January 06, 2006

Dah Nak Terlondeh Dah Ni....................

Phewwwww.!!!!!!

Hari ni dah nak masuk seminggu anak-anak ke sekolah di tahun baru dia penggal baru. Dah tu dah hampir 3 minggu bibik balik ke negara asal dia. Masa cuti sekolah masih ada hari tu tak terasa sangat lah, walaupun sibuk tapi banyak jugak kerja yang anak-anak dara aku yang 3 orang tu boleh bereskan. Aku masak lauk, diorang masakkan nasi. Maktok nak makan diorang tolong bancuhkan air, sendukkan nasik. Baju-baju dah siap masuk mesin, jemur, angkat bila kering. Lipat pun diorang tolong jugak. Baju2 sekolah hari tu sebelum balik, bibik dah gosokkan untuk minggu pertama tu lepaslah masalah diorang nak gosok baju. Mak pun berteman, sepanjang hari. Bila sekolah dah bukak ni mak kena tinggal sorang sampai diorang balik.

Minggu ni baru aku dapat rasakan kesibukan yang teramat sangat. Habis tu hubby demam pulak. Nak kena ambik alih hantar diorang ke sekolah jugak. Jadi dari awal pagi sebelum ke tempat kerja tu, aku kenalah hantar anak-anak dara aku ke sekolah, yang paling jauh tu Ayin. Setiap hari kawan dia anak jiran belakang rumah pergi sekolah dengan kereta kami. Satu hari dalam seminggu jiran tu akan hantarkan Ayin dan anak dia ke sekolah. Macam tu lah rutin se dari tahun lepas. Sebelum hantar diorang tu singgah beli kuih dulu, untuk diorang dan mak jugak. Mak dia tu makan certain-certain kuih saja. Yang dia suka dia makan tak suka sebab tak sedap ke apa dia tak akan makan. Jadi kena tahu apa yang dia makan.

Habis sessi menghantar anak-2 sekolah, balik dah 7.30 pagi. Baru nak mula sessi di dapur. Nasi kena masak 2 periuk. Satu beras perang untuk mak, letak kat meja supaya dia senang ambik masa nak makan. Satu periuk beras biasa untuk anak2 dan kami lepas balik kerja nanti. Dah tu kena jugak tengok lauk. Kalau ada banyak lagi yang leftover malam sebelum tu OK lagi untuk di makan kena panaskan. Namun gitu kena jugak masak se mata lagi untuk mak jugak. Mak tak makan ayam, udang, sotong, sayur2an yang sejuk-sejuk dan kurang sangat daging. Tak kan nak buat kari ikan setiap hari, kena jugak tukar menu. Fed-up pulak mak nanti, selera dah lah kurang habis nak makan apa?

Sebelum keluar rumah aku bancuhkan air dan sediakan kuih untuk sarapan mak. Lepas mak sembahyang sunat dhuha tu dia akan keluar makan. Lepas tu selalunya dia tidur balik sampai anak-anak aku balik. Jadi dia tak terasa sangat sunyi duduk sorang-sorang. Bukan aku tak kesian dia tinggal sorang-sorang, masa dulu masa dia duduk kat rumah dia pun macam tu jugak, arwah ayah buat kerja dia mak tinggal sorang kat dalam rumah. Kat rumah aku, aku make sure aku siapkan keperluan dia makan minum sebelum aku keluar. Aku nak cari orang tunggu dia pun buat masa ni tak berbaloi jugak, Kak Long dah nak cuti minggu depan boleh tolong temankan mak selama 3 minggu. Lepas tu tengok keadaan, kalau dia rasa sunyi jugak tu aku kena lah cari orang datang temankan dia pulak.

Dah tu ayam dan kucing kena bagi makan, sebab dah ada kat rumah tak kan nak bagi makan, berdosa lah pulak. Dah habis tu cukup-cukup time nak bersiap ke tempat kerja. Balik kerja, dah nak kena siapkan makan malam, selalunya kalau nak masak tu masa ni lah aku masak. Yang pagi tu menu yang senang macam masak asam atau asam pedas, dan yang se waktu dengannya tu lah. Kalau nak masak kari ikan, ayam, daging, udang dan lain2 yang komplikated sikit tu kena masak belah malam. Lama sikit time ada. Masa ni lah jugak aku ikat bag sampah, bawak keluar untuk dibuang, tukar garbage bag baru etc.

Lepas tu sessi menggosok baju. Baju hubby dan baju aku. Lama oh sessi ni bukan boleh buat sikit-sikit sebab nak menggosok tu lambat, nak pakai tu kejap je. Bila basuh pun setiap hari ada sebakul baju yang kena gosok atau di lipat. Yang gosok tu sikit je jumlah dia. Habis camna?

