December 14, 2005

Menjaga Mak & Ayah

Bila baca entry Kak Teh tentang mak dia, tergenang air mata. Aku tahu perasaan Kak Teh, pasti terasa "helpless" kat sana terkenang mak yang tak sihat. Sama-sama kita panjatkan doa untuk kesihatan mak Kak Teh. InsyaAllah mak Kak Teh, sihat semula.

Teringat jugak entry Bergen perihal menjadi caregiver, terasa insaf dan banyak pulak yang terasa yang bukan senang nak menjaga orang tua. Memang betul, kata orang tua-tua, seorang mak boleh menjaga 10 anak, tapi kekadang seorang anak pun tak dapat nak jaga seorang emak.

Mak Kak Teh beruntung sebab dia punyai anak-anak yang perihatin yang teramat sayang pada dia. Rasanya semua anak-anak sayangkan emak/ayah mereka, tetapi cuma kasih sayang tu saja yang bagaimana caranya di tunjukkan kepada emak masing-masing tu yang berbeza. Kalau seorang emak/ayah secara lazimnya sanggup berkorban apa saja untuk anak-anak, namum kadang-kadang ada anak-anak yang tak sanggup meninggalkan tempat kerja yang lumayan untuk duduk dekat atau bersama mak/ayah. Ada juga yang pada mulut katanya sayang tapi, dalam setahun berapa kali menjenguk emak dan ayah. Kalau emak/ayah menalipun bertanyakan bila nak balik tengok mak/ayah, alasannya adalah sibuk. Kalau dulu mak sibuk nak menyusu dan membelai kita baru padan muka kita kan?

Memanglah ada jugak emak/ayah yang juga mementingkan diri sendiri, yang sanggup ikut boyfriend/girfriend lari atau yang tinggalkan anak-anak tepi longkang dan sebagai. tetapi pada lazimnya lah emak/ayah kasihkan anak-anak lebih dari anak-anak kasihkan mereka. Mungkin naluri yang Allah beri macam tu agaknya, kita pun yang ada anak-anak akan tahu yang kita pun selalunya lebihkan anak-anak dari emak/ayah sendiri. Kadang-kadang sebab kita ingat tak apalah ada adik beradik lain yang dok bela diorang. Jadi kita pun lepaskan tangan.

Dari pengalaman aku pun bukan senang nak bela orang tua. Terutama yang banyak cikadak dan kerenah tu. Boleh hilang sabar dibuatnya. Selama yang aku ingat, mak aku dulu kena bela/jaga nenek aku, emak mentuanya. Mak aku semasa dia menikah dengan ayah dia dah yatim piatu. Semasa hayat arwah nenek yang kami panggil "tok" tu memang cerewet. Sebelum dia meninggal pun dia dah nyanyuk, bila kita dah mandikan dia, dia masih dok kata dia belum mandi. Walaupun kami suruh dia pegang rambut yang masih belum kering tu, selepas 5 - 10 minit dia akan panggil kata nak mandi.Berkali2 dia mandi dalam satu hari, kain baju pun jadi banyak nak di basuh. Dah lah dia tak larat nak bangun sendiri, nak kena angkat dan pimpin dia jalan ke bilik air. Kalau tak ikut dia akan meraung sampai kami mandikan dia sekali lagi. Masa tu aku masih dok study kat USM jadi banyak jugaklah masa aku balik dok tolong mak, angkat tok, bagi mandi, cebokkan dia dan suapkan makanan kat dia. Air teh mesti selalu ada kat dalam bekas minum dia dan mesti panas sentiasa, kalau tak ada dia akan campak saja bekas tu. Namun aku tengok mak sabar melayan mentua dia.

Masa mak mentua aku sakit, hubby tak sampai hati tengok mak dia dalam keadaan yang kurang memuaskan di rumah adik dia. Cuma kami sempat jaga arwah MIL selama sebulan sahaja sebelum dia meninggal tu. MIL ni seorang yang terlalu baik. Mulutnya manis sampai ke akhir hayat, tak de nak marah-marah. Aku pun syukur jugak sebab masa arwah duduk rumah aku anak-anak tolong sikit-sikit jaga nani diorang. Masa tu bibik tak ada, Kak Long di tingkatan 2, angah darjah 6. Kak Long sekolah petang dia temankan nani sampai hubby balik, masa lunch untuk bersihkan MIL. Petang angah pulak tolong temankan, adik2 masih kecik tak berapa boleh di harap lagi, balik sekolah diorang (Ayin & Syia) duduk rumah mak dan ayah aku masa tu.

Dari umur Ayin 10 tahun, Ayin tinggal dengan mak dan ayah. Walaupun rumah kami dekat tapi bila mak dah tak berapa larat nak buat kerja rumah, sakit lutut dan sebagainya, aku pujuk Ayin suruh tinggal dengan mak. Malam-malam dia boleh tolong mak ambikkan air, masukkan baju dalam washing mesin dan sebagainya. Weekend, aku ambik dia balik rumah. Bila anak sedara aku mula duduk dengan mak baru aku benarkan Ayin tinggal balik dengan keluarga kami. Ayin pun manja jugak lah dengan mak dan ayah. Ayah selalu belikan apa yang dia mahu tu.

