December 16, 2005

Jaga Tepi Kain

Masa singgah hantar Kak Long di Cyberjaya lepas balik dari Trengganu hari tu, aku ada mintak dari Kak Long se helai skirt panjang. Skirt ni sebenarnya ada dalam list barang-barang yang perlu di bawa semasa mula-mula Kak Long memasukki MMU, masa orientasi tu. Tapi bila aku tanya dia kata sampai hari ni pun dia tak pernah pakai dan kalau aku nak dia kata ambik lah. Aku pun kata suruh dia bagi kat aku. Skirt baru, tak pernah pakai boleh tambah satu lagi item dalam almari aku. Memang aku pun dah fed-up dok asyik pakai baju yang sama je, nak lah jugak pakai something new. Lagipun adik aku S kan dah bagi blouse memang elok di padankan dengan skirt hitam tu.

Hari pertama aku pakai datang ofis, masa duduk kat kerusi, terasa ada benang terlekat kat kaki. Makin aku tarik, makin panjang jadinya. Bila dah habis semua baru aku perasan yang benang tu adalah penjahit kaki skirt tu. Terburai rupanya. Adoi, selekeh jadinya berjalan dengan hem yang terjulur tu. Kat ofis memang aku ada simpan sewing kit yang selalu kita jumpa kat hotel-hotel tu. Benda kegemaran yang akan aku sapu kalau ada dibekalkan di hotel. Jadi apa lagi aku pun silakan kaki naik atas kerusi, sambil dok jahit kaki kain, sambil lah sekali sekala jari mengetuk keyboard. Konon-konon dok buat kerja lah tu. Mata pun liar memandang ke luar ofis takut ada yang datang nak jumpa aku. Kut tak sedar karang ternampak pulak aurat aku yang tak patut nampak tu kat :-), :-). Nasib baik meja aku bukan yang jenis terbuka kat depan, tak lah orang nampak kalau aku duduk bersila kat atas kerusi aku ni. Memang itulah cara aku duduk selalu pun. Bukak kasut angkat kaki bersila atas kerusi. Posisi yang paling comfortable.

On a subtle note, tepi kain atau tepi kaki seluar ni kena jaga selalu. Mana lah tau kut kut terpalit tahi ayam ke, tahi kucing ke. (Eleh, kalau duduk bandar sure tak de itu semua kan? Duduk kampung macam aku ni je yang jadi tu semua, betul tak?). Namun macam tu kadang-kadang kita ni agak keterlaluan menjaga tepi kain. Kalau jaga tepi kain sendiri tak apa lah juga, ni dok sibuk jaga tepi kain orang sampai kadang-kadang sampai tahap mengutuk, mencela, menghina dan mengaibkan orang lain tu. Tiba-tiba pandang kat tepikain kita terbau tahi pulak. Kan ke naya namanya tu.

Katalah, ada seorang yang kita kenal telah membuat suatu kesalahan. Memang lah benda tu salah, orang yang buat tu pun tahu dia buat salah, Malah rasanya dia pun menyesal dengan apa yang dia buat tu. Alih-alih, kita yang kenal atau tak berapa kenal, dia tanpa usul periksa asyik dok kepoh sana, kepoh sini, siasat sana siasat sini bercserita sana sini tentang keburukan dan kesalahan orang itu. Benda yang sulit pun dijaja sana sini. Apa kata kalau benda yang sama jadi pada kita. Mahukah kita, orang dok jaga tepi kain kita dan mula mengutuk kita macam tu?. Sanggup kah kita tengok orang-orang yang kita sayang (mak bapak, adik beradik, anak-anak) di kaitkan sama, di caci di cela?. Mereka ini mungkin just innocent bystanders. Yang lebih menyakitkan lagi adalah bila orang-orang yang dulunya kita anggap sebagai kawan, yang selalu kita tolong tu lah yang dok sakan sangat mengutuk kita. Tak ka sakit hati kita dibuatnya?. Itulah kata orang masa kita senang semua kawankita, masa kita susah masa tu lah kita tahu siapa kawan siapa lawan. Siapa jujur, siapa yang hanya mencari peluang. Kita bukan boleh tahu bila sesuatu musibah akan menimpa kita. InsyaAllah , kita di jauhkan dari segala yang buruk berlaku pada kita.

Menjaga tepi kain orang ni kalau nak diikutkan buka suatu yang negatif. Kalau kita tahu jiran kita kena dera ka tak kan kita masih nak ambil sikap tak mau jaga tepi kain dia kan? Kalau kita tahu kawan-kawan di timpa musibah, kita call atau sms dia tanya dia, dia OK ka, tunjuk kita support dia, nasihat dia, tanya dia apa kita boleh tolong, doakan dia, agar Allah permudahkan segala pekerjaan dia untuk mengeluarkan diri dia dari musibah tu. Kan ke elok tu? Itu baru kita boleh kata jaga tepi kain yang positif.

Adoi, susah betul lah aku ni. Susah nak buang tabiat kuat berleter ni. OK lah aku nak duduk diam diam dah lepas ni......

p/s Untuk seorang adik,

I know you are hurting
I know things seem to be ALL against you
I know your journey to happiness is long and full of thorns
But LIFE GOES ON
There is still light at the end of the tunnel
There are still people who care
There are still people that need you to love them

My prayers are with you.

