January 27, 2006

Raya Cina Dulu, Raya Cina Sekarang

Walaupun raya Cina tu adalah sambutan Tahun Baru Cina, tapi kita kan selalu guna Raya Cina saja kan. Rasanya tak salah kalau pakai term tu kan?

Dulu-dulu masa aku kecik-kecik, aku ingat lagi, kalau nak raya Cina, mulalah susah nak makan ikan. Mana tak nya yang jual ikan dan sayur tu kebanyakkan adalah orang Cina. Masa tu tak ada lagi Pasar Malam atau Pasar Tani. Jadi kalau pergi pasar pun orang Cina yang berniaga ikan. Diorang cuti pulak kurang-kurang 4 hari. Jadinya orang Melayu kalau tak makan daging, ayam atau ulam-ulam kampung sajalah ganti ikan-ikan.

Mak masa dulu tak pergi pasar, kat kampung ada sorang peniaga Cina nama dia Boh Hooi kalau tak salah aku. Tiap-tiap pagi dia datang dengan basikal, ada tong besi/aluminum/zinc (metal apa entah lah) kat belakang basikal dia. Dia letakkan barang jualan dia dalam tong tu. Tiap-tiap pagi dia datang untuk jual ikan dan sayur kat kampung kami ni. Dia akan singgah boleh dikatakan di setiap rumah. Masa tu kebanyakkan suri2 rumah keluar beli ikan ketang kedada (kata orang utara) je lah. Dalam perkataan yang lebih canggih, berkemban lah tu. Masa tu tak ramai yang tutup aurat macam sekarang ni. (Sekarang pun ramai jugak kan anak-anak dara yang pakai baju ketat nampak perut gitu kan. Atau pakai seluar yang nak terlondeh tu.

Kalau nak raya Cina Boh Hooi tak datang, payah sekali kami semua nak makan masa tu. Ye lah, bukan nya kaya sangat. Adik beradik ramai, gaji ayah kecik masa tu. Ayam atau daging tu adalah luxury items. Orang kampung makan daging atau ayam masa Hari Raya atau kenduri kendara je lah. Kalau ada yang bela ayam tu senang lah sikit sebab boleh lah sembelih ayam sendiri tu.

Sekarang, dah tak susah dah. Pasar Malam, Pasar tani berlambak dah. Peniaga-peniaga pun dah berbilang kaum dah. Orang Melayu dah ada yang jual ikan, sayur dan semua bahan-bahan makanan dah sekarang ni. Jadi tak payah nak stock ikan, udang, sayur-sayur dalam fridge lama-lama dah.

Bukan itu saja, supermarket2 dan kedai2 orang Cina pun tak tutup macam dulu dah sekarang ni. Diorang tutup masa petang sehari sebelum raya sajalah. On the eve of the new year. Sebab diorang na makan besar tu kan. Lepas tu esoknya tengok dah bukak dah kedai. Aku pernah jugak tanya taukey satu Mini Market ( la dah jadi supermarket dah ni) kenapa tak tutup untuk raya. Dia kata, sekarang kalau tutup rugi, bisnez susah, competitive sangat. Lagipun customers ramai masa cuti tu. Kata dia jugak kalau diorang tutup kena bukak balik lepas raya ke-4. Pantang lah tu bagi diorang. Jadi bayangkan berapa diorang tak dapat bisnes kalau diorang tutup.

Supermarket2 tak tutup langsung sebab pekerja pun dah berbilang bangsa. Kalau kita tengok orang Cina pun ramai kat supermarket2 pada hari raya Cina tu. Agaknya diorang ni tak de tempat lain nak pergi kut sekarang ni. Jadi beraya kat supermarket je lah menghabiskan masa dan duit.

Macam mana nostalgia pun kehidupan secara kampung dulu-dulu tu tapi aku suka macam sekarang sebab senang dah. Tak payah nak mengeluh sebab raya Cina dah hampir tiba. Boh Hooi in pun aku tak tahu apa dah jadi dengan dia. Masih hidup atau mati pun aku tak tau. Sebab dia tu bukan duduk se kampung dengan kami. Aku pun tak pernah tanya dia tinggal kat mana.

Lagi satu masa dulu tu bising dengan mercun. Sejak di haramkan ni aman sikit lah. Aku ingat malam raya sampai raya ke-8 ( Raya orang hokkien), anak-anak aku asyik terkejut dek bunyi mercun tu. Masa tu kami duduk kat rumah MIL yang memang dalam kawasan orang Cina. Lepas pindah ke kampung aku ni dah tak dengar dah mercun. Lepas tu di haramkan pulak. Jadi dah tak bising dah lah malam2 raya tu. Tapi susah jugak nak kata apa kan sebab kita duduk berjiran kena jugak hormat kebudayaan dan kepercayaan diorang tu.

Sapa2 yang cuti panjang dan nak balik kampung tu, berhati-hati lah di jalan raya OK. Ingatkan orang yang tersayang yang kita nak lawati tu.

January 26, 2006

Sental B*nt*t.........Kuali Lerrr

Amboi, amboi, amboi!!!. Seronok bukan main semua yang baca cerita Bila Larut Malam tu ye? :-). :-) Harap-harap yang baca tu semuanya yang atas 18 tahun. Jangan marah aku lah kalau korang yang berfikiran kelabu ke biru ke, hijau ke, atau apa-apa kaler lah OK. Semua tu cuma hiburan je lah. Please take it like that. It may have happened at the same time it may have not happened. As for a sequel....................that is another story altogether. *wink, wink*

Last weekend, memanglah seperti biasa weekend yang sibuk. Dah tu aku kan tension. Jadi aku ambik keputusan nak buat kerja yang fizikal sikit. Biar banyak keluar peluh. Aku tensyen pun bukan pasal hal rumahtangga. Ada lah sedikit hal kat ofis tu yangbuat aku tension tu. Tak payahlah aku cerita kat sini sebab apa. Tak dapat sapa-sapa nak menolong pun.