Tahun lepas masa ayah sakit2, sebelum meninggal tu, banyak jugaklah kerenah dia yang kami kena ikut. Ayah ni macam fobia bila nak masuk rumah, dia kata dia tak boleh tidor, perut dia berangin dan macam. Kalau dia nak makan tak mau makan kat rumah, kena kami almost setiap malam bawak dia makan kat luar. Dalam kereta dia tidor, sampai rumah dia mula mengelisah. Merata jugak kami berubat, ubat doktor, ubat kampung semua buat dah. Sampai satu tahap aku cakap dengan sorang doktor tu aku agak "it was all in his mind". Nak tergolek aku dan adik aku gelak bila doktor tu (pompuan pulak tu, cun lagi) cakap kat ayah aku "Pakcik ni ada girlfriend ke? Tidor tak lena, makan tak kenyang?" Doktor tu joke sajalah, dia bagi uabt jugak untuk tenangkan fikiran ayah.

Sekarang mak duduk dengan aku. Kerenah dia pun banyak. Aku selalu jugak cakap dengan adik beradik aku supaya jangan cakap kesusahan atau problem diorang dengan dia. Aku cuba tapis apa2 yang nak beritahu kat dia. Sebabnya nanti benda kecil jadi besar, benda yang mak tak sepatutnya risau, dia akan risau. Yang penting bagi aku dia tak risau apa-apa dan tumpukan pada kesihatan dia ibadah dia. Walau kadang-kadang aku rasa bersalah dan macam anak derhaka, aku harap aku dapat jaga dia dengan baik.

Anak-anak banyak membantu, diorang tahu kalau nak pergi mana pun dengan mak mesti ada sorang yang nak kena pimpin maktok. Jadi diorang taklah mengelak kalau di ajak. Namun kadang2 aku pun terkilan dengan anak2 adik-beradik aku jugak, diorang kalau suruh temankan mak kadang2 boleh cakap tak nak terus. Ada juga yang kadang-kadang mak terkilan sebab ada cucu yang susah nak menjenguk dia. Dulu MIL pun pernah terasa macam tu.

Aku buat semua ni pun bukan apa, aku ingat satu hari aku pun akan tua jugak. Anak-anak aku perempuan semua nya. Kalau aku umur panjang sampai nyanyok (nauzubillah) aku takut jugaklah nanti anak cucu meluat dengan aku. Aku harap aku bila tua nanti tak lah menyusahkan anak cucu.

Sapa-sapa yang ada mak/ayah tu hargailah diorang, sebab bila diorang dah pergi nanti, kita akan terasa kehilangan diorang tu. Masa tu dah terlambat dah.

28 comments:

tgazfa said...

AN, sedih lah...mak sy tinggal sorang sorang kat kampung, dia tak mahu ikut kami anak ke KL .. walaupun dia masih kuat, tapi kuat mana sangat lah oranh tua kan ... bila mendung jek, sy terus risau terfikir mak .. sy nk sgt mak tinggal ngan saya, tapi mak kata, duduk kat bandar pun, last2 sorang2 jugak sbb semua gi kerja .. better dia kt kampung tuh selesa ngan jiran tetangga semua baik2 ..

MA said...

Kak An : Very, very good post.

Tak tahu nak komen apa . Semua dah cover.

Kak Teh said...

thanks for doa..and wise words

OneEE said...

my mom pun cerewet, coincidently I also wrote about a cerewet mom in my post today..tapi cerewet camana pun, kena as anak kenalah byk mengalah dan sabar macam auntie-N cakaplah, kalau dah tak ada esok2 semua dah tak guna..

onde

bergen said...

The most worrying thing is, when we get older our mind has a way of turning against us to make everyone around us hate us because of our behaviour that they have never seen, or ever thought that we are capable of. No one wants to make others' life miserable but at a certain age we don't know what we are doing.

Don't think about it too much, AuntyN. Live one day at a time.

AuntyN said...

azfa, do the best that you can, that's all. Be with her as much as you can.

MA :thanks just the same.

Kak Teh : InsyaAllah, things will be OK.

onee : sat nak gi baca OK.

bergen : It's so true. I hope at least I am not senile. Will do that, live one day at a time :-)

anedra said...

SO true Aunty. Wonder when and if the test comes to me, whether I'd be able to come up to the challenge. I hope God will give me the strength to be there for my parents, just as they've always been there for me.

RojakBuah said...

terasa sayu je..ingat kt parents kt kampung....

anggerik merah said...

AuntyN, betul tu mak boleh jaga 10 anak tapi anak susah nak jaga sorang mak. So far I am happy that I cud bring mak & ayah wherever I am staying for longer period in other country. Satu kepuasan to let them experience. Afer all a lot that they had sacrifice for me when I was small. Alhamdullilah they are still quite manageable with their health. I hope I cud be there whenever they need me. Tak sabar nak balik nih..

easylady said...

bergenang airmata baca entry kali ni.Memang betul kata AN,mencabar jaga orang tuani..kita kena istigfar banyak-2lah,berdoa selalu agar kita tak melukakan hati mereka.Kekadang tu benda kecik pun mereka ambil hati sangat.Teladan yang baik akan diikuti oleh anak-2 AN nanti.Insyaallah nasib AN terbela nanti.Kita jangan merungut banyak-2 sangatlah terutama depan anak-2.Satu hari nanti seperti kata AN kita akan tua juga.

