January 16, 2006

Nasi Susu

Hari khamis lepas, 2 hari lepas raya AidilAdha tu (Raya ke-3), aku kerja. Hubby tak kerja. Dia banyak cuti tahunan walhal aku tak banyak, jadi macamana pun kena jugak ke ofis. Padahal malam sebelum tu sampai rumah dari Cyberjaya dah pun pukul 1.00 pagi.

Balik dari kerja, hubby panggil aku, masa tu anak2 semua bersama dengan baba diorang tu.

Hubby : "N, tadi I masak nasi susu."

Syia mencelah : "Nasi susu? patut la, kucing makan sampai habis. "

Habis semua gelak. Syia tak jumpa nasi putih jadi dia siap ambik je nasi yang ada dalam rice cooker tu. Tak tahu menahu itu nasi yang hubby masak.

Aku : "Nasi susu? Nasi apa tu?"

Aku ingat dia beli, mungkin resipi baru kat mana2 kedai yang baru buka. Dia cuka mencuba sesuatu yang baru.

Hubby : "I nak masak nasi minyak, tapi bila dah masak rasa macam susu tu."

Aku : "Ohhhh, masak macam mana?"

Hubby : "Macam you masak lah, tumis bawang dengan minyak sapi, bubuh susu, air. Bila dah mendidih masukkan beras lah. Beras 4 air 5. "

Aku : "Bubuh rempah2 tak? (Kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang tu)"

Hubby : "Tak pun. Tapi ( tak mau kalah ni) Nasi jadi elok, tak lembik macam you masak hari raya tu. Cuma bau dan rasa susu saja lah."

Aku : "Tak pa lah satgi tengok macam mana nak repair tu."

Lepas tu aku mula lah operasi "merepair" nasi susu nak dijadikan nasi minyak. Aku tumis bawang dalam minyak sapi bercampur margerin dan minyak masak sedikit. Aku masukkan dua tiga helai daun pandan. Tumis sekali rempah ratus tu, campur jugak kismis dan badam. Akhir sekali aku masukkan nasi kedalam tumisan tu. Baunya harum semerbak, campurkan sedikit garam lagi. Sedap dah nasi tu jadinya.

Walaupun bukan aku nak puji hubby aku ni, tapi dia memang boleh di ajak berkongsi tanggungjawab membuat kerja rumah. Aku tak suruh pun dia masak nasi, sebab pagi tu aku dah masak lauk, Kak Long ada kat rumah jadi aku memang dah beritahu Kak Long tugas dia semasa dia kat rumah tu. Tak sangka lah hubby nak masak pulak hari tu. Hari lain pun dia tolong buat jugak kerja rumah, dia sidaikan baju, dia pun ada sekali masa aku bawak Kak Lang aku shopping hari tu tolong siangkan ikan. Dia yang volunteer, bukan aku nak suruh.

Mak aku selalu cerita arwah ayah tak pernah nak tolong buat kerja rumah. Jaga anak-anak pun dia susah nak buat. Makan minum semua kena sediakan. Basuh pinggan makan pun tak pernah. Tu yang kadang-kadang kalau dia tengok hubby masuk dapur, bancuh sendiri air sebagainya dia akan tegur aku pulak. Hubby tak kisah, sebab dia selalu cerita, dari dulu masa arwah ayah dia ada, memang dia di train macam tu. Masa Arwah MIL membela kakak2nya bersalin, hubby dan arwah ayah dia lah yang memasak dan membuat kerja rumah kat rumah diorang tu. Siap tulis dan lekatkan resipi kat dinding lagi. Kalau sapu laman, membelek pokok2 tu memang dah tak payah cakap lah, itu hobby dia.

Abang2 aku pun walaupun masa duduk dengan mak tak pernah di train untuk buat kerja2 rumah, tapi aku tengok diorang masuk dapur jugak. Abang Long tu pada aku masakan dia lebih sedap dari masakan isteri dia. Aku pun kalah dengan dia tu.

