April 28, 2006

Kisah Dan Tauladan 2

Suatu petang, Fazli membawa pulang beberapa bungkus laksa untuk juadah berbuka puasa. Kepulangannya di sambut oleh Rosmah, isteri Fazli. Bungkusan bertukar tangan, tiba-tiba salah satu bungkus kuah laksa jatuh ke lantai. Rosmah lantas mengambil mop dan mencuci lantai yang bertelah di tumpahi oleh kuah laksa tadi. Maznah, isteri Farid berada di dapur menolong ibu mertua menyediakan juadah berbuka puasa.

Apabila Farid melangkah masuk ke rumah sejam kemudian, dia terhidu bau kuah laksa yang tumpah di lantai. Lalu, sambil merungut dia sekali lagi mengambil mop bersama baldi berisi air sabun dan membersih lantai itu.

Farid : Ni siapa punya kerja ni? Tak ada otak ke? Dah tumpahkan kuah laksa tak bersihkan betul-betul.

Tiada siapa yang menjawab pertanyaan Farid. Maznah walau dia tahu siapa yang punya angkara dia senyap sahaja. Dia sudah tahu baran suaminya tu. Memang Farid tak boleh tengok kekotoran, dan bau yang tidak menyenangkan.

Tak lama lepas tu, Fazli datang menyapa abangnya.

Fazli : Kau marah bini aku tadi ka? Kasar bunyi suara Fazli.

Farid tersentak dengan tuduhan Fazli.

Farid : Bila aku marah bini kau?

Fazli : Tu yang kata tak ada otak tadi tu?

Farid : Mana aku tahu tu kerja bini kau. Betullah tak de otak, kalau dah tahu bau kuah laksa tu kuat tapi tak mop dengan sabun.

Bermulalah pertengkaran antara dua beradik hanya kerana kuah laksa yang tumpah. Mungkin ada yang terbuku di hati, jadi masa marah itu dah terkeluar semuanya.

Farid : Sanggup kau marah aku, abang kandung kau sendiri hanya kerana aku kata macam tu. Kau dah lupa apa yang aku dah buat untuk tolong kau.

Fazli : Apa yang kau dah buat? Kau tak ada tolong aku apa pun!

Lantang suara Fazli memarahi Farid.

Farid : OK tak pe. Jangan nak harap aku nak tolong kau lagi lepas.

Farid berlalu dari situ. Bengang dia dengan adiknya yang pada matanya tidak mengenang budi tu. Tak mahu dia mengungkit-ungkit dan memanjangkan pertengkaran kerana ibu ada di situ.

Mulai dari hari tu suasana dalam rumah menjadi tegang. Bila tiba berbuka puasa, senyap saja. Meja makan terbahagi dua. Ibu mertua, menjadi binggung dan dalam dilema. Walau di pujuk kedua-dua degil tak nak mengalah. Keadaan berlarutan begitu sehingga lebih 1 tahun.

Beberapa bulan kemudian, sebelum ibu Farid ke Mekah mengerjakan Haji, Farid dan keluarga berpindah keluar dari rumah ibunya. Tinggallah Fazli dan keluarga tinggal bersama ibu mereka sejak dari hari itu.

Walau dia sakit hati dan tidak bertegur sapa dengan Fazli, Farid akan tetap mengujungi ibunya. Jadi teruslah ibunya memujuk Farid supaya berdamai dengan Fazli. Si Fazli pulak, sudah berhenti kerja. Bila di tanya, katanya ada masalah politik dalaman di syarikat. Dia tak tahan nak kerja kat sana. Ibu Farid menjadi lebih gusar. Fazli sudah tak berpendapatan, isteri dan anak-anak nak makan jugak. Perbelanjaan ditanggung oleh duit rumah sewa sedikit sebanyak yang ibu Farid dapat serta duit pampasan tanah dari kerajaan. Perit jugak masa tu kehidupan ibu Farid. Walau Farid mengajak ibu tinggal dengan dia tapi ibu berdegil nak tinggal di rumah sendiri kerana memikirkan Fazli dan keluarganya.

Ibu Farid asyik bertanya kalau-kalau dapat Farid carikan pekerjaan untuk Fazli. Bila Maznah mengetahui hal itu dia pun beritahu Farid ada satu jawatan kosong di syarikat dia bekerja.

Maznah : Abang, ada sorang supervisor baru resign kat syarikat Maz. Fazli nak kerja kat situ?.

Farid : Tolong sajalah Maz, abang kesian tengok mak.

Maznah : Esok Maz cakap dengan boss Maz, HR manager tu. Abang mintak resume dari Fazli lah.

Farid : Awak mintak lah kat dia.