Mak tak ada kat rumah. Dia ke rumah adik aku yang bongsu. Kata dia nak duduk sana lama sikit. Dia suruh adik aku ambik dia, jadi hari ahad diorang datang ambik dia di rumah kami. Jadi lepas aku masak untuk lunch, aku pun keluar rumah untuk menyapu sampah sarap kat belakang umah tu. Dah seminggu lebih dah tak bersapu. Banyak sangat dah daun-daun kering yang jatuh ke tanah. Habis aku korek celah-celah reban, celah-celah pokok dan akar pokok untuk daun-daun kering tu. Aku kumpul dan bakar. Seronok tengok belakang rumah bersih. Hubby bersihkan kawasan depan dan tepi rumah. Kawasan rumah kami banyak pokok jadi bila cuaca kering banyak daun kering yang luruh. Dulu bibik yang selalu sapu. Sekarang kami lah yang kena sapu sendiri. Anak-anak masa cuti sekolah ada jugak tolong sapu, tapi sekarang dah bersekolah jadi diorang sibuk dengan kelas, aktiviti-aktiviti koko dan tuisyen. Tengok diorang sibuk tu pun tak sampai hati aku nak suruh diorang sapu laman dah tu. Yang diorang buat setiap balik sekolah tu ialah, masukkan baju dalam mesin, bila dah habis tu jemur, kemudian angkat dan tolong lipat. Aku pun dah syukur dah diorang tolong ni pun.

Since kak long pun ada kat rumah, masak nasi hari2 dah jadi kerja dia. Nanti dia balik asrama, aku kena masak lah sebelum aku ke ofis. No problem lah tu. Dah habis sapu, berpeluh pun dah merecik2 aku masuk mandi dan solat. Lepas tu YMlah kejap konon nak rehatkan badan kan. Sampai asar jugak lah tu. Lepas asar baru masuk balik ke dapur. Dah nak kena tengok periuk belanga pulak dah. Dah lama dah aku tak sental b*nt*t belanga/kuali kecik aku tu. Dah tebal dah arang tu. Sampai kena kikis lah jugak tu. Tapi tak lah sampai putih, sebab dah tebal sangat tu. Penunu dapur pun aku sental jugak. Sebabkan dapur ni agak baru, jadi tak lah berapa teruk nak sental. Elok balik lah penunu tu. Tak lah berwarna coklat dah. Dah nampak warna asal chrome tu. Lenguh jugaklah tangan nak menyental tu. Seronok aku menyental agaknya sebab aku bayangkan yang aku sental tu muka orang yang bagi aku tension, keadaan yang buat aku tension. Lega kepala hotak aku jadinya...

Isnin aku cuti jugak. Setengah hari sebelah pagi di khaskan untuk berjemaah kat YM tu. Ada jugak sekali sekala aku keluar ampaikan kain baju, masukkan baju dalam mesin tu. Tapi sampai tengah hari aku baru nak mula acara mop lantai. Tak masak aku tengahari tu sebab banyak lagi lauk pauk dan juga semua dah fed-up makan nasi je sepanjang minggu. Aku cadang nak goreng kaoy tiew je pada petang tu. Lama jugak aku mop lantai hampir setengah hari jugaklah nak habiskan satu rumah aku tu. Bukan pasal rumah besar tapi aku ni jenis yang tak puas just mop sekali dengan air sabun je. Kena bila 2 kali lagi, sebab kita nak guna ruang untuk solat kan kena bersih lah. Tapi best sebab berpeluh satu badan masa mop tu. Cuma letih jelah.

Lepas mandi, aku goreng koaytiew, hubby kata dia balik lambat. Tu yang tadi boleh bercanda sampai tak masak tu. Sebab selalu kalau dia balik lambat dia dah makan dah. Hehehe. Hari Isnin pun ada pasar malam kat tempat aku, tak lah jauh tapi kena lah bekereta jugak tu. Pergi pasar malam sebab nak beli supply untuk minggu ini lah. Supply barang dapur tu. Aku beli ayam, udang dan telur ikan. Telur yang macam guli, itu kegemaran hubby tu. Dah jumpa kena jugaklah aku masakkan kari telur untuk dia. Kari ni macam kari ikan jugak cuma aku tambah daun kesum dan bunga kantan. Sedap tau.

Malam dah makan macam biasalah gosok baju sikit sebanyak. Berpeluh jugaklah. Namun aku akn make sure dalam 10 lebih tu aku siap kerja aku. Masa tu masa mengadap PC berjemaah dengan kawan-kawan. I need that time to keep my sanity. Masa tu masa aku nak merapu atau bertukar2 pendapat dengan kawan2. Anak2 kalau ada masalah datang cari aku. So far OK lah diorang tu, tak lah susah sangat nak bela pun hehehe. Alhamdulillah. Hubby pun tahu agaknya aku perlu masa untuk berihat dan bersembang dengan kawan2. Dia tu selalu tidur awal, tapi semenjak bibik tak ada ni aku tengok dia tak pulak nak tegur aku wasting time berchatting atau surf internet. Dia faham lah agaknya tu. Aku pun kena bagi hak dia jugak, bila time dia nak sembang apa-apa atau nak ajak tengok movie ka atau dating bersama tu kenalah ikut. Dah susah nak dating pun sekarang ni. Hari tu kami plan dah elok2 nak pergi tengok King Kong semua keluarga pun sampai hari ni tak jadi lagi. Movie pun dah habis tayang kat panggung tu kan hehe.

Naik boring dah agaknya asyik dok dengar cerita aktiviti aku saja ni. Mungkin minggu depan aku tulis topik yang berat sikit. Ni hari-hari dok dapat buah limau lokam ni sempena Tahun Baru Cina ni, sampai hubby pun dah demam dah. Apa lagi makin kalut lah aku kalau dia demam tu.

Aku dah tak ramai kawan-kawan berbangsa Cina di tempat kerja sekarang, tapi masih jugak ada kawan2 berbangsa Cina dari supplier, dan kawan2 ex-companies. Pada semua Selamat Tahun Baru Cina. Untuk yang lain-lain selamat bercuti.

January 24, 2006

Bila Larut Malam

Amaran : Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan membaca entry ini!!!! Yang lain-lain tu baca at your own risk. :-)

Disclaimer : Cerita ini cuma rekaan, untuk hiburan semata-mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.










Jam telah menunjukkan waktu 12.00 tengah malam. Aku pasang lampu tidur dan padamkan lampu kalimantang di dalam bilik tidur. PC ku sudah ku tutup setengah jam sebelum itu. Setelah aku solat dan berdoa sedikit sebanyak untuk aku, suami, ibu, anak-anak dan arwah-arwah, aku pun bersedia untuk tidur.