22 comments:

MA said...

How so true.

Ini penyakit masyarakat Melayu yang susah nak buang.

A wise old man once told me. Being educated doesn't mean you are cultured.

Being educated is not the same as being intelligent. Bukan setakat Intelligent Quotient (IQ), malah Emotional Quotient (EQ) juga penting.

People are quick to judge by the very little they know.

Mentertawakan atau memperlekehkan seseorang dalam musibah - malah ditambah di kutuk dengan kata cacian, orang-orang ini lupa mereka ada Tuhan. Berdegar-degar bercakap tentang hukum Tuhan - tapi lupa kata-kata fitnah yang mereka sendiri lemparkan.

Mengata orang tapi tangan sendiri bau taik.

Tuhan itu Adil. What goes around WILL come around.

Doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Tuhan.

AuntyN said...

MA : Thanks, much more than I can say.

PB said...

Menyesal..
Bertaubat..
Dan berharap tidak lagi melakukan kesilapan dan dosa yang sama.
Berharap tiada lagi insan lain yang membuka cerita lama ....
Berdoa agar tiada yg menikan dari belakang....
Berharap semua kawan kawan dikeliling kita, bukan jenis yang terlalu menjaga tepi kain kita...

PB said...
This comment has been removed by a blog administrator.
bergen said...

Sewing kit. We call it housewife kit. Unfortunately it doesn't come with a housewife.

Kak Teh said...

It may seem like its the darkest moments - but it will pass, insyaaallah and we live and learn. be strong.

AuntyN said...

pb : Harap2 jadi pengjaran.

bergen : Aunt Su will get you one OK hehehe

Kak Teh : InsyaAllah and amiin...

Zareda said...

apa yg auntie N memang biasa jadi dlm masyarakat kita, its hard to avoid. Harap harap bila zar dah tue sok sok, janganlah bawa perangai perangai camtu.. mesti org benci

atenah said...

tumpang lalu...

to *adik* Aunty N

I have always thought that you are strong, different :) but strong

cL said...

ini realiti kehidupan.

langit, bumi, hujan, panas, ada malam ada siang. itu sebab juga ada syurga ada neraka.

sebolehnya kita taknak menyakitkan hati org lain tapi apa daya kita? syaitan bergayutan di kiri kanan depan belakang timur barat selatan utara......kita tersungkur!!

bertaubatlah....sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani

:-)

AuntyN said...

zar : susah nak ubah sikap masyarakat.

tenah : He needs all our prayers to overcome this.

cl : thank you. InsyaAllah kita di hindarkan dari hasutan syaitan.

sya said...

Auntie N.. ni baru lompat dr blog kaklady, although baru pertama kali masuk this blog tapi dah kenal orangnya mcm dah lama sbb kaklady (kakak ori ku itew) rajin bercerita.

Panduan utk tepi kain yg hemnya terbuka.. sya??? mudah ajer.. tampalkan double sided tape... lepas tu lekatkan kat tengah2, zassss.. kena basuh pun gerenti tak terbukak.

Jaga tepi kain orang.. tak terbuat le auntie N.. tepi kain sendiri tak terjaga

And to that adik.. JUST BE STRONG... my prayers for him Auntie N..

AuntyN said...

sya: Laaa, apa benda yang kak lady dok cerita tu :-) Harap2 yang elok juga la.

Tampal dgn double sided tape? Tak de masa tu kena jugaklah menjahit tu.

Terimakasih.

marlinda said...

Hmmm... penyakit ini kadang-kadang mudah berjangkit, kan auntyN? Semoga adik auntyN berjaya mengharungi dugaan ini, amin...

CikNi said...

bolehkah kita mengubah masyarakat?

penyakit ada di mana-mana. Kat kpg, kat bandar, kat tempat org cerdik pandai, kat tempat org gila, dlm kubur je tak ada

RojakBuah said...

kalau pakai sluar, tk perlu jaga ler tepi kain kan Aunty? hehee...

atiza said...

Kalau pakai pampers macam Jimi ngan Fira, kira jaga tepi pampers le yer aunty?

Anonymous said...

dear AN,

Duduk kat sini tak de orang pon nak jaga tepi kain...sendiri bawak haluan masing-masing...sometimes, sedih gakk...tak de sape nak tanya, tegur, etc..You, you, I, I...Kalau mati, sure after few days baru orang discover...sob!sob!

Princess

Anonymous said...

tumpang lalu ye aunty n...
princess, in other words, kira orang dah bau busuk mayat baru la discover the the corpse ekk...

*nefertiti*

AuntyN said...

makharis : kalau individu memperbaiki diri sendiri InsyaAllah.....

JB : jaga tepi seluar lah :-)

Atiz : jaga tepi dan kandungan pampers jugak Ok hehehe

princess : sad lah kalau camtu, tapi ajal maut di tangan Tuhan kan?

nef : ambaoi baru nampak ai....

Best Home Based Business said...

Enchanting blog. Your site was off the chain and I
will return! I peep the web for blogs just like this
one.
I was in love with your starting home based internet business blog site.

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP video editing programs