January 18, 2006

Update Orang Malas Ni...

Sibuk sangat ka aku ni? Sibuk jugak lah. Tapi selalu tu macam mana sibuk pun aku cari jugak peluang untuk update blog. Entah apa-apa yang aku dok meraban selalu tu kan.

Jadi hari ni kenapa lah pulak? Malas sangat aku nak update blog ni. Blog dapur aku pun dah tak berasap lama dah. Tak masak ke? Hari-hari aku masak. Habis tu apa hal aku ni?

Aku ni MALAS pun iya, BOSAN pun iya, CONFIUS, OTAK BERCELARU pun ya jugak. Semua perasaan yang negative hingap kat aku buat masa ni. Nampak je lah aku ni macam biasa saja tapi dalam otak fikir macam-mana.

Pasal apa pulak? Ada lah unsur-unsur negative yang dok banyak dok lalu lalang yang macam nak hinggap je kat aku ni. Persekitaran (environment) kerja tak berapa sihat buat masa ni. Banyak dok nampak people's true color sekarang ni. Dah tu keadaan tak berapa menentu. Jadi aku pun terasa mood aku macam down saja lah. Nasib lah aku ni bukan jenis yang suka melenting tak tentu pasal. Kalau tidak sure staff aku teruk kena tengking, kena leter dengan aku.

Idea nak tulis ada, cuma aku malas dan bosan buat masa sekarang. Nak rihat sekejap lah ni. Tenangkan fikiran sat. Tengok lah gaya kalau rasa bertenaga, refresh balik nanti aku update blog ni OK.

Sabar je lah korang ye dengan makcik sorang ni. Perasan pulak aku ni yang ramai dok mai baca blog ni, tertunggu aku update macam blogger-blogger femes tu kan :-).

29 comments:

Anonymous said...

Itulah asam garam kehidupan, terdapat hikmah dalam setiap perjalanan. Senantiasa membaca
coretan Auntie, kerana saya banyak
belajar drpnya. Terima kasih.

AuntyN said...

eddie : terimakasih sebab selalu baca. Betul lah itu asam garam kehidupan. Sabar je lah kan.

btw, first time ke komen atau dulu pakai nick lain?

Kak Teh said...

pi rest otak dulu. Kak teh pun tengah malas.

atenah said...

AN i can totally understand what you feel, sigh. Setiap hari saya cuba melawan cuba jadi positive, supaya cepat dapat balik kg!!

atenah said...

Hi Eddie!!
All the best to you.

Ordinary Superhero said...

Sebenarnya malas tu penyakit berjangkit sebab tu lebih senang jengok blog orang and then leave comments rather than update blog sendiri - ini kes kena batang hidung sendiri. :)

aNIe said...

Kak N...dah berjangkit dengan MA ke...'Penyembelitan Kreatif' ni...

Takpelah Kak N...take a break and come again with new & fresh updates...heheh...

Lady tak pernah bosan baca blog kak N...kak N ni pemes jugak aper..maner ade perasan...

Anonymous said...

Dearest AN,

Chin up!

Princess

Anonymous said...

AuntyN:

Kita pulak yang ada idea nak ngomel sikit sikit kat sini.

When I am down, these are the thing I do to wake me up before we go go..

No order.

1.) Minum air putih ?
2.) Singing aloud in my car..
3.) Extra Long sujud. I think the blood flow helps.
4.) Swimming ngan Kids.
5.) Talk to people. Be it my customer, co worker, close frens, kids, and (ofcourse)Maam.
6.) Berahim my car. Vacuuming etc. I hope u know what I mean.
7.) Kayuh Basikal around Taman.
8.) Tidor
9.) Teh tarik with frens.
10.) Laugh it out LOUD !! Ha ha ha HAAA.

All the best..

Anonymous said...

Dear AuntyN,

First time comment, Baca blog aunty sejak 2nd qtr 2005 kut. Tak pandai nak buat blog sendiri, baca had orang sajer.

TQ.

Ely said...

auntyN cayang, jgn rasa bersalah kalau malas nak update blog. we all go thru that phase kan? blog malas pun org masih baca jugak :)

Anonymous said...

Saya rasa AN tengah penat sekarang.. dulu mungkin benda yg sama,tapi sekarang lebih lagi terasa. Your mind soul and body need a rest.Go take a break..

AuntieYan said...

