March 01, 2006

Kerana Sayaaaaaangg..

Aku ngantuk sangat ni. Bukan ada siri "Bila larut Malam" semalam, tak pun Image hosting by Photobucket.
Puncanya, aku tak boleh nak tidur nyenyak sampai dah agak awal pagi. Aku pun tak sedar pukul berapa aku tidur.

Hubby dok "gaduh" nak demam. Orang utara kata "gaduh" tu bukan bergaduh kami laki bini. Tak. Maksudnya dia dok mengadu rasa badan tak sedap, macam nak demam. Dua tiga minggu ni dia sibuk dengan kerja ofis yang banyak kena kerja kat luar. Jadinya kadang2 sehari suntuk bagi training kat customers, kadang-kadang air pun katanya tak disediakan. Dah lah ceramah tu free saja, at least siapkan lah minuman untuk diorang tu. Bukan mahal pun kan air sebotol dua tu.

Balik rumah dah letih terus tidor. Agaknya panas2, masuk keluar aircond apa lagi sure tak tahan badan yang dah lama tu kan. Lepas tu kata dia rasa macam ada bisul pulak nak tumbuh, bertambah reba bisul sama tu. Pagi tadi aku rendamkan teh misai kucing untuk dia minum.

Jadinya, semalam, aku kena dok layan dia sembang. Dah tu nak on kan fan kuat-kuat sikit dia dah sejuk. Pakai selimut pun dok sejuk lagi. Body warmth pun tak cukup kata dia hehehe. Bila fan tu slow, mula lah sang nyamuk dok berterbangan kat telinga aku. Nyamuk gigit dah lah satu hal, gatal habis lengan aku tu, dah tu dok buat muzik yang tak sedap didengar kat telinga. Aku tampar pun ada lah kena 1, 2 ekor je. Makin lama terasa makin banyak. Tak tahan aku di buatnya. Lama2 tak tahan, aku pergi cari panadol kat dalam bag ubatan mak (aku jarang simpan ubat2 kat rumah), bagi hubby makan 2 biji, tambah satu lagi selimut kat dia, aku onkan fan kuat sikit. Tak lama dah dengar bunyi dengkuran hubby kat telinga. Baru tak dengar bunyi nyamuk, langsung boleh tidor.

Minggu ni pun kami banyak spend time berdua-duaan kat luar. Ahad tu kami ke Gurney Plaza nun di island sana tu. Hubby dok mention nak beli kasut lama dah. Kasut dah bertahun tak tukar, dah sampai nak berlubang tapak tu dah. Kami macam ni lah, bila dah rosak baru beli baru, untuk anak-anak pun sama. Dua tiga minggu lepas dia ada tengok kat Megamall Prai tu, ada satu dia berkenan tapi dia ajak ke Penang sebab nak tengok choice yang lain. Aku ikut hanya untuk temankan dia Image hosting by Photobucket . Tapi biasalah dengan hubby ni. Dia kalau ke Megamall Prai atau ke Gurney Plaza, sebelum kami masuk kedai kasut tu merata-rata kedai elektronik kena singgah dulu. Aku sampai tak larat nak jalan, bila ada chance aku duduk lah, bila saleperson dok explain kat dia gadget-gadget tu. Kami singgah kedai Apple computer tengok PC baru dengan Intel processor tu, canggih sungguh, warna putih bersih. Features pun banyak, stable pulak tu.

Kami masuk kedai Sony tengok supersteady shot T9 digital camera. Kedai tu baru buka hari Jumaat, Ahad tu dah habis stok T9 dia, punyalah power iklan T9 tu. Tengok barang-barang yang lain-lain jugak lah. Tengok Bravia flat screen TV yang colour resolution very high tu, macam real colour dia tu. Tapi semua ni kami cuci mata saja sebenarnya. Just to know the latest things in the market gitu-gitu. Agaknya sales person tu mungkin kata, alah depa ni bukan nak beli pun mai dok tengok-tengok saja tu, buang tenaga aku je melayan tu hehehe. Nasib lah kan, dah jadi shop assistant kena lah layan orang beli ke tak, kan kan.