Antara ipar2 lelaki, abang ipar aku memang tipikal lelaki yang beranggapan kerja rumah adalah hak mutlak responsibility orang perempuan. Semua kerja kakak aku je yang buat. Sampai jaga anak pun dia lepas tangan. Aku ingat sekali kakak aku tension dengan suami dia, langsung dia "lari" dari rumah. Dia datang rumah mak ayah aku, tinggalkan anak2 dengan abang ipar aku. Tanpa pengetahuan abang ipar aku tu. Dia saja je nak nak sedarkan laki dia tu sebenarnya tu. Kelam kabut abang ipar cari kakak ke sana kemari. Lepas tu baru dia mahu jaga anak2 dia semasa kakak aku buat kerja rumah. :-)

Adik ipar lelaki aku (suami adik S tu), lain pulak. Dia suka masak. Dia ni memang suka masuk dapur, buat kerja rumah gitu. Tapi apa motif dia aku tak tahu. Cuma yang aku tahu dia selalu kata adik aku tak masak untuk dia. Ada udang di sebalik mee agaknya tu. Dah tak suka jadi macam2 alasan lah.

Sekarang ni kalau tak share kerja rumah antara suami isteri memang susah dan tak patutlah pada pandangan aku. Sebab kebanyakan, suami isteri dua2 bekerja, cari nafkah. Balik rumah dua2 penat, tak kan bila gaji di sumbang berdua untuk rumah tangga, kerja rumah sorang je buat. Tak kan bila kat ofis kena jadi "kuli" balik rumah nak jadi boss sajakan. It should all be fair in love and "play".

Tak kan jatuh maruah lelaki atau suami yang menolong masak, basuh kain, ampai kain, siang ikan, jaga anak etc.etc tu. Yang aku ingatlah Nabi dan Khalifah2 Omar dan Ali pun tolong isteri2 depa tu. Kalau nak kawin lebih sebab nak ikut sunnah Nabi, yang lain-lain pun kena lah ikut sunnah jugak. Tak gitu?

32 comments:

AuntieYan said...

N, memang bernasib baik dapat suami macam tu...walaupun tak ramai suami yg. suka membantu, tapi masih ada jugak suami mithali tuh...Cik Dinku memang tak berapa rajin kalau bab-bab dapur...dia rajin makan je. Takat basuh pinggan tu ok le...memasak out!!!
Tapi, dia ada tugas lain...dia suka gosok baju...so, dia akan buat all the ironing..KY iron baju sendiri je...;-)
Tugas mengemop lantai dia pajak le...tu pun kira ok lah kan...ada suami tu asyik nak jadi pengarah je...:-(

Nazrah Leopolis said...

yeah la, jadi isteri pun tak boleh demand lebih2 kan...esp housewives like me, kita penat kat rumah, suami lagi penat kat luar cari rezeki. tapi hari cuti patutnya share la duties eh. my abang pun berdikari bab baju dan jaga anak. mak dia kata, dia pandai buat biskut raya(wallahua'alam) tapi memang tak kekok kat dapur kalau suruh goreng2 benda.Alhamdulillah. Asal jgn suruh dia cebok budak. Yang tu lepat liat sikit.
Kadang2 tu macam I ni, dah bagi betis nak peha.

Arena said...

Huhuhu, my Ed buat jugak kerja rumah. Walaupun selalu geram sebab dia balik kerja saja dok main game, tapi at least bila dia rasa guilty dia akan berenti kejap basuh,jemur dan lipat kain. Elok jugak Arena memang malas tol bab kain2 nih..

Tapi kalau bab dapor memang lah liat. Air kosong pon arena kena amekkan. Selama kawen ni pernah nampak dia goreng telur dan maggi jek, kakakka hopeless di dapor. Tapi arena train dia jadik handyman kat rumah, walaupun kebanyakannya arena leh buat, hehehhe..

AuntyN said...

Kak Yan, Nazrah dan arena : Tu kira dah patut syukur tu. At least ringan tangan nak menolong, Apa yang termampu je lah kan. Yang tak suka tu, yang suka mengarah je, sampai nak ambik air pun kita kena buat kan tu.

Anonymous said...

my hubby pun ok bab2 tolong2 ni...sometimes dia tolong sapu bilik, lipat baju or basuh pinggan. ni mmg kerja yg selalu dia tolong kalau saya buat kerja lain. lepas bersalin dulu mmg dia yg take over, siapkan baby semua dia buat mak bantu mana2 yg patut je....cuma bab masak tu rasanya mmg dia fail..sejak kawim tak pernah nampak dia masak apa2pun kecuali goreng keropok...tapi dia kata dia boleh masak coz masa dia study kat UK dia ada turn memasak. since saya tak pernah nampak/rasa dia masak so saya tetap kata dia fail bab memasak kekekekeke

Sya said...