N...lain macam bunyinya. Do not feel so down, come to me..put your head on my shoulder, let me hug me you.:-) (kang ada pulak orang yg. jeles & misinterperet pulak ;-()

KY pun selalu rasa macam ni, tu sebabnya blog lambat up-date sokmo, ada masa dah lebih 1 minggu.
Tj punya suggestion pun bagus jugak. KY pun dok buat antara yang dia sebut tu...:-)

Anonymous said...

cL membaca......
hari hari cL membaca......
bkn sekali or dua kali baca, tapi byk kali baca...
either cL likes it or not, cL will still keeps on reading....

oleh itu, jgnlah MALAS....
kerna MALAS itu satu wabak....
wabak yg boleh menjangkiti cL....

tapi spt mesin yg boleh breakdown..
cL hormat decision AN..
mebe AN perlu rehat, perlu rejuvenate minda...
setelah melalui 365 hari yg sukar..

AN tak perlu risau...
sebagai your pevret 'stalker'...
cL akan terus setia...
setia jadi pembaca...
setia jadi pengomen yg ntah apa-apa....
jgn FEDAP dgn cL ya....

Mutiara said...

Besalah N...nanti mai balik mood nak blog tu. maybe tukar angle pulak,and discover your versatility.

Anonymous said...

AN: relax, after get back to normal barulah start update blog...jgn risau "fevret stalker" AN tetap setia menanti...

cL: sejak bila ko pandai buat poem tak tahu pun akuuuuu...kekekekeke

Anonymous said...

Hi AN,

I know how u feel, here in the KL office pun uncertainties are giving everyone mixed feelings... ada yg nampak cam happy and some are anxious with the future...

Right now there are so many rumours flying around that U'd just have to shut ur ears from it all and carry on with ur own life. Walaupun spirit dah wane.

AMZA

JoeBangla said...

"Perasan pulak aku ni yang ramai dok mai baca blog ni, tertunggu aku update macam blogger-blogger femes tu kan :-). "

AN, nama saya termasuk dalam list bloger-blogger femes tu ker? :-)

Queen Of The House said...

Perasan tak perasan, femes atau tidak,ni dah 20 comments kat sini :)

Sabar ajelah dengan perasaan malas Auntyn tu ...

Queen Of The House said...

Oh terlupa pulak ...... maybe try godek-godek buat wajah baru for your blog .... nanti hilanglah perasaan tu :)

Queen Of The House said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sya said...

aunty N.. jgn lelama malas nanti lama lak yg nunggu.

Anonymous said...

ed, itu poem dtg terus dari jiwaku yg 'semonel' dan diterjemah dlm bentuk ayat yg kurang berbunga oleh jari jemari aku yg cekeding nih dan ditujukan khas utk AN.

hakcipta terpelihara!!


kamus MA:
SEMONEL membawa maksud 'sentimental + emotional'

MA said...

AN : I echo QOTH. Tukar template baru.

Kalau tak, meh datang Kl and kita pergi retail therapy ;-)

Anonymous said...

Aunty N,

R&R..rest & relax.. you need a break..

AN tak update pun.. saya tetap dtg everyday..

arc

KakNi said...

AuntyN, tak kisahlah perasan ke tidak, janji update...

Count Byron said...

AuntyN.
Count your blessings, AN. Malas tu eloklah..asalkan jangan selalu aje malas (SAM). I dont see you as an SAM *smile*

Malas bertempat tu bagus.. kalau dibuatnyer rajin siang, malam, tak kenal waktu.. tak leh tidur pulak (insomniac) kerana teringat nak buat bermacam2.. mm kan naya tu..

Have a great malas weekend AN

Anonymous said...

AN .. takpe la AN, releks dan rehat jer dulu. Patut laa lately rasa rindu jer kat AN. Rupernya AN tgh down. Anyway, all those bad feelings will be blown away soon. Will wait for your comeback. Cheer up .. cheer up .. we all luv AN

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! discount vicodin whips and sex toys http://www.mp3-player-2.info/Airlines.html Cleveland tn mattresses Naples florida web cams free hardcore footjobs Free live nude web cam Overnight shipping ambien Amateur muff dive Cartoon preggo individual workman comp insurance free fucking hardcore videos Grupos de radios amateur Asthma awareness month nettv in tvs dash car Tamiflu side effects