July 20, 2005

Angah dan Telefon

Aiyoh, anak dara aku yang sorang ni. Baru 16 tahun, sekolah pun tak habis lagi, dah aku nak kena kelepiaq (tepis) panggilan telefon dari boyfriend ni. Masak nasi pun tak reti lagi, goreng ikan pun mungkin hangus lagi dah ramai dok usyar ni. Amboi, budak ni laaaaa.

Bukan apa nya, anak dara aku yang nombor dua ni outgoing sikit, jadinya terlebih friendly lah ni. Senang buat kawan, senang cari kawan. Dah tu dia tu kan main hoki, jadi selalu pergi training, match dan aktiviti yang serupa dengan nya. Week-end lepas dia ada tournament di Ipoh. Pergi Jumaat balik Ahad malam.

Bukan aku dan hubby tak bagi berkawan, siapa pun tak apa, lelaki atau perempuan, tetapi mestilah ada batas dan adap sopan. Angah pun tahu apa yang kami marah dan apa yang kami benarkan. So far tak lah ada apa2 yang major issue dalam hal ini. Cuma bergayut kat telefon tu yang sikit tidak menyenangkan ni.

Aku selalu jugak intercept incoming call untuk angah dari budak lelaki, katanya kawan dia. Selalu kalau aku angkat cepatlah budak tu akan letaknya. Kalau adik-adik yang angkat macam macam the boy akan tanya (bila angah not around or not available lah ni). They always got fed up with the call and can get very cranky. Si angah ni pulak melayan call lama lah sungguh. Tengah malam kadang-kadang tu orang dah habis tido dia masih dok bergayut. Macam hari ahad lepas dia sampai rumah pun dah pukul sebelas lebih, lepas midnite aku ke dapur tengok handset telephone tak ada kat ganggang (kami pakai cordless sebab nak elakkan mak dari banyak bergerak), aku masuk bilik member ni syok saja dok bergayut. Dah warning sekali, tak dengar jugak, akhirnya hubby yang ambik telefon tu dari angah bawak masuk bilik kami.

Semalam, hubby awal-awal lagi dah bawak handset masuk bilik. Lepas aku sembahyang maghrib dok baca Quran sikit telefon bunyi. Aku angkatlah.

Aku : Hello
Pemanggil : Hello, boleh cakap dengan Angah (using her real name lah)
Aku : Sapa ni?
Pemanggil : Kawan dia.
Aku : Nak cakap dengan dia pasai apa?
Pemanggil : Hal negara
Aku : Hal negara apa ni kecik lagi ni cek oi? (Sarcastic)
Pemanggil : Ada lah, dia ada dak?
Aku : Angah mandi nak sembahyang.
Pemanggil : ohh, Kakak dia tak sembahyang ka, cek oi ? (Balas balik sarcastic aku tu )
Aku : (Dalam hati, amboi nak kena budak ni!!) Ni bukan kakak dia lah, ni mak dia tau dak?
Pemanggil : Tipu !!!
Aku : Kakak dia mana ada sini, dia di.......
Telefon : tut......tut....tut.

Aku cerita kat hubby yang dok dengar conversation tadi, kami gelak sakan. Hubby kata, ni macam mana nak buat menantu, nanti habis kita di "goreng" tu. Amboi hubby ni tak dan apa-apa dah nak bermenantu. Isy, isy, tak nak lah aku lagi.

Entah lah budak-budak zaman sekarang ni.. Sapa-sapa yang ada anak dara sebaya dengan angah atau adik-adik yang perangai macam ni ceritalah sikit pengalaman tu.

17 comments:

Anonymous said...

jenuh auntie berkenduri nanti, one after the other. minta2 dapat menantu yg pandai sayang & hormat mentua noo

Elf said...

hmmm..kisah kisah teenager ni memang camnih, saya yang pernah jadik teenager, dan biasa jugakla bergayut tetengah malam, hehehe. Di samping itu juga, chat jugak lagi (internet) sampai tetengah malam. Apa yang abah saya buat, dia akan bangun tetengah malam tuh, dan akan jeling tajam.Abah jenis tak marah, tapi, bila dia jeling kita pun paham..Pastu, mak pulak membebel, asal kita balik umah je (saya duduk asrama) bil tipon mesti naik..

Apapun, masalah ni biasa bagi setiap famili kot..Skang nih, keadaan ni melanda adik saya pulak. Suara saya pun akan2 sama ngan suara adik, so saya selalula 'menyamar' jadik gefren dia tuh, hahaha..macam macam kantoi..
Lepas tu mamat tu, setiap kali tipon je, mesti make sure bebetul kakak dia ke atau aweks dia tuh..hehe

Tapi, itulah, asalkan kita sentiasa ingatkan anak2 tentang tatatertib, perilaku, sopan santun, jangan tinggal sembahyang,insya-Allah,they will turn out ok..;-)Macam saya laaaa...