Auntyn.. bertuah aunty, betul kata aunty tak jatuh maruah seorang lelaki kalau membantu isteri.

Anonymous said...

Saya ni fulltime homemaker. Jadi bak kata org, takkan la daily work my husband nak tolong kan? Tapi alhamdulilah lah. Kalau pasal jaga anak tu, insya Allah bulih lagik dibuatnya. Bab memasak pon dia lepas, especially bila dia tengok kita penat or tak sihat.
Tapi kadang2 tu kena diminta tolong jugak, suami of mine tu...

Anonymous said...

pelik gak bila fikir balik husband zaman dulu -- macam raja betullah. sekarang dah ramai open minded, shared the responsibilities & chores.

Anonymous said...

I believe that marriage is a partnership not slavery. ;)

AuntyN said...

Edryna : Alhamdulillah dapat husband yang rajin menolong.

Sya : So far so good lah. Kadang2 tu ada yang fikir semua kerja rumah tu tugas mutlak perempuan tu.

marlinda : kalau dah fulltime homemaker tu dah jadi tugaslah kan. Tapi bagus dapat suami yang openminded gitu.

CD : I think budaya Melayu dulu2 yang buat kan orang kita, berpendapat macam tu. Mak2 melatih anak2 teruna supaya jangan masuk dapur, buat kerja rumah, makan minum semua di hidang, tempat tidur pun dulu2 dia haampar untuk diorang. Jadi nak salahkan sapa kan? Sekarang dah ramai yang open minded dah, share tugas bersama tu.

audra : that's the message,my dear. Parnership!!

Anonymous said...

kak N,

Saya bab-bab lain saya memang buat.Basuh baju, sidai baju, jaga anak, basuh pinggan etc etc.

Tapi, bab-bab masak memang saya tak reti walaupun saya berharap saya ada 'that touch of magic in cooking'. Mungkin sebab arwah ayah dulu memang tak pernah ke dapur tolong mak masak.

Kalau saya nak masak, saya pi 'dapur' luar rumah. Masak, makan,bayar.

Tapi, bila isteri nak tolong mesin rumput kat laman eh?

he he.

meandbaby said...

AN, rasanya hubby zaman skang nih memang ringan tulang..dah mau tlg-tlg...mcm hubby saya mau le dia mandikan bebudak,tlg pakaikan baju,kemas mainan bebudak,bangun malam buat susu..ke dapur pun rajin tp bila dah lapar sangat le, tlg kacau mana yg patut dengan harapan bila tlg kacau tu lauk cepat masak..he!he!

Anonymous said...

betul..betul.. *sokong* *sokong*

heheheee...

"Yang aku ingatlah Nabi dan Khalifah2 Omar dan Ali pun tolong isteri2 depa tu. Kalau nak kawin lebih sebab nak ikut sunnah Nabi, yang lain-lain pun kena lah ikut sunnah jugak. Tak gitu?"

yea...mmg begituuuuu auntyN.. ;)

hv a nice day aunty!

Mutiara said...

I like to mow the yard on the riding mower.

AuntyN said...

Po : Dulu masa kami ada lawn mover, I pun tolong potong rumput. La ni saja upah orang potong sebab kena guna mesin tangan tu.
Tu Kak Sal kata dia suka moe thw lawn jugak tu.

onde2/adnilsa/meandbaby : kan ringan sikit kerja kalau tolong menolong kan? Maufakat membawa berkat kan.

fatihah : nanti kalau dahjumpa calon tu,train lah share buat kerja rumah OK? *wink, wink* Have a nice day to u too.

Kak Mutiara : Kalau ride on the lawn mower I don't mind too. Tapi,kat sini tempat berumput bertabran, kena pakai yg org kandar kat belakang tu, tak mampu lahnak buat.

Count Byron said...

