April 21, 2006

Silaturrahim

Sabtu lepas, Syia beria-ia mengajak aku menghadiri majlis Maulidur Rasul kat sekolah ugama dia. Majlis tu diorang buat sebagai majlis peyampaian sijil ujian fardhu Ain (entah apa diorang panggil sekarang ni sijil tu) jugak. Syia pun baru 2 tahun belajar kat sekolah agama tu. Sebelum tu dia dan Ayin belajar kat sekolah ugama lain. Memandangkan sekolah yang lama tu jauh sikit dan dia sorang je yang dah nak masuk sekolah tu, aku suruh dia masuk sekolah agama yang dekat sikit dengan rumah. Lagipun best friend dia (yang duduk belakang rumah kami tu) pun mengaji kat situ. Syllabus pun aku rasa OK jugak. It keeps her occupied each afternoon while getting extra religious knowledge.

Masa kat program tu, ada sorang ustaz yang bagi ceramah. Biasalah program macam tu, mesti ada ceramah. Bagus jugak, tak boring dengar. Ada lah sikit-sikit ilmu yang dapat tu. Salah satu yang ustaz tu cerita ialah mengenai Silaturrahim. Semasa dia memberi kursus haji di sebuah mesjid, ustaz ada meminta jemaah bakal-bakal haji dan hajjah tu supaya memperbaiki silaturrahim. Kata dia, sesiapa yang tak bertegur sapa, atau dah tak bercakap dengan sesiapa eloklah, pergi minta maaf dan hubungkan balik silaturrahim tu sebelum berangkat.

Pada sessi yang selanjutnya, ada seorang bakal haji datang mengadu pada ustaz yang diaa telah 4 tahun tak bertegur sapa dengan kakak dia sendiri. Punca perkelahian ialah tanah pusaka, yang kakak dia tuduh dia ambil secara tidak adil. Masa tu si kakak pun ada sama dalam kursus haji ustaz berkenaan. Banyak sudah usaha adik untuk nak baik semula dengan kakak di tolak oleh kakak dia tu (keras hati betul). Ustaz nasihat, supaya adik sekali lagi mintak ampun dan cuba berbaik-baik, nanti kalau ke Mekah tak dapat Haji Mabrur, kerana silaturrahim yang terputus antara adik beradik tu. Pasal harta dunia tu, sementara saja, hak Allah jugak, nanti Allah yang tentukan balasan kepada sesiapa yang adil atau tidak. Mengikut nasihat ustaz, si adik melalui orang ketiga berbuat seperti yang di suruh. Namun, balasan dari kakak menghampakan. Si kakak kata, "Biar, tak dapat Haji Mabrur pun tak apa" Nauzubillah. MasyaAllah, punyalah keras hati si kakak ni. Tetapi, agaknya Allah tak suka dengan perangai si kakak tu, Dia tidak mengizinkan si kakak sampai ke rumahNya, menjadii tetamuNya, dan memang termakbullah "permintaan" si kakak untuk TIDAK mendapat haji mabrur. Si kakak meninggal dunia sebelum sempat ke Mekah.

Mungkin bila kita beransur tua kita akan merasa macam nak connect dengan sedara mara, sahabat handai kita. Mak aku pun macam tu. Hari ahad tu dari pagi dia dah cakap nak jenguk seorang jiran. Jiran ni, Mak Ngah (bukan sedara aku, cuma orang kampung selalu di panggil dengan panggilan macam sedara sendiri) dulu tu selalu bersama mak ke mesjid untuk solat jemaah, subuh, maghrib dan isyak. Rumah kami memang tak jauh jadi, selalu diorang (mak dan mak ngah ni jumpa kat depan jalan dan berjalan bersama menuju mesjid yang jugak tidak jauh dari rumah. Hari tu hujan, so aku lepas masak terbungkang kat atas katil. Bila bangun tu dah dekat pukul 6.00 petang. Bila tanya mak insist jugak nak pergi. terpaksa aku bawak jugak. Now, I know where my subborn streak comes from :-). Mak Ngah ni sejak dia jatuh beberapa tahun lepas tak boleh nak berjalan. Dia boleh duduk dan mengesot sana sini. Banding dengan mak aku, mak aku lebih baik dari dia. At least mak boleh berjalan, walaupun dia complain sakit sana sini. For sure sakit sebab dia ada arthritis. Mak masih boleh solat walaupun tak mampu berdiri, dia mampu menguruskan diri dia sendiri tanpa perlu kami tolong mandikan dan sebagai. Mak Ngah tak mampu semua ni. Nasib baik dia tinggal bersama anak lelaki dan menantu dia.Walaupun dia masih ada ingatan, tetapi sudah nak nyanyuk dah. Kesian jugak aku tengok. Nak buat macam mana semua kita akan ke arah itu jugak. Kata menantu dia, anak-anak dia yang lain pun tak datang menjenguk Mak Ngah ni. Kecik hati jugak agaknya dia, sebab bila orang tanya, dia kata anak-anak dia yang lain dah habis meninggal dunia. Kesian kan?

Walaupun dah petang sangat aku bawak lah jugak mak se rumah Mak Ngah ni. Bukan jauh pun, seberang jalan saja tu, tapi kena bawak dengan kereta sebab mak nak jalan jauh tak larat dah. Ada jugak lah dua tiga orang lagi yang mak nak pergi jumpa sekali sekala. Ada jugak yang masih kuat dari pada mak sendiri, tapi jarang diorang ni datang jenguk dia pun. Cuma bila diorang jumpa aku kat mana-mana akan bertanya pasal mak.

Selain dari tu, mak memang keep in contact dengan sedara-sedara dia yang lain melalui telefon. Kira kuat jugaklah mak aku ni bergayut kat telefon setiap hari tu. So aku kena make sure bil telefon aku di bayar setiap bulan, untuk mengelakkan kena leter dengan mak :-). Pernah sekali bila talian telefon aku terputus, mak mengadu dengan cucu dia (anak sedara aku) , suruh belikan handfon untuk dia. Adoii!!! :-), mata dia pun kurang nampak, jadi kami pun heran macam mana dia nak dial nombor yang kecik kat handfon tu. Ada sekali dia cakap melalui handfon Ayin sampai habis kredit cucu dia tu, dengan satu call saja. Itulah mak dengan telefon tu. Tak boleh nak dipisahkan. Aku kat rumah pakai cordless supaya mak tak susah nak bergerak kalau nak call atau dapat call, kami bawak handset kat dia je tu.

Walaupun mungkin ada yang kata blogging ni banyak keburukan, tapi, kalau kita pandang secara positifnya, banyak jugak terjalin silaturrahim antara blogger dan readers. Aku jumpa ramai kawan dari blogging ni. Tak lah nak sangkal ada jugak yang terasa hati dan terputus silaturrahim, tapi rasanya lebih banyak yang terjalin dari yang terputus. InsyaAllah kalau kita selalu tegur menegur ke arah kebaikan, kita tak sesat. InsyaAllah silaturrahim yang terjalin akan kekal.



Have a great weekend everyone and a big hug to all. :-)


Image hosting by Photobucket

21 comments:

Anonymous said...

AuntyN, saya berdoa sgt2 semoga ikatan kami adik beradik masih terjalin walaupun mak abah dah tak ada.Kami semua dok jauh2...sedih rasa bila raya..rumah mak kosong saja..harap adik2 lelaki bila dah kahwin susah sungguh nak beraya di rumah ni dulu..hai mcmanalah nasib saya bila tua nanti...

Bergen said...

Now THAT is a bear hug.

AuntyN said...

fidah : Aunty tolong Amin kan doa tu. InsyaAllah

Bergen : HAHAHAHA.it sure is!!!

MA said...

In blogging - the pen - or rather keyboard - is mightier that the sword.