Aku rebahkan diriku di sebelah dia. Aku mengiring mengadap dia yang sudah lama dibuai mimpi. Aku usap pipinya perlahan, terasa bulu roma yang baru nak keluar menusuk kulit telapak tangan ku. Dalam samar-samar itu aku nampak dia membuka matanya memandang aku. Aku tidak dapat membaca erti pandangan itu kerana cahaya yang suram dan mungkin dia masih dibuai mimpi. Mamai lagi agaknya.

Dia mengalih posisi tidurnya. Jika tadi mengiring mengadap aku, sekarang sudah membahui aku. Lalu aku letakkan tangan kanan aku ke atas dadanya yang memang tidak berbaju itu. Dingin terasa tubuhnya dihembus bayu dari kipas di siling bilik. Agaknya dia panas tadi sebab itu tidur pun tidak berbaju. Sudah beberapa hari hujan tidak turun, cuaca memang agak panas walaupun sudah tengah malam.

Aku dapat rasakan denyutan jantungnya di bawah telapak tangan aku. Dia pegang tangan aku dan meramas lembut. Aku merasa bahagia sekali. Rasa di sayangi olehnya. Ku pejamkan mata tanpa memikirkan apa-apa. Lama jugak kami begitu. Pada aku apa nak jadi jadilah, aku pasrah........

Tiba-tiba..................................







Terdengar bunyi dengkuran menusuk telingaku dari sebelah ku.

Laaaaaaa, dah lena rupanya orang tua ni!!!!. Lalu aku tarik tangan aku perlahan-lahan. Ku tarik selimut menutupi badanku dan tidur tanpa dibuai mimpi indah...................:-), :-)

Cis, tak menjadi rupanya kopi tongkat ali ginseng 5 dalam satu yang ku bancuh untuk dia tadi.

January 22, 2006

Terharunya Aku

Aku ngelat ni, aku jawab komen-komen kat entry bawah tu kat sini, jadi satu entry kan, hehe. Tak kisah lah kan asalkan update ye tak?

Walau otak aku masih BERCELARU lagi, tapi bila aku tengok kata-kata semangat yang semua yang menurunkan komen-komen tu, aku terharu sangat. Tergenang air mata aku pun ada jugak baca komen tu. Senyum pun ada jugak. Niat aku memang nak rihat sekejap tak nak tulis update tapi rasanya sebagai tanda penghargaan aku nak jawab komen-komen tu kat sini. Biar semua orang tahu apa yang aku rasa masa baca komen tu. Kalau ada lagi selepas ini aku akan update sampai aku tulis entry baru. Jangan risau, I will be back, soon I hope....

eddie said...
Itulah asam garam kehidupan, terdapat hikmah dalam setiap perjalanan. Senantiasa membaca coretan Auntie, kerana saya banyakbelajar drpnya. Terima kasih.

eddie : terimakasih sebab selalu baca. Betul lah itu asam garam kehidupan. Sabar je lah kan.btw, first time ke komen atau dulu pakai nick lain?

Kak Teh said...
pi rest otak dulu. Kak teh pun tengah malas.

Kak Teh, macam mana nak rehat otak? Tiap2 malam makmum tunggu imam masuk YM :-), :-)

atenah said...
AN i can totally understand what you feel, sigh. Setiap hari saya cuba melawan cuba jadi positive, supaya cepat dapat balik kg!!
January 18, 2006 8:09 PM


Thanks, I think you do too. Pi study cepat!!, Boleh cepat balik kg tu. :-)

atenah said...
Hi Eddie!!All the best to you.


Ordinary Superhero said...
Sebenarnya malas tu penyakit berjangkit sebab tu lebih senang jengok blog orang and then leave comments rather than update blog sendiri - ini kes kena batang hidung sendiri. :)

OS, ada "anti-biotik" tak untuk lawan penyakit ni ? So that tak berjangkit dan merebak ni :-)

Kak Lady said...
Kak N...dah berjangkit dengan MA ke...'Penyembelitan Kreatif' ni...Takpelah Kak N...take a break and come again with new & fresh updates...heheh...Lady tak pernah bosan baca blog kak N...kak N ni pemes jugak aper..maner ade perasan...

AuntyN kata.....
Lady : Betul lah tu, mana tak jangkit setiap malam dok mengadap MA je tu hehehe. MA jangan marah no?...

Anonymous said...
Dearest AN,Chin up!Princess

Princess, satgi ada pulak, kata hidung tinggi, sombong :-)

Tj said...
AuntyN:Kita pulak yang ada idea nak ngomel sikit sikit kat sini.When I am down, these are the thing I do to wake me up before we go go..
No order.
1.) Minum air putih ?
2.) Singing aloud in my car..
3.) Extra Long sujud. I think the blood flow helps.
4.) Swimming ngan Kids.
5.) Talk to people. Be it my customer, co worker, close frens, kids, and (ofcourse)Maam.
6.) Berahim my car. Vacuuming etc. I hope u know what I mean.
7.) Kayuh Basikal around Taman.
8.) Tidor
9.) Teh tarik with frens.
10.) Laugh it out LOUD !! Ha ha ha HAAA.

All the best..

Tj..terimakasih untuk semua cadangan2 tu. Banyak dah yang praktis tu. Tapi swimming tak reti takut pulak lemas :-)

Nak naik basikal keliling taman, dah tua2 ni naik gayat pulak tu. I don't like vehicle on 2 wheels.

Talk to someone, setiap malam berchatting ni hehehe. Do that too

The best is the sujud.. Dok buat jugaklah.

eddie said...
Dear AuntyN,First time comment, Baca blog aunty sejak 2nd qtr 2005 kut. Tak pandai nak buat blog sendiri, baca had orang sajer.TQ.

eddie, dah lama baca tu, lama2 pandai jugak nak tulis sendiri tu cuba2 lah. Redah je lah :-). Jangan serik datang lagi ye?


Ely said...
auntyN cayang, jgn rasa bersalah kalau malas nak update blog. we all go thru that phase kan? blog malas pun org masih baca jugak :)

Cayang Ely jugak. I will be back soon. I hope...... :-)


easylady said...
Saya rasa AN tengah penat sekarang.. dulu mungkin benda yg sama,tapi sekarang lebih lagi terasa. Your mind soul and body need a rest.Go take a break..

easylady, penat fizikal tak pe. Ni mental pun sama naik penat ni tu yang jadi sewel ni :-). Thank you I am resting.


