Ni kisah aku berchatting dengan Kak Long. Dia selalu baca baca blog aku sure dia nanti kata "apa lah mama ni yang tu pun mama nak cerita"
Kak Long : mama tgh wat aper 2??
Kak Long : bz ker??
Masa tu aku dok chatting dengan ahli jemaah, tak perasan dia tegur. Lepas tu baru aku tegur balik.
Aku : ada ka ni?
KakLong : ader2
KakLong : mama p maner?
Aku : tak pi mana
Kak Long : nak tanya mama pasal major
Aku : apa choice yg ada?
Kak Long : ader AA , BB, CC, DD, EE
Kak Long explain satu persatu apa-apa kursus yang ada tu
Kak Long : kena ssn kelima2
Aku : bila kena decide?
Kak Long : tggl semggu
Kak Long : Kak Long dah plh
Kak Long : nak tanya mama jer
Kak Long : 1. AA 2. BB 3. CC 4. DD, 5. EE
Kak Long: ok dak
Aku : sat na
Kak Long : ok2
Lepas aku tengok-tengok options tu aku bagi dia tahu pendapat aku tentang demand dan supply untuk pilihan dia tu. Lepas tu aku bagi pilihan aku.
Kak Long : yg EE kan tak ramai org
Kak Long : tp ssh
Lepas dok discuss kami dua beranak ni, aku pun naik pening dah baca perkataan dalam bahasa sms ni aku tulis macam ni
Aku : boleh tulis betui2 dak?
Aku: pening mama nak baca ni
Kak Long : owh camni
Cik kak ni ingat aku tak faham kursus tu macam mana, jadi dia siap explain lagi tapi bahasa sms jugak lah hehehe.
Kak Long : mcm tu la
Lepas dekat 1 jam berdiskusi tu, tengok kebolehan dia, minat dia, peluang-peluang kerjaya sedikit sebanyak aku propose macam ni kat dia.
Aku : So no 1. AA, 2. CC. 3. EE, 4. BB, 5. DD OK?
Kak Long : EE no 3 ???
Kak Long : kira byk berusaha ni
Aku : apasal pulak?
Kak Long : hehheh
Kak Long : dah ssh hehhe
Aku : nak senang semua tu ???
Aku explain lah, biar susah sikit sekarang ni, jangan nak cari yang senang saja. Biar kita ambik kursus yang tak ramai orang, kerana susah, nanti graduate tak ramai dari kursus tu, tak lah saturated pulak. Kita usaha lebih sikit. Nanti senang di kemudian hari. Dia pun kata dia faham dan dia ikut apa yang aku propose tu. Lepas suruh dia discuss dengan advisor jugak tentang choice major tu, kami pun bagi salam. Dah dekat 1 pagi dah. Esoknya aku cerita kat hubby apa yang kami discuss tu. Ada lah dia suruh tukar sikit tapi yang lain tu dia OK saja lah. Semoga anak2 aku berjaya dalam pelajaran dia. Aku tak pernah nak pressure dia atau adik2 dia suruh menjadi super achievers, cuma nasihatkan diorang betapa penting pelajaran untuk diorang, dalam dunia yang penuh dengan persaingan. Aku mahu diorang belajar dan enjoy apa yang diorang belajar, at the same time ada masa untuk enjoy their young lives jugak. Tak mau diorang jadi macam katak bawah tempurung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
cek tabik kat AuntyN *tabik spring* pasai buleh give and take dgn anak2.. baguih sungguh noo..
ada sesetengah parents dictate 100% apa course utk anaknya, kat mana belajar, bla bla bla..
Hmm memang patut pun discuss camtu kan Aunty N..tapi anak2 sekarang untung sebab ibu bapa dah educated so laluan lebih mudah sebab ada yang bagi tunjuk ajar. Kita dulu terpinga2 sendiri nak tentukan hala tuju hidup dan masa depan. Nasib baik pilih course yang betul habis belajar senang aje dapat kerja..
giliran saya nanti tak tahu lah mcm mana
CD : Kalau nak force nanti diorang taknak belajar lagi susah. Kak Long pun dia bukan tahu sgt apa dia nak buat tu, jadi kena coach sikit tu. Your time will come.
