April 24, 2006

Lumba Haram

Setiap awal pagi Ahad, dalam pukul 1.00 pagi tu, sekumpulan anak-anak muda akan berhimpun di jalan raya depan rumah aku. Ramai jugak dalam 20 - 30 orang, terutama kalau malam cuti umum seperti Malam Tahun Baru atau Malam Kemerdekaan. Malam-malam cuti umum tu akan bertambah ramai, mungkin melebihi 50 orang. Masing-masing dengan motosikal masing-masing. Ada yang sendiri ada yang membonceng. Tapi boleh dikatakan rutin setiap malam minggu tu pasti ada.

Apa yang diorang buat? Apa lagi, tempat tu jadi permulaan untuk lumba haram. Aku pernah mengintai gelagat diorang pada malam Tahun Baru dulu tu. Isyy ramai betul yang berkumpul di situ. Penuh dengan motosikal di kedua-dua bahu jalan tu. Semuanya bagai menunggu sesuatu. Sementara tu mereka akan memanaskan motor masing, bising dan bingit yang amat. Lama aku peratikan gelagat anak-anak muda remaja ni. Rata-rata, mereka ni pastinya kaum kita jugak. Itu yang sedih sangat tu. Membuang masa dengan keseronokan yang amat merbahaya.

Lama jugak mereka tu berkumpul, adalah lebih kurang 10 minit. Akan terdengar bunyi hanya sebuah motor yang memecut meninggalkan kawasan itu. Tunggu lagi. Tak berapa lama, motor yang memecut pergi akan kembali. Agaknya mereka ni menjadi seperti sebagai "perisik", nak tengok jalan "clear" ke tak dan sebagainya. Lepas tu bermulalah semua yang berkumpul tadi bergerak dari tempat perkumpulan itu. Masa tu lah yang bising bunyi motor yang amat menyakitkan hati. Mana tidaknya, pastinya untuk tujuan merempit macam tu, exhause pipe motor sudah di modify untuk mengeluarkan bunyi yang kuat. memang bingit telinga bila dengar bunyi motor tu. Dah tu bukan 1 dua, berpuluh-puluh pulak tu.

Memang mereka mengganggu ketenteraman sekampung. Bising yang dapat menyebabkan anak-anak kecil terkejut dari tidurnya. Yang dapat membuatkan manusia yang sedang nyenyak dibuai mimpi terkejut dek deruan bunyi motor. Tak terfifkir ke pada akal mereka betapa bahayanya tingkah laku mereka? Tak teringat kah mereka betapa sedihnya mak bapak diorang kalau apa-apa terjadi pada diorang tu? Kalau nahas berlaku, maut menimpa, tak kah sayang diorang pada nyawa yang di beri Allah. Macam kata orang "mati katak" saja. Agaknya kerana nyawa tu di beri Allah dengan percuma jadi tak terasa rugi kalau hilang pun agaknya.

Yang paling menyedihkan, ramai yang akan mendoakan kemudharatan kepada diorang ni. Kerana diorang sudah mengganggu ketenteraman jiran-jiran yang sedang berehat dari kepenantan mencari rezeki di siang hari. Hubby pun pernah berkata, "Budak-budak ni, tak reti ke bahaya tu, kut nanti jadi apa-apa padan muka depa". Tak kah itu di namakan doa?. Kalau betul-betul terjadi nahas, tentunya tiada siapa akan merasa kesian pada diorang tu. Yang sedih tu, bila kita berdoa begitu, yang jadi tu pada bangsa kita sendiri. Anak-anak muda yang suka berlumba haram, tanpa mengenal bahaya tu kebanyakan remaja bangsa kita yang belum kenal erti hidup sepenuhnya. Aku kesian dengan mak bapak diorang tu.