Maznah : OK lah, tapi bang, tak baik lah tak bertegur sapa, lebih dari 3 hari pun dah berdosa.Lagipun dia kan adik sendiri.

Farid : Abang tahu, tapi dia ego sangat dengan abang. Semua apa yang abang dah tolong dia dulu tu habis dia lupa. Macam dia sorang saja yang sayang bini.

Fazli mendapat pekerjaan sebagai supervisor di syarikat Maznah. Lega hati ibunya bila Fazli sudah mula bekerja. Namum, selepas 3 bulan bekerja, suatu hari Fazli langsung tidak datang ke syarikat. Pengurusnya bertanya kepada Maznah kenapa Fazli tak datang kerja. Maznah langsung tak tahu menahu. Namun begitu dia meminta tempoh, mungkin esoknya Fazli akan muncul. Keesokan harinya, Fazli datang lambat ke pejabat. Dia lalu berjumpa Maznah.

Fazli : Kak Maz, nak cakap sikip boleh?

Maznah mengajak Fazli ke bilik mesyuarat untuk berbicara.


Bersambung......

20 comments:

Bergen said...

Read and comprehended.

AuntyN said...

Bergen : Thank you, sir.

Zareda Norman said...

huiiih.. suspennya drama bersiri ni.. cam ni autie N kena updet cecepat.. tak sabar nak baca siri seterusnya

Mama Rock said...

jeng, jeng jeng...apa yang kana terjadi berikutnya? uraarrghhhh, nak kena tunggu lepas labor day. kat rumah tak sempat mem-blog hop

:(

Ordinary Superhero said...

alaaaa.........sambung lagi? Fuuh dah makin kurang sabar den ni.

Anonymous said...

Ni dah macam telenovela dah ni AuntyN :)

nak kena punctual tunggu waktu siaran. Macam cerita DIA. Hehehehehe, ampun Mak Andeh! :D

tee said...

kita akan tetap menunggu.... cepat sikit auntie..

AuntyN said...

zareda : sabar tu separuh dari iman tu hehehe *gelak evil*

mama rock : Tak pe, blogspot tak ke mana pun. InsyaAllah

OS : sambung minggu depan, lagi suspens tau..

CD : Jangan risau MA dahbalik Johor.

tee : thanks, have a nice holiday

Happy Weekedns to All.

Nong said...

Dear N,

Nak baca sekali gus bila dah ending nanti. Tak la suspen menunggu akhir cerita he he..

AuntyN said...

Nong : Ni sure tak suka suapen2 ni hehehe.

Anonymous said...

oh penantian

aNIe said...

Kak N...pandai yek...berenti bab suspen...hehehhe....tungguuuu....

Anonymous said...

siap ada chapter2 lagik..aunty ni buat saspen la

Idham said...

dah baca ...ye ye ye dah baca...suspence nih...auntyN..best best...

lama tak baca cerpen melayu nih. :)

idham

AuntyN said...

mar : sabaq, sabaq!! hehehe

lady : ye lah, macam lady buat dulu masa cerita fitnah tu :-)

atiz : biasa lah tu hehehe. Just testing my capability.

idham : welcome to blog makcik kampung. Thanks for reading. There will be more soon.

ibuVouge said...

bila baca ni ..baru kita terperasaan..dek kerana small matter..impactnya besarnya..tetapi kita manusia..selalu terlepas

ps;AY..dah rajin comment..sbb aritu line slow..almost one moth internet slow..nak masuk sesatu benda tu lamanya..so bacalah ;-D

AuntyN said...

IV : Ni blog AN lah bukan AY hehehe. Tak pe lebih kurang je tu, makcik jugak. Jangan salah panggil husband dengan nama orang lain sudah lerrr.

ibuVouge said...

ya ALLAH aunty minta maaf..sbb sebelum tu xdapat post comment kat blog AY..minta maaf..sesangat..minta maaf

Anonymous said...

best regards, nice info conferencing ichat windows macintosh Phone booths T-mobile razr ringtone pdas motorola springboard slot Vicodin percocet breastfeeding Server set up web http://www.epsonprojectors9.info/bextra.html medwatch bextra dear healthcare professional letter bextra heart attack law suit Lesbian seeker http://www.celexa-90.info virgin pregnant dry sex Credit score dispute instant

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... 900mhz cordless headset phone buy ativan next day delivery online barry's honda in n.dartmouth ma lexapro for menopause Bbw girls movies http://www.video-card-drivers.info/levaquin.html porsche 968 header 1st generation mazda rotary performance parts Hair salon furniture renault carrara furniture office business discount furniture atlanta area old american furniture companies best coffee maker Retirement planning humor 96 pontiac firebird parts http://www.baglaptop.info/Furniture-finishing-brushes.html Traditional home theater furniture offers Anal mucous health