AuntieYan. said...
N...lain macam bunyinya. Do not feel so down, come to me..put your head on my shoulder, let me hug you.:-) (kang ada pulak orang yg. jeles & misinterperet pulak ;-() KY pun selalu rasa macam ni, tu sebabnya blog lambat up-date sokmo, ada masa dah lebih 1 minggu.Tj punya suggestion pun bagus jugak. KY pun dok buat antara yang dia sebut tu...:-)

Kak Yan, I'll keep the hugs for the next time in KL OK? Appreciate that very much. Biar depa jeles Kak Yan. So be prepared nak sesak nafas OK?...


cL said...
cL membaca......hari hari cL membaca......bkn sekali or dua kali baca, tapi byk kali baca...either cL likes it or not, cL will still keeps on reading....oleh itu, jgnlah MALAS....kerna MALAS itu satu wabak....wabak yg boleh menjangkiti cL....tapi spt mesin yg boleh breakdown..cL hormat decision AN..mebe AN perlu rehat, perlu rejuvenate minda...setelah melalui 365 hari yg sukar..AN tak perlu risau...sebagai your pevret 'stalker'...cL akan terus setia...setia jadi pembaca...setia jadi pengomen yg ntah apa-apa....jgn FEDAP dgn cL ya....

cL, itu lah orang suruh buat blog tak nak, bukannya tak de bakat siap boleh buat sajak lagi tu :-)

Pasal stalker tu betul lah, cuma "fevret" tu belum naik taraf tu lagi kut hehehe. Gurau je OK

OndeOnde said...
take a break..tu orang kata apa..writers' block?dah cukup rest nanti byklah idea tu..take care!

Onde2, I will be back soooonn OK. Thanks.

Mutiara said...
Besalah N...nanti mai balik mood nak blog tu. maybe tukar angle pulak,and discover your versatility.

Kak Mutiara, hahaha, ni dok fikir nak buat entry notti2 ni :-).


edryna said...
AN: relax, after get back to normal barulah start update blog...jgn risau "fevret stalker" AN tetap setia menanti...cL: sejak bila ko pandai buat poem tak tahu pun akuuuuu...kekekekeke

Ed, I will comeback soon I promise. Itulah bakat terpendam si cL tu hehehe


AMZA said...
AN,I know how u feel, here in the KL office pun uncertainties are giving everyone mixed feelings... ada yg nampak cam happy and some are anxious with the future... Right now there are so many rumours flying around that U'd just have to shut ur ears from it all and carry on with ur own life. Walaupun spirit dah wane.

AMZA, sabar je lah. InsyaAllah things will be OK.


JoePerantau said...
"Perasan pulak aku ni yang ramai dok mai baca blog ni, tertunggu aku update macam blogger-blogger femes tu kan :-). "AN, nama saya termasuk dalam list bloger-blogger femes tu ker? :-)

Joe, mestilah masuk list. Your name tu sikit je, sikit je, sikit je, atas pada nama aunty tu :-)


Queen Of The House said...

Perasan tak perasan, femes atau tidak,ni dah 20 comments kat sini :)Sabar ajelah dengan perasaan malas Auntyn tu ...
Oh terlupa pulak ...... maybe try godek-godek buat wajah baru for your blog .... nanti hilanglah perasaan tu :)

QOTH, bagus suggestions tu. Ni dok cari blogskin yang lawa2 ni nak tukar template, kalau ada cerita lah sikit ye.


sya said...
aunty N.. jgn lelama malas nanti lama lak yg nunggu.

AuntyN said...

InsyaAllah sya, kejap je lagi OK, sabar ekkk..


cL said...
ed, itu poem dtg terus dari jiwaku yg 'semonel' dan diterjemah dlm bentuk ayat yg kurang berbunga oleh jari jemari aku yg cekeding nih dan ditujukan khas utk AN.hakcipta terpelihara!!kamus MA:SEMONEL membawa maksud 'sentimental + emotional'

cL, thanks for the poem. :-)

Mak Andeh said...
AN : I echo QOTH. Tukar template baru.Kalau tak, meh datang Kl and kita pergi retail therapy ;-)

MA, retail therapy, kang miss sorru tu :-)


Anonymous said...
Aunty N,R&R..rest & relax.. you need a break.. AN tak update pun.. saya tetap dtg everyday..arc

arc. Terimakasih kerana datang selalu tu. Sure do, I do need a break. "-)

Ni said...

AuntyN, tak kisahlah perasan ke tidak, janji update...

Ni, kira update jugak lah ni kan :-)


RojakBuah said...
janji rock AN..hehee..

JB , jadi mama rock ke? hehehe

Count Byron said....

AuntyN.Count your blessings, AN. Malas tu eloklah..asalkan jangan selalu aje malas (SAM). I dont see you as an SAM *smile*Malas bertempat tu bagus.. kalau dibuatnyer rajin siang, malam, tak kenal waktu.. tak leh tidur pulak (insomniac) kerana teringat nak buat bermacam2.. mm kan naya tu..Have a great malas weekend AN

Thanks Count. Memang bukan SAM ni tu yang update ngelat pun ni hehehe

Kepada yang datang menjenguk tapi tak tinggal komen, terimakasih bebanyak ye. I will be back soon. Janji manis ku ni :-)

January 18, 2006

Update Orang Malas Ni...

Sibuk sangat ka aku ni? Sibuk jugak lah. Tapi selalu tu macam mana sibuk pun aku cari jugak peluang untuk update blog. Entah apa-apa yang aku dok meraban selalu tu kan.

Jadi hari ni kenapa lah pulak? Malas sangat aku nak update blog ni. Blog dapur aku pun dah tak berasap lama dah. Tak masak ke? Hari-hari aku masak. Habis tu apa hal aku ni?

Aku ni MALAS pun iya, BOSAN pun iya, CONFIUS, OTAK BERCELARU pun ya jugak. Semua perasaan yang negative hingap kat aku buat masa ni. Nampak je lah aku ni macam biasa saja tapi dalam otak fikir macam-mana.

