December 06, 2005

Trengganu Le Ni...

Alhamdulillah, selama kami di Trengganu, tak hujan pun. Masa dalam perjalanan hujan sikit di Pahang. Terang benderang dari hari mula sampai kami balik. Jadi semua kerja berjalan dengan lancarnya.

Mula tu, ikut plan asal, kami sepatutnya bertolak ke KL pada Khamis pagi. Tapi hubby ada hal penting hari khamis, katanya dia akan balik 1/2 day, lepas lunch. Aku tunggu sampai tertidur, petang baru dia balik. Dah tu angah yang sepatutnya sampai pukul 5.00 ptg dari Seremban, sampainya pukul 8.00 malam. Hubby tak sampai hati nak tinggalkan dia jadi pergi ambik dia dulu, dapatkan kepastian yang Angah betul-betul tak nak ke Trengganu bersama kami. Dah tu dia hampir terlupa buah pala yang dia janji untuk kawan di Trengganu tu.

In the end, kami bertolak dari rumah pukul 4.00 pagi selepas dapat tidur 2 - 3 jam. Sampai Cyberjaya 8.30 pagi ambik Kak Long terus ke Shah Alam, berenti breakfast kejap, lepas tu terus ke rumah Abang Lang yang telah sedia menanti. Kami bertolak dari Shah Alam menuju ke Trengganu pada hampir 11.00 pagi. Jadinya, pertukaran driver pun berlaku agak kerap sebab mengantuk. Sampai Trengganu, di Batu Buruk Beach resort pun dah hampir maghrib. Biasalah bila dah convoy, sat orang ni nak kencing, sat lapar, sat ngantuk, banyak tempat yang berhenti pun.

Perjalanan dari Shah Alam menyusuri negeri Pahang tu agak boring. Highwaynya elok, tapi baru di buka, R & R pun jauh jaraknya di antara satu sama lain. Kebanyakan pun nampak lengang saja. Bila masuk ke negeri Trengganu baru nampak cantik, especially bila dah nampak pantai, ombak laut dan kampung nelayan. Hubby pun dok nasihat anak-anak.

Hubby : "Anak-anak, nanti bila dah ada boyfriend, nak kawin, jangan cari orang jauh-jauh OK? "

Anak-anak : Sambil gelak. "Awat baba?"

Hubby : "Susah jauh-jauh macam ni. Tak larat kita nak pi".

Hubby : "Tanya dulu depa dari mana? Kalau jauh-jauh, macam Trengganu ka, kata reject, tak mau"

* Ada ke yang nak nangis ni?*

Anak -anak tambah kuat gelak.

Hubby : "Tengaok macam mama dengan baba, dekat tak susah. Nak beraya pun tak payah kelahi. Sebab tu baba dengan mama loving selalu"

Gelak sakan semua orang.

Aku : "Kalau Sabah (macam anak sedara baba?), Sarawak, orang overseas ka macam mana?"

Hubby : " Kalau Sabah atau Sarawak cancel tak mau OK? "

Kak Long : Sambil gelak "Nanti yang mana baba tak mau tu yang dapat kut"

Hubby : "Itu lah kan... (Looking at me) Macam anak Kak apa tu?"

Aku : "Kak Tam (my cousin) ?"

Hubby : " Haah Kak Tam, anak dia kawin dengan orang US pulak tu, dah kena duduk sana. Lagi haru no? "

Aku : "Kalau dah jodoh depa nak buat macam mana? "

Hubby : "Itulah, nak buat macam mana kena terima jugak lah".

