January 27, 2006

Raya Cina Dulu, Raya Cina Sekarang

Walaupun raya Cina tu adalah sambutan Tahun Baru Cina, tapi kita kan selalu guna Raya Cina saja kan. Rasanya tak salah kalau pakai term tu kan?

Dulu-dulu masa aku kecik-kecik, aku ingat lagi, kalau nak raya Cina, mulalah susah nak makan ikan. Mana tak nya yang jual ikan dan sayur tu kebanyakkan adalah orang Cina. Masa tu tak ada lagi Pasar Malam atau Pasar Tani. Jadi kalau pergi pasar pun orang Cina yang berniaga ikan. Diorang cuti pulak kurang-kurang 4 hari. Jadinya orang Melayu kalau tak makan daging, ayam atau ulam-ulam kampung sajalah ganti ikan-ikan.

Mak masa dulu tak pergi pasar, kat kampung ada sorang peniaga Cina nama dia Boh Hooi kalau tak salah aku. Tiap-tiap pagi dia datang dengan basikal, ada tong besi/aluminum/zinc (metal apa entah lah) kat belakang basikal dia. Dia letakkan barang jualan dia dalam tong tu. Tiap-tiap pagi dia datang untuk jual ikan dan sayur kat kampung kami ni. Dia akan singgah boleh dikatakan di setiap rumah. Masa tu kebanyakkan suri2 rumah keluar beli ikan ketang kedada (kata orang utara) je lah. Dalam perkataan yang lebih canggih, berkemban lah tu. Masa tu tak ramai yang tutup aurat macam sekarang ni. (Sekarang pun ramai jugak kan anak-anak dara yang pakai baju ketat nampak perut gitu kan. Atau pakai seluar yang nak terlondeh tu.

Kalau nak raya Cina Boh Hooi tak datang, payah sekali kami semua nak makan masa tu. Ye lah, bukan nya kaya sangat. Adik beradik ramai, gaji ayah kecik masa tu. Ayam atau daging tu adalah luxury items. Orang kampung makan daging atau ayam masa Hari Raya atau kenduri kendara je lah. Kalau ada yang bela ayam tu senang lah sikit sebab boleh lah sembelih ayam sendiri tu.

Sekarang, dah tak susah dah. Pasar Malam, Pasar tani berlambak dah. Peniaga-peniaga pun dah berbilang kaum dah. Orang Melayu dah ada yang jual ikan, sayur dan semua bahan-bahan makanan dah sekarang ni. Jadi tak payah nak stock ikan, udang, sayur-sayur dalam fridge lama-lama dah.

Bukan itu saja, supermarket2 dan kedai2 orang Cina pun tak tutup macam dulu dah sekarang ni. Diorang tutup masa petang sehari sebelum raya sajalah. On the eve of the new year. Sebab diorang na makan besar tu kan. Lepas tu esoknya tengok dah bukak dah kedai. Aku pernah jugak tanya taukey satu Mini Market ( la dah jadi supermarket dah ni) kenapa tak tutup untuk raya. Dia kata, sekarang kalau tutup rugi, bisnez susah, competitive sangat. Lagipun customers ramai masa cuti tu. Kata dia jugak kalau diorang tutup kena bukak balik lepas raya ke-4. Pantang lah tu bagi diorang. Jadi bayangkan berapa diorang tak dapat bisnes kalau diorang tutup.

Supermarket2 tak tutup langsung sebab pekerja pun dah berbilang bangsa. Kalau kita tengok orang Cina pun ramai kat supermarket2 pada hari raya Cina tu. Agaknya diorang ni tak de tempat lain nak pergi kut sekarang ni. Jadi beraya kat supermarket je lah menghabiskan masa dan duit.

Macam mana nostalgia pun kehidupan secara kampung dulu-dulu tu tapi aku suka macam sekarang sebab senang dah. Tak payah nak mengeluh sebab raya Cina dah hampir tiba. Boh Hooi in pun aku tak tahu apa dah jadi dengan dia. Masih hidup atau mati pun aku tak tau. Sebab dia tu bukan duduk se kampung dengan kami. Aku pun tak pernah tanya dia tinggal kat mana.

Lagi satu masa dulu tu bising dengan mercun. Sejak di haramkan ni aman sikit lah. Aku ingat malam raya sampai raya ke-8 ( Raya orang hokkien), anak-anak aku asyik terkejut dek bunyi mercun tu. Masa tu kami duduk kat rumah MIL yang memang dalam kawasan orang Cina. Lepas pindah ke kampung aku ni dah tak dengar dah mercun. Lepas tu di haramkan pulak. Jadi dah tak bising dah lah malam2 raya tu. Tapi susah jugak nak kata apa kan sebab kita duduk berjiran kena jugak hormat kebudayaan dan kepercayaan diorang tu.