Pasal apa pulak? Ada lah unsur-unsur negative yang dok banyak dok lalu lalang yang macam nak hinggap je kat aku ni. Persekitaran (environment) kerja tak berapa sihat buat masa ni. Banyak dok nampak people's true color sekarang ni. Dah tu keadaan tak berapa menentu. Jadi aku pun terasa mood aku macam down saja lah. Nasib lah aku ni bukan jenis yang suka melenting tak tentu pasal. Kalau tidak sure staff aku teruk kena tengking, kena leter dengan aku.

Idea nak tulis ada, cuma aku malas dan bosan buat masa sekarang. Nak rihat sekejap lah ni. Tenangkan fikiran sat. Tengok lah gaya kalau rasa bertenaga, refresh balik nanti aku update blog ni OK.

Sabar je lah korang ye dengan makcik sorang ni. Perasan pulak aku ni yang ramai dok mai baca blog ni, tertunggu aku update macam blogger-blogger femes tu kan :-).

January 16, 2006

Nasi Susu

Hari khamis lepas, 2 hari lepas raya AidilAdha tu (Raya ke-3), aku kerja. Hubby tak kerja. Dia banyak cuti tahunan walhal aku tak banyak, jadi macamana pun kena jugak ke ofis. Padahal malam sebelum tu sampai rumah dari Cyberjaya dah pun pukul 1.00 pagi.

Balik dari kerja, hubby panggil aku, masa tu anak2 semua bersama dengan baba diorang tu.

Hubby : "N, tadi I masak nasi susu."

Syia mencelah : "Nasi susu? patut la, kucing makan sampai habis. "

Habis semua gelak. Syia tak jumpa nasi putih jadi dia siap ambik je nasi yang ada dalam rice cooker tu. Tak tahu menahu itu nasi yang hubby masak.

Aku : "Nasi susu? Nasi apa tu?"

Aku ingat dia beli, mungkin resipi baru kat mana2 kedai yang baru buka. Dia cuka mencuba sesuatu yang baru.

Hubby : "I nak masak nasi minyak, tapi bila dah masak rasa macam susu tu."

Aku : "Ohhhh, masak macam mana?"

Hubby : "Macam you masak lah, tumis bawang dengan minyak sapi, bubuh susu, air. Bila dah mendidih masukkan beras lah. Beras 4 air 5. "

Aku : "Bubuh rempah2 tak? (Kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang tu)"

Hubby : "Tak pun. Tapi ( tak mau kalah ni) Nasi jadi elok, tak lembik macam you masak hari raya tu. Cuma bau dan rasa susu saja lah."

Aku : "Tak pa lah satgi tengok macam mana nak repair tu."

Lepas tu aku mula lah operasi "merepair" nasi susu nak dijadikan nasi minyak. Aku tumis bawang dalam minyak sapi bercampur margerin dan minyak masak sedikit. Aku masukkan dua tiga helai daun pandan. Tumis sekali rempah ratus tu, campur jugak kismis dan badam. Akhir sekali aku masukkan nasi kedalam tumisan tu. Baunya harum semerbak, campurkan sedikit garam lagi. Sedap dah nasi tu jadinya.

Walaupun bukan aku nak puji hubby aku ni, tapi dia memang boleh di ajak berkongsi tanggungjawab membuat kerja rumah. Aku tak suruh pun dia masak nasi, sebab pagi tu aku dah masak lauk, Kak Long ada kat rumah jadi aku memang dah beritahu Kak Long tugas dia semasa dia kat rumah tu. Tak sangka lah hubby nak masak pulak hari tu. Hari lain pun dia tolong buat jugak kerja rumah, dia sidaikan baju, dia pun ada sekali masa aku bawak Kak Lang aku shopping hari tu tolong siangkan ikan. Dia yang volunteer, bukan aku nak suruh.

Mak aku selalu cerita arwah ayah tak pernah nak tolong buat kerja rumah. Jaga anak-anak pun dia susah nak buat. Makan minum semua kena sediakan. Basuh pinggan makan pun tak pernah. Tu yang kadang-kadang kalau dia tengok hubby masuk dapur, bancuh sendiri air sebagainya dia akan tegur aku pulak. Hubby tak kisah, sebab dia selalu cerita, dari dulu masa arwah ayah dia ada, memang dia di train macam tu. Masa Arwah MIL membela kakak2nya bersalin, hubby dan arwah ayah dia lah yang memasak dan membuat kerja rumah kat rumah diorang tu. Siap tulis dan lekatkan resipi kat dinding lagi. Kalau sapu laman, membelek pokok2 tu memang dah tak payah cakap lah, itu hobby dia.

Abang2 aku pun walaupun masa duduk dengan mak tak pernah di train untuk buat kerja2 rumah, tapi aku tengok diorang masuk dapur jugak. Abang Long tu pada aku masakan dia lebih sedap dari masakan isteri dia. Aku pun kalah dengan dia tu.

Antara ipar2 lelaki, abang ipar aku memang tipikal lelaki yang beranggapan kerja rumah adalah hak mutlak responsibility orang perempuan. Semua kerja kakak aku je yang buat. Sampai jaga anak pun dia lepas tangan. Aku ingat sekali kakak aku tension dengan suami dia, langsung dia "lari" dari rumah. Dia datang rumah mak ayah aku, tinggalkan anak2 dengan abang ipar aku. Tanpa pengetahuan abang ipar aku tu. Dia saja je nak nak sedarkan laki dia tu sebenarnya tu. Kelam kabut abang ipar cari kakak ke sana kemari. Lepas tu baru dia mahu jaga anak2 dia semasa kakak aku buat kerja rumah. :-)

Adik ipar lelaki aku (suami adik S tu), lain pulak. Dia suka masak. Dia ni memang suka masuk dapur, buat kerja rumah gitu. Tapi apa motif dia aku tak tahu. Cuma yang aku tahu dia selalu kata adik aku tak masak untuk dia. Ada udang di sebalik mee agaknya tu. Dah tak suka jadi macam2 alasan lah.

Sekarang ni kalau tak share kerja rumah antara suami isteri memang susah dan tak patutlah pada pandangan aku. Sebab kebanyakan, suami isteri dua2 bekerja, cari nafkah. Balik rumah dua2 penat, tak kan bila gaji di sumbang berdua untuk rumah tangga, kerja rumah sorang je buat. Tak kan bila kat ofis kena jadi "kuli" balik rumah nak jadi boss sajakan. It should all be fair in love and "play".

