January 26, 2006

Sental B*nt*t.........Kuali Lerrr

Amboi, amboi, amboi!!!. Seronok bukan main semua yang baca cerita Bila Larut Malam tu ye? :-). :-) Harap-harap yang baca tu semuanya yang atas 18 tahun. Jangan marah aku lah kalau korang yang berfikiran kelabu ke biru ke, hijau ke, atau apa-apa kaler lah OK. Semua tu cuma hiburan je lah. Please take it like that. It may have happened at the same time it may have not happened. As for a sequel....................that is another story altogether. *wink, wink*

Last weekend, memanglah seperti biasa weekend yang sibuk. Dah tu aku kan tension. Jadi aku ambik keputusan nak buat kerja yang fizikal sikit. Biar banyak keluar peluh. Aku tensyen pun bukan pasal hal rumahtangga. Ada lah sedikit hal kat ofis tu yangbuat aku tension tu. Tak payahlah aku cerita kat sini sebab apa. Tak dapat sapa-sapa nak menolong pun.

Mak tak ada kat rumah. Dia ke rumah adik aku yang bongsu. Kata dia nak duduk sana lama sikit. Dia suruh adik aku ambik dia, jadi hari ahad diorang datang ambik dia di rumah kami. Jadi lepas aku masak untuk lunch, aku pun keluar rumah untuk menyapu sampah sarap kat belakang umah tu. Dah seminggu lebih dah tak bersapu. Banyak sangat dah daun-daun kering yang jatuh ke tanah. Habis aku korek celah-celah reban, celah-celah pokok dan akar pokok untuk daun-daun kering tu. Aku kumpul dan bakar. Seronok tengok belakang rumah bersih. Hubby bersihkan kawasan depan dan tepi rumah. Kawasan rumah kami banyak pokok jadi bila cuaca kering banyak daun kering yang luruh. Dulu bibik yang selalu sapu. Sekarang kami lah yang kena sapu sendiri. Anak-anak masa cuti sekolah ada jugak tolong sapu, tapi sekarang dah bersekolah jadi diorang sibuk dengan kelas, aktiviti-aktiviti koko dan tuisyen. Tengok diorang sibuk tu pun tak sampai hati aku nak suruh diorang sapu laman dah tu. Yang diorang buat setiap balik sekolah tu ialah, masukkan baju dalam mesin, bila dah habis tu jemur, kemudian angkat dan tolong lipat. Aku pun dah syukur dah diorang tolong ni pun.

Since kak long pun ada kat rumah, masak nasi hari2 dah jadi kerja dia. Nanti dia balik asrama, aku kena masak lah sebelum aku ke ofis. No problem lah tu. Dah habis sapu, berpeluh pun dah merecik2 aku masuk mandi dan solat. Lepas tu YMlah kejap konon nak rehatkan badan kan. Sampai asar jugak lah tu. Lepas asar baru masuk balik ke dapur. Dah nak kena tengok periuk belanga pulak dah. Dah lama dah aku tak sental b*nt*t belanga/kuali kecik aku tu. Dah tebal dah arang tu. Sampai kena kikis lah jugak tu. Tapi tak lah sampai putih, sebab dah tebal sangat tu. Penunu dapur pun aku sental jugak. Sebabkan dapur ni agak baru, jadi tak lah berapa teruk nak sental. Elok balik lah penunu tu. Tak lah berwarna coklat dah. Dah nampak warna asal chrome tu. Lenguh jugaklah tangan nak menyental tu. Seronok aku menyental agaknya sebab aku bayangkan yang aku sental tu muka orang yang bagi aku tension, keadaan yang buat aku tension. Lega kepala hotak aku jadinya...

Isnin aku cuti jugak. Setengah hari sebelah pagi di khaskan untuk berjemaah kat YM tu. Ada jugak sekali sekala aku keluar ampaikan kain baju, masukkan baju dalam mesin tu. Tapi sampai tengah hari aku baru nak mula acara mop lantai. Tak masak aku tengahari tu sebab banyak lagi lauk pauk dan juga semua dah fed-up makan nasi je sepanjang minggu. Aku cadang nak goreng kaoy tiew je pada petang tu. Lama jugak aku mop lantai hampir setengah hari jugaklah nak habiskan satu rumah aku tu. Bukan pasal rumah besar tapi aku ni jenis yang tak puas just mop sekali dengan air sabun je. Kena bila 2 kali lagi, sebab kita nak guna ruang untuk solat kan kena bersih lah. Tapi best sebab berpeluh satu badan masa mop tu. Cuma letih jelah.

Lepas mandi, aku goreng koaytiew, hubby kata dia balik lambat. Tu yang tadi boleh bercanda sampai tak masak tu. Sebab selalu kalau dia balik lambat dia dah makan dah. Hehehe. Hari Isnin pun ada pasar malam kat tempat aku, tak lah jauh tapi kena lah bekereta jugak tu. Pergi pasar malam sebab nak beli supply untuk minggu ini lah. Supply barang dapur tu. Aku beli ayam, udang dan telur ikan. Telur yang macam guli, itu kegemaran hubby tu. Dah jumpa kena jugaklah aku masakkan kari telur untuk dia. Kari ni macam kari ikan jugak cuma aku tambah daun kesum dan bunga kantan. Sedap tau.