Sapa2 yang cuti panjang dan nak balik kampung tu, berhati-hati lah di jalan raya OK. Ingatkan orang yang tersayang yang kita nak lawati tu.

14 comments:

Anonymous said...

oooo...jadiknya Sunshine bukak la esok yek?? kitaorang plan nak ronda2 la..tapi tak tau la kut mamak kat chowrasta tutup..teringin nak makan tokua goreng...

Selamat bercuti!!

Anonymous said...

cina punya raya..yg kita melayu bisness sendiri pun sama naik bercuti.Tak hadap duit sangat=pemalas..

Anonymous said...

selamat Cina Raya kak N!

aNIe said...

Memang banyak bezanya kak N...dulu kat Melaka tu kampung lady di kelilingi rumah2 cina...tghmalam raya tu memang tak boleh tido dibuatnya...bising...sekarang dah takde dah...

Satu lagi yang buat lady geram ialah kalau raya cina...ada peniaga melayu pulak yang cuti...kadang tutup business sampai seminggu....diorang plak yang beraya sakan.

OK Kak N...Selamat bercuti...

Anonymous said...

la nih depa tengah seronok lawan mercun..dentum dentam..makin pagi, makin kuat bunyi mercun..tidork macamanapun tetap lena..hehe..

kat sana stock ikan okay? kat sini kena puasa ikan seminggu..stock ikan mai dari sg. besar..kat sg. besar nelayan mostly chinese (sedara mara H)..biasanya depa tak gie ke laut dalam satu minggu..makan ikan kerin/sadin je le nampaknya..

Anonymous said...

betul tu ... nur sokong... selamat bercuti.. n salam maal hijrah

Count Byron said...

AN.. lepas sental kuali.. kena lah raya pulak ek?
Itu guna mercun tu..
Nak halau hantu kuali.
Kalau tak, bermaharaja lela lah HK tu.. kena pulak ikan Boh Hooi tak dak..
BTW are you sure Boh Hooi was not the father of Cili Boh?

A research is in order

AuntyN said...

oren : Sunshine Square kat mana ? Bayan Baru ke? Rasanya buka lah.

easylady : itu tak leh sapa nak nolong tu hehehe

Po : Gong Xi Fa cai to u too.

lady : sekarang aman dahhidup, tak bising dah tu. :-)

atiz : so far, 2, 3 tahun ni ikan2 no problem lah. Belum lagi kena makan sardin dgn ikan kering. Tapi semalam masak kari ikan kering jugak tu. Saja lah lama dah tak makan.

nurdia : selamat Maal Hijrah to u too. Lama tak tinggal komen ni no? Kita kena pi sapa dia kat blog dia pulak tu :-)

Nana Count : Cek tak tau Boh Hooi punya anak beranak. Masa dia dok mai dulu juai ikan pun dia dah tua dah dalam 50 gitu. Nak buat research ka?

HK kena suruh Bergen halau sat no. Dia yang tau HK duduk tang mana tu hehehe.

Anonymous said...

auntyn..dah lama tak berasa Raya Cina ni..dulu kecik2 raya cinapun kami pi kutip ang pow seronok la sebab paling sikit pun RM1.10 tu kira bykla zaman dulu...

KakNi said...

raya cina dah habih dah auntyN, lusa nak start keje dah :(

masa raya hari tu nak mkn ada sikit susah sbb kebykkan restoran melyu pun tutup... mamak jugak ada....

Sya said...

kak N, best dapat cakap ngan kak N hari tuh.. kawan Cina sya cakap.. kalau Cina tuh tutup kedai lama2 sempena tahun baru bermakna tahun sebelumnya dia untung besar... kalau kejap ajerr cuti bermakna tahun lepas kurang untung....

~ said...

auntyN... lama nye dok beraya cina. bila nak update? hehehe pegi mana cuti2 nie? babe balik penang. and spend the time with family. dok umah, tgk2 pelajaran adik kecik yg form 2 tu and tgk2 makt*ok yg tgh bed-ridden.

well... ramai jugak dtg penang ye cuti ni. jam giler penang bridge semlm.

Anonymous said...

Best regards from NY! » » »

Anonymous said...

best regards, nice info Tire sales el paso Quote term life insurance in britain Mitsubishi evolution 9 wallpaper Best laptop price toshiba data recovery shareware opt in email marketing http://www.antivirussoftware1.info How to teach people to deal craps Generic cialis message board live answering service appliance Loss treadmill walking weight