Auntyn, I like your family. Great hubby you have. I used to cook for the wife, but only to give her some confidence.. once she is .. I never looked back.. she is the best cook (for me and my juniors - we never doubt that fact, not once).
Cuci pinggan sendiri ada lah count buat..eh itu dah cerita dulu.

Great entry auntyn.

MA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AuntyN said...

Count : Thank you, I am sure I will like you family too. I am blessed with a good family (hubby and children). We have our ups and downs in the family but nothing worse than other family. I have so much to syukur for actually.

aNIe said...

Kak N...beruntung dpt hubby camtu kan? Hubby lady ni memang tak buat kerja rumah, kalau hal anak2..buat susu ke aper ke memang tak pernah...sebabnya...ialah mertua lady tu tak boleh tengok anak dia buat keje, walaupun cuci pinggan sebiji...so untuk mengelakkan lady yang kene sindir nanti hubby tak buat ape2 kerja dan lady tak benarkan....

Tapi bila kami duduk sendiri..pandai pulak dia tolong cuci pinggan...sapu halaman rumah...ade masa rajin jugak menolong lady kat dapur..

AuntyN said...

Lady : Arwah MIL tak kisah anak2 lelaki dia buat kerja rumah. My mak yang selalu tegur bila hubby dol masuk dapur, buat air sendiri. Sampai kadang2 I had to tell my mak yang I tak suruh hubby buat dia yang buat sendiri tu.
Syukur kan dapat husband macam ni?

Anonymous said...

AuntyN :

This is a Gem, he he

"Hubby : "Tak pun. Tapi ( tak mau kalah ni) Nasi jadi elok, tak lembik macam you masak hari raya tu. Cuma bau dan rasa susu saja lah."

ety said...

Alhamdulillah, Apak rajin tolong ME kat rumah...masak ke, kemas ke...Staff dia pun tahu dia pandai masak....All my brothers pandai masak...selalunya special dish la..nasi minyak, beriani dan siap bagitau apa rasa yang kurang kalau kita masak!!...

ety said...

Tambah skit...masa kami kat U.K, Apak suka sangat makan fruit cake, Sampai ME ajar dia buat fruit cake dan bila dia buat lagi sedap...apa ditambahnya pun tak tau...balik Mesia dia dah tak buat lagi....kata dia bolih order kengkawan atau staff dia buatkan!!..auta betul !!!...

AuntyN said...

TJ : Biasalah mana lelaki mahu kalah kan? hehehe

ety : wah pandai tu, masak memacam si Apak tu, kalau turun KL boleh singgah makan kat rumah ety ke? :-)

AuntyN said...

nora : itu OK lah tu, dia tak tolong sebab dia dah upah orang tolong tu (maid tu dia bayar kan?)

Anonymous said...

dulu hubby saya rajin sungguh menolong saya membuat keje2 rumah..masa baru2 kawin..masa dapat anak sulung. Tapi sejak2 ada maid..ewah2..tak serajin dulu lagi dah..hehe. Sekali skala jaa menolong atau bila maid balik cuti ke Indon.

KakNi said...

kalau dapat partnet tak sporting memang susah

KakNi said...

sori- salah eja: partnet=partner

AuntyN said...

Ni :: Susah nak cakap pasal tu no. Mungkin jodoh jugak lah tu kan

Anonymous said...

hi aunty,

best kan kalau dapat hubby yang very de understanding one.. macam kite,alhamdulillah nak gak hubby tu tolong setelkan hal-hal yang berkaitan ngan anak-anak.. esp bangun malam buat susu..yg ni kiranya dah sain kontrak,..hehehe...cuma bab memasak aje yg dia takleh nak gi..tak pandai, lagipun, awak masak kan sodap.. sajela tu...kira setakat ni okey... takde nak masam-masam muka pasal job delegation kat rumah...

anyway, kiranye hubby auntie nak gak turun ke dapur, respek giler...

tee..

AuntyN said...

tee : Tak kiralah apa dia nak tolong asal dia share tanggungjawab tu bukan kita je yang kena buat semua tu.

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! Ohio pta scholarship hiv health insurance dvs footwear offical website Skin care product testing lab Car seat cover pet Neptune soccer tournament laser tattoo removal grafton Honda sabre 2006 reviews Ca winning lotto Anti depressants and pregnancy citzen watch company