AuntyN said...

Atn : Jenuhlah u nak mai makan kenduri tu.

Massy : Sometimes I passed the line and tell her the same way like your father did too. :-)

Elf : Biasalah teenagers tu kan. Sabar je lah hehehe

Ely said...

my daughter is 11 and she also suka bergayut kat talipon. but they're all her girlfriends. masyaAllah, sampai berjam2 so satu hari kita banned her fm using the phone. eh eh,degil lagi dia guna talipon! dah sekarang kasi 5 minit max jer boleh guna talipon.

jadi sekarang kalau kawan dia talipon jer start lah kita punya warning menjela.

Anonymous said...

Hai AN..

Punyalah susah nak masuk blog ni..sebab my pc biol..allahmduliah selepas percubaan ke 10x baru berjaya..

Macam saya dulu lah gak AN..pak bising-bising pasal geng..dulu tak dak hp nak bergayut..so jumpa kat padang je lah..saya pun aktive hoki gak dulu..

As long AN & hubby perhati dan monitor percampuran dia kira oklah tuuu...anak-anak lah ni memang berbeza dgn zaman saya dulu...emak zaman lah ni cakap pun kena lembut-lembut..keras kalu anak merajuk..banyak main perasaan dalaman...gitu...feeellll

Whatever it is I think your are a good mom...

Anonymous said...

kak N,

kadang-kadang yang menelefon pada petang-petang hari tu tak semestinya budak tak baik.Lebih-lebih lagi dia menelefon dari public phone. Kesian dia.Budak baik dia tu.Dia baru nak belajar mengenali kaum dari gender yang berlawanan.

Tak, dia tak pernah telefon malam sebab rumah dia tak ada talipon. Dia bukan jenis keluar malam tak tentu hala.

Kasik la can pada dia. Jangan marah dia.

sekarang dia dah kawin, anak 3, tapi bukan dengan budak yang dia talipon petang-petang tu. Dia dah kecewa masa tu bila mak budak tu marah dia.

eh..macam cerita betul je...

he he

WRA said...

ni yang risau sikit ni aunty N...walaupun saya nyer daughter baru nak masuk 5 tahun, tapi asyik fikir jugak camana laaaaa besar sek-sok....ni nak kena asuh betul-betul biar dengar kata sikit heheheheheh.....

AuntyN said...

Ely : Masa ni dgn girlfriends lah, later tak tahu lah :-)

Bilal : thanks for keep on trying. Tukang gayut jugaklah ni je?

Po : Bukan kata diorang tak baik tapi, nak control sikit je.
Haah lah, macam kisahbenar je lah :-)

Alex : Semua akan melalui phase ini. Jangan risau, take a day at a time. hehehe

Anonymous said...

PB ada 4 anak dara. 3 dah sekolah. baru darjah 3. Tapi sekarang ni pun, dah ada kawan kawan dia yang call kat umah mlm mlm. Anak PB tu pulak lurus bendul. Bila kawan dia kata, tolong call semula, dia buatlah return call...wah....bil tepon , PB yg kena bayar...kuang kuang kuang. Tak tahu lah lepas ni, bila jadik anak dara , macam mana pulak. Harap harap jgn jadi kaki gayut , udah ler.

AuntyN said...

PB : sama lah kita ada 4 anak dara tu. Baik bersedia dari sekarang tu kalau tak nak jadi kaki gayut tu.

Puteri : Hehehe, budak kecik je tu tak reti bahasa lagi tu. belum habis belajar lah tu... :-)

Anonymous said...

assalamu'alaikum

tak 'da comment :-) cuma nak tergelak baca sembang Kak N & budak pemanggil :-)

Kak Pah

MA said...

Kak N : kami tak pakai fixed line, semua ada henpon memasing. Bil sendiri bayar from pocket money masing-masing. So, sendiri mahu ingat, kalau nak bergayut. Bila credit ran out - depa bedek pakai my henpon sebab my line company bayar. So, I told them - nothing is free in this world - you have to work for it.

Buat masa ini belum ada orang nak ngorat anak dara I tu. Sesiang I dah warning dia I tak suka orang tak tentu arah. Sekarang okay lagi, tak tahu lah lagi 2-3 tahun nanti.

Minta-minta semuanya baik-baik belaka.

AuntyN said...

Kak Pah : Thanks for dropping by :-)

MA : Yang sama age dengan kakak tak pandai berendut lagi, tunggu lah dua tiga tahun lagi, makin peninlah kepala I ni hehehe.

Anonymous said...

Aunty,

i'm reading,i'm reading.
i'm learning,i'm learning.

3 orang yang atas ni semenye anak dara..

AuntyN said...

tj : keep on learning, your time will definitely come, :-)

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Loose exterior mirror 2001 gmc pickup

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » »