Hari ni, sudah 366 hari aku berblog. Tu tak campur masa aku berhopping-hopping sana sini membaca blog orang. No big deal, right? Kalau nak compare dengan blogger-blogger lain yang dah lama berblog tu, setahun tu kira "kacang' je lah kan? Macam MakAndeh sejak dari 2003, Kak Yan tu dari 2001 kut, Wynn tu entah bila dia start. Ramai lagi lah. Masa diorang start blogging tu aku langsung tak tahu menahu kewujudan blog-blog ni. Masa tu aku terlalu sibuk dengan kerja, nak serve internet pun tak sempat. Kalau kat rumah pun serve internet pun web-site yang boring-boring saja lah. Sebab masa tu belum ada streamyx, pakai narrowband width yang slow tu. Kalau kat office pun internet pun limited access sangat.
Masa aku mula membaca blog tu, office work aku dah mula reda. Tak sesibuk dulu. Lebih banyak free time dah, banyak kerja dah boleh delegate dah, jadi aku nak kena cari benda lain yang boleh memenuhi kekosongan dan keboringan aku tu. Tak kan aku nak menguap sepanjang masa depan PC ni kan, nanti semua staff tengok aku dok terlentok macam ayam kena sembelih dalam ofis. Kalau aku dok baca entry blog orang, orang nampak macam sibuk je kan, hehehe. Mula tu takut jugak aku nak start my own blog. Banyak benda yang aku fikir, ada ka orang nak baca? Ada ka cerita aku nak tulis? Nanti kalau cerita boring sure kena kutuk dan sebagainya. Lama kelamaan, seronok pulak dok baca blog, macam teruja pulak nak buka blog sendiri. Jadi pada 5 March 2005 tercetuslah "Celoteh Seorang Makcik Kampung" Nasib jugak aku guna theme "Celoteh" tu sebab, aku tak payah nak stick to a particular theme. Aku boleh cerita apa saja. Tak kisah lah cerita tu bagus ke tak. Namun, aku banyak menggunakan kehidupan aku se hari-hari untuk buat example dalam cerita aku. Bukan aku nak menunjuk, bukan aku perasan, tapi aku rasa lebih senang aku gunakan kehidupan aku seharian untuk send a little message across. Orang tak boleh nak menyalahkan aku atau saman malu kerana entry aku kan.
Kalau aku imbas kembali entry aku yang dah berjumlah 207 (termasuk yang ini), aku nak gelak pun ada, segan pun ada. Entah apa-apa yang aku tulis entah. Sampai reban ayam aku pun dah femes se entero blog dah tu hehehe. Apa-apa pun ini akan menjadi kenangan untuk aku bila aku dah tak larat nak menulis nanti. Seronok sebenarnya berblog ni. Aku dah jumpa (in reality dan juga in virtuality) ramai kawan-kawan melalui blogging ni. So far semuanya positive. Belum ada lagi yang negative. Aku dapat banyak ilmu dari paparan kehidupan setiap blogger yang aku baca. Sampaikan kekadang bila aku terasa teringin nak whine kerana sesuatu yang tidak sempurna dalam kehidupan aku, I have to stop myself short. Lebih ramai yang lebih susah dari aku. Kesusahan aku bagaikan sebiji buah kelapa yang terapung di lautan yang terlalu luas. Tak ada apa-apa significant pun. Aku yang kena banyak bersabar dengan dugaan yang kecil tu. Tak perlu aku mengeluh. It's part of life. There will be sad and there will be happy times for all of us. So don't worry be happy.
Selama aku berblog jugaklah aku reti sikit sebanyak mengenai internet ni. Nak godek sana, nak godek sini. Tapi aku ni jenis yang tak berapa rajin untuk tukar itu ini. Orang bubuh banner aku pun mintak maknenek buatkan jugak. Kak Teh tolong buat satu, yang lagi satu aku buat sendiri dah. Tengok orang upload gambar yang cun cun aku pun nak masukkan gambar jugak kat blog. Semua tu belajar sikit-sikit dengan kawan-kawan. Cuma tagboard dan lagu saja yang aku malas nak letak. Ada orang tu semalam perli aku suruh bubuh lagu NegaraKu kat blog aku. Maklumlah aku ni kan orang kampung mana nak pandai pasal lagu-lagu ni kan
Biarlah blog aku ni putih melepak (macam aku ni, perasan no hehehe) dan senyap sunyi saja. Aku pun tak berapa banyak masa nak spend online dah sekarang ni.
Melalui blogging jugaklah aku dapat beronline chatting dengan ahli-ahli jemaah. Boleh dikatakan setiap malam kami bersembang tu. Ada saja topik yang kami sembang tu, entah apa-apa. Yang penting tu kami dapat at least release some stress of our daily lives. Ada benda yang takdapat di discuss dengan spouse masing-masing, kalau tidak pun kami sembang perkara-perkara biasa pasal blog orang itu ini. Tapi makin erat nampaknya persahabatan kami ni. So far so good Alhamdulillah.
Selama setahun ni jugak, aku hargai dan hormati semua pembaca dan pengunjung ke blog aku ni. Walaupun komen bukan penunjuk berapa ramai yang datang setiap hari, tapi terimakasih aku ucapkan kepada semua. Jikalau ada yang tersinggung dengan celoteh-celoteh aku selama ini aku mohon beribu ampun. Tiada terlintas niat di hati untuk mengguris perasaan sesiapa pun. InsyaAllah selagi terdaya aku akan berceloteh selama mungkin, because through blogging, I seem to have developed a liking for writing. Mungkin aku tak akan jadi femes kerana menulis blog, tapi itu sudah cukup buat masa ini.