Tak kan jatuh maruah lelaki atau suami yang menolong masak, basuh kain, ampai kain, siang ikan, jaga anak etc.etc tu. Yang aku ingatlah Nabi dan Khalifah2 Omar dan Ali pun tolong isteri2 depa tu. Kalau nak kawin lebih sebab nak ikut sunnah Nabi, yang lain-lain pun kena lah ikut sunnah jugak. Tak gitu?

January 13, 2006

Beraya Atas Katil

Tak sangka pulak aku akan menjadi begitu sibuk atas hal-hal ofis dalam seminggu dua ni. Selalunya aku tak lah sibuk sangat. Itu yang boleh sangat berinternet secara "haram" dari ofis tu. Tahu pun aku ni kan, perasan pun aku ni yang aku dok guna fasiliti ofis untuk tujuan surfin tenet ni kan?.

Aku memang lucky sebab lepas di belanja makan oleh Arc dan suami dia, NR , kat Secret Recipe tu, aku suruh diorang terus hantar ke KLIA. Aku memang dah check-in dari Penang lagi, tapi bila sampai je kat KLIA aku terus pergi ke standby counter. Alhamdulillah, ada flight pukul 8.40 malam yang masih ada kekosongan tu. Jadi, cuma sempat peluk2 dengan Arc, husband dia NR pergi surau nak solat maghrib, terus aku masuk. Sampai rumah, awal sedikitlah dari jangkaan mula tu. Jadi dah lah rezeki makan free, dapat balik awal pulak tu. Boleh terkam PC cepat sikit malam tu hehehe.

Dari malam raya tu pun aku dah mula rasa letih sangat, badan, terutama bahagian pinggang sakit sungguh. Bukan apa pun aku datang period lah tu. Jadinya sempat bercanda kejap di YM dengan kawan-kawan aku, aku pun mintak diri nak tidur. Hubby tak ada malam tu sebab dia pergi tahlil yang Pak Lah dan keluarga adakan di Kepala Batas untuk Arwah Datin Seri Endon dan Arwah Datuk Kailan (Ibu Pak Lah). Tujuan aku memang nak tidur awal, sebab aku nak bangun awal pagi raya nak masak.

Awal jugak lah aku bangun tu, dah mula bersilat kat dapur, bila dah selesai masak nasi minyak dan lauk ayam tu aku pun pergi mandi. Mak oi, kepala aku berdenyut macam nak pecah rasanya. Apalagi aku bungkus kepala dengan tuala, tarik selimut dan tidur sampai lewat petang. Terdengar jugak suara anak-anak adik aku yang datang, aku tak bangun pun. Anak-anak aku setiap kali sedara datang ada datang beritahu aku, aku tak jugak bangun. Aku suruh diorang cakap aku demam je tu. Hubby dan anak-anak yang melayan diorang sampai hubby keluar untuk pergi servis kereta. Sebelum dia keluar aku sempat mintak 2 biji Panadol dan air. Aku sambung balik tidur. Sepanjang siang hari raya tu berkorban anak2 aku melayan mak dan bapak sedara diorang yang datang. Aku beraya atas katil je tu.

Dekat nak maghrib baru aku bangun. Masih ramai jugak adik beradik aku yang ada kat rumah. Aku mula lah dok panaskan lauk pauk, nasi dan sebagai. Kemas apa yang patut, terutama dapur yang agak bersepah jugak tu. Buang sampah, basuh periuk belanga, siapkan hidangan untuk mak nak makan. Sambil dok tunggu mak makan aku gosok baju sebanyak mungkin. Tengah malam baru aku tidur balik. Tak sempat nak tidur terlalu lena, aku dah kena bangun semula pada pukul 3.30 pagi. Aku masak nasi untuk mak, letakkan pinggan, cawan. tin Milo dan gula atas meja supaya senang mak ambik sendiri. Tak payah dia nak berjalan terlalu jauh nak ambik itu ini.

Pukul 4.30 pagi aku dan hubby bertolak keluar dari rumah menuju ke KL sekali lagi. Aku ada meeting di Cyberjaya pukul 10.00 pagi dan kami memang bercadang ambik Kak Long balik sekali dengan kami sebab dia dah habis exam tu. Kak Long cuti 3 minngu jadi boleh lah dia jadi penunggu rumah temankan maktok dan buat sesikit kerja rumah. Dah habis semua urusan, kami bertolak balik ke Penang, sampai rumah semula dah pukul 1.00 pagi hari raya kedua. Dalam perjalanan pun aku banyak tidur, hubby yang drive pergi balik tu.

Apa lagi nak kata memang aku beraya dengan tidur je tu.................Konon, konon tu Hari Raya Qurban lah kan. :-).

January 09, 2006

Selamat Hari Raya AIdilAdha 1426

Esok dah nak menyambut hariraya AidilAdha, aku ni, semasa entry di tulis masih kat KL ofis. Datang sini pagi tadi, malam ni nak balik. Flifht dah tu tak ada yang awal ke Penang. Pukul 10.00 malam baru ada. Jadinya bila aku betul-betul sampai kat rumah dah Hari Raya dah.

Amboi, tapi masih jugak teringin nak update blog. Baru je ni habis meeting dengan customer tadi tu. Lepas ni nak berjumpa sekejap dengan Arc (sorang tagger ni) sebab nak berikan duit tabung ayam yang dah di amanahkan dari Joe Perantau. Duit tu nak di dermakan untuk 3 orang anak kawan dia yang perlu bantuan membeli peralatan sekolah. Lepas tu akan ke airport, to beat the jam dan juga kalau aku ada rezeki InsyaAllah, dapat earlier flight to Penang.

Kepada semua pengunjung blog ni yang berugama Islam,

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

DAN

HAPPY HOLIDAYS TO THE OTHERS.

January 06, 2006

Dah Nak Terlondeh Dah Ni....................

Phewwwww.!!!!!!

Hari ni dah nak masuk seminggu anak-anak ke sekolah di tahun baru dia penggal baru. Dah tu dah hampir 3 minggu bibik balik ke negara asal dia. Masa cuti sekolah masih ada hari tu tak terasa sangat lah, walaupun sibuk tapi banyak jugak kerja yang anak-anak dara aku yang 3 orang tu boleh bereskan. Aku masak lauk, diorang masakkan nasi. Maktok nak makan diorang tolong bancuhkan air, sendukkan nasik. Baju-baju dah siap masuk mesin, jemur, angkat bila kering. Lipat pun diorang tolong jugak. Baju2 sekolah hari tu sebelum balik, bibik dah gosokkan untuk minggu pertama tu lepaslah masalah diorang nak gosok baju. Mak pun berteman, sepanjang hari. Bila sekolah dah bukak ni mak kena tinggal sorang sampai diorang balik.