Malam dah makan macam biasalah gosok baju sikit sebanyak. Berpeluh jugaklah. Namun aku akn make sure dalam 10 lebih tu aku siap kerja aku. Masa tu masa mengadap PC berjemaah dengan kawan-kawan. I need that time to keep my sanity. Masa tu masa aku nak merapu atau bertukar2 pendapat dengan kawan2. Anak2 kalau ada masalah datang cari aku. So far OK lah diorang tu, tak lah susah sangat nak bela pun hehehe. Alhamdulillah. Hubby pun tahu agaknya aku perlu masa untuk berihat dan bersembang dengan kawan2. Dia tu selalu tidur awal, tapi semenjak bibik tak ada ni aku tengok dia tak pulak nak tegur aku wasting time berchatting atau surf internet. Dia faham lah agaknya tu. Aku pun kena bagi hak dia jugak, bila time dia nak sembang apa-apa atau nak ajak tengok movie ka atau dating bersama tu kenalah ikut. Dah susah nak dating pun sekarang ni. Hari tu kami plan dah elok2 nak pergi tengok King Kong semua keluarga pun sampai hari ni tak jadi lagi. Movie pun dah habis tayang kat panggung tu kan hehe.

Naik boring dah agaknya asyik dok dengar cerita aktiviti aku saja ni. Mungkin minggu depan aku tulis topik yang berat sikit. Ni hari-hari dok dapat buah limau lokam ni sempena Tahun Baru Cina ni, sampai hubby pun dah demam dah. Apa lagi makin kalut lah aku kalau dia demam tu.

Aku dah tak ramai kawan-kawan berbangsa Cina di tempat kerja sekarang, tapi masih jugak ada kawan2 berbangsa Cina dari supplier, dan kawan2 ex-companies. Pada semua Selamat Tahun Baru Cina. Untuk yang lain-lain selamat bercuti.

17 comments:

Anonymous said...

Selamat bercuti Panjang AN. Your previous entry... remind me of myself, tapi normally I yang doze off dulu.... :)

RMS - aka blogger yang kekununnya dah quit

AuntyN said...

RMS : same to you. Dah penat tu sapa2 pun boleh terlelap dulu :-)

Bergen said...

Nice house, the way you described. Have a good holiday, ma'am. Stay healthy.

KakNi said...

auntyN- janganlah minum sehari 2 peket kopi tongkat ali tu- nanti 'hangat dalam', demam sat ni.. langsung tak dapat tapi dalam entry auntyN yang baru ni- rupa-rupanya dah demam pun uncle ye........

*geleng-geleng kepala*

aNIe said...

heheh...lady baru baca n3 Kak N bila larut malam tu...hahaha...mau tergolek lady baca...

Wah!! best ye kak N...kat umah ade reban...ayamnya banyak tak?

Errmm...rindu suasana kampung bila terbaca cerita rumah kak N...

SELAMAT BERCUTI KAK N....tak pi maner2 ke cuti panjang ni...

AuntyN said...

bergen : thanks, but I like your Dungun's house overlooking the sea and all. Happy hols to you .

ni : terimakasih kerana concern tu. Tapi kopi tu baru 1 packet yang di minum tu :-)

lady " reban je besar, ayam tak banyak pun ada lah dalam 5, 6 ekor je tu. Kami bela je tapi tak makan pun. Dulu banyak lah dah tu ajak adik ipar sembelih, tinggal yang belen2 je lah.

Zareda Norman said...

auntie N, baguih jugak terapi tu, sental bontot kualai sambil bayangkan menyental muka orang yang bagi kiter tensen.. hahahha

Sya said...

Auntyn.. lamanya tak dengar perkataan "penunu" tuh.. Dulu masa sekolah cikgu panggil penunu bunsen.

Eh.. Selamat Bercuti ..

Anonymous said...

AuntyN,

Cakap pasai menyapu, teringat masa dok kat kampung, teringat wa dok menyapu(tenang tengok laman bersih), jemoq bantai, kutip buah kabu, masa tengalong pelam, angin dok buih-buih, tokak pinang muda dalam bekas sireh, best sungguh...

AuntyN said...

Zareda : itulah terapi murah tak payah bayar duit hehehe.

sya : bahasabaku tu heheh, I ni kan science student dulu tu.

eddie : isyy orhang utagah ka ni? Tengalong buah pelam hahaha, baik2 kut kena saghang tebuan hehehe.

edrina said...

selamat bercuti..maybe time cuti pjg nanti time membersih & mengemas rumah...puaslah nanti menggosok buntut kuali sampai berkilat..... :-)

AuntyN said...

ed : haah, cuti panjang tu kena sambung bagi putihbontot periuk tu :-).

Anonymous said...

tenggalong tu natang apa eh..macam tanglong ka?

Anonymous said...

sebut reban ayam tak best...lau ayam baru best..betoi dak kak N..hehe

Count Byron said...

AN. Lovely entry. Sental kuali tu.. tapi jgn AN bawa kuali tu ke Kelantan.

Bukan sebab ada hantu macam Bergen cerita baru2 ni.. tapi disana b*nt*t kuali bertukar menjadi p*nt*t pula.. baru haru biru jadinya!

Yang jemaah tu tentu gelak habis..cubalah bawa cerita kuali ke kelantan pulak semasa berjemaah.. adalah ahli jemaah yg tak leh concentrate, ishh nanti batal kang!

Saya hanya beri cadangan aje *smile*

AuntyN said...

nora : tengalong tu macam punggai lah> Punggai tau ka? Kalau tak tau isyy ni orang utagha mai mana ni? Utagha celup kut.

Betui lag lau ayam. Dah pakai bahasa standard kena guna reban lah

Count : Hahaha, usul count akan dia bawak ke Jemaah dengan segera ni. Nak join ke? Malam minggu kami beronngeng lagi sakan tu entah entah ada sessi berpantun lagi tu. Itu pun kalau imam kami tak uzur lah hehehe

Anonymous said...

best regards, nice info » » »