Habis tengok mencuci mata (sambil mengelap air liur tu, hehehe) Baru nak cari kedai kasut. Bila turun kat tingkat tu dah hubby kata "eh mana pi kedai yang dulu kat sini?" Dah tutup kut. Dok pusing-pusing tak jumpa pulak. Jadi kata dia, jom pi makan. Aku tak berapa lapar sebab sebelum keluar tu dah makan nasi kat rumah, dia yang belum makan tu. Dia ajak makan kat secret recipe. Dia makan lamb stew aku makan fish and chips saja. Half way thru, hubby ajak tukar dish (romantik no, dok share-share tu kannnnnn....)

Keluar dari secret recipe masuk balik dalam mall aku nampak kedai kasut kat first floor, ajak hubby pergi tengok. OK lah dah dapat kasut yang dia berkenan. Sambil dia dok try kasut dia aku tengok sekeliling kedai tu nampaklah handbag yang aku berkenan. handbag aku yang lama tu dah 3 tahun dah aku pakai, dah lusuh dah tu. Aku dok belek-belek, try-try jinjing bag tu Image hosting by Photobucket, sampai hubby perasan. Dia tanya, nak ke? hehehe, bagai pucuk di cita ulam mendatang lah kan. Macam orang mengantuk di sorongkan bantal lah kan... Since dia pun berkenaan, dia pun setuju nak bayar sekali. Jadinya, ni kira macam hadiah segala occasion untuk 2006 lah agaknya. Tak kisah lah tu, kerana sayaaaang kat aku dia belikan. Image hosting by Photobucket

So to my hubby Image hosting by Photobucket

Bukanlah sebab dia belikan aku handbag aku sayangkan dia, kalau dia tak beli pun aku suyang jugak. Kalau aku tak sayang dia tak kan aku sanggup duduk dengan dia dah 20 tahun lebih ni kan, terima segala kerenah dia dan sebagai, sama macam dia jugak tu kan.

37 comments:

Jeego said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

mommy tia said...

Ada iklan la kat comment box ni hehe...Bestnya jalan2 dua orang lagu tuh

Tj said...

Amboi AN !!,

Saya nii memang kaki mengopi. Boleh la mengopipes 2 perkara disini?

1. Emoticon yang comey2 tuu.
2. Nak gak gii jenjalan ngan Maam la lepas nii. Bebudak boleh kasi tingallaa. Kalau Maam dok belek2 handbag ker, langsir ker, cadar ker, Boleh le cakap cam Uncle Z cakap laa. Nak ke?.

camner agaknya bunyi sora dan lenggok UncleZ? Deep sexy cool baritone ker ?

Semoga Berbahagia selamanyaaaa..

AuntyN said...

mar : Biarlah iklan tu. Kalau selalu nanti kita charge ad space kat dia. Boleh kita minum kopii kan.
Kami suka jalan sesama macam tu :-)

TJ : Silakan, You taught me how to put up hari tu kan..

Uncle Z has a good voice. Kalau ada bakat menyanyi sure boleh laku album dia tu hehehe.

KLMari said...

Hehehe...cute la citer AN....Comey gituh...Ni nak balik dah ni...janji nak dating dating kejap before amik anak anak....:D

AuntyN said...

klmari : Have fun dating OK.

easylady said...

bestnya..kalu jalan-jalan ngan bebudak and hubby..kalu singgah kat kedai elektronik..kita kasi dia all the time jengak-kengok.. kita pun pilah tempat feveret kita pinggan mangkuk, pots and pans.. tak beli pun tapi suka tengok..

MA said...

Saya hadir, tapi tak leh komen.

(mcm bergen)


:-)

Ordinary Superhero said...

Eh, saya pun nak register kedatangan (macam Mak Andeh).

Mmmm, rajin betul budak jeego nih!

bergen said...

That Mac is nice.

You had a good time there, Aunty N.

Audra said...

I hope sessi berjalan, window shopping and shopping together, with my future husband berkekalan hingga ke akhir hayat ;)

AuntyN said...

easylady : I pasai mangkuk pinggan, minta maaf, tak masuk kedai tu unless I nak beli sbb pinggan dah banyak pecah or something hehehe

MA : OK kedatangan dah di catit dah hehehe

isyy si jeego ni mai lagi ka? bagi chance sekali dok mai lagi kena delete dah ni.

OS : U pun kena catit jugak? hehehe

bergen : The MAC is really beautiful. I had a good time because I got a present too hehe

audra : InsyaAllah

ni gonchaq said...

sekali sekala 'dating' tuh...

AuntieYan. said...