Minggu ni baru aku dapat rasakan kesibukan yang teramat sangat. Habis tu hubby demam pulak. Nak kena ambik alih hantar diorang ke sekolah jugak. Jadi dari awal pagi sebelum ke tempat kerja tu, aku kenalah hantar anak-anak dara aku ke sekolah, yang paling jauh tu Ayin. Setiap hari kawan dia anak jiran belakang rumah pergi sekolah dengan kereta kami. Satu hari dalam seminggu jiran tu akan hantarkan Ayin dan anak dia ke sekolah. Macam tu lah rutin se dari tahun lepas. Sebelum hantar diorang tu singgah beli kuih dulu, untuk diorang dan mak jugak. Mak dia tu makan certain-certain kuih saja. Yang dia suka dia makan tak suka sebab tak sedap ke apa dia tak akan makan. Jadi kena tahu apa yang dia makan.

Habis sessi menghantar anak-2 sekolah, balik dah 7.30 pagi. Baru nak mula sessi di dapur. Nasi kena masak 2 periuk. Satu beras perang untuk mak, letak kat meja supaya dia senang ambik masa nak makan. Satu periuk beras biasa untuk anak2 dan kami lepas balik kerja nanti. Dah tu kena jugak tengok lauk. Kalau ada banyak lagi yang leftover malam sebelum tu OK lagi untuk di makan kena panaskan. Namun gitu kena jugak masak se mata lagi untuk mak jugak. Mak tak makan ayam, udang, sotong, sayur2an yang sejuk-sejuk dan kurang sangat daging. Tak kan nak buat kari ikan setiap hari, kena jugak tukar menu. Fed-up pulak mak nanti, selera dah lah kurang habis nak makan apa?

Sebelum keluar rumah aku bancuhkan air dan sediakan kuih untuk sarapan mak. Lepas mak sembahyang sunat dhuha tu dia akan keluar makan. Lepas tu selalunya dia tidur balik sampai anak-anak aku balik. Jadi dia tak terasa sangat sunyi duduk sorang-sorang. Bukan aku tak kesian dia tinggal sorang-sorang, masa dulu masa dia duduk kat rumah dia pun macam tu jugak, arwah ayah buat kerja dia mak tinggal sorang kat dalam rumah. Kat rumah aku, aku make sure aku siapkan keperluan dia makan minum sebelum aku keluar. Aku nak cari orang tunggu dia pun buat masa ni tak berbaloi jugak, Kak Long dah nak cuti minggu depan boleh tolong temankan mak selama 3 minggu. Lepas tu tengok keadaan, kalau dia rasa sunyi jugak tu aku kena lah cari orang datang temankan dia pulak.

Dah tu ayam dan kucing kena bagi makan, sebab dah ada kat rumah tak kan nak bagi makan, berdosa lah pulak. Dah habis tu cukup-cukup time nak bersiap ke tempat kerja. Balik kerja, dah nak kena siapkan makan malam, selalunya kalau nak masak tu masa ni lah aku masak. Yang pagi tu menu yang senang macam masak asam atau asam pedas, dan yang se waktu dengannya tu lah. Kalau nak masak kari ikan, ayam, daging, udang dan lain2 yang komplikated sikit tu kena masak belah malam. Lama sikit time ada. Masa ni lah jugak aku ikat bag sampah, bawak keluar untuk dibuang, tukar garbage bag baru etc.

Lepas tu sessi menggosok baju. Baju hubby dan baju aku. Lama oh sessi ni bukan boleh buat sikit-sikit sebab nak menggosok tu lambat, nak pakai tu kejap je. Bila basuh pun setiap hari ada sebakul baju yang kena gosok atau di lipat. Yang gosok tu sikit je jumlah dia. Habis camna?

Dah hampir tengah malam baru lah nak "free" sikit. Tu pun pun dah decide "This is it, no more housework for the day!!!". Kalau tak tu tak ter ON lah PC aku. Tak "jumpa" lah aku dengan sessi sembang cyber ni :-), :-). Bukan apa tu, masa tu nak rihatkan kaki tangan yang dah lenguh, badan yang dah sakit, kepala yang dah mula pening-pening lalat.

Itulah kerja rumah ni tak pernah habisnya, kalau dulu banyak yang bibik buatkan, sekarang tugas2 tu aku yang kena buat. Dulu, ikan bibik yang siang, ayam dia yang basuh, aku masak saja. Dulu rumah bibik sapu dan mop lantai. Ni dah 2,3 minggu tak mop lagi ni. Sapu pun kat tempat nampak sampah je tu hehe. Tak lah berselerak sangat sebab anak-anak dah besar.

Jadi, aku seru pada suami-suami tu cuba tinjau2 sikit apa yang isteri dok buat. Appreciatelah sikit dengan isteri-isteri you all tu. Hulurkan bantuan kat dia tak kan semua dia nak buat sorang kan?. Anak-anak pun kena lah appreciate apa yang mak-mak kamu buat tu. Jangan asyik nak makan tidur je kan, tolonglah untuk ringankan beban mak-mak korang tu. *Dah mula dah tu sessi berleter AuntyN*.

Nasiblah aku ni jenis yang bukan selalu pakai kain batik kat rumah. Kalau tak sure dah terlondeh dah tu, dalam kalut-kalut tu. (*Karang ada pulak kata aku lucah*). Lebih selasa aku dengan seluar dan Tshirt masa masak. Habis masak baru tukar baju kaftan ke apa ka?.

Esok dah week-end, banyak dah yang aku plan nak kena buat tu. Ni nak balik nak kena singgah pasar malam beli ration barang-barang makanan. Esok tak nak pergi pasar dah, nak kemas rumah sikit, nak kena jahit lengan baju Ayin dan sebagai.

Well, a housewife work is never done!!! Aku tabik spring kat full time housewife semua tu. Depa ni sure pandai kemain time management.

January 04, 2006

Perasan?

