March 30, 2006

PC "demam"

Aku cuti semalam (Rabu). Saja nak habiskan annual leave, kalau tak nanti kena forfit (sp?). Tak habis jugak tu, bukan salah sapa, salah aku jugak lah tak nak ambik dan plan betul-betul. Tak apa lah, sedekah je lah kat company tu, cover balik yang time aku lambat masuk atau balik awal tu. Tak banyak pun se hari dua je tu.

Dari malam sebelumnya aku memang dah notis, PC kat rumah tu slow yang teramat slow. Mengalahkan kura-kura berjalan lagi tu. Log on pun, macam tak nak keluar je. Sempat aku pergi buat kerja kat dapur lagi baru log in windows keluar. Nak masuk internet? nak bukak browser IE je dah berjam-jam menunggu. Nak YM, nak masuk blog, lagi lah siksa. Lepas tu sekali sekala dia akan re-boot sendiri. Atau pun dia hang macam tu saja. Aku agak dah sure ada virus ke spyware ke yang melungguk kat PC aku tu. Aku check free space kat hard disc pun banyak lagi. Siap suruh Ayin delete file-file lagu-lagu yang diorang download tu.

Naik rimas aku tengok PC tu. Aku ni jenis yang tak sabar, nak cepat saja aku ni, bila aku click icon IE ke, YM ke, bila dia tak keluar aku pun click sekali lagi, jadi bila tiba2 je dia keluar, berlambak-lambak pulak windows yang keluar pulak. Bila aku close, semua keluar "Program not responding". Aku ni bukan nya IT savvy sangat. Jadi lagi lah aku risau.

Aku try scan virus, kata no virus found. Aku tak puas hati ni, mana boleh jadi macam ni tak da virus. Aku pun tanya Kak Long, sebab ada dulu tu laptop dia pun slow macam tu jugak. Dia bagi satu virus scan program, download dari internet. Aku pun download, scan terus, ada pulak 10 ekor trojan horses yang terlepas dari kandang mana pun aku tak tau. Lepas dah scan tu elok sikit PC aku tu. Tak lah slow sangat dah. Tapi masih jugak tak elok lagi. So aku scan spyware juga. Yang ada dalam PC aku software yang dari Lavasoft tu. Tapi bila dia jumpa 2 critical object, PC aku akan re-boot balik. Mungkin "ubat" spyware tu dah tak bagus dah agaknya. Dah ada spyware yang lebih terrer dari dia. So aku uninstal software tu dan cari yang baru. Tapi lepas dah scan tu, cuma nampak elok sikit je. Tak balik macam asal, cepat je bila aku on kan PC aku tu.

Aku pun bukan reti sangat apa sakit nya PC aku tu. Jadi aku buat yang basic je lah. Macam anak-anak nampak nak demam bagi kortal atau Panadol untuk kanak-kanak. Bila dah nampak macam ubat tu tak nak jalan jugak baru nak bawak pergi klinik tu. Sama jugaklah dengan PC ni pun. Adakah aku kena bawak dia pergi jumpa doktor untuk direformat ke apa ka?

Bila dah tak boleh nak masuk internet tu, banyak lah hal tu. Setengah hari aku kena dok round bandar nak bayar bill. Kalau tidak boleh save time and petrol bayar thru maybank2u.com.my Nasib baik di Seberang Jaya tu, aku park kereta dan aku jalan kaki ke sana ke sini. Sempat jugak aku singgah kat EPF buat penamaan untuk duit EPF aku tu. Manalah tahu kut-kut apa-apa terjadi boleh Kak Long agihkan duit aku tu sesama adik-adik dan baba dia. Senang sikit tak payah tunggu lama-lama. Masa tu sure diorang perlu duit nak sambung belajar ke apa kan...

Dah tu aku pun tak dapat nak berjemaah dengan member2 aku 2 malam jugak tu. Entahlah malam ni boleh ke tidak tak tentu lagi. Tentu heran ahli jemaah aku tu, mana pulak si AuntyN dok bertapa. Boleh ke dia tahan 2 hari tak berchatting tu kan. Siksa jugak lah tu, :-)

Sapa-sapa yang pandai menilik apa yang tak betul dengan PC aku tu, sila lah beri cadangan macam mana aku nak memperbaikinya sendiri. Last resort aku ialah re-format the PC (sebab yang ni mesti kena sound kaw kaw punya dengan hubby tu!!). Makin payah jadinya aku nak berinternet lepas ni.

Atau pun aku kena sabar berbanyak-banyak. Kan ke sabar tu separuh dari iman ? Tapi Allah suruh kita ikhtiar kan.... But then again, baik PC ku yang demam jangan aku atau famili aku yang demam pulak. Tambah-tambah kalau hubby yang demam..........................lagi susaaaaaaaaaaaaahhhh wo!!

27 comments:

joe penang said...

salam ukhwah
kalu dah scan virus/spyware still slow format je la...

Sya said...

kak N.. kalau kita demam senang ajer.. rehat dan telan paracetamol. Kalau PC demam.. kita yg tak rehat dan makan paracetamol walaupun tak demam.. last last reformat habis citer

Anonymous said...

Auntie N.. apa YM ID auntyn??

Anonymous said...

setuju sangat2 dgn last paragraph tu mami

AuntyN said...

joe penang : Thanks

sya : Haah lah, penat duduk depan PC. Nak reformat tu scary betul sebab banyak sgt file nak kena makse tak tercicir. Most of them hubby's.

anon : Sapalah pulak anon ni?

mar : hehehe, biasalah tu.

AuntieYan said...

N, jangan tanya KY...bab..ni hampeh sungguh!...tak dapek nak nolong!!!;-(

Queen Of The House said...

Auntyn, kalau nak reformat, make sure you save everything that you want to retain in DRIVE D (Backup). EVERYTHING termasuk addresses of your favourite sites, your favourites & gambar2. (You can save on Yahoo My Web, too).

Recently my PC pun buat hal yang sama, last-last langsung tak boleh nak boot. No choice but to reformat, kena hantar kedai. Paling sedih, all my pictures from the camera simpan dalam PC (only) ... semua dah hilang! Nak buat macam mana ..... menyesal tak sudah tak buat backup on CD or at least save in D drive.

Ini semua Spyware, Malware, virus punya pasal. PC kena maintain selalu kalau tak jadi macam ni lah. Webroot's Spysweeper is very good, but to delete the spyware etc, kena beli. The free version boleh scan & detect aje.

Check at http://msn-cnet.com.com/2001-20_4-0.html, ada macam-macam!

AuntyN said...

Kak Yan : Semua ni kena belajar sikit2, tu yg tanya tu. Sapa yang pandai ajar yg tak reti macam kita ni.

QOTH : thanks. Itu yg sakit tu kalau nak re-format sbb banyak file and software hubby punya dalam tu jenuh nak save ni.

aNIe said...

kak N...agaknya pc kita ni pakat kot...pc lady pun baru kene reformat..alamak...masa dpt tau pc ade problem...ade lah bega2 sikit2 tapi tak menjadi jugak...last solution...panggil doktor dia dtg...dia kata tak boleh nak buat aper...kene reformat...sib baik dah pesan kat dia suruh save all the photos yang kat dlm ni...kalau tak nangis tak berlagu lah...

Bila dia hantar semula...banyaklah yang lady kene download balik...YM lah..IRC lah...realplayer.. printer...macam2...serik betul bila takde pc ni kak N....sebab hubby dah jauh...contact pakai mail...pastu duit gaji dia & semua bayaran guna maybank2u...nasib baik cepat sembuhnya...

Bergen said...

I notice PCs are more prone to this compared with Mac. Mine is hardly a few months and I don't think it is performing as efficient as the first few weeks I got it. Will see how this goes before changing to Mac. I've always been a Mac guy but I thought there are a lot of stuff that Mac doesn't support since the world is very much dominated by PCs. Good luck with this, AuntyN.

