April 26, 2006

Kisah dan Tauladan 1

Disclaimer :
Ini attempt aku untuk cuba menulis sebuah kisah kehidupan. Kisah yang mungkin menjadi ikhtibar dan pengajaran kepada kita semua. Jalan cerita ni benar-benar berlaku. Tetapi untuk tujuan menghidupkan cerita, kisah diolah untuk menjadi lebih trajis dan sensasi :-) Nama, tempat, dan angka-angka yang terdapat di dalam cerita ini telah diubah, supaya identiti mereka-mereka terpelihara.


Mungkin akan menjadi beberapa entri (tengok mood author pulak lah OK. Aku pun nak jugak buat entri-entri bersiri macam orang lain tu hehehe). Sabar je lah OK..

Suatu pagi, selepas sarapan, seperti biasa Farid membaca akhbar di ruang tamu. Tiba-tiba, anak perempuan dia telah datang memberi tahu yang adik lelaki dia ada menunggu dia luar. Dia pun mempersilakan adik lelakinya Fazli masuk. Tanpa banyak bicara Fazli mengeluarkan suatu surat untuk Farid menanda-tanganinya. Farid teliti dulu surat itu, dia nampak kakak-kakaknya sudah menandatangani surat akuan serah kuasa (power of attorney) pada Fazli. Cuma tinggal seorang lagi sahaja yang belum menandatangai surat itu,iaitu adik perempuan mereka yang bongsu. Jadi tanpa banyak bicara Farid jugak terus sahaja menyain surat tersebut. Fazli kemudian terus berlalu dari rumah Farid tanpa sempat isteri Farid menyediakan minuman pun.

Agak petang sedikit, semasa Farid sedang menonton TV, mendapat panggilan telefon dari anak saudaranya, seorang peguam bernama Ikhwan. Ikhwan bertanya samada Farid telah pun menyain surat yang di bawa Fazli. Kata Farid, sudah. Ikhwan terus menyuruh Farid menelefon adik perempuan Farid supaya jangan menandatangani surat tersebut. Farid terus bertanya mengapa dan Ikhwan pun menerangkan kepada Farid apa yang akan terjadi jikalau surat itu menjadi sah.

Ikhwan : Pak Cik Fazli akan mendapat sepenuh kuasa untuk menjual tanah pusaka tu.

Farid : Tapi tadi dia kata, surat tu cuma untuk memberi kuasa attorney untuk mencari buyer saja.

Ikhwan : Semalam dia ada datang jumpa mak dan mak ngah di sini. Saya suruh dia faxkan dulu kandangun surat tu supaya saya boleh tengok dulu. Hari ni, mak dah cakap mak sudah sign. Saya pun dah tegur mak kenapa tak refer kat saya dulu. Kalau boleh tolong hentikan sebelum terjadi apa-apa.

Farid : OK OK, Pak Lang akan cuba hentikan.

Farid terus menelefon adik perempuanya. Tetapi, kata adiknya surat tu sudah ditanda-tanganinya tadi pagi lagi. Dia pun tak syak apa-apa sebab dah tengok semua sudah sign katanya,
Lalu dia menelefon Fazli dah beritahu Fazli dengan nada yang agak keras supaya jangan membawa surat itu kepada lawyer yang Fazli telah lantik. Dia cerita apa yang Ikhwan telah beritahu dia. Kata Farid lagi, apa-apa urusan dia mesti bersama dengan Fazli mengenai tanah pusaka itu. Nasib baik Fazli akur dengan kata-kata abangnya itu. Lalu dia pun membawa Farid berjumpa dengan seorang taukeh Cina, Mr Lai. Mr Lai kemudian menerangkan apa tujuan surat kuasa yang diabuat oleh Fazli tu. Maka terbongkarlah segala pekung yang Fazli ingin tutup dengan helah cuma ingin mencari pembeli untuk sebahagian tanah pusaka.

