September 16, 2005

Pejam Celik, Pejam Celik Dah 8 Tahun dah...

Hari ini 16 Sep. 2005, dah masuk 8 tahun aku kerja di company ini. Sebelum ini aku kerja kat Penang Island. Masa tu nak pergi kerja stress sangat, sebab kena redah traffic jam, terkejar-kejar nak sampai on time, kalau tidak malu lah terhenjut-henjut masuk bawak laptop nak pergi work-station. Nak hantar anak2 ke sekolah, sekolah tadika, baru drive like crazy ke tempat kerja. Masa tu belum ada coastal road kat pulau tu, jadi jam teruk lah. Lepas tu pergi kerja stress lagi sebab aku dengan boss macam tak ngam saja.

Previous company tu diorang tak advertise untuk ambik new recruit, someone will recommend you to get the interview. Itulah masa aku kat Building & construction tu aku dah stress dah sebab tak lama lagi nak kena buang kerja. Tup tup satu hari ada sorang kawan aku Sue telefon. Sue aku kenal semasa dia kerja dengan consultant company yang set-up Quality System kat first kilang dulu tu. Aku pun masa tu dah lama jugak lost contact dengan dia, ada setahun lebih. Allah makbulkan doa aku untuk dapatkan kerja sebelum kena retrench tu. Jadi bila Sue telefon aku suruh datang interview tu aku pun apa lagi, jump at the chance lah kan. Masa boss aku interview aku tu dia nampak OK saja. Company tu American so kami semua dari MD ke operator semua nya on first name basis. Tak de mister atau madam etc, etc. Aku suka jugak culture macam tu. Masa tu first time aku masuk electronic company, aku tak ada basic electronic langsung. Tapi kalau dah ada basic quality system, senang saja nak belajar. Jadi dalam masa dua tiga minggu tu aku mengadap procedure dan semua SOP lah. Dalam masa yang sama kenalah buat baik dengan engineer2 dan technicians sebab nak belajar semua electronic terms, components, proses dan lain-lain. Syok jugak lah dapat belajar benda baru ni. Tapi, jodoh tak lah lama dengan company tu. Aku tak tahan dengan kerenah boss aku yang suka mencari kesalahan yang remeh-remeh. As a person dia tu mungkin a nice man tapi aku tak dapat nak ikut rentak dia. Dia suka nak sembang lama2, sebab depa bukan ada kerja sangat manager2 tu, aku banyak kerja nak buat, dia sampai spelling salah kat email pun dia berleter berjela2 sampai tak tahan kaki aku dok berdiri depan dia. Nak duduk dia tak suruh pun, nak duduk takut nanti lagi panjang cerita. Nak excuse myself, dia tak habis cakap lagi, so diam je lah, tahan sajalah.

Bila aku nampak ada advertisement dari company sekarang ni aku pun apply. Aku pun pada masa tu tak tau pun company ni kat mana. Jenuh jugak aku mencari masa nak submit application form tu. Aku ingat pada satu malam lepas aku habis class Masters aku kat Penang, aku mai terus cari lokasi kilang ni. Teruk jugak lah aku dok cari malam2 tu, dah lah dah dekat tengah malam. Lepas tu masa balik sesat jalan pulak, termasuk salah jalan jadi jauh sangat perjalanan aku tu. Sampai rumah dah lepas tengah malam, sorang2 pulak tu. Takut memang takut tapi aku berani kan diri jugak. Bila dah lama kat sini baru aku tau jalan yang aku ambik malam tu, kata orang memang "keras" Macam-macam benda yang orang nampak melalui jalan tu, dah lah bengkang bengkok, gelap dan merbahaya. Nasib baik aku selamat.

Masa aku mula apply tu, lepas 2 minggu aku tak dapat apa pun berita, aku pun beranikan diri telefon HR Manager. Dia kata diorang dah ada candidate. So OK lah, tak ada rezeki tu. Tiba-tiba 2-3 minggu lepas tu aku dapat call dari HR Manager tu suruh mai interview. Rupanya calon dulu tu tak turn-up for work langsung. Dah mai interview, dah settle dah bila aku dapat kerja tu aku pun tender resignation kat electronic company. Walaupun ada kecoh sikit tapi akhirnya company lama aku release aku tanpa kena bayar tempoh notis tak cukup masa (Tempoh notis aku masa tu 2 bulan, company mana nak tunggu!)

