January 04, 2006

Perasan?

Pagi-pagi tadi aku kena hantar anak-anak ke sekolah. Hubby demam, jadi aku pun menjadi lebih kalut sebagai superwoman kena hantar anak-anak ke sekolah. Lepas tu nak rush balik nak masak untuk makanan diorang tengahari nanti. Dekat nak sampai sekolah Ayin handfon bunyi, ada seorang kawan aku telefon. Mula tu aku cemas jugak apa hal pagi-pagi dah call ni. Ingat kan ada berita tak baik, rupanya ada sedikit berita yang tak "manis" saja tu.

Dah balik sebab dah tak sempat nak masuk tengok blog aku buat persediaan apa yang patut kat dapur dan juga breakfast untuk maktok dan hubby. Sampai kat ofis baru boleh tengok blog. Jadi aku pun tersenyum tengok satu komen

anonymous said .....

perasan tak abih2

January 03, 2006 10:40 PM

Pada aku "perasan" ni maksud nya kalau seseorang tu menunjuk yang dia boleh buat lebih dari kemampuan dia, atau berlagak yang dia lebih baik atau lebih pandai atau lebih hebat dari yang sebenarnya. Syok sendiri lah tu kan.

Setahu aku lah aku ni blogger yang "baik", yang tak pernah pun kacau blog orang. Kalau aku baca blog orang dan aku tak suka content dia tu aku senyap saja tak komen pun. Jadi heran jugak lah kat mana perasan tu kan? Pernahkah aku beri komen yang blogger lain tak suka? Ada kut ye? Tapi tak pernah diorang tegur pun.

Dan lagi, entry aku tu pada aku lah, biasa je aku ingat, tak pun nampak macam aku "perasan" pulak. Tapi mungkin itu intrepetasi aku kan. Cerita aku tu pasal orang kawin, orang meninggal dunia dan kemungkinan aku jadi nenek sedara dalam masa terdekat. Kat mana "perasan" tu ekkk?

Walau bagaimana pun, aku nak lah berterimakasih pada pengkomen ini sebab
1) aku tahu dia susah payah datang baca entry aku yang perasan tu
2) Lepas tu komen lagi
3) Beri idea kat aku nak tulis entry ni
4) Menyedarkan aku bahawa ada pembaca yang sebenarnya tak suka pada tulisan aku/blog aku
(Selama ini akau masih dok perasan yang aku ni popular, baik, bagus, cewah!!!!!) Jadi bila di tegur tu tersentak lah sikit kan. :-)

Cuma aku mintak kalau ye pun nak tegur makcik ni, jangan dok selindung belakang tak de nama tu. Bubuh lah nama apa pun bukan aku kenal pun. Kalau ada blog tu bagi lah url blog tu, boleh aku dan kawan-kawan aku buat lawatan dan boleh aku buat promosi besar-besaran kat blog aku. Sure hits naik mencanak-canak tu. Aku kalau pasal promote mempromot ni serah saja pada aku.

Tak "gentleman/lady/person" lah kalau setakat sembunyi belakang anonymous tu kan

Perasan ke aku ni?

43 comments:

MA said...

Biasa lah tu AN, taraf celebrity gitu - ramai yang jelesnya. Silap haribulan, ada lah AuntyN Fan Club nanti - buat press conference ke, jual tshirt ke, keychain ke..

Hahaha :-)

AuntyN said...

MA : Camtu boleh kaya cepat lah no? Tak payah dah dok mai kerja pi balik, pi mai, pi mai, balik tang tu jugak ...

Hahahaha :-)

Anonymous said...

laa...sapa lak tu ..eh..suka hati laa kita nak perasan ke apa ke..dah blog kita kan kak N. Yg heran tu..dia buleh lak ambik masa baca blog kak N. nanti sat..nak pi tengok gak dia nya komen tuh..isk.

AuntyN said...

nora : hahaha, tak payah geram lah. Ni dok gelak guling-guling ni. Thanks for the support anyway. :-0

Anonymous said...

ni sat kak N..nak nyibuk sat..bukan nak komen..tapi nak tanya si marlinda sat.

Marlinda,yg duduk taman selasih tu ke? yg dulu rajin chat kat alamak tu? hehe..sorry kalau salah org.

Anonymous said...

saya baca comment anon tadi pun agak tersentak.Ni mesti kes anon tu jeles kat AN.Entry tu tak ada menda pun yang nak diperasaankan.. Kecualilah, kot laki dia ke bini dia ke.. selalu suruh dia mencontohi AN. Tok leh buat tu yang dia kata perasaan..

Sabar jele..begitulah manusia..

AuntyN said...

nora : jejak kasih dgn orang Kulim tu. Bagiuh lah eratkan silaturrahim.

easylady : apa lah yang nak dijeleskan. Blogger mithali ka? :-)

Anonymous said...

AN: to be frank saya pun tersentak baca komen 'anon' tu tadik. rasa mao menjawap tapi...takut pisang berbuah 2 kali(pisang yg dulu tu berbuah kat tempat lain, bkn kat sini). lagipun takut konker-an saya melampaui batas. biarlah tuantanah uruskan tanah jajahan dia. saya sebagai pendatang tanpa izin tidak harus campurtangan.

cumanya mungkin silap saya quote that phrase into my comment. saya cuma berjenaka since AN jawap komen 'anon' tu pun dgn nada berjenaka. saya mintak maaf.

AN : i enjoy reading your entries and love the way you response to our comments. Not many bloggers can do that. kalau saya, sah sah sah org tu dah kena BOOMM BOMMM keeedeeBOMMMM...!!!

anedra said...

sabar je lah AuntyN! But I like what Mak Andeh said, taraf celebrity memang macam tu..haha! Yup, u are indeed a celebrity blogger in my books..and kalau nak perasan pun perasanlah! It's allowed! Happy New Year Aunty. By the way, bila nak mai KL? Dok teringat kat rendang tu!*drools*slurpslurp*

Anonymous said...

Haaaa auntyN... saya pon perasan jugak semalam comment perasan tuh, hawat auntyN tak perasan??? Hahahaha... apa saja manusia lagu tuh. Tapi best sbb dia bulih perabih jugak baca entry auntyN...pemes la auntyN.. pemes sungguh... *aura dengki ni heheh*...


nak off topic sat ya auntyN?

nora ya saya :)

badrul said...

aunty n...

memang patut kita gelak golek guling2 jer... tak luak langsung sebenarnya... kadangkala ada sorang dua yang macam irihati dan sajer nak naikkan darah kita dgn kawan2 kita yang lainnya...

paling senang, kita ignore jer... selalunya saya delete kan jer komen2 macam tuh... muhhahahaaa... i rather have positive people around me... bukan bermakna tukang kipas atau tukang bodek, tapi someone yang bukan dengki dengan kita... statement 'perasan' tuh tak lebih dari statement dengki...

but than again, kalau ada orang dengki dengan kita, maknanya adalah kejayaan kita yang dicemburui tuh kan... hhhmmm...

AuntyN said...

cL : tok sah risau lah. I tak rasa pun you are konkering my blog.
Terimakasih sebab selalu datang bagi sokongan. I pun suka positive komen.

Dena : Taraf celebrity? Nak autograph ke? hehehe. Oh nak rendang ye? Sorry lah rasanya Raya Haji ni pun tak sempat nak buat rendang pun. Nanti InsyaAllah kalau ada rezeki tu hehehe.

marlinda : isyy dengki apa nya, masing2 ada kelebihan masing. No need to be jeles2 lah :-)

bad : setuju sangat2. Lagipun dari berbanyak komen yg kita dapat tu, satu je yg negative, so still OK tu :-).

anggerik merah said...

Laaa.. tak paham jugak orang tu cakap macam tu kat AuntyN...dia jeles kot. Biaq pi kat dialah.

Ishhh teringat pulak kat gambaq keautew mamak yang dulu tu...Sejuk2 nie ingat nak makan saja ;-))

Take care AuntyN!

Anonymous said...

Kalau ingat auntyN ni kan, mesti ingat mee udang. Ni dah dengki balik tahap gaban heheh. Takpa, saya tak mai sini jadi anon punya. Kalau dengki saya habaq... hehehe.. bulih gitu ? Heheheh..

Anonymous said...

AuntyN,

I simply love AN's comment.

On the way back from work yesterday, Maam called.

"Eh! Perasan tak,. ada HambaAllah comment 'perasan' kat AuntyN". Kuat semangat Ab-Bloggiah nih!

Pagi ni kol 7:30 udah terpacak kat opis, itchyyy sangat nak baca..

For me, I just borrowed from Pokku, if I may,

"May the fleas of a Thousand Camels infest his/her armpits"

Satu lagi,. President tuu, Melawak Noo..:-))

ANFC tuu,.. betul.

AuntieYan said...

N,....KY pulak lain kesnya semasa awal-awal memblog dulu dah kena. Rasa tersentap jugaklah pada mulanya. Ada satu comment tu masuk dia kata KY punya cerita dia dah pernah terbaca somewhere before...so, macam KY ni cedok cerita orang dan konon-konon cerita yang KY experience!!! .Dia siap bagi url untuk KY pi baca...ah..KY tak kuasa lah...Frust jugaklah bila orang komen cam tu..walhal apa yang KY dok cerita kat blog, terutamanya tentang diri dan keluarga adalah true story.Mungkin secara kebetulan, sama pulak dengan apa yang dia pernah terbaca tu.
Buat apa kita nak tipu kan?...nak percaya atau tidak terpulanglahkan?...anyway, kita memang tak dapat nak sekat apa orang nak komen. Bukan kita tak boleh terima komen yang -ve tu....kita terima, tapi janganlah sampai anggappan pembaca lain terhadap kita pun turut jadi -ve...tu sajalah.

p/s:Perasan?...KY sokmo perasan muda ...;-)

AuntyN said...

anggerik & marlinda : Ni yang payah ni, hangpa ingat AN, hangpa ingat makan saja ni (koay teow lah, mee udang lah) hehehe.
Anyway, I welcome CONSTRUCTIVE comments and CRITICS. Tapi berani lah bubuh nama, senang I nak address directly.

Tuan Presiden (anfc????): Terimakasih lerr banyak2 for the support. Tak kan sampai tahap ada FC kut. Ni dah terlebih PERASAN ni hehehe.
btw, Maam pun baca blog ni? Kirim salam cium pipi kat maam ye. Sekali sekali tegur2 lerr use nick as Tj's Maam boleh???

Kak Yan : Isyy, sampai macam tu sekali. DUGAAN no berblog pun. Betui lah, mana nak tahu kan ada persamaan tu.

AuntyN said...

onde2: Aminnn. Terimakasih. Selamat Tahun Baru jugak.

Anonymous said...

auntyN, kalau ada anfc nanti kami tak mau mai lah sini, dah tahap mawi punye femes

BTW, jgn tergezut nengok nick baru kami

AuntyN said...

Ni a.k.a goncarian : Apa hal asyik dok tukaq saja ni? :-)

Isyyy, tak kuasa lah nak ber FC. Jangan dok risau pasai tu lah. Saja si TJ yang dok menyakat je tu hehehe. Tapi kembang b**t*t jugak lah ni hehehe. *Isyy perasan!!*

Kunci said...

Terpaksa saya baca entry sebelumnya setelah baca entry ini. Tak rasa ada unsur perasan pun, hanya catatan kronologi event saja. I donce understand.

AuntyN said...

kunci : Itu yang tak faham tu. Kat mana bunyi "perasan" tu. Maybe tak faham English kut :-)

Anonymous said...

AN,

All these while, saya jadi silent reader n adalah comment sekali dua under the Anon's identity. Tetapi quite terkejut dgn comment dari Anon itu.

Hmm...keep blogging AN. Your personal experiences is worth reading.

AuntyN said...

zi : Thanks, one negative comment will not deter me from blogging. Just to put a message accross. That's all.

Anonymous said...

AN :

Sssssyy.

Maam selalu ada di sini. :-))

AuntyN said...

Tj : Ye ke? Tak pe, Tj baik kan? hehehe

Anonymous said...

AuntyN, anggaplah anon tu sekor nyamuk yg layak disembur ridsect jua adanya.. boleh gitu?

Nazrah Leopolis said...

aunty N: betul kata cyberdad, kalau takde ridsect, baygon pun boleh.

lagipun AN tak kacau orang ma...relaxlah ok cik/encik anon.

aNIe said...

Kak N...alah biarlah dengan anonymous tu...janji kita tak ganggu orang...kalau kita nak perasan ke nak aper ke...blog kita...bukan kita perasan kat blog orang...kita punya suka lah nak tulis aper kat blog kita kan kak N....mcm ni punya manusia pun ade...hehehhe...panas sekejap hati bila baca ade jugak orang yang camni....dunia..dunia...

AuntyN said...

CD & faux (foxynye u ni? : Sheildtox pun boleh kan, kan? :-)

Lady : Dah OK dah ni, cuma kalau dia boleh buat kat sini sure kat tempat lain pun dia buat jugak. Gempaq je tu hehehe

Anonymous said...

Aiseh..lambat bagi komen...

saya pun baru kena komen from Ano nih..tapi depa nih betui2 penakut la..pasai menyorok disebalik nama Anon...sungguh hampess betui...

anyway, teruskan menulis..ramai lagi nak baca nih..

:)

Anonymous said...

alahai aunty.. =) maintain cool k. biaq pi la nila yg setitik. tak dapat komen pjg sini, kang mencemar duli laks. hehee.. ada la sy komen sket dlm entry terbaru.. free2 gebang lagik ya..

AuntyN said...

oren : apasal diorang ni kan? cuba2 tulis blog lah so that diorang faham perasaan kita jadi macam tu kan.
jangan risau lah, sure kalau termampu tak berenti menulis :-)

fatihah : amboi sampai mencemar duli, karang tak tahan daulat susah oooo. hehehe

pb : sorry termiss your komen tu.

Glemer kat cyberspace ni tak macam glemer AF tu. nak perasan femes pun kita je yang dok syok sendiri kan, sbb segelintir je yang kenal as a person pun. Hehehe.

AuntyN said...

JB : hahaha, relaks lah ni. Kalau tak dah keluat segala sumpah serapah tu hehehe.

ety said...

AN,
ME baru sampai dari Sg. Petani 6.00pg tadi dan terus gi keje.(6.1.06)semalam mengiringi jenazah best friend Apak untuk kebumi kat kampung dia. Meninggal on the spot terlanggar devider depan KLCC. bonet depan Kereta perdana dia hancur.Kuar berita kat tv, masa tu arwah masih berada dalam kereta masa tu pihak bomba sedang keluarkan beliau. ME dan Apak berada kat HKL uruskan jenazah since subuh. Alhamdulillah everthing run smoothly. ME dan Apak singgah Sg. Dua makan Mee Udang dan dok teringat AN....kat mana kah adinda AN tinggal ni...Apak contact staff dia kat B'worth..mintak tunjuk arah dan tak payah escort la....masa tu nearly midnight, gerai kat tepi paya....(dah banyak kali staff dia bawak gi makan kat situ, tapi masih lupa gak!)

AuntyN said...

ety : Alfatihah untuk arwah.

Oh jumpa lah Mee Udang? Tak pa lah, nanti kalau ada rancangan nak datang lagi kita contact2 OK :-)

meandbaby said...

AN, tang mana yg perasan nya...tak sangka nak berblog pun banyak dugaannya...bak kata org Perak..Ate..lantoknye le!

Anonymous said...

I hope the ANON commentor from the previous entry is reading this :

The last paragraph of AN's entry reads :

"What would 2006 brings ? The next generations I would think. OH NO...... it is too fast, by next year have to change my nick from AuntyN to GrandAuntyN.........muahhhhhaahhhaaa!!! "

The confusion here is the word GRAND.

Si anon ni kureng pengetahuan bahasa Inggeris. His/Her England is not powderful enough to understand that the term " GRANDAUNTY" bermakna NENEK SEDARA.

Mungkin juga si anon kureng pengetahuan biology - untuk memahami maksud entry AN yang menceritakan hal perkahwinan anak-anak sedara nya dan kemungkinan apa yang akan bertambah setahun dari itu. Mungkin si anon ingat bayi-bayi yang ada sekarang - semua keluar dari pokok buluh betung agaknya.

Apa-apa pun, lain kali - kalau tak paham - tanya. Ni tak, ikut sedap aje hentam orang. Kan dah kena cop bodoh sombong.

AuntyN said...

Cikgu bahasa : Wah!!! your bahasa England very the powderful one lorr...:-)

Tak terfikir macam tu pulak tapi, kalau ye lah, Isyyy, nak jadi GrandAunty=Nenek tu pun di panggil perasan sure lah something is wrong somewhere no cikgu?

Itulah kan kalau tak faham angkat tanggan tanya.

Anonymous said...

isk isk...usah dilayan le anon tu...kalo dilayan, sama je la korang ngan dia...tak perlu la ambil serius ye auntyN.

AuntyN said...

intan : Tak de ambik serius sangat pun. Tapi one good thing ialah, entry ni belum dapat "anonymous" komen lagi. Semua dah ada nama tu. Kan elok gitu? Senang nak address reply tak orang yang bernama dari yang tak de nama, kan,kan, kan?

Anonymous said...

Hi #NAME#. Just found your site via peapod. Although I was looking for peapod I was glad i came upon your site. Thanks for the read!

bagus adinda said...

good job