Dah hampir tengah malam baru lah nak "free" sikit. Tu pun pun dah decide "This is it, no more housework for the day!!!". Kalau tak tu tak ter ON lah PC aku. Tak "jumpa" lah aku dengan sessi sembang cyber ni :-), :-). Bukan apa tu, masa tu nak rihatkan kaki tangan yang dah lenguh, badan yang dah sakit, kepala yang dah mula pening-pening lalat.

Itulah kerja rumah ni tak pernah habisnya, kalau dulu banyak yang bibik buatkan, sekarang tugas2 tu aku yang kena buat. Dulu, ikan bibik yang siang, ayam dia yang basuh, aku masak saja. Dulu rumah bibik sapu dan mop lantai. Ni dah 2,3 minggu tak mop lagi ni. Sapu pun kat tempat nampak sampah je tu hehe. Tak lah berselerak sangat sebab anak-anak dah besar.

Jadi, aku seru pada suami-suami tu cuba tinjau2 sikit apa yang isteri dok buat. Appreciatelah sikit dengan isteri-isteri you all tu. Hulurkan bantuan kat dia tak kan semua dia nak buat sorang kan?. Anak-anak pun kena lah appreciate apa yang mak-mak kamu buat tu. Jangan asyik nak makan tidur je kan, tolonglah untuk ringankan beban mak-mak korang tu. *Dah mula dah tu sessi berleter AuntyN*.

Nasiblah aku ni jenis yang bukan selalu pakai kain batik kat rumah. Kalau tak sure dah terlondeh dah tu, dalam kalut-kalut tu. (*Karang ada pulak kata aku lucah*). Lebih selasa aku dengan seluar dan Tshirt masa masak. Habis masak baru tukar baju kaftan ke apa ka?.

Esok dah week-end, banyak dah yang aku plan nak kena buat tu. Ni nak balik nak kena singgah pasar malam beli ration barang-barang makanan. Esok tak nak pergi pasar dah, nak kemas rumah sikit, nak kena jahit lengan baju Ayin dan sebagai.

Well, a housewife work is never done!!! Aku tabik spring kat full time housewife semua tu. Depa ni sure pandai kemain time management.

32 comments:

Queen Of The House said...

AuntyN, agaknya samalah all mothers kot this first week of school. Lama sangat dok relax tak terasa sibuk. This whole week, I have been going around in a sleepy blur. Iron baju sekolah banyak letih ... not my fav chore. Balut buku sekolah sampai sakit pinggang, nasib baik KOTH buat ... diam-diam dia ambik & balut sebab tengok QOTH dah asyik short-tempered je sebab dah tak larat ;)

Kak Teh said...

N- kalau pakai seluark pun, make sure pakai seluark jerot! Tak terlondeh!

Anonymous said...

Heheheh...adoi la sian auntyN dah start sibuk ni no? Haaa saya setuju ngan cadangan kakteh. Make sure seluaq bejerut. Kalau dak, bulih telondeh jugak wooo hehe

Ordinary Superhero said...

Mmm kesian nya. Hubby demam pulak tuh, double kesian...memang kena pi cari sluark cerot tuh.

In my case, wife still in confinement. Kecoh nak siapkan/hantar/ambik 3 orang budak skolah. Ada pagi dgn ptg pulak tu.

Sya said...

Laaa sian auntyn.. jangan jadi cam sya pagi tadi tengah masak, jerit kat bibik...

"Bibik tutup mata.. kain saya nak terbarai"

Gelak beso bibik. Auntyn, cari ler pembantu yg dtg mingguan.. yg wat cleaning dan laundry.. InsyaAllah tak ler penat sgt

MA said...

AN : Mak ai...!! I baca ajer pun dah rasa penat. I wondered how I survived two months tanpa Bibik last year. Masa bulan puasa pulak tu !

Anyway, tahniah AN jadi wonderwoman serba boleh. Nanti hari jadi Gabenor - boleh dapat pingat :-)

anggerik merah said...

AuntyN...penat dengar cerita pasal house work...memang tak habih..I have to confess that I cannot stay too long doing housework especially part iron baju. But AuntyN..you are good at it..take care!

JoeBangla said...

beras perang? beras zaman perang?

Anonymous said...

Aunty,
saya pon dah try jadi fulltime housewife.. mmg kene ade time management...heheh kol 5.30am kene bgn..siapkan bekpes..kol 6.30am hubby kuo keje kite sambung basuh kain.. pastu kemas umah sapu sampah.. pastu siap2 nak masak.kalo brg dapur takde gi pasar.. pastu masak..dan seterusnya.. mmg berterusan le.. setakat 2 minggu try ni..rasanya ok algik.. mugnkin sbb takde anak lagi kot hehehe :0.. maklumla selama ni dok jauh drp hubby.. :)

aNIe said...

