July 27, 2005

Petua Sakit Tumit

Bila aku post pasal aku pergi urut kaki tu, ramai yang komen. Terimakasih lah yang concern pasal my health tu. Tapi satu petua yang diberikan oleh Ogy yang nampaknya bukan saja senang tetapi katanya mujarab. Sebab dia dah try tu. Senang saja bunyinya tu. Kat rumah aku pun ada pokok betik senang nak buat ni. Cuma kata dia, lepas dia buat tu dia mengandung. Dia happy sangat dapat baby sebab dah lama try. Ni yang aku risau ni sebab, satgi aku pulak terdapat baby, macam mana tu? hehehe. Nak kata tak nak, rezeki Allah bagi tak lah nak tolak kan, entah2 dapat baby boy ka (isy belum apa2 dah berangan aku ni, belum buat lagi dah macam-macam aku ingat, :-))

Aku post kat sini petua ni untuk sapa-sapa yang sakit tumit tu supaya boleh amalkan. Manalah tahu kan, ada yang dah lama menderita sakit tumit tu, dah cuba macam-macam tapi tak menjadi kan. Sama-sama kita cuba dan bertawakal kepada Allah sebab Allah yang menyembuhkan, petua ni hanyalah ikhtiar dari kita dengan ilmu yang di beri kepada sesiapa yang DIA mahu.

Petuanya adalah seperti berikut :-

1. Ambik betik muda. (betul-betul muda)
2. Letak atas api dapur dan bakar hingga hangus (bakar one side. dah letak atas api, jgn di balik-balik, biar jer gitu)
3. Dah hangus sebelah, angkat dan alaskan dengan kain. (beberapa lapis)
4. Letak kan kaki atas betik. (Jangan sampai kaki terbakar, kalau panas tambah kain lagi)
5. Biarkan kaki atas betik sehingga betik tu suam. Alihkan kain.
6. Tekan lagi kaki sehingga betik berlubang. Dalam lubang tuh ada air, rendamkan tumit ke air ni.
7. Siap dan lapkan kaki dengan kain kering.** Kalau ada gout atau toksin, akan terdapat lebam-lebam dekat kaki. Mungkin juga akan kena cirit-birit.

Nota dari Ogy : Selepas 9 biji betik, tumit kaki saya (Ogy) tidak lagi sakit sehingga hari ni. Dan paling seronok, 2 bulan selepas tumit saya baik saya mengandung (selepas 5 tahun cuba nak mengandung).

Ogy terimakasih kerana berkongsi dengan kami petua ini, cuma tolong clarify betik tu masa di bakar tu, di belah atau tidak. Kalau mengikut fahaman aunty tidaklah dibelah, bakar atas dapur dengan kulit2 sekali.

Siapa-siapa yang ada petua-petua yang senang dan mujarab silalah beritahu kita kongsi bersama untuk kebaikan semua.

33 comments:

Anonymous said...

Aunty,
saya pon nak try le..mana lah tau kan.. ade jugak sakit kat tumit tuh tapi kat tepi tumit.frust giler bila aunty tulis kat entry tu aunty lupa apa punca yg sakit kat tepi tumit tuh.. :( tapi ni dah bg petua ni insyaallah akan diusahakan..cuma kene cari betik muda la..

AuntyN said...

Ayu : next time I go see Pak Ya I will ask again OK. Jangan frust lah. Or are you trying this for other reason ? :-) Moga-moga berjaya tu.

Jo Kontan said...

AuntyN,

Nii baguih untuk Gout nih. Tapi kalau gout tahap matang yang udah naik ke lutut, kena layorkan betik ke lutut la gamaknya.

Memang dari dulu lagi nak try.

Tapi, malangnya mana nak dapat 9 bijik betik muda kat sini.

Pokok betik ada, buah saja belom.

Anonymous said...

er sakit tumit kiter takder petua, tp gout tuh ader lah, sebab mak kiter ader gout...

nih jiran mak (indian ladies) yg bagitau .. tetiap pagi time remang2 matahari dok naik tuh, gih lah jenjalan kaki ayam atas jalan tar, agak2 dah kul sebelas pagi tuh, stop lah .. kang dapur tak berasap plak kan .. hehehe

alhamdulillah, Mak cakap kurang aa dia punya gout tuh, but pantang seafood tuh kena jaga jugak lah ..

kira petua nih tanpa kos lah compared ngan 9 biji betik, gas lagi, kain lagi ... heheh..

Anonymous said...

good tips tu aunty

Leyla Shuri said...

dear N,
10 thn lepas, saya ada sakit tumit tu. Pergi x-ray dan ternampak tulang kat tumit tu tercacak. Bila pijak yang sakit tulang tumit itu yang tajam.
Doctor kata to reduce the impact kat tumit, kena pakai something soft like room slippers atau sock tebal. Saya buat...lelama hilang sakit tumit tapi tulang tercacak masih ada lagi.
Saya dpt sakit tumit kat Msia saja sebab batu marble flooring rumah msia too hard for bare feet and too cold for the bones.

Mutiara said...

I had sakit tumit lama dulu, but I went for heat treatment and it worked

Anonymous said...

baru ja nak kata elok la utk TJ try petua ni, dia tu ada penyakit org kaya tu. tapi jgn sampai termengandung dah

superunknown said...

another amazing PSA from auntyn. i dah save in text and print for my mom yg selalu sakit tumit. thanks.

AuntieYan said...