Sebenarnya, Fazli memang telah banyak berhutang. Fazli sudah lebih kurang 5 tahun membuka suatu perniagaan. Mr Lai ni menjadi supplier dan juga rakan kongsi Fazli. Untuk mendapat pinjaman bank, Fazli menyandar geran tanah pusaka ibu mereka kepada bank. Dia mendapat RM500K pinjaman bank untuk mengusahakan perniagaannya. Mr Lai kemudian memberitahu kepada Farid, selain dari itu, Fazli jugak telah berhutang dengan dia Mr Lai sebanyak RM400K untuk barangan dagangan yang dia supply tapi tidak di bayar oleh Fazli selama 2 tahun. Fazli juga telah tejebak dengan pinjaman dengan along yang telah menjadi RM150K dan akan naik menjadi RM300K jika tidak dilangsaikan dalam masa sebulan lagi.

MasyaAllah. Terduduk Farid mendengar cerita Mr Lai. Tak terkata dia, melainkan mengeluh panjang.

Mr Lai, memberi pengakuan akan nak menolong Fazli, tetapi dia sudah tak percayakan kata-kata dan janji-janji manis Fazli lagi. Jadi dia yang buat saranan untuk Fazli mendapatkan kuasa attorney dari adik beradik dia supaya dia dapat mencari pembeli kepada sebahagian dari tanah pusaka tu. Kata Mr Lai, dia akan cuba tolong jualkan tanah itu, sementara tu, dia akan dahulukan duit untuk bayar hutang along dulu. Farid meminta tangguh dari Mr Lai. Katanya dia nak bincang dengan adik beradik dia dulu sebelum apa-apa keputusan nak dibuat. Terasa sayang untuk kehilangan tanah pusaka itu dengan cara begitu. Apa lagi semua harta itu dengan jelas telah di boloti oleh Fazli. Dia dan adik beradik lain akan menjadi mangsa kerakusan Fazli.
Itu bukan lah kali pertama Fazli membuat hal. Beberapa bulan lepas, dia hampir dia putus hubungan adik beradik kerana kebiadapan Fazli. Kalau nak di fikirkan kembali, sudah beberapa kali Fazli berlaku biadap dengan Farid. Fazli langsung tidak mengenang budi abangnya Farid yang telah banyak kali menolong melangsaikann hutang-hutang dia.

Di antara adik beradiknya Farid adalah seorang yang berpendidikan universiti. Dia mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji yang lumayan berbandingdengan adik beradik yang lain. Isteri Farid jugak bekerja dan oleh itu, reseki mereka nampak lebih mewah dari yang lain-lain. Rumah besar, kereta pun seorang satu. Anak-anak baru nak menjejaki kaki ke menara gading. Walau nampak mewah, perit jugak tanggungan Farid dan isterinya tu.

Pada mula perkahwinan Farid, dia tinggal bersama dengan arwah ibunya, di rumah ibunya. Dalam fikiran dia, dia ingin nak menjaga ibunya. Dia anak lelaki sulong. Ayah sudah lama meninggal dunia. Oleh itu dia berasa bertanggung jawab sepenuhnya terhadap ibu dan adik-adik. Bila Fazli nak kawin, dia sanggup mengambil pinjaman bank (personal loan) untuk Fazli. Sebab Fazli berpendapatan kecil jadi susah nak dapatkan kelulusan untuk beribu-ribu ringgit. Fazli janji akan membayar balik setiap bulan ansuran pinjaman. Lepas dua-tiga tahun, terbabas bayaran tu. Maklumlah, ahli keluarga sudah bertambah. Isteri pun tak bekerja, menjadi suri rumah sepenuh masa. Mahu tak mahu Farid terpaksa jugak membayar hutang pinjaman, dengan pertolongan dan timbangrasa isterinya.

Farid sekeluarga masih tinggal dengan ibu bersama dengan Fazli dan keluarganya. Lama-kelamaan, isteri Farid memujuk suaminya berpindah dari rumah itu. Katanya pada Farid,

Isteri Farid : Abang, kita ni, dua suami isteri bekerja. Kita cari rumah lain lah. Biar Fazli dengan keluarga dia tinggal dengan mak.

Farid : Tapi abang kan anak sulong, jadi tanggung jawab abang menjaga mak.