* Ada yang senyum semula dah ke?*

Adik beradik yang lain yang naik bas Rombongan "Cik Kiah" sampai kemudian sedikit dari kami. Jadi berbahagi jugaklah, ada yang duduk di hotel, ada yang duduk di rumah yang di sewa oleh besan Abang Long yang kebetulannya tak jauh dari hotel kami. Alhamdulillah, di permudahkan segala urusan. Pada malamnya walau pun ada jemputan makan malam di rumah mentua Mamat, kami yang kat hotel tak pergi pun. Sebab kata Mamat cuma makan-makan, bukan ada adat berinai ke apa. Kami makan besebelahan dengan hotel saja. Aku suka tempat tu sebab banyak kemudahan, gerai makan banyak, tak berapa jauh dari bandar KT, tak lah terlalu sibuk macam dalam bandar besar. Pantai pun cantik. I like the place, kalau ke sana lagi, InsyaAllah maybe kami duduk sana lagi. Unless someone boleh rekomen somewhere better.

Walaupun diorang ni tempted tengok air laut, tapi kami tak benarkan anak-anak, dan anak-anak sedara mandi di pantai. Jadinya, diorang enjoy mandi kat swimming pool sajalah. Syia sampai nak sunburn jugaklah sebab lama kat dalam pool. Dapatlah dia lepas kan gian lama tak swimming tu.

Sabtu dah sibuk urusan pengantin. Akad nikah kat rumah pengantin perempuan pada pukul 11.00 pagi. Kami sampai elok-elok sebelum 11.00 pagi. Akad dijalankan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. Pada aku, lapaz terima nikah tu sekali dah OK, tapi saja agaknya saksi-saksi tu minta sekali lagi. Pada aku nampaknya upacara akad nikah tu simple saja. Tak ada pun kena suruh baca surah2, ke apa apa ke. Sikit2 saja yang imam/kadhi tu bagi tahu pada pengantin pasal rukun2 nikah tu. Taklik pun pengantin lelaki yang baca. Tergagap jugak si Mamat ni baca sebab dalam tulisan jawi. Mungkin sebab sekarang dah ada kursus kawin agaknya. Semua dah di ajar dalam kursus tu.

Selesai bab akad nikah, sarung cincin bertukar hantaran dan bersanding sikit2, kami di jamu makan. Buffet style, simple saja jamuan pun compare dengan majlis kat sebelah Penang. Mungkin sebab kami orang Penang memang kaki makan jadi rasa simple saja tengok majlis kat Trengganu ni. Dah lama tunggu lepas makan, adik aku S dah mengelisah sebab tak tau apa nak buat duduk lama2 kat rumah orang. Dia pun plan-plan, ajak semua ke Pasar Payang. Nak shopping lah apa lagi. Abang Long dan isteri bersama nak beranak dia tinggal kat rumah kenduri sedangkan yang lain dah pergi shopping. Aku & famili ikut saja bas tu. Oleh kerana Monsson Cup belum habis, banyak jalan yang di tutup. Payah amat nak cari parking. Jam pulak tu di kebanyakkan jalan menuju ke Pasar Payang tu. Hubby dok mengelisah nak buang air kecik, so kami decide balik hotel saja. Abang Lang dengan anak2 dia ikut kami balik hotel. Yang perempuan2 (Dik Na, 3 tahun dan Kak Yah, 6 tahun- panggilan diorang ni), nak mandi kolam. Jadi petang tu aku dan anak2 habiskan masa babysit budak2 kecik tu mandi kolam. Seronok lah mak diorang (SIL) bershopping tanpa anak kecil2 tu.

Ahad pagi masa breakfast Po telefon. Mula tu aku tolak undangan dia nak bawa pergi makan Nasi Dagang sebab dah breakfast. Tapi persuasion power En Po ni memang kuat. Dia datang ke hotel pukul 10.00 lebih. Masa tu semua adik beradik yang lain dah pun check out sebab diorang naik bas, diorang bertolak awal selepas di jamu oleh besan Abang Long.