Kak N....Lady lagi tabik spring kat isteri2 yang bekerja yang boleh jalankan urusan rumahtangga tip-top...susah nak buat tu kak N...dulu masa lady bekerja dan semua urusan r.tangga pun kene buat...memalam sebelum tido dah set kat mind aper nak buat pepagi esok...nak masak aper...nak goreng aper...badan dah baring tapi pikiran tetap berjalan....betul tak kak N?

AuntyN said...

QOTH : Rasanya samalha. Nasib baik KOTH pandai baca gerak geri tu hehehe.

Kak Teh : hehehe, nanti nak pi beli seluaq jerot.
Kadang2 pakai jeans, susah nak nak duduk tumbuk sambai belacan.

Sya : LOL, nasib baik tak terburai lagi, pakai seluar lah. Pasal help tu tgk keadaan dulu lah.

MA : dapat Datin ke, datuk paduka? LOL. Kalau dapat pingat kang lupa pulak dapur tu. Susah tu. Lagipun tak kan pingat nak bawak masuk dapur tu hehehe.

AuntyN said...

OS : ni kes suami mithali ni. Tak pe lah dah pakai seluar sure dah tak terlondeh tu hehehe.

marlinda : nanti nak pergi cari kat pasar malam seluar tu hehe

Anggerik : dah biasa dan dah terpaksa sure kena buat macammana pun. Thanks.

Joe : Beras berwarna perang (unpolished rice). Mana nak cari beras zaman perang. Lagipun masa perang dunia 2 tu orang sini makan ubi kayu, beras susah.

AuntyN said...

ayu :dah duduk dengan husband ke? baguslah tu. Baru tahu no? :-)

Lady : Haah lah, nak tido pun ingat menu esok nak masak apa. Ni online pun dok bau ikan yg baru siang tadi tu hehehe.

KakNi said...

auntyN, keja rumah memang tak habis-habis pada yang rajin. Pada yang malas macam saya ni kan...... *gelak sorang2*

Anonymous said...

tabik 'toink' kat semua para surirumah yg tak jemu2 buat keja yg sama 24/7/365!!!

tabik 'toink toink' kat semua para surirumah yg jugak suri opis, yg berjaya handle keja 2-in-1. fuhhss....penat tuuuu!

tabik 'toink toink toink' kat semua para suri rumah cum suri ofis cum part time student. golongan ni lagik la powerpuf Lady or dr spesis Power ranger!!!

tapi aku lagi tabik 'toinkSSS' pada para single lady yg bilamana jam 5ptg dok pk nak masak apa utk makan malam nanti..aaa... aaaa..macam AKU....

kahkahkahkah....

AN...bawak byk2 bersaboo eeehh

mama irma said...

N, don't punish yourself, get a helper. Nanti badan dah senget lagi susah nak kena pi service! I know how it is, I become very grumpy and berletiaq sepanjang hari kalau kena buat ALL the housework!

Anonymous said...

duhhh...lupa...

AN, selamat Hari Raya AidilAdha

Jo Kontan said...

AN : Single Tabik Spring pada AN nak menyiapkan seme tuu.

Double Tabik Spring pada Maam pada sebab yang sama, ditambah dengan ada 5 yang kecik kecik tuu. Anah dara Jo tak pandai masak nasik lagii.

Jo ok. Pegi pasar hari minggu. Ajak bebudak swimming hari pelepasan.

Hang paling best , Jo sikit pun tak cerewet. Orang gosok baju Jo pakai. Orang masak Jo makan.

Tapi No Tabik for Jo la. Sebab Jo nii suka masuk Bakul..

Anonymous said...

Baca crita AN pun dah rasa tau macam mana penatnya.Didoakan supaya boleh tahan lama.Part yang gosok bajutu nampak simple tapi leceh..lat lat sakit pinggang dan belakang.

Bebudak tu dah biasa ada pembantu rumah.Will ambil ikhtibar, untuk train ank-2 supaya buat juga kerja rumah and be independant.

Anonymous said...

selamat hari raya aidil adha AN..

Anonymous said...

kekadang masa tengah bersilat dgn keje rumah rasa gerammm je kat hubby, rasa unfairnya sbb keje kite lagi byk dr dia...my hubby boleh harap jaga anak je tu pun dah syukur...keje rumah lelain sorry..tapi takpe seme keje yg kita buat tu dapat pahala kan...byk buat keje rumah pun boleh kurus kan...itu aje le motivasi

AuntyN said...