Ceh!!!!...nak bagi orang jeles lah tu....:-(

Noni said...

Salam Auntieyan,

came across u via mama roma irama. Just wanted to introduce myself as a fellow Srikandi. I am sure u have heard of the fund raising dinner and the GJC by now. I am in the organizing comittee. I hope u can try to make it for the events. Will surely try to seek u out.

Hope u and family are healthy and happy Auntieyan.

cheers.

Noni said...

alamak... i baru perasan that there is auntieyan and then there's auntyn... u siamese twins ka? Yang mana satu is the Srikandi? ya ampun!!! me dyslexic summore...

AuntyN said...

Ni : bukan sekali sekala dating tu, selalu selalu hehehe

Kak yan : Hehehe, jeles kak yan jgn tak jeles :-)

Noni : We are both Srikandis. I am aware of the dinner from mama irma's blog. Tapi I am not in the Klang Valley, nak just turun for the dinner tu susah sikit lah. Thanks anyway.

Auntie Yan and Aunty N bukan Siamese twin tapi kami adik beradik sepusat sepusing, bapak lain, mak asing2. :-)

ibuVouge said...

lomatiknya auntyN ni..
bila nak dating ngan hubby ni...!!!!

Kak Lady said...

Hahaha...Kak N ...tak tahan bab cuba try jinjing2 beg tangan tu biar dia perasan....berbaloi lah jugak...samalah trick kita...

Tapi lady ni hubby dah tau dah...kalau dia try kasut...kita pun sama2 try...dia buat2 tak perasan...sebab dia tau kalau tanya nanti mesti nak walaupun kasut dah banyak kat umah...hehehe...puaslah dok masuk kasut tu...jalan sana jalan sini nak bagi dia perasan...hahaha..last2 dia kata...jom pi sana pulak...hampes tol...

sya said...

kak N... lomantiknya...

AuntyN said...

IV dan Sya : lomantik ada makna tu hehehe

Lady : trick orang lama no... hehehe.

lifecuppa said...

tukar dish selalu gak buat, pas tu ustaz2 kata kalau kita berkongsi gelas minuman pun insyaAllah hubungan tu jadi lebih mesra..hehehe..

kalau saya bukan senang nak dapat material gift gitu, so sekali sekala dapat tu syok giler!

AuntyN said...

onde2 : InsyaAllah mesra sehingga ke akhir hayat. It's just a gift, that's all.

MM said...

AuntyN,
Ni nak daftar kedatangan gak nih :D

Best laa jalan dua2 g dating nih .. heheh ..

fidah said...

bilalah kami boleh nak keluaq berdua ni. asyik dok berengke anak saja..dia yong yong jalan sorang depan ,kita dok berdokong anak kat belakang. uiih mana aci ni.

AuntyN said...

mm : Bset, memang best :-)

fidah : eh mana boleh macam tu sekali sekala suruh dia pulak dokonganak tu apa salah kan, itu anak dia jugak tu.

Kopi Suam said...

wah jelas le Aunty N,romantik gitewwww..kami pun biasa makan tukar2 pinggan...biasa gak makan 1 aiskrim share berdua...heehh romantik gakk..

Kopi Suam said...

wah jelas le Aunty N,romantik gitewwww..kami pun biasa makan tukar2 pinggan...biasa gak makan 1 aiskrim share berdua...heehh romantik gakk..

Anonymous said...

cute laa aunty n nih...

nef

AuntyN said...

kopi suam : dah selalu camtu pun jeles lagi isy isy isyy

nef : cute ? hehehe

anggerik merah said...

AN memang romantic....

demonsinme said...

Kat yob yob yang bujang macam keme ni, haaaaaa blajo blajo ler camane nok sayang kat bini kome macam nana hubby acik an.

Acik N, slamat menyambut beg baru....

Nampok senyom Acik N sampe ke telinge dapat beg baghu

budak said...

AN

Makin tua makin enjoyyyyyyyy

cyberdad said...

woww so lomentik mehhh.. :)
bila la dpt deting ngan wife ni.. kat mana nak transit anak ek? ;)

AuntyN said...

anngerik : hehehe

deme :belajar dulu le. Nanti praktis bila dah bertemu jodoh OK?.

budak : time to enjoyyyy (anak2 dah besar dah hehehe)

CD : there will be time for everything OK

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Transexual lady boys

Anonymous said...

Keep up the good work »