Masa Po datang, hubby pada mulanya tak nak keluar jumpa dia. Bukan pasal hubby sombong atau jeles. Mata hubby sebelah kanan dah merah. Panas kut. Jadi sakit sampai ke kepala, sejak dari malam sebelum tu lagi dah jadi macam tu. Aku suruh dia cari Eyemo dia cuma dapat beli Optrex. Lepas breakfast dia makan panadol dan tidur sekejap. Aku dah risau sebab nanti takut aku kena drive sepanjang jalan ke KL. Penat sangat drive long distance sorang2. Sebab badan dah lama ni :-). Nasib baik masa aku dok explain kat Po, hubby sakit mata, hubby muncul. Dah berkenalan dan juga dah bagi buah pala jeruk pada Po, dia pun pujuk lah hubby ajak pergi makan nasi dagang kat Chendering tu. Nasib baik hubby termakan pujukan Po, sebab memang nasi dagang kat situ sedap. Cuma, sebabkan orang Penang makan kari yang tak manis, rasa sedikit janggal. But overall, memang sedap. Lain kali kalau kami ada rezeki ke sana lagi sure kami cari jugak. Terimakasih Po, it was really nice meeting you. When we told hubby's sister that I met Po through the net, she was really suprised (Baca : terkejut beruk dia hehehe). She didn't expect hubby to be that open minded benarkan isteri dia berkawan dengan lelaki di internet pulak tu. Itu aku nama kan TRUST!!!

Lepas balik makan nasi dagang kami pun check-out dan terus menuju ke Pasar Payang. Abang Lang tunggu kami kat sana. Dia asyik telefon aku berkali2 sebab tak nampak rupa kami dah berjam2 dia tunggu Kak Lang bershopping. Dah banyak duit habis agaknya tu hehehe sebab Kak Lang suri rumah sepenuh masa, shopping memang handal tu. Kami membeli belah tak lah banyak sikit2 je nak buat kenangan dari Trengganu saja tu. T-shirts untuk anak2 dan bibik, tudung untuk aku dan keropok2 untuk bawak balik. Hubby ada jugak beli baju batik sehelai.

Bertolak ke KL, lagi sekali menyinggah untuk solat dan makan, akhirnya kami sampai di rumah SIL Kak Maz pada tengah malam. Semalam, Isnin kami berangkat balik dari Cyberjaya lepas melawat anak aku Kak Long pun dah lewat petang. Sampai rumah dah pun tengah malam. Maka berakhirlah kisah kami jalang-jalang ke Ganu dan balik.

Ada rezeki InsyaAllah kami akan sampai lagi. Tak serik lagi kami ni nak berjalan ni.

24 comments:

Anonymous said...

he he he...

Abang Z..cool la. Best sembang dengan dia.

Kak N..Terima kasih bebanyak dengan buah Pala. Wife kata 'uih! banyaknyaa..'. Saya kata 'nanti kalau kita gi Penang, sah kita kena carik kakN sama Abang Z'.

And..it is really nice meeting u and the family.

Anonymous said...

Kak N,

Ada aiskrim goreng tak?

P/S: Ni yang buat hati meronta-ronta nak ke Ganu (KT) ni.. hehe.. last sekali pegi tahun 1998!

Nor Razi said...

Kalu nak jln2 lagi AN terima ajer menantu org Pulai ke Kg Majidee ke Pekan Nenas ke JB......boleh menyimpang sampai Singapore
Jalan jalan sakan hehehehehehe.... Tak sabar nak mai Penang nih

AuntyN said...

Po, buah pala pembuka bicara, mengeratkan silatur rahim tu. Mesti kena cari we all Po, kalau datang Penang.

audra : banyak ais krim goreng, tapi I tak makang pong.

Budak : Anak sedara hubby kawin orang Segamat, tapi kami ke Tangkak je lepas kenduri hari tu.

Anonymous said...

isk, rindu la pulak ngan terengganu..

Bergen said...

Glad everything went well in Terengganu. Now you are back to the land of the curry.

Bergen < ---- anytime for mamak curry, especially ikan and kambing.

AuntieYan said...

Wah!...berjalang sakang mu nih! Nasib baik jupo jalang balik ke Penang tu... :-)

Anonymous said...