Isteri : Bukan macam tu abang, Fazli pun anak lelaki jugak. Bukan saya tak sayang mak. Kita lebih mampu untuk membeli atau menyewa di luar. Bukan kita nak pergi jauh. Kita balik lah selalu. Atau mak pun kita boleh bawak duduk dengan kita kalau dia mahu.

Farid tak berkata apa-apa.

Isteri : Lagipun anak kita dah 3, anak Fazli dah 2. Ramai sangat dah di rumah ni. Kalau abang fikirkan, kita lebih mampu dari Fazli. Isteri dia tak kerja. Isteri dia pun boleh tolong mak di rumah ni, tak lah susah mak tu.

Isteri Farid terus memujuk


Sebenarnya isteri Farid memang tidak nampak Fazli akan meninggalkan rumah ibunya, lagipun dia merasa rimas melihat semakin hari semakin renggang hubungan suaminya dengan adik lelaki dia tu. Sudah beberapa bulan tak bertegur sapa kerana sesuatu yang terjadi di bulan Ramadhan yang baru berlalu.


Sambung kemudian lah…

17 comments:

Bergen said...

Present.

AuntyN said...

bergen : Thank you sir for coming. Please come again.

Anonymous said...

aunty, berapa siri ni, jangan panjang sangat la... macam 'bisutulibuta' tu sampai 20 episod, jenuh nak tunggu...
biasala dalam famili ni mesti ade sorang dua yang membawa masalah... kenala bebanyak bersabo... cam saya ni... mak selalu pesan, macamana buruk pun perangainya, kamu tu adik beradik, kena saling bantu membantu... saya ni sebagai kakak, manjang kena beralah... tak pela , dah Allah nak uji macam ni, kita redha aje la, sambil2 tu doa la mintak di permudahkan kehidupan dia...

Alinlai said...

auntyn,
tiba-tiba saya rasa macam dalam dewan exam, soalan Undang2 Kontrak plak :)

AuntyN said...

anon : sapalah pulak ni? 20 episod? Tak lah kut, saja acah je tu.

alinlai : hahaha. Jangan risau exam ni tak de yang gagal...

tee said...

aunty,

kite la yg anon tu... jangan marah ye... nanti kena jual.. he he he... :)

AuntyN said...

tee : nasib baik mengaku, hehehe.. Kalau tidak hantar nama masuk lelong.com ekk? :-)

Ordinary Superhero said...

alaaa........novel bersiri pulak dah ni.

AuntyN said...

OS : Don't you know the trick of getting high hits for the blog? :-)
Drama bersiri lah apa lagi hehehe

Anonymous said...

kak N,

pertamanya, dalam karangan tiada ayat 'menyain'.Ayat yang lebih tepat adalah menandatangani.

he he

keduanya, tanah pusaka itu boleh dimasukkan Kaveat bagi menghalang sebarang penjualan.

ketiganya, macam kenal aje watak 'Farid' dan isterinya tu...lebih-lebih lagi isterinya tu.Dia ada blog kan?

AuntyN said...

Po : Entah lah Po, I tak masuk campur, cuma bercerita je. Kaveat ke apa ke, it's not at all my concern.

Kenal ke dengan Farid dan isteri? Kat mana kenal tu? Kat Ganu ke ? :-)

Anonymous said...

mami tak continue lagi kah?

AuntyN said...

esok lah mar. :-)

Mama Rock said...

okay auntyn, you made my day. jsut finished closing and now ngantuk tahap tak tau nak cakap...looking forward to the sambungan :)

aNIe said...

kak N...lady menanti sambungan cerita masyarakat ni....moga segala yang dipaparkan menjadi teladan untuk kita mengharungi hidup ini....betul tak kak N...?

Ely said...

semenjak berpindah ke Emrika nih, jarang sungguh dgr cerita masyarakat nih. seronok jugak baca!

AuntyN said...

mama rock : Thanks for reading.

Lady : Biasalah hidup bermasyarakat, tentu banyak kerenah. Ambik yang baik, yang tak elok buat sempadan.

Ely : Agaknya sana org tak ramai yang kay poh chi kut no? :-)