September 09, 2005

Puasa Ganti

Minggu ni aku puasa ganti. Ni dah masuk Syaaban, tak habis puasa lagi. Bukan banyak pun 5 hari je tu. Selalunya aku buat lebih sikit sebab "temankan" anak2 yang berpuasa ganti juga tu. Kali ni dengan Ayin. Angah puasa cukup sebulan tahun lepas, Kak Long puasa kat kolej tu.

Hari Selasa baru aku start puasa, sebab Isnin penat sangat tak habis lepas kenduri. Sebelum kenduri pun aku dah puasa sehari, dan rasanya masa puasa enam dulu dalam bulan syawal aku dah puasa 2 hari kut. Tak apa sebab mana tahu kut masa puasa Ramadhan tu ada yang just cukup "makan" saja pahala tu
Since hubby pun tak ada kat rumah, aku tak lah nak prepare apa2 sangat untuk berbuka dan bersahur. Aku beli sajalah makanan untuk berbuka dan untuk sahur goreng telur dah cukup dah. Makan pun tak banyak pun. Masa sahur aku bangun pukul 4.30 pagi. Hari selasa aku beli nasi goreng ayam. Tapi tak sedap sebab banyak sangat lada yang di bubuh kat nasi tu. Sakit tekak aku balik dibuatnya sebab panas lada tu. Anak2 pun komplen, kata ayam sedap nasi tak sedap. Petang rabu aku beli char koay teow. Bukan yang kat Seberang Jaya tu tapi dalam perjalanan nak balik rumah aku saja tempat tu. Kalau ke Seberang Jaya tu dah jauh dari tempat aku dah. Walaupun tak sesedap yang Seberang Jaya, tapi still OK jugaklah. Sebungkus RM2.50 dah sangat mengenyangkan. Nasib baik aku tak beli yang besar RM3.50 sebungkus.

Khamis, semalam aku kena pergi Penang Island. Ada hal sikit dengan kolej yang aku mengajar dulu tu. Aku ambik kesempatan jumpa Ayu Narfy, untuk bagi barang yang nak dia bawak balik ke US untuk Tenah. Aku singgah rumah dia, dia tinggal sorang lagi. Aku tak cakap kata aku puasa masa aku call nak habaq aku nak ke rumah dia, jadi masa aku sampai dia dah bancuh teh dah. Sian Ayu. Nasib tak siap buat kueh kalau tidak kena jugaklah aku buka puasa kat rumah dia saja tu. Kami sembang sampai 6.30 ptg.,baru aku kata aku kena balik kalau tidak tak sempat berbuka kat rumah. Punya lah ralit sembang tu. She is young but I like her mentality on things. Ayu, hang in there, I am sure you are going to do fine. Despites our age difference, kami nampak macam boleh sembang, ada saja yang kami nak sembang tu.

Sebelum aku ke Penang aku singgah beli mee udang. Niat hati nak belanja sorang tu yang nak bertukar ke KL. Aku ada ajak dia mai seberang sini untuk belanja dia kat restoran tu, tapi minggu ni dia sibuk sangat. Pack bukan main lagi schedule dia tu. Aku ada cakap nak beli, dah beritahu dia pukul berapa aku akan ke Penang tu, dia kata nak contact aku balik kemudian untuk confirm, tapi tak call. Aku pun beli aje just in case sat ni dia call, tak kan aku nak kata aku tak beli pulak. Tapi sampai aku balik dari rumah Ayu Narfy tak ada pun call. Bukan rezeki dia lah tu, rezeki anak2 aku rupanya mee udang tu. Lain kali mai balik Penang kita pi OK Puteri. (Ayu lagi!!!)

Hari ni maybe last day aku puasa, semalam chat dengan Ayu dia pun kata nak puasa jugak. Kami dah buat date nak buka puasa sama-sama petang nanti. Aku dah promise dia nak ajak makan nasi ketam Kuala Juru sebelum dia balik US tu. Tak habis2 lah si Ayu ni diberi makan, kalau tak aku, kawan2 dia. She really enjoyed the food this evening. I did too because I haven't had it for over a year. Jauh sebenarnya tempat ni dari rumah aku. Kami janji nak jumpa kat Auto-City, she parked her car and we went in one car. Sesat jugak kami tadi tu but we arrived just a little bit after waktu berbuka tu.

Sapa-sapa yang tak ganti puasa lagi, baik start sekarang dah tak berapa hari saja tu. Nanti kalau langkah tahun nak kena bayar fidyah pulak. Lepas tu nak ganti double lagi. Jadi beringat lah OK. Tahun ni kita pasang azam untuk puasa elok2. Aku pun nak try perbanyakkan terawih dan tahajjud masa Ramadhan akan datang. Ni bukan nak tunjuk riak bila aku cerita kat sini, cuma nanti kalau aku tak buat aku akan terasa malu sendiri. Macam nak beri peringatan kat diri aku lah ni.