Company sekarang ni aku suka sebab business proses dia adalah kombinasi projek management (macam masa aku kat B&C) dan manufacturing. Aku boleh apply kedua2 pengalaman aku. Aku masa tu kena set-up Quality Management system, kat factory dan juga office kat KL. Sebelum aku masuk diorang adalah ambik konsultan tapi bila aku masuk konsultan dah tamat tempoh kontrak jadi aku dan PS lah yang set-up sistem kat situ. PS pernah dah kerja dengan aku di kilang yang aku jadi Chemist tu. Lepas aku resign dari kilang tu sebulan, PS pun resign jugak, masuk electronic firm jugak tapi tak sama dengan aku.

Kami lah yang bertungkus lumus plan, schedule training, conduct training jugak, cari certification body, audit, follow-up dan semua lah. Even cuci office kami yang macam sarang tikus tu pun kena buat sendiri. Masa tu QA ada 3 orang saja (Aku, PS dan sorang Engineer QA yang masa tu tengah maternity leave). Fikir balik seronok jugaklah pengalaman masa tu. Kat sini masa mula tu diorang kat sini langsung tak percaya kami boleh turnaround company ni dari yang tak bersistem kepada satu sistem yang lebih efektif. Lepas kami dah dapat pengiktirafan tu (tanpa konsultant luar) baru depa tabik spring kat aku dan PS. Mana tidaknya, 2 orang perempuan kecik "molek" menongkah arus, proving them wrong.

Itulah, diam tak diam dah 8 tahun aku kat sini, rasanya aku akan bersara dari company ni ajalah, umur dah meningkat malas dah nak uproot. Unless ada company nak aku jadi CEO ka President ka, itu bolehlah dirundingkan......hehehehe

Aku ni kadang2 rasa, bila aku tulis pengalaman aku kat blog ni macam aku bangga diri, macam megah sangat lah kejayaan aku tu. Macam aku ni bagus sangat. Bukanlah maksud aku macam tu. Apa pun job title aku sekarang ni, aku masih jugak makan gaji, kuli orang, minah kilang aje ni. Kalau aku berjaya dengan company aku sendiri barulah aku rasa aku orang yang betul-betul berjaya dalam hidup. Aku ni penakut sebenarnya, takut nak ambik risiko untuk membuka syarikat sendiri takut jatuh terlungkup. Jadi manalah hebatnya kan?. Orang biasa saja. Aku harap tak ada orang yang salah anggap aku macam aku nak bangga-banggkan diri aku. Atau tak nak kawan dengan aku kerana "status" aku. Maaflah kalau aku bagi impression yang sebegitu. Sikit pun aku tak bermaksud macam tu. Aku ni hanyalah seorang makcik kampung yang sangat suka berceloteh, itu saja......

20 comments:

Anonymous said...

hmm sonok baca pengalaman auntyN.. saya ni ha masih terkejar2 lagi dan masih tercari2 lagi..insyaallah la lepas ni dah grad master ni tgk apa yg buleh dibuat..hopefully dpt keje tetap yg baik2 and juga dapat stay dgn hubby sekali..aminnnnnn

AuntieYan said...

Ha, panjang lebar AuntyN cerita tentang mercu kejayaannya...ha....yang lain semua (yg. sedang dalam proses menuju puncak)ambillah iktibar...yang Auntie rasa terharu tu, dia ni(makcik kampung nih) masih nak kawan dengan Makcik yang tak dak tittle ni,.....Hidup N!!!
Ada rejeki boleh bukak kilang sendiri...time tu Kak Yan boleh le tolong-tolong..lap cermin ke, lap meja ke....he..he...

AuntyN said...

JB : amboi berpuisi kamu ni, sedap tu..

Jin : Mai ajaq aunty buka business tu, main golf tak nak lah sbb tak larat jalan jauh2.
Malaih pulak hari tu dok kejan sgt suruh bubuh resipi dah tak mau buat pulak, leceh lah u ni Jin..!!!! Tu dah update dah blog resipi tu..

Ayu : amin untuk doamu itu. Insyaallah makbul cepat tu.

Kak Yan nak title apa? Cari menantu cepat2 untuk Anja, dah dapat cucu dapat title nenek lah OK? hehehe.

Jo Kontan said...

AuntyN

"Unless ada company nak aku jadi CEO ka President ka, itu bolehlah dirundingkan......hehehehe",

Ada aunty, ada. Boleh nak jadikan aunty Presiden la..

