March 24, 2006

Kenangan Seminggu

Wah, hampir seminggu aku tak update ni. Sibuk pulak minggu ni, bermacam-macam acara berlaku dalam minggu ni. Sebab tu lah tak dapat nak update. Ini pun menyilinap sebelum ada meeting 3 penjuru ni.

Awal minggu aku travel ke KL. Jadi sehari sebelum travel aku pergi service kereta lah. macam-macam kena buat, tukar itu tambah ini, allignment tayar sekali. Kalau kereta OK confident sedikit tak break down tengah jalan tu kan. Itu cuma preventive action lah, tapi kalau dah di takdirkan breakdown jugak tu, perkara lain. Malang tak berbau kata orang, kita saja kena ikhtiar untuk cuba buang faktor-faktor yang mungkin boleh menyebabkan perkara tak diingini berlaku. Bila servis tu tahu je lah sure berlubang sikit kocek tu.

Awal pagi Selasa, aku pick-up PS, kami travel awal sebab nak masuk ofis bila sampai KL nanti. Biasalah first part of the journey dia yang drive. Walaupun kami berhenti breakfast kat Bukit Gantang, aku offer nak drive lepas tu, dia masih cakap she will drive. PS adalah seorang pemandu berhemah, selalu dia tak pernah overshoot the speed limit. Aku yang selalu pecut kalau drive. Steady saja dia bawak kereta, sebab tu aku OK saja bagi dia drive kereta aku. Tapi entah apa yang dia rasa pada hari tu (agaknya penangan kereta baru yang dia baru beli) dia drive over the speed limit pulak hari tu. Dah tu, bila makin lama makin banyak kami tengok kereta yang bertentangan dengan kami tu asyok dok flash headlight depa. kami dah tau sure kena saman punya hari tu. Apalagi memang betul lahjangkaan kami, sampai lepas dari R&R Tapah tu, ada road-block, tak payah dah lah nak cakap apa kan. Terima je lah apa yang sebagai "teladan" (kata pak polis tu lah Hehehe.)

Dah keluar sarang tu, malam tu apalagi bercandalah aku dengan 2 orang makcik-makcik kat kedai mamak. macam biasalah riuh kami bertiga kat situ. Asal cadangan kami nak suprisekan Kak Yan yang menyambut ulangtahun kelahiran pada 21 March tu. Tapi Kak Yan tak ada dia berseminar pulak kat PD, jadi celebration tu dah ditunda. Kami sembang sampai hampir tengah malam, bila aku dah sampai kat hotel, makcik sorang ni telefon tanya aku dah sampai ke belum, sebab dia risau aku jalan kaki je dari kedai mamak ke hotel. Sebab dia concern keselamatan aku tu, kata dia tak nampak aku jalan balik ke hotel. Terimakasih kerana ada yang concern dan Alhamdulillah aku selamat.

2 hari, Rabu dan Khamis tu memang sibuk habis, tak sempat pun nak tengok blog betul-betul. Kak Long pun tak jenguk lagi. Tapi dah beritahu dia Khamis baru boleh ambik dia datang tidur dengan aku kat hotel. Dia tak ada class hari setiap Jumaat jadi boleh spend some time dengan aku. Malam Rabu aku keluar dengan PS saja, sebab tak kan aku asyik nak berkepit dengan kawan-kawan aku dan abaikan dia pulak. Walaupun dia kenal semua kawan-kawan aku yang aku selalu jumpa tu, tapi tak adil bagi dia kalau aku abaikan dia. Tak kemana pun kami cuma keluar makan saja dan sempat cari present yang tak seberapa untuk Kak Yan.

Tak sabar sebenarnya aku nak habiskan kerja pada hari khamis tu, dok terbayang plan nak jumpa Kak Yan tu. Lepas kerja, aku dan Makandeh bertolak ke Cyberjaya, pick-up KakLong. Lepas tu kami menuju ke BBB untuk bertemu dengan Kak Yan, Wynn + anak dia, dan Sya. Dah lama aku tak jumpa Kak Yan dan Wynn, rindu terlerai lah semalam tu. Berkumpul semalam makcik2 meraikan birthday Kak Yan yang ke "15" tu. Riuh rendah kami nyanyi lagu birthday kat Kak Yan, sampai orang lain pun asyik tengok kami. Diorang pun agaknya heran, apalah makcik2 ni, dah makin tua makin ligat sambut birthday tu. Bukan apa, syukur masih di beri kesempatan oleh Allah untuk melihat dunia. InsyaAllah dapat menilai ketakwaan masing-masing. At the same time we try to have some fun. Bila makcik-makcik dah mula bergebang, tau je lah for sure riuh rendah tu. Kedai sepatutnya tutup pukul 10.00 malam, kami masih tak berganjak. Last-last, pekerja restoran, pull down the folding door, baru kami ni realise kami dah overstay. Nasib baik tak kena halau je dari situ :-)

Seronok sekali sekala jumpa dengan makcik-makcik ni. Habih kenangan masa lampau keluar semua. Dari fesyen rambut sampai ke surat-surat cinta dulu-dulu. I had such a nice time, makcik style lah ni kan hehehe. Bithday bash tu tetap meriah, walau ada 2, 3 orang yang tak dapat join us last night (ada orang tu siap email kata nak itut, nak itut, tapi last minit SMS kata kena pergi outstation. Kalau tak dia sorang terkonteng-konteng kumbang yang akan dipagari bunga-bunga vogue yang hampir layu tu )

Hari ni aku nak travel balik dah ke utara. Tapi sebelum tu nak jugak wish Kak Teh Happy Birthday. Yang ke berapa Kak Teh, 15 ke 25 ke? Wish you were here Kak Teh so that we could have celebrated together with Kak Yan last night. May Allah bless my two friends (sebab beza umur tak banyak kan :-) ), who celebrate their's this week. Kak Yan and Kak Teh, my love and prayers for you both. InsyaAllah, di murahkan rezeki, diberi kesihatan untuk dapat beribadah dengan lebih sempurna. Amin

18 comments:

Anonymous said...