Assalmulaikum.. pembaca baru blog nie.. saya bersuamikan orang terengganu tapi tak ikut jalan pantai untuk ke KT.. kami ikut jerangau-jabor.. jemputlah ke sana lagi.. banyak tempat yang best..

AuntyN said...

cyberdad : rindu? bila nak gi?

bergen : next time u come and see Aunt Su, let me know, we go and eat nasi kandar (Not my fevret, but why not)

Kak Yan : hehehe, bisa lah kami ni kalau berjalan...Kalau boleh nak duduk lagi lama tapi tak boleh dah..

cik ha : waalikumussalam, sila, sila. InsyaAllah kalau ada rezeki akan tetap ke sana lagi.

Kak Teh said...

selamat pulang auntyN.

Anonymous said...

err...anak sapa yang kawen ngan org US tu? saya punya sepupu pun ada gak yg kawen ngan org US? adakah kita nih bersaudara sebenarnya????

MA said...

aisehmen - kalau tau terengganu tak hujan, nak juga "mengekor" konvoi ikut belakang :-)

Welcome back :-)

AuntyN said...

Kak teh : Thank you

oren : Sedara Sesama Islam tu..

MA : mana lah nak tahu, kalau tahu memang dah ajak pun hehe

Thanks, it's nice to be back.

Anonymous said...

ish i ni pun tak pernah sampai ke Tganu. bila nak pi ni?

Jo Kontan said...

AuntyN,

"Tengok macam mama dengan baba, dekat tak susah. Nak beraya pun tak payah kelahi. Sebab tu baba dengan mama loving selalu"

He he, Mama dengan Baba hok Kontan ni pun sama gitu.

Selamat Pulang AN.

AuntyN said...

JB : Rantau panjang dah pernah pergi dah.

atn : ada umur, ada rezeki InsyaAllah sampai, ke US pun dah sampai tak kan Ganu tak leh nak gi dok?

TJ : Alhamdulillah, semuga aman sampai ke akhir hayat tu.

Nora : ye ke? awat tak habaq? Entah2 berselisih bahu dah tu :-)

Anonymous said...

syioknya cuti... tak penah jejak ke tempat lain di ganu selain Kemamang je hehehe

mmg peaceful je kan kat sana..nyaman jeeee

Anonymous said...

year 2003 saya 'backpack' ke Pahang, Tganu & Kelantan sengsorang. masa kat kontan & KT terperuk ja dlm bilik hotel, takot mao kluar....hahahhaaa...sawan aku nih!! pernah kluo pi carik Pasar Payang tapi tak jumpa padahal dah print map KT dr internet. ntah baper kali pusing keliling tapi tak jumpa2. sah fail Geografi nih.

time kat KB best sbb saya telah menggagahkan diri kontek member internet. takut dok terperuk ja dlm bilik otel cam kat Kontan & KT. 3D2N di KB...siang malam melilau.

year 2006 plan mao backpack ke Perlis & Perak (final backpack seblom penceng muder...hahaha..). sapa agaknya yg mao jadik mangsa saya nih???

Anonymous said...

maknanya orang US boleh la ke AN? ada tu yg senyum sampai telinga tu nanti ...

AuntyN said...

ayu : gi lah cuba, sure nak gi lagi tu.

cl : awat macam tu, backpack dah berani tapi tak berani keluar pulak. Try lagi sekali lah OK.

azfa : kalau dah jodoh tu Africa pun boleh tu hehehe.

Ely said...

nak kirm kroppok lekor ok tak hantar kat US? heheheh

Anonymous said...

ala AuntyN
i org Penang hub org Pahang x gaduh pun bab2 balik raya, still gaduh bab2 lain he he

AuntyN said...

ely : jauh nya,kut satni jadi keropok ulat lah pulak hehehe

nora : kalau hubby tegoq hari tu mesti boleh join pi kenduri sama bukan sapa tau pun.

cekpah : baguih, baguih kalau tak kelahi pasai nak balik raya tu. Bukan kita orang lain lah hehehe

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP incorporate