Kopi suam : Lain padang lain belalang. Samalah dulu I pun kena decide sendiri apa course nak ambik, sikit pun tak tahu nak menilai yg mana in demand yg mana tak. hentam je lah masa tu. hehehe You'll be fine. Jangan risau.
right path will lead to a right destination..happy women's day
AN
Dulu masa TIKL Buat Land Surveyor
Masa kat Uni buat Electrical
Keje Jaga Air (Fresh Water & Ultra Pure Water) dan Waste.
Cuma kalau bab bab elektrikal masa keje my boss will ask for second opinion dan ada juga dia suruh lead project Energy Conservation dan Power Quality walaupun saya dalan Chemical and Gas Group.
Semua itu tercampak dan saya tak rancang pun. Just follow the stream
wow..chatting tu. saya cuma beremail aje dengan mak saya.
Masa saya kecik dulu pun blur habis nak buat pilihan. Bagusla kalau dibimbing dan discuss mcm ni. Baru la dia konfiden dan tak follow blindly.
traveller : Same to u. Thanks
budak : Masa dulu camtu lah, tak de sapa nak refer, so follow the flow lah. Nasib baik OK tu.
kunci : Cuma nak bagi keyakinan kat kak Long supaya dia lebih confident je tu.
Maklang dulu pun ikut2an aje. Cikgu suruh ambik, kita ambiklah. Tak gheti ape2. Tapi lepas dah kerja lama2 ni dah muak dah. Tengah tunggu nak pencen je. Tapi kalau pencen cepat tak de duit pulak, siapa pulak nak bagi duit...
maklang : Kalau boleh pencen, memang nak pencen pun. Dah 20 tahun lebih dah dok kerja dgn org ni. Tapi anak2 masih tak berdikari lagi, kalau pencen awal,, harap kat hubby sorang teruk jugaklah. Jadi tahan sikit lah.
kelurga zaman siber ni serba canggih kan. tak ada barrier langsung ye utk contact mak bapak. Tapi yg heran tu anak2 yg sampai langsung tak contact mak bapak bertahun2..samapi hati anak2 ni. kesian mak bapak diaorang.kerja besar, tapi nak spend 3kupang call mak pun susah...hai anak.
Pernah join komen kat sini tapi lama dulu. Untung anak AuntyN ada ibu yg boleh beri pendapat. Saya setuju dgn cara AuntyN, tidak memaksa tetapi beri panduan. Dalam pemerhatian saya, ramai ibu bapa sekarang ini dek kerana terlalu sayang, they became over protective. Anak2 menjadi too dependent. Nak buat keputusan pun tak reti. Just want to share my experience. Not sure whether I am expecting too much, berkira or entahlah.....
Recently, I have a cousin ( by marriage), minta tlg nak pegi interview. BTW, She is a recent graduate from a local U( so not that younglah) Memanglah dia tak biasa dgn KL, but I didn't expect her to be so dependent. I had expected to send her to the interview tapi I totally didn't expect to wait for her and send her back to our home. I asked her, lepas interview nanti reti tak balik sendiri, sebab both my hubby and I had important meetings that day. Otherwise, she had to wait for us after either one of us finish worklah. I was prepared to pay for the taxi fare. She became very quite and said ' tak pe, tunggu sampai habis keje pun tak pe'. That would be until 5 pm at least - her interview was at 9a.m. Ok fine. So, pikir2 punya pikir I told my hubby, since my office is nearer to the interview place, I'll pick her up during lunch break and send her home. She finished interview at 10am, so she had to wait for me until 1pm. Anyway, to cut the story short, I forgot my house key, so I had to bring her to my off, and waited for me until I finished work. Since dia nak balik kg ikut kami that weekend, her parents suruh dia stay with us until w/end. That nite I told her, ' esok tengahari, kak tak sempat nak balik rumah, ofis jauh jugak, so kalau nak makan masaklah apa yang ada.' buatlah mcm rumah sendiri, kalau susah, masak je lah sardin ke'. She became quite again. I asked her'pandai masak tak?' dia jawab. ' tak reti, tak biasa masak' 'Takkan masak telur atau sardin tak reti' I asked her..' Tak .. emak tak pernah lepaskan dia masak sendiri'. Later, when I discussed w my hubby abt that conversation, we were not suprised because the way she was brought up - too protective parents, everything was prepared for her, nak ke mana-mana berhantar. Nak buat apa2 semua kena tanya emak. I wonder, how she gonna survive in this cruel world later..will the parents be there all the time? If not, will she expect people like us ( her relatives) to be there always for her? What do you think AuntyN?