Presiden JFC.

Joe Fan Club..

AuntyN said...

Tj : Joe fan club? hahaha, Joe lah jadi president dia tu atau orang2 yang kongsi nama dengan dia Tj atau Kongsinama tu. Baru betul tu hehehe. Kang marah si Joe, Tj suruh aunty jadi president tu, manalah layak makcik yg suka membebel ni.....

Arena said...

Takde bangga diri punyalah aunty, baguihla, inspiration untuk kami yang lain2 ni apa.. Kalau orang lain rasa otherwise..peduliklah.

MA said...

Betul tu mana ada rasa bangga diri, Kak N. You are doing OK. Persepsi most org Melayu kita, itulah - tak leh tgk orang berjaya sikit - nak ngutuk ajer keje nya. Bukan nak ambil teladan or belajar dari pengalaman orang.
Asyik ngutuk orang itu ini - diri sendiri tak ke mana.

Apa-apa pun - I am proud of you. Makcik kampung pun berdiri sama tinggi dgn Mat Salleh tu semua.

Hidup Kak N !

AuntyN said...

Arena and MA : Terimakasih banyak2. I do feel better about this.

anggerik merah said...

Auntyn, I was really2 new to the blogspot. Almost everyday baca auntyn and others (MA, KT,EM, MM etc.) blog...banyak pengalaman yang dipelajari especially jauh diperantauan nie. Bila auntyn mentioned perempuan kecik molek and chemist tu rasanya ada persamaan pulak kita nie..I enjoy reading yr story..

Mutiara said...

I am proud of you. I am proud of your achievements. memang saya bangga pun kejayaan AN, kan kita orang 'almost' se kampong.

Anonymous said...

*macam aku ni bagus sangat*

struck a chord with me, AN, sigh....

AuntyN said...

anggerikmerah : welcome, welcome. Datanglah selalu OK.

Jin : amboi, amboi nak promote no? Nak suruh aunty war warkan lagi ke blog u tu? Tu tenah dah buat tu.

Kak M : thanks, I know you all (my friends) do. But sometimes takut jugak orang salah tafsir.

Tenah : Jangan rasa macam tu lah, kita semua sama saja hamba Allah.
Wah wah dok "ushar" Jin no? hehehehe.

Kak Teh said...

ish, bila N kata pejam celik pejam celik...kak teh pun rasa macam tu - pejam celik pejam celik dah 25 tahun di negeri orang tapi masih tak setahap auntyN. syabas.

AuntyN said...

Adiejin : Gatainya dia...ni nah cubit lagi hehehe.. sedaq diri sikit tu bukan muda dah tu...

Kak Teh : Cabaran Kak Teh lain dari saya, I am in confort zone saja all in familair places. I am not tested in ur environment. Entah2 tak tahan Kak Teh.

anggerik merah said...

Auntyn: Sure, I will always visit yr blog and others too...you r welcome to visit mine..tapi agak boringlah skit..saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan

Adiejin: Ha...sakit tak auntyn cubit???hehehe..don't be notie-notielah..

Atenah: Tergelak sorang2 baca yg u kopipes from jin tu...

t o r t s said...

Auntyn, u made me go thru the memory lane masa kerje in Pg dulu.I used to stop makan char keow teow taruk kuah laksa at the stalls infront of Seagate b4 the current food stalls are set up. Yup it sure is tough jadi 'minah kilang' eh? It's pretty sad to leave the industry - but bila masuk corporate world - terkejut besarq becoz u can simply see the difference in working attitude. It's work - work -work in the kilang - especially to prove urself to the non-malays therefore d recognition.Tough - but it does wonders to ur attitude! Wonder if ur Sue of QA is my Sue as well?

Ni said...

auntyn, such an inspiring story. Biag berkobag-kobag sikit...

Anonymous said...

... Aku ni hanyalah seorang makcik kampung yang sangat suka berceloteh, itu saja......hehehe apapun, teman suka baca celoteh mackik kampung nih...

AuntyN said...

Angerik merah : nanti senang I will visit, jangan risau, mesti bagi support punya.

torts : where are you now? Sue is a chinese she is in China right now.

Terimakasih Cikni.

UNCLE : Terimakasih lah sebab suka baca coleteh makcik ni hehehe

AuntyN said...

torts : it's her, who are you? Email me at norm5426@yahoo.com