N, baguih jugak petua tuh.cuma nak cari betik muda tu agak musykil sikit.KY dulu pernah jugak sakit tumit ni.KY dapat satu petua dari tok bidan.
Macam nih :
i)Ambil bata merah(batu-bata yg. orang buat rumah tu..)
ii) Letak bata atas dapur.Sebelah je.Bila dah cukup panas, angkat.

iii) curahkan cuka ke atas bahagian yg. panas tu. Lapikkan dengan kain.

iv)pijak-pijakkan tumit ke atas bata berlapik kain tadi. Buat selalu insyaalah akan beransur pulih.

p/s : sakit tumit ni pompuan ramai kena.

AuntyN said...

Tj : pergi lah pesan kat kawan2 yang ada pokok betik tu. Tak pun gi pasar pesan kadang2 ada yg jual betik muda untuk buatt sayur tu.

cn : terimakasih untuk petua yang tak payah guna ongkos tu.

delinn : thanks to Ogy tu. Dia yang bagi, I sebarkan kat sini saja tu.

Lela :: Ni pun pasal marble floor jugak lah ni. Tapi pakai slipper jugak kat rumah ni.

AuntyN said...

Kak M : Heat treatment macam mana?

duran2 : Ko kenal si Tj tu?

Laaa : try tanya kawan2 lah yg duduk kat kampung ke atau kat pasar ke.

Wan : cubalah suruh mak buat tu. Thanks to Ogy, ni petua dia yang bagi.

Kak Yan : Tu pun OK jugak tu sebab macam heat treatment jugak lah kan. Lelaki pun ada sakit tumit ni Kak Yan. Usually sebab overweight lah.

Kak Teh said...

oooh, aunty N mesti try ni cos dua tiga minggu ni letih sangat

AuntyN said...

Kak Teh, senang ka dapat betik muda tu?

WRA said...

thanks for the petua...takat ni alhamdulillah tak de plak sakit tumit lagi....tp masuk diari lah petua ni kot-kot terkena nanti hehheheeheh...

Kem Lambaian Danau said...

Salam Kak N

Sorrylah lambat jawab, semalam tak ke pejabat, tak online :)

Betik tu, tak payak dibelah, tak payah buang kulit. Biar gitulah.

Ramai jugak berminat ye :)

Selamat Mencuba :)

anedra said...

ni mesti try ni, sounds like effective ya? tapi...at risk of getting pregnant? halamak...not ready for that yet lah!

Kem Lambaian Danau said...

ishhh ..

takmo pregnant, err takkan tak tahu nak buat apa :)

i mmg nak pregnantlah !

AuntyN said...

Ogy : terimakasih

Anedra : Haah, pandai2 lah mengadjust kalau tak mau ter"pregnant" tu.

Alex : Simpan banyak2 untuk hari muka.:-)

Anonymous said...

seronok pulak korang2 semua citer pasai mengurut ni.....

vie said...

Aunty N,
I sekarang memang tengah menderita sakit tumit coz i keje kat hotel bahagian f&b pulak tu. Banyak bejalan. Lagi pun rumah i lantai marble. Sejuk sangat. Bangun pagi je... pergh... nak pijak lantai rasa macam nak nangis je.. Dah sebulan menderita. Makan ubat hospital & klinik pun tak baik2 jugak...

zalin said...

skang ni sakit tumit sesangat.. search jumpa la petua ni....
dh 4 thn kawen pn x preggy lg, nk try petua ni, mana tau ada rezki mcm ogy;) thanks a lot yaa

tp nk tanya, kena letak kt dua2 kaki ke letak kt kaki yg sakit jer?
nak kena buat hari2 ke ada masa2 yg tertentu?

tq

Anonymous said...

salam sume...
Ana btul2 x tahan ngan sakit tumit ni...kdg2 kt betis,mmg sakit sgt bla wat jln,de y ckp nk kna gout..
Tp tumit ni dh makin teruk lah..lutut pun dh sakit..
Brat bdn 58kg n tinggi 156cm...try cek bml ok plak...
Tolong lah sape2 de ubat y senang dbeli kt kedai2 ubat ke..@ jamu2 ke...
Betik tu cam susah lak nk cri coz almaklomlah kt bandr..nk kan g pasar,tu pun beti nk wat sayur..

Pn. Siti Rahmah said...

adoi...tumit,,,knp kau sakit...

CiK NuYu said...

terima kasih atas petua tu.. nanti nak trylah. Saya ni muda2 dah sakit tumit. Mungkin sebab badan gemuk sangat kot :P . Mohon share ye :)

Anonymous said...

zey baru nak sakit......adoi sakitnya bukan kepalang....siang malam pakai selipar.......

Elizabeth Aisya Azali said...

takder ke orang lain yg dah try petua ni. Apa jadik? mujarab tak? Alaahai .. nak tahu ni

Anonymous said...

SALAM,
SY DA BUAT TP XDE AIR PUN DLM BTIK TU ? KNE BRP LAME BKAR BRU KUAR AIR? SY DA BUAT SMPAI KULIT NYE HANGUS..

Unknown said...


Assalam , pernah tak time jalan jalan tiba tiba tumit kaki terasa lenguh dan sakit.Nak berwindows hopping pun hilang sudah mood .Apa kata kalau anda cuba Tips Untuk Mengatasi Masalah Sakit Tumit Kaki Anda
Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

Diana said...

Terima kasih. First time dengar petua begini.... Boleh share dengan orang yang memerlukan :)

Unknown said...

Sakit sgt2 ni...

Unknown said...

T/k...petua yg di kongsikn bersame2....saya mmng sakit tumit...ade petua ni..leh la cube...
Betik mude..tgh ade..almklum la..duduk kt kmpung...mudah la nk dapt betik muda..kt rmh saya pun ade buah betik muda...boleh la saya cube petua yg di bagi ni...

Unknown said...

Kan kata atas tu ada yg tulis kata guna batu bata merah tu ganti betik.. cara sama je