Nisha
fidah : teknologi sekarang telah mengecilkan dunia, jadi kita saja yang perlu memileh untuk berhubung atau tidak dengan orang2 yang tersayang.
Nisha : Welcome back. WOW!! That deserved an entry I think. I'll write my opinion very soon. Thanks.
akum kak!
dah 3-4 bulan gak la saya follow blog akak nie. bes plak!!
respek kt akak la!! bukan salu ada mak yang bleh discuss ngan anak2 dia pasal benda nih.
paling lazim ayat yang saya salu dengar mak2 orang cakap "lantak ko lah, maner yang ko rasa nak amik ko amik jer la.. jangan nanti sampai telungkup pehtu menyusahkan aku sudah..!!"
nampak sangat anak2 dia dah terlungkup..
huhu..
k la kak!! Aiman x kisah!!
Lyera
luper plak kak..!! kalo bleh ym la saya..
ym add - lyera_ozzy
Aiman x kisah..!!
Lyera
Setuju dengan AuntyN suggesting Kaklong to choose course with saturated in the market to ensure securing her future. What I know oil & gas industry is in demand of work force due to recent increase in oil price. I am sure if Kak long course will be relevent to this.
Kak N...kak Long is so lucky to have you as her mum...bukan semua ibu boleh berbincang dengan anak2 tentang course yang patut di ambilnya....lady ni anak2 semua pilih sendiri...cuma sesekali bila terpacul dari mulut mereka tentang maner yang lebih baik...baru lah kami memberi pendapat.
Memang betul kak long kene cari course yang bidangnya masih belum ramai di pasaran...kalau mengambil course yang dah terlalu ramai graduan maka kak Long kene lah jadi antara yang terbaik...insyaallah...
Sorrylah AuntyN kalau panjang sgt my comment tu ( jadi macam entry pulak ye) Bukan apa, bila baca your entry tetiba teringat pulak.
Nisha
lyera : welcome, welcome. Terimakasih kerana membaca blok Kak N.
Sebab tak nak anak terlungkup lah dok bagi panduan kat Kak Long tu.
Onde2 : Selalu macam tu. Kadang2 kita tak sedar yang apa yang kita suruh orang buat tu mungkin tak menepati kemampuan diri seseorang tu. Kak Long tu average student je, bukan genius, dia minat dgn komputer stuff jadi kena dok bagi banyak jalan supaya dia boleh confident. Itu sajalah.
Anggerik : Kak Long's course actually relevant untuk semua industry :-) secara tidak langsung. Cuma scope saja yang mungkin berbeza antara satu sama lain.
Lady : Keaadaan semasa perlu kita buat research sikit untuk guide anak2. Sebab dulu mak bapak tak reti nak guide kita, tak kisah lah apa yang kita nak ambik asal dapat kerja. Lagipun competition dulu tak se sengit sekarang. Banayk factor yg kena ambik kira nak jadi ibu bapa zaman cyber ni.
Nisha : Not to worry about that. You dah bagi idea untuk satu blog entry. InsyaAllah akan tulis dalam masa terdekat.
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it
travel insurance http://www.insuranceandreinsurancereview.info Agriculture terra turf tires nease insurance Arizona best company in moving http://travel-insurance.freeservers.com/conseco_supplement_insurance.html term life insurance rate Life settlement bond insurers
What a great site » » »
Excellent, love it! Xxx home made movies 1998 ford mustang cobra M pop up blocker where did anderson cooper go on vacation
Looking for information and found it at this great site... » »
Excellent, love it! » »
Post a Comment