July 09, 2005

Cahaya Dari Syurga

Hidayah datang dari Ilahi
Menusuk kalbu hati nurani
Tiada siapa dapat tegahi
Kudrat penentu sujudnya diri

Berbagai cubaan harus di tempuhi
Menguji keimanan dan ketakwaan diri
Namun usia bukan pengukur ciri
Penerima cahaya Nur Ilahi

Tiada gusar di dalam hati
Untuk kau tempuh dugaan begini
Ibu dan ayah belum lah pasti
Memberi restu se rela hati

Masih jauh perjalanan yang menanti
Ranjau yang penuh onak dan duri
Takwa dan doa pencekal naluri
Merempuh segala yang merintangi

Namun yang pasti kau dilindungi
Di bawah Arasy yang paling tinggi
Jika inilah kudrat yang di beri
Cahaya syurga pasti kau perolehi

Istimewa untuk Fatihah, aku kagumi kecekalanmu
Pastinya engkau adalah antara yang terpilih.
My doa is with you. May you find happiness in everything you do

12 comments:

icam said...

Assalamualaikum. Apa khabar Kak N ? Harap sihat bersama keluarga. Regards from Philippines.

AuntyN said...

Waalaikumussalam icam, Alhamdulliah. Thanks. Harap ica pun gembira di sana tu

Anonymous said...

sapa Fatihah, AN?

Anonymous said...

tanya lah I, atn :-) Sure I tak beritahu saper :-)

AuntyN said...

Tenah : seorang Muslimah yang gigih dan cekal.

Phantom : :-)

Pnut said...

baca puisi ni pun boleh teringatkan mawi...
aduh parah saya ni...


gurau jer...

AuntyN said...

Pnut : Isy dah demam Mawi teruk ni nih, hahaha.

Cam mana OK ke puisi aunty ni? ...

Kak Teh said...

ya, kak teh juga begitu kagum dengan kecekalan Fatihah dan rasa bertuah berkenalan dengannya.

OOD said...

? ? ? ?
Apa ni? Nak menyebok jugak!

AuntyN said...

OOD : Ini puisi lah, tak kan tak faham kut? hehehe.

ibuVouge said...

wah auntyN ni
bukan setakat pandai masak, puisi pun pandai...
tu yg uncle Z sayang
anyway,,bestlah puisi ni..

AuntyN said...

ibuVogue : terimakasih, sesekali ilham melanda tu hehehe.

Cuba2 tulis bait puisi, tapi taklah terrer macam yg lain2 tu.