Siap tahlil tu mulalah bab orang nak makan. Kami buat style buffet sebab senang control, 2 meja buffet disediakan, cuma tambah bila kurang lauk pauk dan nasi. Kalau ikut masa jemputan kami tu dari 12.00 tengahari sampai 4.00 petang, tapi sampai 5.00 petang ada lagi yang datang walaupun tak berapa ramai dah. Malam pun ada juga 1 keluarga kawan Shah yang datang. Kira meriah jugak lah. Kaki aku, pinggang aku pun bukan main punya sakit lagi lah, tumit rasa macam nak keluar dari kaki dah kadang-kadang tu.
Pengantin "self service"
Oleh sebab akad nikah dan kenduri kat sebelah pengantin perempuan pun pada hari yang sama, jadi pengantin hanya sampai kat rumah aku dalam pukul 3.00 petang. Ada jugak lah yang tunggu ada jugak yang tak sempat tengok pengantin pun. Oleh kerana aku jadi tuan ruamh aku tak lah pergi ke majlis akad nikah tu, Sham, adik bongsu kami yang jadi ketua bersama Kak Ngah & anak2, Kak M, adik S. Cousin-cousin aku pun ada jugak yang ikut sama. Mak Chaq aku tanya aku, pukul berapa nak pergi, siapa nak pergi, aku hentam jawab "tak tahu" sebab itu bukan kerja aku. Aku ni tuan rumah saja.
Sireh Junjung
Cincin pengikat kasih
Mas kawin & hantaran
Bila dah nampak orang pun dah kurang, kami mula lah salin "uniform". Time melaram dah habis. Sekarang masa untuk mencuci pinggan-mangkuk, periuk belanga. Sampai awal pagi jugaklah baru clear semua agenda mencuci ni. Itu pun ada yang tukar-tukar orang. Abang Long yang last sekali cuci semua periuk-periuk yang paling kotor dan besar-besar tu. Aku cakap aku cuci yang senang-senang saja. Tapi aku antara yang last sekali tidur malam tu. Hubby dah tak tahan sebab dia dah beberapa hari memang dah kurang tidor, selepas maghrib dia dah "pengsan" dah tu. Kami pun tak kacau dia dah.
Periuk-periuk ni sapa nak basuh ?
Mak oi, banyaknya nak basuh!!!!
Dah basuh kena lap pulak no...
Yang aku seronok pasal kenduri ni adalah maufakat kami adik beradik. Walaupun adalah komplen sikit sebanyak antara kami tapi kami semua macam dah tahu apa yang kami kena buat. Abang Long yang mengelola semua kerja-kerja, tapi tanpa di suruh ada yang buat kerja masing-masing. Dari mula kami bincang, kami dah dapat tugas masing-masing, kami sekali sekala check apa yang dah buat dan apa lagi yang perlu nak dibuat.
Kami adik beradik saja yang bergotong royong buat kerja hari tu. Jiran aku ada 2 orang saja yang datang menolong petang Jumaat tu. Sebabnya kat kampung ni kalau nak buat gotong royong berkenduri selalu tuan rumah akan buat satu hari mesyuarat, pada hari tu diberitahu bila nak pasang khemah, bila nak buat persiapan masak dan lain-lain. Sebabkan kenduri ni kecik saja, kami tak lah minta pertolongan jiran-jiran, kami boleh selesai dengan keringat kami adik beradik saja. Alhamdullilah semua berjalan lancar, hari pun tak hujan.
Sessi lepak tengok TV dah habis kerja.
Dah selesai semua, hari Ahad nak kena sedia makanan untuk yang datang bertandang ke rumah aku. Hubby pun akan ke KL untuk berkursus selama seminggu lagi. Jadi anak aku, 2 orang anak teruna Abang Long dan Kak M serta 2 orang anak dia tumpang hubby balik ke KL. Penuh satu MPV hubby. Lepas maghrib diorang bertolak. Jadi hari ahad aku masih sibuk memasak, dan kemudian nak sediakan pakaian hubby ke KL. Lepas diorang bertolak baru aku lega. Aku terlalu letih, batuk lagi jadi susah jadinya nak tidor malam. Pukul 4 pagi aku masih terjaga, lastly aku telan ubat batuk baru aku lelap. 6.30 pagi dah kena bangun sebab nak hantar anak2 ke sekolah.
Lepas ni, rasa aku anak sedara aku (Anak lelaki sulong Abang Long) akan berkahwin pada bulan December 2005. Rasanya kami mungkin akan mengikut rombongan pengantin ke Trengganu. Kalau ada rezeki boleh jumpa Kampo (siap kau po kena belanja nasi dagang tu, hehehe). Lepas tu anak kak M yang sulong (Salwa) pulak akan melangsung perkahwinan (pun dengan orang Trengganu). Orang Trengganu suka orang Penang kut no? hehehe. Aku dengar awal tahun depan. Ini belum tentu aku akan ikut, tengok keadaan lah. Ini lah permulaan pelapis generasi kami untuk mendirikan rumahtangga. Bila dah start tu akan mula berjangkit lah, kata orang...
Aku harap semoga perkahwinan Shah dan Lin akan berpanjangan selepas ini. Nampak isterinya yang ini lebih matang dan elok pekertinya berbanding yang dulu. Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
teringat AN, kalau kenduri kendara tu selalunya bab tenyeh bontot periuk tu mmg kerja saya lah.
ailin : memang simpati pun, sian dia tak pernah rasa naik pelamin no.....
tenah : ya ka? tapi kali ni bontot periuk tak berapa hitam, yg hitam tu kerak yang hangit lepas perangat...
Seronok sungguh nampaknya kenduri tu apa lagi atas gotong royong adik beradik walau letih tentunya rasa berbaloi...gambaq yang dipaparkan pun dah cukup untuk menceritakan kemeriahan kenduri....moga-moga pengantin berbahgia hingga ke akhir hayat, Amin.
Kak Yan : Insyaallah depa bahagia lepas ni, Amin. Walau penat tapi seronok jugak lah tengok kami sekeluarga boleh maufakat adik beradik ni.
KakN : wah seronok yer kenduri kendara...and berkumpul sesama family...semoga pengantin kekal bahagia...:-)
MA : Insyaallah
Tahniah Auntyn sebab menerima ahli baru dalam keluarga. Moga perkhawinan mereka akan kekal hingga ke hujung usia. Amin.
Sonok tengok gambar gambar tu sumer.
wah, lepas ni bolehlah ambil AUntyN as oengurus majlis kenduri kendara in future ya?? Looks like so much fun ramai-ramai sekeluarga macam tu! I miss those kind of things! It's been a while since we had a kenduri in our family like that!
bila tengok periuk bontot itam2 tu, teringat plak zaman2 saya naik pelamin...masa kat umah parents, kami la tukang basuh periuk dan jadi mppp sat..siap cuci longkang bagai...
kat pahang plak(umah MIL), kami jugak la yg jadi tukang basuh periuk..dah adat kut?sapa kawen, dia la yg basuh kan??
anyway, semoga Syah dan Lin berbahagia hingga akhir hayat..
Pee Bee : Terimakasih. Insyaallah berkekalan demi anak2 mereka.
Anedra : Nak urus sapa punya kenduri? Boleh sesangat tu, jadi wedding planner tu hehehe.
This is the life in kampung memang seronok bergotong royong buat kerja2 camni.
Oren : sama macam we all dulu pun, pengantin basuh periuk belanga yang hitam pulak tu sebab dulu2 masak dgn dapur kayu bukan gas macam sekarang ni. Memang dah jadii kemestian agaknya sebagai suai kenal anggota baru keluarga.
nak cerita gak..masa kat umah saya kenduri kami takyah basuh periuk sebab depa bg pengantin rest hehe tapi kat umah FIL kena laa.. sebab memang semua adik2 beradik basuh.org kampung mmg tinggaikan periuk itam2 tuh agaknya mmg saja bagi kami basuh la kot no.. jenuh tenyeh hehehe
ayu : tu kan pengalaman manis tu. Masa tu betapa hitam punggung periuk tu pun tak nampak hitam kan, hehehe.
AuntyN,
Sorri menyampuk sket.. (suka sangat nyampuk..)
"Orang Trengganu suka orang Penang kut no? hehehe"
KakTeh belog coklat tuu owang Kedah ka owang Penang?
syok jer baca pasal kenduri kendara ni...meriah kan..
Tj : Kak Teh asal orang Kedah
anne : kat kampung kenduri mesti meriah sebab buat kat rumah sendiri kan.
AdieJin : dah kenduri ke belum? :-)
AdieJin : sorry to hear that. jangan seriklah sebab kita belajar dari pengalaman tu..
Post a Comment