January 13, 2006

Beraya Atas Katil

Tak sangka pulak aku akan menjadi begitu sibuk atas hal-hal ofis dalam seminggu dua ni. Selalunya aku tak lah sibuk sangat. Itu yang boleh sangat berinternet secara "haram" dari ofis tu. Tahu pun aku ni kan, perasan pun aku ni yang aku dok guna fasiliti ofis untuk tujuan surfin tenet ni kan?.

Aku memang lucky sebab lepas di belanja makan oleh Arc dan suami dia, NR , kat Secret Recipe tu, aku suruh diorang terus hantar ke KLIA. Aku memang dah check-in dari Penang lagi, tapi bila sampai je kat KLIA aku terus pergi ke standby counter. Alhamdulillah, ada flight pukul 8.40 malam yang masih ada kekosongan tu. Jadi, cuma sempat peluk2 dengan Arc, husband dia NR pergi surau nak solat maghrib, terus aku masuk. Sampai rumah, awal sedikitlah dari jangkaan mula tu. Jadi dah lah rezeki makan free, dapat balik awal pulak tu. Boleh terkam PC cepat sikit malam tu hehehe.

Dari malam raya tu pun aku dah mula rasa letih sangat, badan, terutama bahagian pinggang sakit sungguh. Bukan apa pun aku datang period lah tu. Jadinya sempat bercanda kejap di YM dengan kawan-kawan aku, aku pun mintak diri nak tidur. Hubby tak ada malam tu sebab dia pergi tahlil yang Pak Lah dan keluarga adakan di Kepala Batas untuk Arwah Datin Seri Endon dan Arwah Datuk Kailan (Ibu Pak Lah). Tujuan aku memang nak tidur awal, sebab aku nak bangun awal pagi raya nak masak.

Awal jugak lah aku bangun tu, dah mula bersilat kat dapur, bila dah selesai masak nasi minyak dan lauk ayam tu aku pun pergi mandi. Mak oi, kepala aku berdenyut macam nak pecah rasanya. Apalagi aku bungkus kepala dengan tuala, tarik selimut dan tidur sampai lewat petang. Terdengar jugak suara anak-anak adik aku yang datang, aku tak bangun pun. Anak-anak aku setiap kali sedara datang ada datang beritahu aku, aku tak jugak bangun. Aku suruh diorang cakap aku demam je tu. Hubby dan anak-anak yang melayan diorang sampai hubby keluar untuk pergi servis kereta. Sebelum dia keluar aku sempat mintak 2 biji Panadol dan air. Aku sambung balik tidur. Sepanjang siang hari raya tu berkorban anak2 aku melayan mak dan bapak sedara diorang yang datang. Aku beraya atas katil je tu.

Dekat nak maghrib baru aku bangun. Masih ramai jugak adik beradik aku yang ada kat rumah. Aku mula lah dok panaskan lauk pauk, nasi dan sebagai. Kemas apa yang patut, terutama dapur yang agak bersepah jugak tu. Buang sampah, basuh periuk belanga, siapkan hidangan untuk mak nak makan. Sambil dok tunggu mak makan aku gosok baju sebanyak mungkin. Tengah malam baru aku tidur balik. Tak sempat nak tidur terlalu lena, aku dah kena bangun semula pada pukul 3.30 pagi. Aku masak nasi untuk mak, letakkan pinggan, cawan. tin Milo dan gula atas meja supaya senang mak ambik sendiri. Tak payah dia nak berjalan terlalu jauh nak ambik itu ini.

Pukul 4.30 pagi aku dan hubby bertolak keluar dari rumah menuju ke KL sekali lagi. Aku ada meeting di Cyberjaya pukul 10.00 pagi dan kami memang bercadang ambik Kak Long balik sekali dengan kami sebab dia dah habis exam tu. Kak Long cuti 3 minngu jadi boleh lah dia jadi penunggu rumah temankan maktok dan buat sesikit kerja rumah. Dah habis semua urusan, kami bertolak balik ke Penang, sampai rumah semula dah pukul 1.00 pagi hari raya kedua. Dalam perjalanan pun aku banyak tidur, hubby yang drive pergi balik tu.

Apa lagi nak kata memang aku beraya dengan tidur je tu.................Konon, konon tu Hari Raya Qurban lah kan. :-).

23 comments:

AuntieYan. said...

Ya...ya..ya...raya 'korban' sungguh nooooo!!:-)

AuntyN said...

Kak Yan : Lagu P Ramlee...

Berkorban apa saja
Harta atau pun Nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan sejiwa.....

Hehehe

Kak Lady said...

Kak N...berkorban sungguh ye...heheh...lady ni 'bertahun baru' dlm selimut...yang kak N plak...'beraya korban' dlm selimut...seb baik tak blogging dlm selimut... :P

cL said...

haikkkk AY, kLady...cepat awak berdua komen kali nih. nih mesti ada detector nih.....

to be frank, saya pun berinternet secara 'haram' kat opis. why ? sbb saya boring, buhsan. ala...if saya tak pakai pun, bill sama je. lagipun apa lagi yg boleh saya buat selain dr surfing? blog hopping? main solitaire??? dan skrg saya agak BZ jadi pengundi HANTU kat blog joe...????

takkan nak pi carik kutu kot???

ngeh ngeh ngeh...

p/s : komen pasal hari raya saya boleh dibaca di blog kLady. ehh...ble ke buat annoucement camni?? hahahaa...tak makan saman btol laa kau ni cL!!!

AuntyN said...

lady : dok cari gambar org tidur dgn pc. Dulu ada sekarang tak jumpa. Tidak tu nak jugak upload gambar tu kat sini.

cL : glad to see u here again *nyesal aku* hehehehe.

~ahni~ said...

auntyN dah sihat ka?

Audra said...

Kak N,

Haaa kan dah demam raya... bukan apa, tak cukup rest tu. So lepas ni rest lebih sikit yer.. (read: bukan tidur.. just relax)

P/S: Saya beraya dengan beberapa perasaan yang tidak positif, dan melawat kawan baik yang beraya di hospital..

AuntyN said...

Ni : Alhamdulillah boleh lah tahan. Badan dah lama :-) Biasalah kan....

Audra : Isyy nape and sapa? Cheer up OK. Pasall tidur tu, maybe daah balik semula dah bio time tu :-)

cL said...

eeeeeeeeeehhhh AN

dalam benci ada rindu tuu....

kehkehkehkeh.....

p/s : niari cL dlm mode sawan. AY pun dah fedap layan karenah cL!!!

easylady said...

dapar rasakan AN memang penat.. KAlau saya moh cepat naik angin..

Dulu masa baru pindah rumah,hari ketiga kawan ajak gi seminar kat seremban..dia bawa kete. HAti memang rasa tak nak gi sebab rasa macam rumah tak bersiap lagi.. Dek kesian kan dia, gi jugaklah..

Sampai sana, saya tidor kepenatan sepanjang seminar.Dapat makan free aje..Intipati seminar satu apapun tak dapat..

SO AN tidorlah kalu dah penat..

d'arkampo said...

kak N...

Kak N dah bukan macam 15 tahun dulu.

Rehat banyak-banyak.

AuntyN said...

cL : sabar je lah dengan dia ni sorang ni :-)

easylady : nasib jugak dapat makan free tu.

Po : Ye lah, dah tua kan hu hu hu.

Thanks for the concern. No worry, rehat banyak sangat dah ni :-)

Count Byron said...

AuntyN

Hubby memang penyabar dan amat baik. Drive ke Putrajaya, pukul 4.30 pagi bertolak dari Penang. AN tidur sepanjang perjalanan... bunyi sebijik macam Countess.. she sleeps like a baby when driven. Count pandai2 la celikkan mata.

Tapi jika Hubby mengantuk, pesan supaya dia berhenti refresh k, AN?

Love your entry.

marlinda said...

AuntyN
Kadang2 only my husband biaq saya tidoq while he drives heheh...betuah sungguh AN... *jeles tahap gaban lagi hehe*

AuntyN said...

Count : Selalu tu, kami ganti-ganti drive sepanjang jalan. DIa drive sampai Tapah, I will drive sampai KL or vice versa. Cuma hari tu terlalu penat. Jadi drive dari Bukit Gantang sampai rumah jugak lah. Refresh for sure. Thank you

marlinda : jeles? jangan lerr, you lagi bertuah.

cL said...

next entry AN bertajuk :

'BERAYA BAWAH KATIL'

sbb...tenseng & bengkek dengar cina main mercun!!


heh heh heh heh heh

ety said...

Salam AN, La...demam ka?...'super mom' kekadang demam gak...take a break. ME kekadang malas nak nulis walhal ada banyak nak ditulis.....
on the 5th Jan, ME gi hantar jenazah best frienf Hubby di Sg. Petani utara, balik dah lewat malam singgah makan mee udang kat Sg.Dua..teringat AN...Kat mana ya?

AuntyN said...

cL : apa2 lah awek sorang ni, suruh buka blog tak nak pulak.

ety: Ada ni kat rumah masa tu. Dah tak cakap nak datang tak tahu lah. Demam dah baik dah ni.

open365dayz said...

Hi #NAME#. Just found your site via playboy. Although I was looking for playboy I was glad i came upon your site. Thanks for the read!

Home Based Business Work said...

Nice blog. I seen the site and I adored the work,
that I want to visit it more each day! I like
searching for blogs that have the same content like
this one!
Check out my home based business lead blog, please!

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it
http://www.porsche-0.info/Porscheaftermarketparts.html

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. »

Anonymous said...

Excellent, love it! I dream of jeannie slots online Honda eg3500 pdf Eyeglasses + viva optic aquamarine jewelry sets golf clubs Olathe travel blackjack Cordless headset for sanyo cellular phone Attorney lawsuit settlement law mesothelioma11 Desperate teens naked cheap butalbital Contract cruise holmes katie tom Green tea vitamin k Anal world record Ford bronco air cleaner To determine bra sizes