Thank you and I Love you All.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
34 comments:
As'kum kak N...wah, teman ni pon memang peminat setia blog kak N ni...huuu lain dari yang lain....congrats..
hehehe first time dapat jadi first kat sini...hehehe
Selamat menyambut ulangtahun yang pertama.
all the best for many more years to come, AuntyN!
keep the celoteh on :)
Setahun sudah berlalu
februari muncul kembali
dengan kehangatan mendalam
tanpa kusedari ketitik keyboard komputer
meneruskan celoteh ini
(cuba tiru sikit lagu alleycats-mawar merah ke tajuknya)
I love you tooo...........:-)
uncle, OS, CD, budak : terimakasih.
Kak Yan : I LOVE YOU, mai com sikit hehehe.
Allah selamatkan blog AuntyN!
supaya lagi panjang jangka masa dan usaha membelog...
cayalah Aunty N...selamat ulang tahun pertama blog aunty N..semoga sentiasa menulis..
saya start menulis blog pada tahun 1998.
Keep writing
nazrah : terimakasih *hugs*
kopisuam : caya u lah, lagi experience dari I ni. Tabik spring sikit ni :-)
Aisehman, blog KN dah setahun ? Blog I pulak dah nak masuk 3 tahun ?
Aiyoo...kalau beranak tu, anak I dah boleh hantar nursery ;-)
Happy Anniversary !
onde2 : Banyak faedah blogging ni. Happy Annivessary to u too :-)
MA : betul tu. Kalau anak MA lelaki, anak I pompuan boleh kita berbesan kan? hehehehe
Love u too Aunty N! Love yr rendang too! muah muah!
1. taruk lah lagu Negara Ku, biar orang yang baca blog nih berdiri semuanya, macam kasi standing ovation gituh :-)
2. taruk bebanyak lagih icons, biar jadi macam blog bebudak :-)
Dena : Love me love my rendang is that it? :-)
Joe : OK OK, gelakkan AN ye? :-(, Tak per. Terimakasih untuk cadangan2 tu !!!!
Me also..love you and enjoy reading your celoteh...:-))
Acik N,
Whatever you say or whatever you think would never change my love for your lovely lovely entries. They enlighting, humouring and full of wisdom.
Stop blogging only if there's no more breath in you.
Anggerik : Thanks. It is very encouraging.
deme : Nak nangis acik baca komen deme ni. InsyaAllah, kalau terdaya, akan diteruskan berblogging. U too OK. Walaupun susah nak menghayati your writing I will stop by to read yours too.
hi,
been visiting ur blog regularly ,really enjoy it..we learn a lot from each other's blog..
mami... i love you too... nak mee udang/ketam ngan satey ayam, tenkiu!
Happy Anniversary!
traveller : welcome and thanks
mar : amboi ni sayang ada makna ni!! :-). Ada udang bawah mee ni hehehe. Thanks any way.
Selamat Ulang tahun blogging buat AN yang jauh di mata. Moga ketemu lagi jika dipanjangkan umur dimurahkan rezeki. I miss all the moments we went through when I used to have blog.Take care and miss ya..
anak dagang : I missed u too (so very much!!). Bila nak jumpa ni...
sekejap betul masa berlalu kan kak N..rasa macam semlm jer propose pada kak N buat blog sendiri :)
AuntyN,
Walau pon saya jarang bersuara... here's wishing you a "Happy Birthday Blog!"
Your blog title is so cool! It makes a 'makcik kampung' sounded so funky and IT savvy. Hehehh... ;-)
atiza : itulah, dulu asyik dok bertenggek kat blog u all tu. thanks. Sekarang I jenguk jugak ur blog kadang2 dak komen pun.
Honeytar : Isyyy, sama lah kita, I pergi blog u pun senyap2 je tu hehehe. Thanks. Well pasal the title tu, that's the whole idea, walaupun makcik ni tak lah se"savvy" mana pun hehehe
Semuga panjang blog and murah rezeki....
Happy Anniversary auntyN. semoga bertambah lah lagi entry awak dlm blog nih!
Ailin : Sama-sama kita enjoy OK?
:-)
maklang : InsyaAllah dan terimakasih
Ely : thanks, yours too girl.
Happy Anniversary AN!!!!
AMZA
All the best to Kak N....jgn berhenti berceloteh...sebab kat luar ni masih ramai yang tak jemu membaca celoteh kak N....
Happy Anniversary buat blog 'CELOTEH SEORANG MAKCIK KAMPUNG'
Many good things come with blogging :)
Happy blog anniversary, Auntyn!! May you be inspired to write many more inspiring entries.
AMZA, Lady dan QOTH : terimakasih. InsyaAllah berkat doa semua, lebih bertenaga dan berinspirasi untuk berblogging :-)
You all pun sama ya?
Very cool design! Useful information. Go on! » » »
What a great site Reba the tv show http://www.management26trainingcorporationsop.info/64mb-pci-graphic-card.html geforce4 graphics card battlefield compatible video cards Effects on lung cancer 85 ford f150 body kit Ged online classes or in st.petersburg florida Averdvd ezmaker video capture card Hitched stationery wedding Blackberry cell phones only America on line internet connection Wives who gangbang Computer clip art and symbols Incredimail stationery friendship letters benches bookcases Veterans memorial field house in huntingtonwv Pear wedding invitations Web cellulite cream sex top 10 mobile video cards
Post a Comment