Ni ummi : tak rajin ke? Yang dok tukaq blog selalu tu tak rajin lagi isyyy, isyy isyyy :-)

cL : banyak nye toinkkssss tu. Gi buka blog kami nak komen panjang2 dan banyak2 hehehe

mama irma : it's OK dah biasa dah buat camni actually. dulu tu anak2 kecik lagi, ada mak mentua lagi kat rumah bedridden without bibik for a year. Will see how long I can tahan. InsyaAllah boleh.Thanks anyway.

TJ : kalau nak puji maam dan diri sendiri tu, puji kat blog sendiri lah hehehe. Maam TJ gurau je ekk. He is a good person *I think*

easylady : train anak2 dari kecik lagi senang. Train yang senang dulu. It will become natural to them as they grow.

ed and CL : Selamat hari raya aidiladha to u both too.

cm : sabar je lah. Tapi kena jugak train hubby tu suruh share responsibility dgn kita. Slow talk lah dengan dia tu :-)

Count Byron said...

Aunty.. memang kemain tera ft housewife no. Count merasa kagum pada kaum hawa yang menjaga anak2 dgn sempurna.. Itu yang buat anak2 tak jemu2 sayang emak.
Count cuci pinggan makan sendiri. Is that helpful enough AuntyN?

aNIe said...

Kak N....SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...masak aper utk menu Hari Raya Haji ni.... terbau-bau rendang kak N sampai Sha Alam...:)

Anonymous said...

AN: dont worry, lepas ni saya akan jadi halimunan.

ibuVouge said...

AN
I'm back,
saya setuju ngan seruan AN, hubby2 tu jenguk2 la isteri buat apa, ringan2kan tulang..
mmg housewife ni x abis keja dia

AuntyN said...

Count : Tak kan basuh pinggan jer, sekali-sekali tolong lah buangkan sampah, sapu lam ke? Kan, kan countess.

lady : Selamat Hari Raya to u too. Rendang tu entah lah sempat ke tak ni sbb nanti sampai rumah dah midnite.

cL : Janganlah merajuk. Maaf lah kalau terasa.

IV : Bestnya cuti. dapat baby apa ek?

Anonymous said...

kak N, nak slow talk cam buang energi je he..he.....after 9 yrs dah kenal sgt dahhhh. nanti cm kenalkan hubby kat kak N..buleh kak N leterkan dia yek...

AuntieYan said...

N, KY punnn sibuk cam tu jugak dari dulu sampai la ni, cuma mak tak duduk sekali. La ni ada kurang sikit sebab anak-anak dah besar.

p/s:....tu tak kira yang 'overtime' lagi tuh...;-)

Anonymous said...

As'kum Auntyn...bila baca coretan auntyn kali ni, memang teman sanjung betul-betul pengorbanan para isteri yang solehah macam auntyn, that applies to my wife gak hehehe. On top of that, auntyn provided the best untuk your mom, which I truly admire. Last month, teman got the opportunity untuk take care of my mom, of course dengan my wife's support, tapi tak sampai 2 minggu, dia dah rindu ya amat nak balik kampong gak...tapi, that 2 weeks I treasure most coz dapat peluang berkhidmat kat my mom, walaupun tak sempurna tara mana. Tak sama cara anak lelaki & anak pompuan kalu bab jaga mak ni...anak lelaki perlu banyak support from the wife ie menantu dia...luckily my mom dapat menantu yang rajin..ceh ceh ceh (hopefully dia baca yg ni hehehe)

So, keep it up auntyn... believe you me, all your hardships & kelamkabutan whilst rendering your services to your mom & family, shall entitle you for the grandstand award kat 'sana' nanti as one of those eligible 'Pahala'wans...Amin...

P.S. Auntyn, isteri2 yang solehah yang diredhai suaminya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal dari hubby dia....just imagine, 500 years di makeup oleh Hurunains...sampai hubby dia ingatkan itu Ainul Mardiyah, padahal dia tak perasan yang tu bini dia... (au kama qala rasul saw)

AuntyN said...

cm : susah tu, kalau kena leter dgn aunty nanti merah telinga tu hehehe.

Kak Yan : "overtime"? Hahahaha.

u.n.c.l.e : lama tak nampak komen? Alhamdulillah. Terimakasih untuk semangat dan doa tu. Aminn.

AuntyN said...

Ailin : Sorry I missed your komen earlier, but realised it when I was reading KakTeh's blog.

Tu dia hah! Ni bukan lagi superwomen/wonderwomen ka apa? Supermen kut hehehe