Apa agaknya dalam pemikirang diorang sehingga sanggup berseronok dengan cara membahayakan diri sendiri? berbaloi kah "cheap thrill" yang diorang dapat tu berbanding dengan kemusnahan diri sendiri? Apakah agaknya penyebab diorang boleh menjadi pelumba jalanan seperti itu? Apa perassan mak bapak diorang dengan gelagat anak-anak diorang tu? Tahu ke tidak tindak tanduk anak-anak diorang tu? Patut diorang mengikut contoh Shahrolyuzi, dari berlumpa haram, sekarang dah bukak syarikat untuk peminat berlumba motor dia Sepang. Kan macam tu lebih bagus? Ini tak, hanya menjadi jaguh kampung, belum tentu dapat chequered flag pun. Silap hari, dapat kafan putih menutup tubuh. Rugi seorang anak bangsa. Entah lah apa nak jadi...

*****************************************************
Semalam kita kehilangan seorang tokoh. Aku tak kenal Tun Ghafar Baba secara peribadi. Cuma kenal dia sebagai salah seorang pemimpin negara. Susah nak tengok dia senyum, tapi, walau kat mana pun yang kita nampak dia tu. Namun begitu pastinya dia salah seorang dari mereka-mereka yang telah memerdekakan negara kita dari penjajah. Takziah buat keluarga beliau dan Alfatihah untuk roh beliau. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas rohnya.

*****************************************************
Selain dari itu Angah aku pula menyambut hari kelahiran yang ke-17. Sweet Seventeen dia tu dah. Dah makin besar. Tak lama lagi mungkin mengikut jejak langkah Kak Long meningglkan "sarang". Dari hari sabtu lagi dah dia remind aku it would be her birthday on Sunday. I say "so what?" Jokingly of course. She thought that I had forgotten. I said maybe that she has not remembered my birthday, but she said "Of course NOT mama, I do remember" We will see!! :-)

Happy Birthday, Sweet 17 Angah.
Don't be naughty OK.
Love you always.
Doa mama bersama Angah,
May you have a successful in life (dunia dan akhirah).
Keredhaan Allah
Kerestuan mama & baba

26 comments:

anggerik merah said...

AuntyN, dah termiss a few entry earlier. Beautiful song! Tersenyum baca entry pasal dedication lagu ni... :-))

Happy b'day to angah.sweet 17. Dah besaq dah anak2 dara AuntyN..

Nie...dok teringat lagi gambaq kuehteow (sp?)dulu tu..pasai apa tak tau..pagi-pagi buta kat sini ingat makanan kat Msia.

Big teddy bear hug to you..

Anonymous said...

Salam Kak N,

Apa khabar? Lama kita tak sembang eh..

Pasal Mat Rempit tu kan, report je kat polis. At least kalau diorang kena tangkap pun - hidup lagi, apa peluang nak insaf, dari mati katak camtu kan.

And to Angah, have a wonderful sweet 17th birthday... May Allah bless you always. :)

Bergen said...

Those boys won't think twice to commit murder against those who stare at them, or tick them off. They even ram police roadblocks and can become quite aggressive when they are in a group the size you mention.

Alinlai said...

eiii sure sakit mata, telinga dan hati, rasa mcm nak sekeh kepala budak2 tu kan? kenapa budak2 'kita' suka sangat join aktvt mcm tu? Pelik sungguh...

ehhh salam kenal :)selalu baca tapi tak tinggal jejak...

tee said...

aunty,

tu belum kira yg dok menagih dan join black metal group gitu... adusss... sampai bila la bangsa kita nak jadi cam ni... maybe coz they take things for granted?

aNIe said...

Alfatihah buat bekas pemimpin negara Tun Ghaffar Baba...dan

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 17...untuk angah moga membesar menjadi anak kebanggaan mama & baba....

Bab budak2 rempit tu...entahlah ye...beberapa kali dah di dedahkan pasal bahaya dan akibat berlumba haram pun masih tak sedar lagi...

AuntyN said...

Anggerik : Thanks.

Audra : khabar baik. Terimakasih. Pasal nak report polis tu, ada lahjugak polis yg tinggal dalam Taman nearby tu. Diorang pun tahu but entah lah.

Bergen : yes they can be dangerous, so far I just intai from my window. They can't see me hiding behind my curtain. :-)

alinlai : welcome, welcome. Mak bapak diorang yangperlu sekeh diorang dulu tu. :-)

tee : yang tu lagi lah susah. Ni pun kira OK ni, quite selamat. At one time banyak jugak dok dengar barng2 hilang. InsyaAllah masih aman walau sakit telinga dan hati ni.