This is to remind myself cause I know you have done a good job.

AuntyN said...

Dena : u are being tested already. Another test will be just so easy for u.

JB : Ingat dari jauh dengan hadiahkan selawat dah sedekah bagi pihak diorang lah.

anggerik : InsyaAllah you will be there for them.

easylady : tak kan habis kerja kita sebagai anak walaupun ibubapa dah meninggal. Sentiasa doakan diorang pulak lepas ni. Untuk kesinambungan

atiza said...

saya sokong aunty..
I always believe that the world is round..if you treat your parents badly..there's a high chance that you would be treated badly by your kids later in life!

Arena said...

Aunty, arena memang syahdu sangat kalau cerita pasal mak dan bapak ni. Alhamdulillah, mak dan bapak arena da dok dekat skarang nih. Selang 2-3 hari boleh jenguk. Sekarang pon diorang cepat sangat terasa hati, kalau tersilap cakap. Sebaik boleh , mungkin tidak up to their expectations, arena akan jaga diorang dan mak mentua arena jugak. Insyallah.

AuntyN said...

Atiz : Allah maha adil kan.

Arena : Alhamdulillah. sejuk perut mak mengandung tu :-)

Zareda said...

Sedih baca entry auntie N. Zar pun dah duduk jauh dengan mak, nak jeguk seminggu sekali pun susah, setakat calling calling jer. Alhamdullillah wpun dah tua, dorang sihat lagi dan boleh kesana kemari

cL said...

end Nov lepas i rushed to Kch sbb anaksedara masuk spital kena lung infection. condition agak kritikal. masa tu giliran my mum stay with me. tanya mak dia ok tak stay rumah tu sorang, jawapnya OK. so lepas keja saya terus ke airport. dlm boarding room, hantar sms to my adik lelaki bagitau dia saya on my way ke Kch. dia terus call, "why u tinggalkan mak sorang2 kat rumah u??? nanti apa2 hal jadi ngan mak kita tak tau. i will take mak to my hse ptg ni jugak!"

saya speechless, suddenly airmata pun jatuh menitik menitik menitik....

oren said...

betui tu aunty..setiap apa yang kita buat kat parents kita, camtulah jugak yang akan kita dapat satu hari nanti..harap2 anak2 aunty akan setia menjaga aunty bila dah tua nanti...

OOD said...

thanks auntyN. For you-know-why and this entry.

AuntyN said...

zar : calling pun boleh jugak. Alhamdulilah diorang sihat.

cL : Thank God for your brother. He is a good son.

oren : on the other hand, mak bapak pun kena jugak didik anak2 untuk menjaga orang tua.

ood : You are welcome, in fact I was also thinking of you when I wrote this.

Led said...

Saya klu boleh aunty, nak balik melaka, keje kat melaka, tiap petang buat teh tarik kegemaran mak saya dgn goreng pisang. Rindu sesangat moment tu.

Time tu mesti saya, ibu, ayah, kakak dan adik akan bersama2 tgk drama melayu kul 6.

Skang masing2 semua dah kawin. so, rasa nya macam lama dah tak together gether ngan diorang. kakak plak jauh di negeri org ngan laki dia.

cL said...

AN : tu la yg saya sedih sgt macam saya ni tak reti jaga orgtua pulak.

CikNi said...

how true......

AuntyN said...

led : we try our best in anyway we can.

cl : dah emergency nak buat macam mana dak? At least you did call yourbrother to inform him and he took that action.

makharis : thanks

PB said...

Kasih ibu bawa ke mati.

AN, sekarang ni both of my parent dok dgn PB.
PB bersyukur sebab selama mereka ada dirumah PB, anak anak PB terjaga.
Tapi tak tahu kenapa PB dan Tok Ma macam tak sebulu jer...
Mesti jer benda benda yang tak kena....
End of the day, sedih sgt2 bila gaduh..(gaduh bukan hari2)
Tak tahu nak buat macam mana??

AuntyN said...

PB : Sometimes kita yg jadi anak ni tak nak dengar keluh kesah diorang. Sometimes, diorang pulak banyak sangat nak attention dari kita. Mungkin itu yg jadi macam tu. Like me sometimes, I choose to keep quiet if I think my mak is over reacting.

Wy Wyoming House Cleaning said...

Hype blog. And I admire your site and plan on
returning to it! When I web surf it always helps me to
find great blogs.
I know that you love my work so, look up my home based business insurance blog.

Anonymous said...

Excellent, love it!
» »

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. mackage coats Restoring a claw bath tub tests and reviews on digital cameras Levitra online online Infiniti g35 detroit Best rated semi-pro digital cameras Cooking videos high schools mustang convertible hydraulics replacement instructions Facts about barcode scanners Email discussion lists Allegra zoloft Strapon lesbian videos back in the day t shirts