Every step of the way is a test, including a machine a lot us of have gotten hooked to. Maybe it is trying to tell us something.

JoeBangla said...

beli laptop baru aje lah, habis cerita :-)

AuntyN said...

Lady : Nampak gaya nak kena re-format jugak. Tapi belum lagi save segala benda dalam PC tu.

Bergen : Hubby has a MAC laptop at home too. But recently, the modem broke down, to repair the MAC center in penang is asking for RM500+ so I told hubby no need to spend the money, since we have the PC at home with internet connection already. I am now regretting that decision.

Joe : Yang ni PC kat rumah tu desktop, bukan laptop office yang dah berkurun umur dia tu. But then again, maybe with the new management we can get a new Laptop. Would be really nice, *in my dream I guessed!!!*

tee said...

PC's problem ? tension kan kalau PC sakit. Nampak sangat kite ni addicted to it. kalau tak pekena seround, macam cicak berak kapur aje. (camane cicak tu bole berak kapur, ek? very de confusing one woo...) :)

AuntyN said...

tee : tension tu sbb, nak kena re-format. nak save dulu benda2 dalam hard disk tu. Lepas tu kena lah pulak sound dgn hubby pulak (yg ni lagi tenstion :-) )

onde2 : Hahaha, memang tepat sekali. Hubby demam, merengek lebih dari baby tu. Asyik dok kena usap kepala, picit belakang. Nak buat kerja rumah pun susah kaannn.

anedra said...

alamak! i know how that feels!

eh, btw, bila lagi makcik-makcik nak "berjemaah" dgn makcik-makcik junior??

Ely said...

how about defragmanting the computer? sebelum tuh, try delete cookies and history files on IE dulu. tgk jalan tak benda tuh.

good luck!

AuntyN said...

Dena : maybe soon, hang in there OK :-)

ely : thanks, will try that tonite.

Ari said...

Pergi kat start,click cari program,biasanya ada kat acesories,cari defragmenter, start.Tak ada yang akan hilang der..defrag tu ..dia tak buang file..cuma di susun semula..file tak kacau langsung.Saya defrag tiap bulan..kemungkinana besar..ada banyak file yang besar disimpan ni..

Ari said...

dari accessories gi ke system tools..baru jumpa defrag.

maklang said...

At least kalau PC demam bolehlah hantar workshop, kalau Hubby demam kena baiki sendiri laa....

maklang said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AuntyN said...

En Phinisi : Terimakasih, dah defrag dah. Kurang sikit "slowness" tu.Tapi still slow.

Maklang : Kalau hubby demam kena dok belai2 :-)

Anonymous said...

auntyN skarang ni dah malas update blog. bila buka asik entry yg itu jer. Antie Yan pun sama. Yg rajin hanyalah MA. Tumpang tengah laku org asik jengok blog ni..rajin2lah update. AntyN..beli laa pc baru. senang sikit.

AuntyN said...

anon : terimakasih sebab masih rajin jenguk blog AN ni. Ni masih dok kabur-kabur lagi apa next step to do with my PC. Nak beli PC baru just for blogging? Mak ooii !!!. It is just too expensive a price for me to consider.

Setuju sgt, MA memang rajin update blog.

Anonymous said...

tu la auntyN (aik macam nak start berleter aje) kalau dah kena spyware jenis trojan, jawapannya re-format.

sebenarnya pakai pc ni macam pakai keretalah, kena jaga betoi2, maintenance mesti buat, termasuklah preventive maintenance

sori la kalau macam nak berleter tapi kita belajar dari pengalaman kan kan kan

AuntyN said...

Ni : HAHAHA dalam berleteaq pun ada pengajaran ni, baguih lah no. Terimakasih lah.

AuntieYan said...

AnoN...N, tumpang lalu & nak jawap komen Anon tuh....
AY mengaku je...memang malas nak up-date....ada masa tak de idea...kalau up-date syok sendiri pun tak guna jugak...anyway Anon, AY dah tulis blog ni sejak 2002....idea pun semacam dah kering...

Thanks N...:-)