Ni yang geram ni pasal tak tahu pun kak N mai sini (mesti kak N kata "tu la bila YM asyik ngantuk nak p tidog saja, tak dan orang nak habak kat dia" huhuhu....)

1na said...

alahai dah lama tak baca cerita aunty dan kengkawan... seronok nampak... jeles nie... jeles nie...

Jo Kontan said...

AN & Bunga-bunga Vogue : Kah kah kah kaaaaah...

Memang dah set nak itut tuu AN. Boss pulak last minute suwoh kejarkan hutang..

Last-last minute, seme tuu tolak tepi, tunggu Maam nak beranak nii..

Best baca di sana dan di sini Memakciks enjoyzz.. :-)

Anonymous said...

Seronoknyaaaa kalau bulih join sekakii

Bergen said...

Must have been a riot.

MA said...

Hahahaha....RIOT is an UNDERSTATEMENT !

What I cherish most about the band of makcikhood is the wavelength and same brand of HUMOUR ! We ended each others' jokes, we need not explain each others'punchlines. We feel each others pain.

Bunga Vogue yang dah nak layu? Hehehe...boleh keringkan buat potpourri...tetap berbau wangi !

AuntyN said...

Ni : Tu lah :-), Jangan risau kalau ada jodoh mesti bertemu OK.

1na : apa nak jeles, makcik-makcik "unconscious" saja lah ni, kang You pulak yang segan kalau join kami ni hehe

TJ : Nak itut, nak itut, tapi last minit chicken out ye!!! :-) Kami sure enjoy punya.

mar : InsyaAllah one fine day.

bergen : It will always be a riot with capital R :-).

MA : True enough, we seem to compliment each other. The sisterhood is something I could not see happening within my own family.
Nanti kita buat portpurri tu OK hehehe

Unknown said...

Aunty N sayang.. dah dapat my mail? risau tak dapat your reply :(

tee said...

teruja betol dengaq birtday selebration itew ... apataknya makcik2 bloggers yg femes berkumpul dan bercanda. seronak ye kalau ada member yg begitu memahami kite tanpa prejudis.

Sya said...

Kak N.. ada orang tanya masa kat Lotus tuh.. kakak yg sorang tu baru jumpa ke? so sya jawab yes baru pertama kali jumpa .. dia dr Penang. Dia tak sangka .. katanya macam dah kenal bertahun... nampak akrab..

best jumpa kak N

aNIe said...

huhuhu....sedihnya...lady kene cancel plan last minute...takpe...dpt dgr suara pun okaylah...lain kali kita jumpa ye kak N...

maklang said...

Maklang nak join gak... Lama tak jumpa kak Wynn. Salam kat dia. Phone no. dia pun dah tak de. Nanti nak cari e-mail add dia. Jumpa blog kak Wynn masa blog hopping. AuntyN kem salam tau kat dia...

ibuVouge said...

best ayat makcik vouge tu
layu tp segar di ingatan..
bila la nak jumpa aunty N yg vouge ni

Kak Teh said...

terima kasih dengan ucapan tu N - nanti balik kita celebrate lah - okay?

Kopi Suam said...

Wah aunty N...sakan menyongket dengan aunty2 blog yang lain..heehh heehh good at least can consider it as a theraphy...

wah nanti mungkin tiba masa saya pulak dengan geng2 seangkatan..

AuntyN said...

Ima : was not at home for a few days. Tapi rasanya tak sampai lagi. I'lll let you know OK.

tee : ALhamdulillah, we all s emua se "kepala" No problem so far.

sya : Itulah , perhubungan yg dah dieratkan dari blogging world ni kan. Nice meeting you too!!!

lady : asyik dok dengar sora je ni, bila lah nak jumpa entah?

maklang : InsyaAllah

IV : You dah lama vogue tu hehehe. We will meet one day.

onde2 : Blogging ni cut short the ntroduction. Terus je kenal dgn erat walau pun first time jumpa :-)

Kak Teh : Looking forward to that, tapi kena standby fire hydrant lah hehehe

Kopi Suam : Terapi from a stressful day.

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Galvinized bath tub replica tag heuer watches Male underwear swimsuit galleries Dayton cosmetic surgery Keno strategy jobs http://www.best-prices-on-mercedes-lease.info somebody to watch over me advertising free advertising links submit internet internet Cartoons asian people sport mp3 player wertheim vacuum cleaners calorie counter watches and australia galeria de fotos gratis de pamela anderson desnuda Salono hair dryers

Anonymous said...

Excellent, love it! » » »