq. Sayang kat mamu ni.

Bukan mami tak sayang mamu. Dak pun yang lain-lain tu tak sayang laki depa. Isyy, sayang sangat. Berkenan dari hujung ghambut sampai hujung kaki tu. Tegoq menegoq tu memang dah jadi adat dah. Mami pun dah tak beletiaq dah la ni. Ikut suka lah bila nak buat sabaq banyak-banyak dah ni hehe.

Pasai tidoq, soghang selatan soghang utagha tu dak lah. Kalu berkelai tu kami tidoq asing-asing saja, :-), :-). Macam kata P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteghi kan. Kalu tak bekalai tu kami siap pegang-pegang tangan lagi tu. Mami dengan mamu ni loving tau dak. Inseperable, you know hehehehe.

Bukan nak mengata kat sapa-sapa, cuma nak bagi tau kat semua-semua yang kadang-kadang kami ghasa tak seghonok bila gheja kami tak boleh habih pasai benda-benda yang tak siap. Tu saja. Haghap-haghap deme dan semua oghang laki-laki paham no.

Jangan maghah no, kalau maghah sat ni kena juai. :-), :-) Image hosting by Photobucket

43 comments:

Eddie said...

Amboih,

Tera sungguh depa tulih utara no! Mami punya BM utara,chek bagi A1. Pasal hat orang jantan depa memang macam tu, kalu terlampau ghajin sangat, nanti tadak apa benda yang bini buleh suroh, nanti boring pulak orang pompuan.

cyberdad said...

syok pulak baca mami N nyer entry nih :)

nasib baik cek penah dok kat penang, buleh laa faham apa yg mami tulih ni..

lepaih baca entry mami ni, cek dok terbayang laa dok kat padang kota, pekena pasemboq, minum ais manis..

next entry like this please.. huhu.. :P

-anak maggi, bukan anak mami-

lifecuppa said...

tu diaaaaa mami ooooi,
dah sembang loghat utagha pulak, kalau mami nak tau, kami suka sangat dengaq oghang dok cakap utagha ni. Kawan2 pun ghamai sunggoh laaa yang dok peghlih, penang, paghit buntaq..uish daghi dulu lagi dok berkenan kat oghang utagha..aleh2 dapat mentua (arwah) anak mami..ha ambik! hehehe..tapi hubby bukan gheti cakap penang, dia cakap teman, kome..tak pun cakap jawaaaa..

teghingat time dok penang duluuuu..first time dok peghlih..masa tu tak gheti satu apa pun cakap utagha, depa kata sekupang kita kata 10 kupang..malu cheq!

Kami suka la icon 'peace' tu...

AuntyN said...

eddie : mami ni orghang Penang la.

CD : haghi-haghi blog tulih lagu ni sat ni sapa nak mai baca. Nasib baik gheti no...

onde2 : terrer jugak cakap utagha no.. baguih-baguih!

bergen said...

Wow!

MA said...

I dont understae sepatah harae....

Hehehe....

AuntyN said...

bergen : faham ke dak ni?

MA : Tak pass lagi no. tak pa nanti kita bukak kelas malam OK?

mak aji said...

Tu dia nooooo...... tergeliat lidah nak baca!

p/s: Salam untuk KakN.

mar said...

AuntyN!!
Cek dah upload dah apa yg cek janji haghi tu...takdak pasword2 dah daihh....pi la jengok noo?
Bahasa utagha auntyn comey ditengok... hehe...lama cek tak cakap utagha

Ewok said...

tu dia aaaaiiih :)
sakan mami jawab nooo.

MA, hahahahahaa

Kak Lady said...

Entahlah...agaknya kak lady ni terpengaruh ngan watak Azean jadi mami dlm citer AnaK Mami tu...bila baca ceghita Kak N ni...dok terbayang pulak muka Azean dengan loghat utara dia tu....geli hatipun ada...

JoKontan said...

AN : Wah ! Ori ! Exquisite !

Macam jugak karya2 Agong lain,. i.e Mat Sprong. Penulisan sebegini adalah amat digalakkan untuk dibaca sekuat mungkin, seorang diri, di cerok jauh dari masyarakat awam.

Hanya dengan cara ini dapat dikecapi kenekmatannya...

Mat Sprong Fan.

demonsinme said...

Mak aihhhhhh....

panjang lebiaq mami jawab komen kontot cheq. ni ha, cheq nak jawab guna loghat peghok pulak.

Acik N,

Bukan ler keme maghah ke ape kebendenye. Keme tao ler "mami" maknenye "makcik" "mamu" tu pokcik.

Bab yang keme panggei makcik "mude" dok ler ade niat lelain. Saje keme tulih macam tu, tande keme ghase pemikiran Acik sentiase "segor" (segor nun dalam kamuih kekme makne nye sesengat ler bernas {nih bukannye keme nak bodek ke, ngate ke ape ke...ikhelas keme puji tande keme hurmat kat pemikeghan Acik N}). Yang keme pegang selame ni ialah "JASAD KITE AKAN GHEPUT, TAPI IDOK LE PULOK AKEI PEMIKEGHAN KITE".