Sometimes - the truth hurts where malice is not intended.

:-)

AuntieYan said...

Amboi!!!...rasa nak dapat peluk macam tu juhakkk laaa...:-)
Betul N, silaturrahim sangat penting...kalau tiga hari tak bertegur sapa pun dah berdosa, apa lagi kalau dah bertahun, tahun....moga-moga silaturrahim antara kita dan semua rakan blogger terus terikat kemas sampai bila-bila...Amin.

AuntyN said...

MA : Nicely said. The mighty "keyboard" is more "tajam" than the sword :-)

Kak Yan : mai sisni nak bagi bear hug tu hehehe. InsyaAllah silaturrahim berkekalan antara kita ni.

Leyla Shuri said...

salam ziarah, selalu dtg tapi diam-diam aje.

Ely said...

betul tuh aunyN, kat blogging world nih pun kita jumpa ramai kawan kan? we learn about life from each other too. i think i have learned quite a couple of good useful and meaningful pointers from ur life experience.

hugg!

mr engineer said...

betul tu untie N...walaupun kita xkenal each other,tp dlm blog boleh jalin hubungan ngan ramai org kan...so slmat berkenalan,,,,

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Tahniah dan syabas kerana menulis artikel tentang silaturrahhim yang amat padat lagi mengusik kalbu.I just love reading it.Terima kaseh kerana berkongsi pengalaman dan pengetahuan Puan.Laman puan pun best dan the song `Have I told you Lately` by Rod Steward is simply fabulous. Semoga Puan dan keluarga sentiasa diberkati Allah SWT.
daripada,
gily

Count Byron said...

AN...baru tahu yg cek pun ada stubborn streak.. nana pun.. great entry AN

AuntyN said...

Lela : salam to u too (macam kita tak tahu dia datang senyap2 tu :-)

ely : hugs back to you. Take care of uourself and the baby :-)

liebm : Ni orang "sekampung" agaknya ni. Selamat kenal lie.

gily : terimakasih kerana sudi datang my blog. I love the song.

Count :Nana pi mana lama tak nampak ni? Nak wish happy birthday pun takut tak baca. Memang cek ni stubborn nana oii.

aNIe said...

Kak N...kenal kak N kat blog dah hampir 1 tahun...lebih kurang 3 bulan lagi dah setahun...tapi masih belum dpt berjumpa...hoping to see u one day...

Moga silaturahim akan kekal selama-lamanya....

*big hug to u too*

Nong said...

Dear N,

Salam silaturrahim...

Kalau datang KL bagitau ye, boleh kita arrange for a meet up.

AuntyN said...

lady : belum ada jodoh tu. InsyaAllah kalau tak ada aral jumpa lah kita tu.

Nong : Same to you. Sekarang dah susah nak ke KL ni. InsyaAllah kalau ada kesempatan.

Honeytar said...

AuntyN, stubborn streak ni penting untuk survival tau... kalau tak da, mesti org tu jenis lembik je. Heheheheee... actually nak 'justify' the stubborness attitude that we had.

AuntyN said...

honeytar : hehehe, you know something, that statement is what I exactly told my hubby, when he says I am stubborn. I said I need it to survive. Go girl, be stubborn. Hehehe

Count Byron said...

wow.. that makes 3 of us; Cek, HT & Nana Count..
Kalau Cek bleh bagitau Hubby and dia senyum ajer.. it means we are OK lah..
3 cheers for 3 great friends..

AuntyN said...

Nana : Hehehe, stubborn tu stubborn jugak, tapi kena jugak lah tengok tempat bila nak mengalah.

Oh yes, 3 cheerf for 3 great friends

Hip Hip Hurray
Hip Hip Hurray
Hip Hip Hhurray

Honeytar said...

AuntyN: exactly, stubborn bertempat. There's time & place for everything.

Count: hip hip hooray!

AuntyN said...

Honeytar : hehehe :-)