Hubby pun akan balik esok, jadi aku tak akan senang dah nak beronggeng ke sana sini lepas ni, sampai dia ke outstaion pulak. Rindu tu rindu lah, tapi sekali sekala rasa best jugak tak payah dok melayan sangat suami ni, hehehe, freedom sikitlah nak buat apa pun, nak pi mana pun. Semua decide sendiri saja.

17 comments:

shidah said...

saya pun tak abis 2 hari lagi AN. tunggu balik dari HK nanti lah :) hari tu masa ganti, buka kat ofis ngan air kosong je.... dah pukul 10, perut dah berkeriut baru pergi makan, bz punya hal la.. ishk!

AuntyN said...

Siannya, jagalah makan tu nanti sakit ramai yang susah bukan Shidah sorang.

Ni said...

auntyn, cikni selalu kalau ganti puasa buat sebulan satu hari, kalau kena ganti 6 hari, maknanya 6 bulan baru habis heheheh

syioknyer auntyn- kalau bukak blog shidah asyik cite holidaying, kalau blog auntyn pulak - makan-ing

Anonymous said...

la dah kak N citer pasal nasi ketam plak...alahai lambat lagi le cm nak balik mesia nak menerai mee udang, nasi dalca dll yg kak N dok kerap citer. nanti bagi lokasi kat mana nasi ketam & mee udang...balik nanti nak jalan-jalan cari makan belah utara le, hubby orang sana takde masalah kot kalau kak N bagi lokasi lebih kurang. lokasi nasi dalca kak N dah bagi hari tu.

Anonymous said...

kak N...

nasi ketam?? eh tak leh jadi ni kena pujuk org umah soh bawak... never heard bout that. padahal dekat jer dari umah,,,

posa dah dekat.. nasi ketam kena setel dulu.. err posa ganti pon lom abes

AuntyN said...

cikni : Shidah suka holiday holiday, aunty suka makan-makan, tu lah sebabnya, hehehe

cm : Mee udang - Sungai Dua, Nasi Ketam kat Kuala Juru. Nak apa lagi?

Scov : ajak lah abang pi tu, tak tau tang mana call I OK?

AdieJin : Sabaq la, mana ada seminggu, baru kemarin tanya je tu. Amboi!!

Anonymous said...

TQ, kak N...senarai maybe bertambah kalu kak N citer lagi pasal makanan yg sedap-sedap..dah lama tak balik mesia ni..

Anonymous said...

last year kiter berpantang time puase... huhu... ader lagi 4 hari nak ganti nih..

selamatlah dah autumn, maghrib awal sket.. time summer itu hari, jenuh gak nak perut nak bertahan..

AuntyN said...

cm : duduk di mana? Bila yang nak balik Malaysia tu?

cn : Angah lahir 17 Ramadhan, jadi teruk jugaklah nak khada' puasa tahun tu, tapi habis jugaklah. Ada masa sikit lagi, habis lah tu 4 hari lagi.

atenah said...

alamax, sian kat Ayu, kena bawak benda busuk2 naik flight, aiseh, namanya kan Melayu he he he

gamaknya half of her luggage will be my stuff (katanya org Tumasik pun ada kiriman), sian Ayu. nanti u mai kg i kat sini, i suruh satu *mamak* ni masak for u ok, :)

Nazrah Leopolis said...

takpe kak ten, ayu ada beg besaq.kan ayu kan? ala ayu baik hati kan ayu kan? nasib baik tak jadi kirim kuah mee rebus and laksa tau...

i have never tasted nasi ketam. cer describe sikit aunty N. i love ketam tapi CA kurang sikit dgn seafood. He likes red meat. Kalau ada resipi lagi bagus, i can kenduri with my MIL, my foodie kindred spirit.

Anonymous said...

ingatkan kiter sorang ke blom raya heheheh

Anonymous said...

insyaallah, PB hari ni last ganti posa...esok raya...tapi yg tak best posa nazar ada 4 hari lagi...

OOD said...

asek cerita mee udaaaaaaang je! Nak kena pi mencari jugak lah nampaknya.

Anonymous said...

duk di negara matahari terbit, tahun depan balik...hmmm tak sabar nak makan nasi ketam (camne la rupa parasnya nasi ni), mee udang, laksa dll.

AuntyN said...

tenah : sikit je, kecik je tak busuk kut. Kalau busuk Ayu mintak kak Tenah perfume sebotoi OK?

Nazrah : Mai sini nak bawak pi makan. Tak payh ke Pulau, tempat ni semua kat sebelah Seberang Prai OK.

rotidua : dah raya dah, hehehe

pb : cepat ganti tu tinggal 3 minggu lagi je tu.

OOD : lah dah tak de cerita best macam OOD tu cierita bagi orang air liur pun OK jugak lah kan hehehe

cm : ye ke?

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP doctors medical complaints malpractice from fedupfeds travel package deals Recognize different asian types jogging sunglasses Austauschmotor alfa romeo Nautical wedding invitations sexual promiscuity wellbutrin Cainer yasmin duke Free milf seekers Bdsm peircing