Memang ler keme ni doh terlajok sampei 88 batu setengoh, tapi hale nye idok le pulok ikut mate angen. Terlajok tu hale ke kubo. 88 batu setengoh tu sebab makin banyok umo keme, makin kughang amal keme. Idok le keme nak mikat anak daghe acik, keme ni banyok benor kughangnye nak mikat anak daghe oghang. Keme pon kene kursus banyak lagi.

Keme tahu Acik sayang kat somi Acik, same ler ngan yang lelain nun. Yang keme nak habor nih sebagei ingatan jee. Kite ni, baik laki baik pompuan kengkadang kale tu terlupe. Keme banyok peghati laki bini ceghei beghei sebabkan isu haluih bebenor. Pat lime oghang kawan keme dah jadi cam nun. Tapi idok ler pulok keme kate semue oghang akan jadik lagu nun. Simpang meleikat pat ploh pat.

Memang ler keme tahu, keme paham oghang pompuan ghase tak seghonok bile jadi macam Acik kate. Tapi idok ler pulok keme kate bende tu bulih bawok ceghei beghai. Ape yang keme nak habor kan (bukan kat Acik sebab Acik lebih tahu daghi keme) ape-ape pon, kite kalo ade masaelah (besor ke, kechik ke) bulih le bawok mesyorat laki bini.

Kalo yang laki bini saleng tao ape kebende yang tak memueh kan ati, kan ke lebeh elok. Yang jadi masaelahnye, banyok (keme tulih banyok bukannye sumue) yang tak nok bawak binchang laki bini. Abih peghap je dalam ati, lame lame meletup.

Keme mintak mahap ler kalo keme dah salah cakap. Kadang-kadang (yang betui nye slalu) keme nih terlebeh nor beghetnye.

Mintak Mahaf yeee...

AuntyN said...

mak aji : w alaikumussalam, saja suka2 je ni.

mar : thanks, nanti mami pi tengok no..:-)

ewok : jangan main-main dengan mami Penang no hehehe...
MA belum pass lagi tu :-)

lady : Tang mami jarum tu depa pakai lip lap, lip, lap. Bling2, menyilaukan, Mami ni tak dak semua tu.

Tj : saja seghonok menghidupkan loghat setempat. Mana boleh celen Mat Sprong tu...

deme : oghang Peghok ghupa nye deme ni ye? Mami faham lah apa yang deme nak habaq. Kita sama ingat mengingati satu sama lain. InsyaAllah, tak jadi ceghai beghai pasal paip bocor. Itu jugaklah yang nak mami sampaikan pun, ada yang kami orang pompuan tak suka suami tu buat itu ini tapi bukan pasal kami tak sayang suami kami. Didoakan Deme mendapat jodoh yang sesuai dan berkekalan se hingga akhir hayat.

MA said...

AN tumpang lalu ;

Deme : Hok mung tu laaaagi I dong understang sepatah harang !

:-)

mak aji said...

Battle of the loghats lah pulak! Tak apa, tak apa. Ini satu cabaran minda juga nak boleh faham.

Anonymous said...

HI AN,

Its a good thing that my dad's as u put it orghang Utara and my mum's org pantai timur (east meets west)... so I am multilingual... leh paham semua hehehe i love this entry...

AMZA.

Audra said...

Kak N,

Dah lamo ese tak donga loghat oghang utagho. Tapi ese buleh paham. Ese pun ghamai yo kawan oghang utagho ni. Abang ipa ese pun oghang Kodah yo. Hehehe..

Tapi botul la cakap sapo tu, alah.. ni sapo ni.. si demonsinme (mak aii... bobolit lidah ese nak nyobut namo eh) ngan cakap Kak N ni - oghang laki ngan pompuan samo yo. Maghin ko sekaghang ko maso dopen ko, takdo ubah eh. Samo yo. Pokok eh dighi sendighilah, nak elok ko tak nak elok. Tapi kadang-kadang tu kono yo leter an oghang laki ni, kalau tak, dio tak tau doh, ponting ko tak ponting ko kojo tu. Tapi nak leter pun, sikit sikit dah lah. Kang lobih lobih kang, paneh pulak telingo eh, lain pulak jadi eh kang.

Tapi kan, kalau ese la, ese kalau nak togur tu, tigo kali yo. Lopeh tu kalau tak buek jugak, ese buek sendiri. Kok dio tengok ese terkia-kia buek sensoghang tu kan, kok ado ghaso kesian eh tu, mesti dio tolong punyo. Takdo dibia an doh. Tapi kok dibia an, memang la tak buleh haghap, kono caghik lain la jawab eh... heheheheh (jangan salah paham pulak ese koba an nak caghik lain tu, ese lum nikah laei.. heheh)

;)

MA said...

Wow ! What brilliant exchange of dialects. How true are the comments - men are indeed from Mars and women from Venus. They are wired differently, yet they rotating in the same solar system.

(hah...yang kat atas ni loghat sebahagian kampung di daerah kat negeri Johor)

;-)

stillconfuse said...

apo ko bondo mak eh?