Pagi-pagi tadi aku kena hantar anak-anak ke sekolah. Hubby demam, jadi aku pun menjadi lebih kalut sebagai superwoman kena hantar anak-anak ke sekolah. Lepas tu nak rush balik nak masak untuk makanan diorang tengahari nanti. Dekat nak sampai sekolah Ayin handfon bunyi, ada seorang kawan aku telefon. Mula tu aku cemas jugak apa hal pagi-pagi dah call ni. Ingat kan ada berita tak baik, rupanya ada sedikit berita yang tak "manis" saja tu.

Dah balik sebab dah tak sempat nak masuk tengok blog aku buat persediaan apa yang patut kat dapur dan juga breakfast untuk maktok dan hubby. Sampai kat ofis baru boleh tengok blog. Jadi aku pun tersenyum tengok satu komen

anonymous said .....

perasan tak abih2

January 03, 2006 10:40 PM

Pada aku "perasan" ni maksud nya kalau seseorang tu menunjuk yang dia boleh buat lebih dari kemampuan dia, atau berlagak yang dia lebih baik atau lebih pandai atau lebih hebat dari yang sebenarnya. Syok sendiri lah tu kan.

Setahu aku lah aku ni blogger yang "baik", yang tak pernah pun kacau blog orang. Kalau aku baca blog orang dan aku tak suka content dia tu aku senyap saja tak komen pun. Jadi heran jugak lah kat mana perasan tu kan? Pernahkah aku beri komen yang blogger lain tak suka? Ada kut ye? Tapi tak pernah diorang tegur pun.

Dan lagi, entry aku tu pada aku lah, biasa je aku ingat, tak pun nampak macam aku "perasan" pulak. Tapi mungkin itu intrepetasi aku kan. Cerita aku tu pasal orang kawin, orang meninggal dunia dan kemungkinan aku jadi nenek sedara dalam masa terdekat. Kat mana "perasan" tu ekkk?

Walau bagaimana pun, aku nak lah berterimakasih pada pengkomen ini sebab
1) aku tahu dia susah payah datang baca entry aku yang perasan tu
2) Lepas tu komen lagi
3) Beri idea kat aku nak tulis entry ni
4) Menyedarkan aku bahawa ada pembaca yang sebenarnya tak suka pada tulisan aku/blog aku
(Selama ini akau masih dok perasan yang aku ni popular, baik, bagus, cewah!!!!!) Jadi bila di tegur tu tersentak lah sikit kan. :-)

Cuma aku mintak kalau ye pun nak tegur makcik ni, jangan dok selindung belakang tak de nama tu. Bubuh lah nama apa pun bukan aku kenal pun. Kalau ada blog tu bagi lah url blog tu, boleh aku dan kawan-kawan aku buat lawatan dan boleh aku buat promosi besar-besaran kat blog aku. Sure hits naik mencanak-canak tu. Aku kalau pasal promote mempromot ni serah saja pada aku.

Tak "gentleman/lady/person" lah kalau setakat sembunyi belakang anonymous tu kan

Perasan ke aku ni?

January 03, 2006

3 Weddings and A Funeral

That's how my last week of 2005 ended.

One day before Christmas, I received an SMS from my youngest brother that a neightbour had passed away. He was 61 years old. I would say that he was still quite young. According to the wife he had a heart attack. He is an imam in the mosque in my kampung, as well as the PIBG chairman at the primary school. He left 4 sons all are still schooling, the youngest son is not yet entered school. Took my mak to visit the arwah and in the afternoon we all headed for my eldest brother's (Abang Long) for preparation to the son's kenduri.

On Christmas day, Abang Long side held the kenduri for Mamat. We went there to help since the day before, stayed until very late. Came back hungry so had to stop by the nasi kandar to buy some curyy ayam to add to some food that I had prepared, As always, my 3rd brother and family were staying at my house. The next day at the kenduri, had the chance to meet with relatives whom we seldom meet. The usual tradition nowadays, relatives would only meet during weddings or deaths. Again stayed rather late. Took leftovers food for my family and Abang Lang's family to eat the next day. It is difficult to estimate the amount of food so, it is quite natural there are lots of leftovers. Abang Long and his partners cook the food themselves for the kenduri.

On Boxing day, one of my first cousin held a wedding reception for her second son. It was done in Penang. Again we took mak to attend the wedding. It was held in a dewan in Penang Island. It is quite common for those people in Penang Island to hold the kenduri in a community hall. Especially when they stayed in apartments and flats. Between the food and the meeting of the relatives, we received 2 more invites to weddings in January 2006. Tak habis-habis lagi orang dok kawin ni kan. 2 ladies cousins are getting married.

Lastly to end the 2005, my niece (My elder sister's daughter) was also married on 31st December 2005. I had only managed to go to Kak M's house after work on Friday. Arrived after maghrib, my sister in law (Kak Ngah) said that they were going to dinner. I joined the other 4 siblings and family totalling to 19 of us to a dinner at the nearby fourt court overlooking the sea in Butterworth. Free makan since it was our youngest brother's treat :-). Murah rezeki tu!!. My hubby and daughters were not with me since hubby took them to Penang Island for some shopping. Kak Long wanted to buy something for her assignment.

After dinner, went back to help Kak M around the house for the kenduri the following day. Managed to get home with Kak Ngah and Ina at around midnite. Abang Ngah and family decided to spend the nite at my house since Kak Ngah and Ina were to cook the lauk pengantin for the next day. Reached home after midnite too tired to do anything but get into bed. Abang Lang arrived at 2.30 am so had to wake up to open the door for them. For the past few weeks my house is like rumah tumpangan when we have all these kenduri. Poor Abang Lang had to come back to kampung 2 weeks in a row.

When the weddings were over, on Sunday I and adik S took Kak Lang to do some shopping. Abang Lang's eldest daughter is planing on getting married in August, so my sister in law wanted to get some stuff for the hantaran etc. Knowing that thing in the Klang valley would be expensive, we took her to shop around Kulim. Many shops were not opened, so she just managed to get some things only.

In reflection, 2004 was the year where we had many relatives passed away. Amongst them were my father, 3 uncles, 2 aunties, 1 cousin, the cousin son (this is the case of father, son and grandson, all 3 dies within a few months of each other). A few other close relatives. 2005 was the year for wedding. What would 2006 brings ? The next generations I would think. OH NO...... it is too fast, by next year have to change my nick from AuntyN to GrandAuntyN.........muahhhhhaahhhaaa!!!