March 10, 2006

Adik Lelaki

Semalam, hubby ada beli keropok lekor. Anak-anak dara aku, Angah dan Ayin dah boring makan nasi, nak diet kononnya, nak makan keropok lekor, tak nak makan nasi takut gemuk hehehe. Aku suruh diorang goreng sendiri. Sambil menggoreng tu, aku makan nasi, sambil pot pet dok sembang 3 beranak. Syia ada kelas malam, jadi tak join. Hubby tidor sebab dia qadha' tidor, sebab malam sebelumnya dia tidor jam 3 pagi, sebab dia ada hal keluarga dia kat Sungai Petani.

Ayin, sejak dua tiga hari lepas dok asyik tanya aku, nak masuk duduk di asrama kat sekolah dia. Walau dia dapat 5A dalam UPSR dulu tu, dia tak dapat tawaran sekolah asrama penuh. Sekolah dia sekolah ugama tersohor kat Penang ni, ada jugak asrama, tapi dia tak mendapat kemudahan asrama sebab-sebab tertentu. Nak sangat dia duduk asrama, sebab kata dia malam2 ada tuisyen bahasa Arab lah dah sebagai. Aku tahu dia ni memang fokus dalam pelajaran dia. Dia adalah anak aku yang paling fokus dalam pelajaran. Kadang2 angah yang tahun ni SPM tu pun boleh tanya dia fakta itu dan ini. Aku dah suruh dia tanya baba untuk dapat kan kebenaran untuk duduk asrama yang katanya ada kekosongan. Dia tak berani nak tanya sebab dia tahu baba tak nak benarkan dia atau anak2 baba yang lain duduk berjauhan. Dulu masa Kak Long mula masuk kolej pun baba rindu yang teramat kat anak sulong dia tu. Walaupun dekat sure nanti baba rindukan Ayin. Teringat dia, Ayin dah makan ke, apa yang Ayin makan dan sebagai.

Sambil menggoreng diorang buka cerita.

Ayin : Mama, dulu Ayin tak dapat peluang masuk asrama tu pasal pendapatan keluarga kita tau. Dah tu adik beradik sikit pulak.

Aku : Dah tu nak buat macam mana? Takkan mama nak berenti kerja

Angah : Betul lah mama, kawan angah yang kurang 1A dari Angah (PMR) pun dapat masuk MRSM. Kami tak dapat. (Refer kat dia dengan Ayin)

Aku : Memanglah mama dengan baba nak anak lebih, dah tak dapat.

Angah : Awat pulak mama? Kan mama masih mai period

Aku tergelak. Tahu jugak dia tu pasal reproductive system rupanya. Tak payah dah aku nak explain dah, hehe. Angah Science stream, dia belajar semua tu dah.

Aku : Dah tua dah, kalau boleh nak lah jugak anak lelaki ke sorang.

Angah : Tu lah mama, best lah kalau ada adik lelaki. Mesti hensem adik lelaki kita kan Ayin?

Aku lagi tergelak. Laaa, perasan jugak anak aku ni rupanya.

Ayin : Tak best tau mama, adik beradik semua pompuan. Kawan Ayin selalu tayang gambaq abang dia. Selalu cerita pasai abang atau adik (lelaki) diorang. Ayin tengok, dengaq je lah.

Angah : Tapi mama, ustaz Angah kata, baik kamu toksah ada adik lelaki.

Aku : Awat pulak ?.

Angah : Ustaz kata, nanti sure pompuan yang tackle dia, bukan dia tackle budak pompuan.

Tergelak kami 3 beranak.

Yang diorang ni pun la ni baru nak mintak adik. Masa mak dia dah pencen ni muahahahhaha. Bayangkan, kalau aku beranak tahun ni, nanti bila anak tu umur 10 tahun aku dah 58 tahun, dia baru 20 tahun aku dah 68 tahun. Rasanya orang sure ingat yang tu bukan anak aku tapi cucu aku....muahahahhaha

22 comments:

budak said...

AN

Budak budak dah mintak bagi aje present kat depa, Lapaih tu mai habaq kat depa sat lagi aku dah tua hang semua jaga adik hang..... makan minum pakai depa hangpa semua sediakan....... boleh.

Pass tuh mai habaq kat semua org AN 'masih boleh layan lagi' hahahahahaha

AuntieYan. said...

N: anak-anak Kak Yan, walaupun tak dak pompuan, depa mati-mati takmo adik pompuan...depa kata budak pompuan leceh, lembab dan mangkok!!!....sungguh kurang sopan noooo....depa tak kena lagi pujuk rayu pompuan .....:-)

AuntyN said...

Budak, HAHAHA, nak bagi "present" kena pi make over dua2 orang dulu tau hehehe. Pasai jaga tu, depa main2 sikit2 depa sure suka tu. Lama-lama mak dia jugak lah kena jaga tu.