:-)

Audra said...

Ehh.. ese oghang Nogoghi Semilan laa.. ese keturunan Minangkabau, suku Biduando dan Mungkal. Hehehe, ese takdo onyang oghang Johor doh, abang ipa ese yo la oghang Johor. ;)

Tapi yo la, kek Johor pun ado yo, yang motan eh yang kek sempadan tu, ghamai kaum eh. ;)

Mutiara said...

very entertaining!!!

Salam Buat AN said...

adui senyum kambing baca mami punya coretan :).

lifecuppa said...

ha hahaha, audra!
ese baco komen dalam loghat nogori!

Laa said...

koras porot ese dok baco komen dalam loghat nogori! pulak.

d'arkampo said...

kak eng cakkak mende nih? dok pahang sikek habuk hama ambe bace...

cyberdad said...

uk aloh, from penang to east coast nih!

entertaining! :)

anggerik merah said...

AuntyN, memang best baca comment dengan loghat penang + perak. Boleh paham aih..tapi nak tuleh tak gheti. :-))

AuntyN said...

Terimakasih banyak-banyak kat semua pengunjung-pengunjung. Terutama sekali kepada komen-komen yang bernaih2 tu. Seghonok mami baca. Kalau ada sapa2 nak tambah loghat mana lagi, silakan. Mami sibuk minggu ni tak boleh nak update blog.

Sapa yang tak faham tu caghi translator no hehehe.

sya said...

kak N bila sya baca ni sya dok bayangkan mcm si rudaini tu cakap.. he he he nasib baik tak de hilaian ketawa yg cam kuda tu.. ampun kak n

Ogy said...

Kak N,

sweet sahaje semua loghat orang malaysia.

saya naaaaakkkkkkkkk jer cakap melaka. tp karang, takut pulak ada yang kata 'menyumpah' pulak.

kat melaka - part menyumpah, hawau semua tuh tande mesre !

lama saya tak menegur, kan :)

takde resepi baru ?

G of Kem Lambaian Danau

MM said...

AuntyN,
Fuhh lama dah tak dengaq loghat utara nih noo. Seronok dok baca entry kali nih ngan komen2 nyer sekali. Muhibbah betui. Nasib baik laa saya penah dok utara 6 tahun. Paham gak laa mana2 loghat yg ada nih. Loghat nogori tuh pun. Heee best laa ...

Anonymous said...

Salam perkenalan Aunty N,

Teman gelak besar hari ni bila baca komen kengkawan diatas tu bak kata sorang tu berbolit lidah den. Walaupun teman ni orang Utara tapi sayang skali tak pandai langsung berbahasa sana apa lagi menulis.

Baguih juga Aunty N memulakan nya, selain dpt berkongsi pengalaman, idea, nasihat, panduan serta pandangan dapat juga kita mendalami bahasa2 daerah yg sedia ada ni kan. Makasih Aunty N - Cucuninda

unspoken words from mommy said...

uikkkk auntyn...tergeliat lidah nak baca enry ni..i duduk perlis from 88-89 then penang from 89-94..so paham sesgt la apa yg anuntyn tulis ni..tapi 6 yrs dok utagha tu slang johor takmau ilang langsung..try jugak nak ckp stail utagha tu..tp depa kata cam pelat aje..hehe...n'way nice enty auntyn

torts said...

fuiyo! begegarg!

MAMARISYIA said...

Laaaa..ihhhhh...orang utagha jugak ghupanya...tak sangka no..ramai jugak puak-puak kita no...Ni tulong habaq mai sat...nu...betui ka panggei mamu? bukan nana ka?kihkihkih...lepaih gian....

AuntyN said...

MR : nana tu abang.

torts : begegarg apa?

Kak Safiah : thanks, lama tak nampak no, pi mana?

cucuninda : selamat datang, hanya sekedar menghiburkan hati :-)

mm : baguih la kalau faham hehehe

ogy : awat tak tulih loghat Melaka. Resipi? Ada kut dua tiga tu..

sya : tak layak jadi Rita Rudaini, mungkin Azean Irdawati tu :-)

maklang said...

Azean Irdawatilah best.... Lihatlah dunia.....

AuntyN said...

maklang : HAHAHA, maksudnya sudahtua dan rembang macam Azean. Tak de lah berbakat macam dia tu hehehe.

nora said...

ish kak N..tak update blog dah 4 kurun..bukak2 asyik hat tu ja..

AuntyN said...

nora : tu kan ada update kat ataih tu. Mami sibuk lah nora, seminggu tak dak kat rumah tu. Blog is secondary to my work and family harap faham ya....

ety said...

AN, mak ety terlewat dah ni...lama tak berenet...dok erulang ke putrajaya ...jauh, bila sampai umah dah lepak..on ternet..ternet/laptop tengok kita...Apak tkakacau kalau ME dah lepak..penat seminggu hilang sehari bila baca kuat2 loghat utara, peghak dan nogori...nice chat..

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP blackberry way oldies mp3 facial liposuction