Lady : Thanks, itu lah, walauu diorang tahu bahaya tapi stil tak serik, still nak kan cheap thrills tu.

Anonymous said...

mami,
Saya penah baca mat2 rempit ni ligan org dlm kereta pastu pukoi sampai parah... sbb org tu kononnya potong jalan depa...
Gerun sungguh la baca
And happy birthday angah :)

MA said...

I told (read : warned) my teenage nephews that I never want to hear them berangan nak race-race motor -"...nanti accident, menyusahkan orang nak ngutip korang yang dah bersepai..."

Me - tak reti bawak motor pun :-)

MA said...

Oh sori - lupa nak wish Angah *sweet 17* a very Happy Birthday !

May Allah bless you !

AuntyN said...

mar : they find "strength" in numbers. Nampak gah sgt and also macam tak de balasan dari Allah.

MA : I pun tak reti bawak motor. Sekarang rasanya gayat dah kalau jadi pembonceng tu.

KakNi said...

morale of the story?

jgnlah doakan depa yg x elok, sebaliknya doakanlah semoga depa tu insaf dan tak buat lagi kerja sia-sia macam tu.

Hepi besday Angah!

Anonymous said...

Happy Birthday Angah! I know u are reading this.

Kak N!...last few days i was driving to work. Suddenly i saw this school kid overtaking a car with a tremendous speed for a kapcai.

To my shock and surprise, he's not wearing a safety helmet and riding his bike about 70 KM per hour...

with his feet on the handle bar! His hand was grabbing the seat on a back-leaning position.

I was having mixed feeling seeing that.Marah, kesian, terrified etc etc.

kids nowadays.

Leyla Shuri said...

saya sudah lama tukar server, bukan server yg lama. Tau tak apa server baru saya?

AuntyN said...

ahni : Itu lah kadang2 masa kita marah tu kita akan ter"doa" yg tak baik. Lupa kita depa tu anak2 kita jugak.

Po : Isyyyy. Budak-budak sekarang macam tak hargai rahmat dan nikmat Allah bagi.

Lela : :-) Sila kan datang selalu. Sekali sekala bagi lah salam ye.

Ely said...

Happy Birthday Angah!

dah besau anak AuntyN yang tengah tuh :)

AuntyN said...

Ely : bukan dia saja yang besau tu, semua2 besar dah huhuhuhu. Mak dia makin tua dah ni...

Sya said...

Hepi Birthday utk Angah juga.. yg sya jumpa hari tu Along kan?

Kak N .. mat rempit ni mentaliti lain sikit, mereka lebih bangga mati sdg merempit.. ntahlah ramainya anak melayu lak tuh

AuntyN said...

Sya : haah Sya jumpa Kak Long yg Sya kata macam muka Kak N ni.

Entah apa nak jadi dgn budak2 remaja sekarang. Kat mana silap pun tak tau? Mungkin senang sangat kut dapat motor, jadi nyawa pun tak dihargai dah tu. Nauzubillah.

Anonymous said...

meninggalkan sarang? alahai...anak saya yang kecik tu, akan siapkan sarang dia bila nak tido..mesti kena letak 3 bijik bantal keliling dia, baru lengkap 'sarang' tu..

Apapun, hepi birthday utk Angah...

AuntyN said...

oren : hahaha,memanglah gelagat budak2. You should see how my angah tido. Bantal merata2, kat kepala, kat tepi, kat bawah kaki semua siap tu hehehe *sure kena marah ni bila dia baca* hehehe

ibuVouge said...

saya kena sindrom malas komen..baca je..
IV pindah 1 June ni..
happy birthday angah..!!

AuntyN said...

IV : I see. Tak pe kalau tak komen, dah malas nak buat camna kan kan :-)

Anonymous said...

aku..
ntah2 apa lah korang nie..bebel dalam web..relax ar, angah tu sapa sedara ko ker?belah mana?berapa umurnyer..if dah tua tu tua gak..

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read »

Anonymous said...

best regards, nice info » »