Kak Yan : Tu lah takkena lagi pujuk rayupompuan no. Nanti lah, mandi tak basah, tidoq taklena no hehe

Arena said...

AN,
kasik jela.. dah nak sangat tuh..kekkeke..

auntieyan
eleh cakap jek gitu. Nanti dah ada girlfen , yg leceh, lembab tulah yang dok kejar-kejar..kekkekek

Queen Of The House said...

Auntyn ... kita ni dah over 40 kira dah masuk geng veteran mothers... anak2 tak kesian ke nak suruh beranak lagi? Sat lagi Mak dia yang letih dok jaga adik lelaki (yang sure lebih ligat dari anak pompuan).

Lagi satu, kalau dah umur cam ni, nanti pi clinic/hospital for antenatal checkups, orang semua tengok semacam ajer ...... mesti depa ingat tak pandai planning ni :p

AuntyN said...

Arena : HAHAHA Isyy, tak kuasa dah kut tu hehehe

QOTH : Kalau diorang kata "tua tak malu ke tua gatai" ke lagi sedih tau hehehe.

sya said...

Hish letih weh nak beranak kecik lagik.. nak kuar berjalan susah.. mana nak siapkan pampers, susu, wet wipes, towel, baju sepersalinan.. eiiii tak yah le.. penat ehh...

maR said...

Adoi lawat laaaa anak2 mami *gelak*

AuntyN said...

Sya : Itu lah kita dah ingat nak senang, diorang pulak melebih. Diorang bukan tau macam mana kita jaga diorang dulu2 tu hehehe.

mar : Hehehe

MA said...

Kak N : Nasib baik laa depa tu mintak adik kat Mama - buatnya depa bukak cerita kat Uncle Z nak mintak adik, sure ler senyum melerek cik abang tuuu....

senyum ada maknaaaa....

demonsinme said...

Aunty N,

Keme bekenan bebenor bace dialog Acik ngan anak2. Banyak benor yang keme boleh blajor kat sini.

Thanks Acik N for the wisdom.

AuntyN said...

MA : nak tau apa baba nanti kata? Nanti baba tukar ibu dulu, kalau nak adik lelaki OK? hehehehe

Deme : Ini lah keluarga acik.ALhamdulillah kami boleh berkomunikasi.

Kak Lady said...

Kak N...kita ni dah lama cuti jaga anak kecik...dah tak kosa nak pikirkan lagi pasal anak kecik...dah berumur ni nanti terasa penatnya...

Lady pun ade congak2 jugak...kalau lady ade anak kecik sekarang lady nak lelaki...sebab nanti kalau dia kawin...isteri dia dlm pantang mesti mertua dia jaga...kita ni dah tak larat lagi dah...tu pun kalau ade umur...

d'arkampo said...

kalau baca gelak muahahaha tuh...

boleh lagiiiiii.

he he

AuntyN said...

Lady : Betul tu, penat!!!.

Po : Boleh apa? Boleh gelak ke? hehehe

lifecuppa said...

auntyN:
my Ma beranak my littlest sister masa dia umur 46, sekarang ni memang kalau ayah pi hantar adik tu ke sekolah, orang kata atuk dia..hehehe...masa dia lahir, saya dah start kerja 3 minggu..beza umur kami lebih kurang 24 tahun..macam anak saya lah pulaaak!!! :D

JoKontan said...

AN : Saya seconder PO la AN...

Boleh lagii...

Sedapnya berkata-kata :-))

easylady said...

my eldest daughter now F1 kata .. waaa..no more adik please.. tak kosa nak kena jaga dia orang..

AuntyN said...

onde2 : Amboi, macam menggalakkan je tu hahaha.

TJ : Ni sahih nak suruh kita join dia tu tambah umat bebanyak hehehe

easylady : Hahaha, nak ambik ko!, Bukan mak dia saja yang tak larat, Kakak/abang pun dah tak larat tu hehe. Bapak dia larat lagi ke? :-)

Kopi Suam said...

ok apa Aunty N. mak saya dulu bersalinkan adik yang last masa saya dah start kerja. Sekarang mak dah nak masuk 50 tahun adik saya sekolah darjah 1...sesat lah tu

Iyelah itu aje pun yang tinggal kat umah. Adik beradik lain semua dah kerja dan duduk asrama...

Boleh lagilah aunty N...sure best kalau ada baby sekarang..

go go aunty N you can do it :)

AuntyN said...

Kopisuam : Isyyy, kalau nak jadi tu dah lama jadi nya tu. Dah berderet2 dah tu. Dah tak de habuan kut ni. Hehehe.

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you!
grandpa gay porn Kick ass miracles s01e04 Us+faucets Porsche targa tops dodge neon hemi men afraid to have sex after pregancy scare Free indian porn thumbnails Teen art models free porn sites Fur coats woman in fur Sex with relatives Fax machines over ip Banking business credit cards g45ctoby free porn site dont have to sign up free hardcore Buspar imagines documents settings m carmen cum inside porn